Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Mahmudah
PENGENALAN
Proses pembelajaran serta pendidikan bukan sahaja berlaku semasa
pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Mempelbagaikan proses
pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti diluar secara atas talian yang boleh
mendorong kanak-kanak atau remaja merasai sendiri suasanan berkenaan
bukan sekadar teori sahaja. Mengadakan lawatan sambil belajar bagi
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengkaji, menganalisis dan
membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Tahun ini
Lawatan ke rumah orang-orang tua tidak dapat dilaksanakan namun masih
boleh diadakan secara langsung atas talian secara maya sekaligus dapat
memberi peluang kanak-kanak mahupun remaja belajar tentang
kepentingan warga tua dalam mendidik masyarakat serta keprihatinan kita
terhadap warga tua dengan lebih dekat lagi .
Objektif
*bertanya khabar warga tua di pusat jagaan
*mengadakan lawatan atas talian untuk mengantikan lawatan seperti biasa
*memberikan pendedahan serta pendidikan dasar warga emas negara
kepada generasi muda
*membuka laluan untuk membantu mengumpul dana secara terus kepada
pihak pengurusan dan pusat jagaan
Tentatif program
Nama tempat : Pusat Jagaan Mahmudah Lot 459/5,
Jalan 1 Off Jalan Bangi Lama,
Kampung Sungai Purun, 43500,
Semenyih, Selangor, Malaysia
Tarikh : 15/12/2020(selasa)
Masa: 9.00 pagi -11.00 tengahari
Aktiviti
- Kata aluan pengerusi majlis
- Deklamasi sajak oleh cikgu Lim
- Ucapan ringkas oleh Pengurus En Sazali Bin Mohden dan
lawatan secara maya melihat aktiviti penghuni dan persekitaran
- Aktiviti /persembahan
- Penutup /Tamat
PENUTUP
Diharap dengan mengadakan lawatan ini secara maya , dapat
membuka minda masyarakat disamping memberi peluang
kepada kita untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan warga emas selain menghargai peranan warga
emas dalam masyarakat disamping memberi didikan kepada
generasi baru.
Jutaan terima kasih
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
En Sazali Bin Mohden-Pengurus Rumah Mahmudah
En Mohd Haniff hafszal Bin Seman-Juruteknik/sukarelawan
Mihajul Bin Ejul-Pengacara/sukarelawan
Cikgu Lim Ah Nee -Penyampai Sajak/sukarelawan
Nor Hanum Bt Harun –Penyelaras program /sukarelawan