The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-07-04 10:11:56

KOMSAS- sajak roti & kucari damai di sini

sajak roti & kucari damai di sini

SAJAK ROTI PDPR 3.0
SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI

KOMSAS

Maksud Rangkap
Rangkap 1
Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit
kerana baunya yang harum.
Rangkap 2
Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti itu dibakar, kemudian
melihat roti yang rangup itu terhidang.
Rangkap 3
Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat.
Penyajak makan roti itu sehingga kenyang dan sendawa.

Maksud Rangkap
Rangkap 4
Bagi orang yang beriman dan mempunyai sifat kemanusiaan, selepas berasa
kenyang mereka akan teringat akan warga miskin tidak mendapat makanan
sepertinya. Orang yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang
miskin.
Rangkap 5
Jika ramai orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di
dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh orang
yang kaya dan beriman.
Tema
Sajak ini bertemakan orang yang beriman ketika kenyang tidak melupakan
golongan miskin. Sebagai contohnya, penyajak bersyukur apabila dapat makan
roti dan tanda-tanda kesyukurannya jelas kelihatan apabila dia memikirkan
masalah orang miskin yang kelaparan.

Persoalan
1. Persoalan mengharapkan keamanan dunia,

misalnya penyajak berharap agar dunia menjadi semakain aman serta manusia hidup dengan
keimanan dan kesyukuran buat selamanya.
2. Persoalan kesukaran mengawal nafsu makan.

Sebagai contohnya, penyajak yang sedang lapar begitu berselera makan roti yang baru siap
dibakar.

Gaya Bahasa
1.Personifikasi

Sebagai contohnya,selera kian menggelepar.
2. Simile
Misalnya, seumpama permaidani terhampar.

Nilai
1. Nilai kesabaran

Misalnya, penyajak sabar menunggu roti siap dibakar dan dihidangkan.
2. Nilai kesyukuran

Misalnya, penyajak bersyukur apabila dapat makan roti bagi menghilangkan kelaparannya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bersikap sabar dalam mendapatkan sesuatu.

Sebagai contohnya, penyajak sabar menunggu roti siap dibakar dan dihidangkan.
2. Kita mestilah bersyukur apabila memperoleh sesuatu yang dihajati.

Sebagai contohnya, penyajak bersyukur apabila dapat makan roti bagi menghilangkan
kelaparannya.

Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak mencari kedamaian dan keamanan di negaranya yang sudah lama
merdeka. Kemakmuran di negaranya menyebabkan penyajak berasa bangga.
Rakyat Malaysia yang Bersatu padu sejak sekian lama dan kaya dengan nilai
kemanusiaan juga merupakan punca penyajak berasa damai di negaranya.
Rangkap 2
Penyajak juga mencari kedamaian dalam kehidupan di negaranya. Hal ini kerana
penyajak berasa bahawa jati diri dan semangat cinta akan negara yang ada
pada dirinya diperoleh daripada kedamaian yang dinikmati di negaranya. Oleh
sebab itu, kasih dan sayang akan negara sentiasa tersemat di dalam hatinya.

Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh
berdamai dan hidup dengan amannya. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai
akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan bijaksana supaya kejayaan yang
tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Tema
Tema sajak ini ialah keharmonian hidup di tanah air yang merdeka. Misalnya, penyajak
berasa damai dan di negaranya yang Makmur. Penyajak juga berasa bangga kerana
rakyat hidup Bersatu padu dan tinggal dalam suasana yang harmoni.

Persoalan

1. Kekayaan negara milik rakyat
Sebagai contohnya, penyajak bersyukur kerana negara memiliki tanah yang subur untuk

rakyat bercucuk tanam.

2. Persoalan mengekalkan hubungan sesama rakyat.
Sebagai contohnya, persoalan mengekalkan hubungan sesama ahli masyarakat

Nilai

1. Nilai kesyukuran
Misalnya, penyajak berasa bersyukur dan berbangga kerana dapat tinggal di negaranya yang telah
mengecapi kemerdekaan dan rakyat hidup dalam suasana aman.

2. Nilai patriotisme
Sebagai contohnya penyajak berharap kedamaian yang diperoleh akan berkekalan sebagai

warisan kepada generasi akan datang.

Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa bersyukur apabila ditimpa dugaan hidup.

Sebagai contohnya, penyajak berasa bersyukur tinggal di negara yang
merdeka dan hidup aman Sentosa.

2. Kita mestilah berjiwa patriotik.
Misalnya, penyajak mengharapkan kedamaian negara berkekalan sebagai

warisan generasi akan datang.

hebat


Click to View FlipBook Version