PUSAT JAGAAN RUMAH ORANG TUA
MAHMUDAH
PENGENALAN
Proses pembelajaran serta pendidikan bukan sahaja berlaku semasa pengajaran
dan pembelajaran semata-mata. Mempelbagaikan proses pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti diluar secara atas talian yang boleh mendorong kanak-kanak atau
remaja merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja.
Mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka
lihat dan pelajari. Tahun ini Lawatan ke rumah orang-orang tua tidak dapat
dilaksanakan namun masih boleh diadakan secara langsung atas talian secara
maya sekaligus dapat memberi peluang kanak-kanak mahupun remaja belajar
tentang kepentingan warga tua dalam mendidik masyarakat serta keprihatinan
kita terhadap warga tua dengan lebih dekat lagi .
OBJEKTIF
*bertanya khabar warga tua di pusat jagaan
*mengadakan lawatan atas talian untuk mengantikan lawatan seperti biasa
*memberikan pendedahan serta pendidikan dasar warga emas negara kepada
generasi muda
*membuka laluan untuk membantu mengumpul dana secara terus kepada pihak
pengurusan dan pusat jagaan
TENTATIF PROGRAM
Nama tempat : Pusat Jagaan Mahmudah Lot 459/5,
Jalan 1 Off Jalan Bangi Lama,
Kampung Sungai Purun, 43500,
Semenyih, Selangor, Malaysia
Tarikh : 15/12/2020(selasa)
Masa: 9.00 pagi -11.00 tengahari
Aktiviti
- Kata aluan pengerusi majlis
- Deklamasi sajak oleh cikgu Lim
- Ucapan ringkas oleh Pengurus En Sazali Bin Mohden dan
lawatan secara maya melihat aktiviti penghuni dan persekitaran
- Aktiviti /persembahan
- Penutup /Tamat
PENUTUP
Diharap dengan mengadakan lawatan ini secara maya , dapat
membuka minda masyarakat disamping memberi peluang
kepada kita untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan warga emas selain menghargai peranan warga
emas dalam masyarakat disamping memberi didikan kepada
generasi baru.
JUTAAN TERIMA KASIH
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
En Sazali Bin Mohden-Pengurus Rumah Mahmudah
En Mohd Haniff hafszal Bin Seman-
Juruteknik/sukarelawan
En Mihajul Bin Ejul-Pengacara/sukarelawan
Puan Lim Ah Nee -Penyampai Sajak/sukarelawan
Puan Nor Hanum Bt Harun –Penyelaras program
/sukarelawan