KOMSAS TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN
Mesti membaca bahan komsas
Perlu bandingkan 2 atau 3 bahan
Jawapan mesti dalam bentuk esei
Sentiasa rujuk markah semasa menjawab
Bahan 1 Bahan 2
Adikku sayang Sehelai kelopakmu gugur
Engkau masih muda Adalah titisan air mata bonda
Wajahmu manis cantik sekali Yang luruh dalam lipatan usia
Pasti ramai yang menaruh hati
Tidak salah engkau berkawan Merenung pada malam yang kematian angin
Asalkan tahu batasannya Pada laut yang kematian ombak
Jangan sampai engkau terlupa Seperti telah menutup
sasaran dan cita-cita Pintu kehidupan ini
Menjadi sepi dan lara
Ibu dan ayah menggantung harapan
Untuk melihat engkau berjaya Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta
Menjadi orang yang berguna
Kepada agama, bangsa dan negara Sekuntum mawar
Adikku sayang Bukan melontar harum indahmu
Ingatlah selalu pesan abang
Supaya dirimu sentiasa selamat Di hujung lembah
Walau di mana sahaja engkau berada Tapi mengangkat seri mahkotamu
Ke puncak iman
-Sajak pada sekuntum mawar-
Soalan 1:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang
gadis. (3 markah)
Jawapan:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, perkara yang perlu dilakukan oleh seorang gadis
ialah menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain itu,
gadis juga perlu menjaga nama baik ibu bapa supaya mereka tidak kecewa
dan bersedih. Seterusnya, seorang gadis juga mesti menjaga maruah diri agar
tidak tercemar.
Soalan 2:
Berdasarkan bahan 2, nyatakan dua persoalan . (3 markah)
Jawapan:
Berdasarkan bahan 2, dua persoalannya ialah persoalan kesedihan ibu apabila
maruah anaknya tercemar. Sebagai contohnya, penyajak menyatakan ibu
bapa bersedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya telah ternoda. Selain
itu, persoalan kepentingan memiliki iman yang teguh. Misalnya, penyajak
mahu anak gadis memiliki keimanan agar dapat menjaga maruah diri.
Soalan 3:
Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menjaga maruah diri agar tidak
tercemar? (4 markah)
Jawapan:
Pada pendapat saya, cara untuk menjaga maruah diri agar tidak tercemar ialah
memiliki tahap keimanan yang tinggi supaya diri tidak mudah terjebak
dengan kemaksiatan. Seterusnya, kita juga harus memilih rakan sebaya yang
baik tingkah laku supaya kita tidak terpengaruh dengan perkara-perkara
buruk. Selain itu, kita juga harus mendengar nasihat daripada ibu bapa
supaya dapat membezakan perkara baik dan buruk.
Bahan 1 Bahan 2
Kucari damai di sini KEMPEN HARGAILAH NIKMAT
Di tanah makmur dan merdeka KEMERDEKAAN
Yang menyilau dan merdeka
antara realiti dan mimpi Tarikh: 15 Ogos 2021
Membebat perasaan kehidupan Hari: Ahad
Dengan sejarah persaudaraan
Mengikat naluri kemanusiaan Tempat: Dataran Merdeka
Kucari damai di sini
Cinta dan jati diri “kita sungguh bertuah kerana dilahirkan
Bersemarak di laman sukma sebagai anak merdeka. Kita dapat hidup
Dengan kasih sayang
Bersemadi di naluri dalam keadaan harmoni walaupun
Di sini damainya badai berlainan bangsa di negara Malaysia
Moga gemilang sepanjang zaman
Menjadi catatan sejarah kebanggaan yang indah ini.”
Untuk generasi masa depan
Pelbagai acara menarik akan diadakan.
-sajak kucari damai di sini- Marilah sama-sama kita menyertai
kempen ini.
Soalan 1:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, nyatakan gambaran tentang negara Malaysia.
(3 markah)
Jawapan:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, gambaran tentang negara Malaysia ialah
____________________________________________________________________________.
Selain itu, _________________________________________________________________.
Seterusnya, _______________________________________________________________.
Soalan 2: (3 markah)
Berdasarkan bahan 1, nyatakan dua nilai.
Jawapan:
Berdasarkan bahan 1 dua nilai ialah ________________________________________.
Selain itu, _________________________________________________________________.
Soalan 3:
Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat? (4 markah)
Jawapan:
Pada pendapat saya, cara untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat ialah __________________________________________________________.
Seterusnya, _____________________________________________________________________.
Selain itu, _______________________________________________________________________.