The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-06-15 08:47:47

Komsas - pantun

seni Bahasa

PDPR 3.0

Rangkap 1
Jika hendak membuat pekerjaan yang
baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga
tidak kena pada tempatnya, dan perbuatan
yang jahat hendaklah dihindari sama
sekali.

Rangkap 2
Sesuatu yang haram dan memabukkan
hendaklah tidak diambil sama sekali.

Rangkap 3
Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau
berpanjangan.

Rangkap 4
Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar
kita tidak menanggung sengsara.

Rangkap 5
Seseorang isteri hendaklah mengelakkan
diri daripada memarahi suami yang sedang
letih kerana dikhuatiri dia akan mencari
perempuan lain.

Rangkap 6
Kita hendaklah beradat ketika hidup di
dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.

Rangkap 7
Para perantau dinasihatkan agar pandai
membawa diri di tempat orang.

Tema
Pantun ini bertemakan nasihat yang
dijadikan panduan hidup kepada
masyarakat agar sentiasa melakukan
kebaikan.

Persoalan
1. Sentiasa melakukan kebaikan dan

menghindari kejahatan.
2. Perasaan sedih dan risau tidak boleh

dibiarkan berpanjangan.
3. Budi Bahasa amat penting dalam hidup

bermasyarakat.

Unsur bunyi
1. Asonansi (perulangan bunyi vokal)

Contohnya, tanam balik buah peria
Buah peria mahal sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Perulangan vokal a

Gaya Bahasa
1. Anafora (perulangan kata di awal baris)

Contohnya, buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali

2.Penggunaan unsur alam
Contohnya buah peria, padi, kapas,
panas, hujan, bunga

Nilai Baik hati
Misalnya, kita melakukan
kebaikan dan meninggalkan
kejahatan.

Nilai Nilai berhati-hati
Sebagai contoh,
Nilai ketabahan kita sentiasa
Misalnya, kita tabah berhati-hati
dengan segala dengan tutur
kesusahan dan kata supaya
kepayahan hidup tidak
supaya hidup menyinggung
lebih tenteram. perasaan orang
lain.

Pengajaran

Kita hendaklah bersikap baik hati dalam
kehidupan kita seharian. Sebagai contohnya,
kita digalakkan melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan.

Kita perlulah berhati-hati apabila bertutur dan
berbicara dengan orang lain. Misalnya, kita
menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung
perasaan orang lain.

Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran
hidup. Misalnya, kita tabah menghadapi segala
kepayahan agar hidup lebih tenteram.

Rangkap 1
Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri
kerana senyumannya yang menawan.

Rangkap 2
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi
akibat tersilap perhitungan, harapan tidak
kesampaian.

Rangkap 3
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang
wanita yang cantik serta tiada bandingannya.

Rangkap 4
Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis
orang.

Rangkap 5
Seseorang perempuan dan lelaki, kalua sudah
jodoh pasti akan bertemu juga.

Tema
Pantun ini bertemakan kasih saying
antara teruna dan dara. Namun, impian
untuk hidup Bersama-sama kadang kala
tidak kesampaian kerana terpaksa
menempuh banyak halangan.

Persoalan
1. Perwatakan yang menarik akan

menyebabkan kita disukai orang ramai.
2. Perbezaan darjat menyebabkan impian

seseorang tidak kesampaian.
3. Cita-cita untuk memiliki sesuatu

dianggap mustahil kerana adanya
kekurangan diri.

Unsur bunyi
1. Aliterasi ( perulangan bunyi konsonan)

Contohnya, anak udang meniti batang
berasa dahan terlampai
melihat bulan di pagar bintang
bagaikan rasa hendak dicapai

Perulangan konsonan g

Gaya Bahasa
1. Simile (penggunaan perkataan

bagai/seperti/umpama)
Contohnya, bagaikan rasa hendak
dicapai

2. Personifikasi ( unsur perorangan)
Contohnya anak udang meniti batang

Nilai

Nilai kasih sayang
Misalnya, kasih sayang sesama insan
akan mengeratkan tali persaudaraan.

Nilai keikhlasan
Misalnya, kita tidak sepatutnya berpura-
pura dalam membina hubungan
persahabatan.

Nilai kesetiaan
Misalnya, walaupun kita berpisah dengan
seseorang, tetapi jika kita setia, pasti akan
bertemu juga.

Kita hendaklah
menyayangi antara satu

sama lain. Misalnya,
kasih sayang sesama

insan akan mengeratkan
tali persaudaraan.

Pengajaran Kita mestilah

bersikap ikhlas
dalam melakukan

sesuatu perkara.
Misalnya, kita tidak
sepatutnya berpura-

pura dalam membina
hubungan

persahabatan.

Kita sewajarnya
bersikap setia terhadap

seseorang walaupun
terpisah jauh

dengannya. Sebagai

contohnya, kita pasti
akan bertemu juga
apabila tiba masanya.




Click to View FlipBook Version