The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanum, 2020-12-08 03:49:13

projek warga tua baru

projek warga tua baru

PUSAT JAGAAN RUMAH ORANG TUA
MAHMUDAH

PENGENALAN

Proses pembelajaran serta pendidikan bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan
pembelajaran semata-mata. Mempelbagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti-
aktiviti diluar secara atas talian juga boleh mendorong kanak-kanak atau remaja
merasai sendiri suasana luar. Mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi
peluang kepada kanak-kanak atau remaja untuk mengkaji, menganalisis dan membuat
perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Tahun ini Lawatan ke rumah orang-
orang tua tidak dapat dilaksanakan namun masih boleh diadakan secara langsung atas
talian secara maya sekaligus dapat memberi peluang kanak-kanak mahupun remaja
belajar tentang kasih sayang serta kepentingan warga tua dalam kehdiupan harian dan
dapat mendidik masyarakat serta keprihatinan kita terhadap warga tua dengan lebih
jelas lagi .

OBJEKTIF

• Bertanya khabar warga tua di pusat jagaan
• Mengadakan lawatan atas talian untuk mengantikan lawatan seperti biasa
• Memberikan pendedahan serta pendidikan tentang warga tua terhadap generasi baru
• Membuka laluan untuk membantu mengumpul dana secara terus kepada pihak pengurusan

dan pusat jagaan
• Memupuk serta menanam nilai kasih sayang sesama insan

Nama tempat : Pusat Jagaan Mahmuda
Lot 459/5,
Jalan 1 Off Jalan Bangi Lama,
Kampung Sungai Purun, 43500,
Semenyih, Selangor, Malaysia

Tarikh : 15/12/2020 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi

TENTATIF PROGRAM

- Kata alu-aluan pengacara majlis

- Bacaan doa oleh adik Akhtar Rizqi Bin Hamdan

- Deklamasi sajak oleh cikgu Lim Ah Nee

- Taklimat daripada En Sazali Bin Mohden selaku penaung

- Lawatan secara maya melihat penghuni dan persekitaran

- Persembahan daripada penghuni

1 . Nyanyian berkumpulan
2. Nyanyian solo
3. Perkongsian pengalaman

- Penutup

- Tamat

PENUTUP

Diharap dengan mengadakan lawatan ini secara maya , dapat
membuka minda masyarakat disamping memberi peluang kepada
kita untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga
emas selain menghargai peranan warga emas dalam masyarakat
disamping memberi didikan kepada generasi baru. Program ini
julung –julung kalinya diadakan secara langsung dan diharapkan
usaha murni ini dapat diteruskan .

Jutaan terima kasih
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

En Sazali Bin Mohden-Penaung Pusat Mahmudah

En Mohd Haniff hafszal Bin Seman-Juruteknik

En Mihajul Bin Ejul-Pengacara
Puan Lim Ah Nee -Penyampai Sajak
Puan Nor Hanum Bt Harun –Penyelaras program
Puan Shamila Nair a/p Chandran –Juru alih bahasa
Akhtar Rizqi Bin Hamdan- penyampai doa

SAJAK

Mereka yang aku rindukan

Dia yang memerah keringat
tanpa mengenal erti lelah
setiap masanya dikorbankan demi anak
yang menjadi kerisauan
yang sentiasa dirindukan
yang paling dikasihkan
kerana seksa melahirkan
kerana perit membesarkan
adalah pengorbanan
yang tidak terbalas
hingga ke hujung nyawa

Semasa kecil dialah orang yang kita
cari
bermula dengan pelat
memanggil ibu mama emak dan umi
ayah abah walid
mengajar kita merangkak berjalan dan berlari
yang lelah memujuk setiap rengekan
yang sabar mendidik dan mengulang
setiap pertanyaan
tetapi setelah mereka semakin tua
tergamak kita membuang mereka tanpa belas
merasa jijik dengan bau mereka
merasa bosan melayan setiap
pertanyaan membiarkan mereka sunyi tanpa setitis
kasih dan belaian

Marilah
kita mengenang kembali
segala jasa yang dicurahkan
selagi kudrat kita masih terdaya
kerana percayalah
ibu bapa bukanlah beban
tapi aset untuk kita ke syurga
dan suatu hari nanti kita pasti akan merindui
untuk memanggil mereka
ketika itu
riuh rumah kita semakin sunyi
tanpa mereka di sisi
sungguh, saat in
iaku benar-benar merindui
kedua-dua orang tua ku

Wan Yusof
Gombak


Click to View FlipBook Version