DATO’
ONN
JAAFAR
KEUNGGULAN
PEMIMPIN BANGSA
MUHAMMAD AIMAN AZAMAN
SMK SRI PERHENTIAN
BUTIRAN PESERTA
NAMA: MUHAMMAD AIMAN BIN AZAMAN
KELAS: 5 UPM
ALAMAT E-MAIL: [email protected]
SEKOLAH: SMK SRI PERHENTIAN, 53, JLN PRT IBRAHIM,
PONTIAN BESAR, 82000, PONTIAN, JOHOR
PENDAHULUAN
Dalam menghasilkan karya “Dato’ Onn Jaafar-Keunggulan Pemimpin Bangsa”, saya amat berterima kasih
kepada guru-guru yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan buku skrap digital ini. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan buku skrap digital ini.
Sejuta terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga saya yang memberikan kata semangat sepanjang
penghasilan karya ini.
Akhir sekali, kepada mereka dan pihak-pihak yang memberikan kerjasama terhadap saya, semoga Allah
memberkati mereka dan jasa mereka tetap terpahat dalam ingatan saya.
BIODATA
RINGKAS
KELAHIRAN-KELUARGA-PENDIDIKAN
Dato’ Onn Jaafar BIODATA
NAMA SEBENAR: DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR
LAHIR: 12 FEBRUARI 1895, BUKIT GAMBIR, JOHOR BAHRU
MENINGGAL DUNIA: 19 JANUARI 1962 (66 TAHUN), JOHOR BAHRU
BAPA: DATO’ JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD (MENTERI BESAR
JOHOR PERTAMA
IBU: ROQUAIYA HANIM
ANAK: TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (PERDANA MENTERI
KETIGA)
JAWATAN: PRESIDEN UMNO PERTAMA (11 MEI 1946-26 OGOS 1951)
Gambar Dato Onn dengan isterinya Datin Halimah Hussein
KERJAYA
DAN
SUMBANGAN
DARI KERANI KE PRESIDEN UMNO PERTAMA
TARIKH KERJAYA SEMASA
1 September 1911 Kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).
Mei, 1912
Julai, 1912 Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan
1 Ogos 1913
Oktober 1914 Pembantu Kerani Besar di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Julai 1917 Bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor
31 Januari 1920
Bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang
1922 (Perbendaharaan) Johor.
1 Januari 1923 Kadet dalam Tentera Johor
1930 hingga 1933 Diberhentikan oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda
1936
Balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.
1 Jun 1938
1 Januari 1942-1945 Beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Kemudian, Penolong Pemungut Hasil Tanah
Muar
Wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof
Dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor
Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
Dato’ Onn Jaafar mempunyai variasi sumbangan khususnya dalam aspek politk dalam proses pembentukan Malaysia. Sumbangan
pertamanya ialah apabila beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor pada awal tahun 1946 sebagai Yang Dipertua.
Dalam tahun yang sama pada bulan Mac, beliau bersama-sama perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu dalam
Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu parti
untuk menentang Malayan Union bagi mewakili orang melayu. Ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu
mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
Kongres Melayu Ketiga diadakan pada bulan Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Akhirnya melalui kongres ini, terlahirlah
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Yang Dipertua yang pertama. Pada 1 Oktober 1946,
Dato’ Onn Jaafar telah dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Menteri Besar Johor. Berkat kepimpinannya, beliau Berjaya
menumbangkan Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Namuun selepas 3 tahun, Dato’ Onn Jaafar telah
meletak jawatan sebagai Menteri besar Johor demi menumupukan seluruh tenaga kepada UMNO.
Demi memelihara kedudukan Raja-raja melayu, terlahirlah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini penting demi memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan bagi warga asing dan hak keistimewaan kepada orang-orang melayu.
Beliau seorang yang berpandangan jauh. Beliau telah mengemukakan cadangan supaya UMNO membuka keahlian kepada bangsa-bangsa
lain kerana beliau yakin dengan kerjasama semua bangsa, kemerdekaan negara bukanlah perkara mustahil. Namun malangnya pandangan
beliau ditolak mentah kerana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan drastik sebegitu. Beliau juga dianggap
pro-British dan tidak berkepentingan melayu. Walhal, beliau telah menjadi presiden RIDA, iaitu badan yang meninggikan ekonomi orang
Melayu dan beliau juga mencadangkan biasiswa UMNO demi anak-anak Melayu.
Dek kerana tentangan berterusan, beliau akhirnya meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti politik lain demi
mendukung ideologi beliau iaitu Parti Kemedekkan Malaya dan kemudiannya Parti Negara. Namun nasib tidak menyelebahi beliau
kerana parti itu tidak mendapat sambutan hangat seperti UMNO.
Abdullah, Anwar, and A. Samad Ismail. Biografi Dato'Onn: hidup Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.
Namun begitu, berkat kegigihan dan usaha beliau, Dato’ Onn Jaafar berjaya meraih kerusi mewakili kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Beliau seorang diri dalam Dewan yang majoritinya ahli-ahli UMNO dan parti
lain melontarkan idea dan pendapat politiknya. Beliau giat dalam politik hingga akhir nafasnya.
Pada 1962, Dato’ Onn Jaafar menghembuskan nafas terakhirnya di Johor Bahru. Walaupun beliau telah pergi, perjalanan perjuangannya
adalah antara sejarah Tanah Melayu yang penting demi memperoleh kemerdekaan. Walau apapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa
pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.
NILAI KEPIMPINAN
DATO’ ONN JAAFAR
NILAI YANG WAJAR DICONTOHI GENERASI KINI
1. IDEOLOGI MELANGKAU ZAMAN
Dato’ Onn sedar British meletakkan perpaduan antara kaum sebagai syarat kemerdekaan. Dato’ Onn bukanlah
peneraju apabila tanah air merdeka, tetapi ideologinya sedikit sebanyak meninggalkan pengaruh kepada bangsa.
Generasi kini sewajarnya mencontohi kecerdikan beliau dan sentiasa berfikiran di luar kotak. Kita tidak sepatutnya
sentiasa berada di takuk yang lama dan merasakan selesa dengan pemikiran yang kolot. Kita sewajarnya berfikiran
luas dan terbuka demi kebaikan bersama. Segala pembaharuan bukannya datang bergolek, sebaliknya memerlukan
kita untuk membuahkan fikiran yang bernas dan melangkaui zaman.
2. KEGIGIHAN JITU
Idea Dato’ Onn untuk menerima bangsa lain ke dalam parti UMNO ditolak dan membuatkan beliau menubuhkan
parti-parti lain demi mendukung ideologi beliau. Disini kita dapat melihat kegigihan seseorang pemimpin untuk
mempertahankan apa yang dirasakannya terbaik untuk masyarakat, bangsa dan negara. Walau ideanya ditolak
mentah, beliau tetap cekal menyampaikan pendapat beliau untuk membuka mata rakyat tanah air ketika itu.
Generasi kini sepatutnya mempunyai nilai ini dalam diri kerana tanpa kecekalan dan ketabahan untuk mencapai
sesuatu, mustahil kita akan mendapatkannya. Walau mungkin perjuangan yang ditempuhi berliku, tetapi kita
wajar berpegang pada peribahasa ‘genggam bara api, biar sampai jadi arang’ demi mendapat hasil yang kita
inginkan. Sikap mudah putus asa perlulah dibuang dari diri, demi kehidupan yang lebih baik.
3. KEPRIHATINAN TINGGI
Semasa beliau menjadi presiden UMNO yang pertama, beliau melakukan pelbagai sumbangan dan bantuan dan
antara yang terserlah ialah beliau telah menjadi presiden RIDA, iaitu badan yang meninggikan ekonomi orang
Melayu dan beliau juga mencadangkan biasiswa UMNO demi anak-anak Melayu.
Contoh-contoh keprihatinan yang ditunjukkan beliau menunjukkan beliau bukanlah pemimpin yang bersifat
diktator tetapi sebaliknya mesra rakyat dan sangat menjaga kebajikan anak-anak melayu. Kita sepatutnya
mencontohi sifat ini kerana kejayaan seseorang pemimpin bukanlah diukur melalui kecerdikannya sahaja tetapi
caranya menjaga kebajikan orang bawahannya. Tanpa sokongan orang di bawah pimpinan kita, adalah mustahil
untuk kita melancarkan segala projek di dalam sesebuah organisasi.
KESIMPULAN
Dato’ Onn Jaafar adalah antara tokoh tanah air yang unggul dan diingati perjuangannya dalam usaha untuk
mencapai kemerdekaan tanah air. Pelbagai usaha dan idea beliau lontarkan bukan untuk kebaikan dirinya,
sebaliknya demi anak bangsa dan negara. Beliau bukanlah tokoh peneraju yang membawa kemerdekaan seperti
Tunku Abdul Rahman, tetapi sedikit sebanyak idealogi beliau untuk perpaduan kekal terpahat dalam diri dari
sebelum merdeka hingga kini.
Konklusinya, kehebatan beliau memimpin bukanlah perkara yang boleh diperkotak-katikkan. Kita sebagai rakyat
negara Malaysia yang tercinta ini sewajarnya mengambil pengajaran dan iktibar dari hidupnya seorang pejuang
unggul tanah air yang bernama Dato’ Onn Jaafar.
SUMBER RUJUKAN
Abdullah, Anwar, and A. Samad Ismail. Biografi Dato'Onn: hidup
Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.
bin Haniffa, Mohamed Ali. "Kompromi politik Dato’Onn Jaafar
dalam menangani konflik perkauman selepas pendudukan Jepun di
Tanah Melayu." Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 8.1
(2016): 21-28.
Nordin, Mazlan. Tokoh dan akhbar Melayu: penebus peminggiran
Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009.
“Dato’ Onn Jaafar.” UMNO Online, umno-
online.my/presiden/onnjaafar.