KOMSAS
CERPEN MENUAI EMAS
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Alif. Alif
merupakan graduan universiti dalam bidang ekonomi. Alif berminat
untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan penanaman padi. Alif
ingin mengusahakan petak sawah peninggalan arwah ayahnya. Bagi Alif
sawah itu sangat bermakna baginya. Oleh sebab itulah, Alif sanggup
mempertahan petak sawah miliknya dari dijual kepada pemaju
perumahan. Abang man sangat marah akan Alif kerana hanya Alif
seorang yang tidak mahu menjual tanah tersebut. Manakala orang
kampung yang lain telah bersetuju untuk menjual tanah kepada pihak
pemaju. Alif yakin dia akan berjaya mengusahakan tanah tersebut.
Abang Man dan orang-orang kampung memandang rendah terhadap
Alif, bagi mereka sawah itu tidak dapat diusahakan lagi. Berkat
kerajinan dan usahanya, akhirnya Alif membuktikan bahawa dia
Berjaya juga menanam padi. Petak sawah Alif telah membuahkan hasil.
Alif juga meminta restu daripada penduduk kampung untuk
mengerjakan semua petak sawah menjadi estet padi.
Cerpen ini bertemakan kemajuan dalam bidang pertanian iaitu
penanaman padi.
Sebagai contohnya, penduduk kampunng Alif tidak mahu lagi
menghasilkan sawah padi kerana menganggap tidak menguntungkan.
Mereka mahu menjual tanah sawah kepada pemaju perumahan. Namun,
Alif berkeras tidak mahu menjual petak sawah keluarganya, sebaliknya
dia ingin mengusahakan tanah tersebut. Tindakan Alif telah
menimbulkan kemarahan Abang Man dan orang-orang kampung. Bagi
mereka kedegilan Alif menyebabkan pihak pemaju membatalkan urusan
pembelian tanah sawah. Akhirnya, Alif Berjaya mengusahakan petak
sawah peninggalan ayahnya, ddan orang kampung mula membuka
mata. Alif tidak sabar untuk menuai padinya yang dianggap seperti
emas.
1. Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
Sebagai contohnya, Abang Man dan pemilik-pemilik tanah sawah yang
lain hendak menjual tanah sawah mereka kepada syarikat perumahan.
2. Bidang pertanian mendatangkan kemajuan ekonomi
Sebagai contohnya, Alif telah membuktikan penanaman padi di
kampungnya telah membuahkan hasil melalui penggunaan teknologi
moden dalam bidang pertanian.
3. Muafakat menghasilkan keputusan yang terbaik
Sebagai contohnya, Tuk Ketua dan beberapa orang pemilik sawah
bersetuju untuk memajukan penanaman padi menggunakan teknologi
moden dengan bantuan daripada Alif.
1. Nilai keyakinan
Misalnya, Alif yakin dengan kebolehan diri bahawa dia mampu
mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.
2. Nilai keberanian
Misalnya, Alif berani membuat keputusan untuk tidak menjual dua
petak sawah peninggalan ayahnya. Alif mahu menanam padi dengan
bantuan Jabatan Pertanian.
3. Nilai berdikari
Alif mengambil keputusan untuk mengusahakan sawah padi walaupun
dia lulusan university dalam bidang ekonomi.
1. Kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Misalnya, Alif yakin dengan kebolehan diri bahawa dia mampu
mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.
2. Kita perlulah bersikap berani dalam membuat keputusan.
Misalnya, Alif berani membuat keputusan untuk tidak menjual dua
petak sawah peninggalan ayahnya. Alif mahu menanam padi dengan
bantuan Jabatan Pertanian.
3. Kita haruslah berdikari dan tidak bergantung pada orang lain.
Alif mengambil keputusan untuk mengusahakan sawah padi walaupun
dia lulusan university dalam bidang ekonomi.
Melangkah dan terus melangkah
Tanpa henti
Tanpa nanti
Pasti kejayaan milik kita