The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Seni Visual

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pendidikan, 2020-12-01 07:49:58

Designomic

Pendidikan Seni Visual

Keywords: PSV

DESIGNOMIC

DEFINISI DESIGNOMIC

1. Designomic ialah gabungan perkataan design (seni reka) dan economy (ekonomi) yang mempunyai ciri-ciri
kebolehpasaran pada rekaan sesuatu produk atau karya seni visual.

2. Pereka, pelukis atau pandai kraf berkongsi satu bentuk pemikiran, perasaan, pengalaman dan visi yang
baharu dalam proses rekaan.

3. Tujuan aplikasi designomonic :

i. Sesuatu rekaan memperlihatkan daya tarikan yang tinggi melalui ciri-ciri keunikan dan kelainan pada
rekaan yang dihasilkan bagi tujuan keusahawanan.

ii. Hasil produk itu juga memerlukan keselesaan pengguna.

iii. Menghasilkan rekaan yang dapat menyelesaikan masalah.

iv. Menghasilkan produk yang lebih jimat atau ekonomikal.

v. Mengeluarkan rekaan yang kemas, tahan, sesuai dan selamat digunakan.

vi. Mengeluarkan produk yang bernilai komersial.

vii. Mengeluarkan produk yang dapat memenuhi citarasa pengguna.

CONTOH REKAAN DESIGNOMIC

Kaedah Designomic adalah berbeza-beza antara seni halus, seni
reka dan seni kraf. Kaedah ini terkandung dalam Teori Reka
Bentuk Sejagat (Universal Design Theory) yang menggariskan 7
prinsip utama.

Tujuh prinsip tersebut ialah :

1. Mampu guna
2. Fleksibel
3. Penggunaan mudah dan inkuitif
4. Daya penyampaian maklumat mudah
5. Kesilapan minimum
6. Rendah keupayaan fizikal dan kesesuaian
7. Kecekapan saiz serta ruang

i. Designomic dalam karya seni halus merujuk kepada kemahiran, keunikan dan aplikasi unsur seni
dalam hasil karya mereka.

ii. Contohnya seni decoupage yang mengaplikasikan teknik catan dan kolaj sebagai hiasan yang
biasanya dihasilkan pada kertas atau kanvas.

iii. Hasil karya yang sempurna mampu meningkatkan designomic sesebuah hasil karya seni.

1. Dalam bidang seni reka, kaedah pembentukan produk
rekaan dari pelbagai bidang berteraskan gabungan
kecanggihan teknologi terkini dengan pemikiran baharu.

2. Gabungan ini menampilkan rekaan-rekaan yang
mempunyai ciri-ciri designomic.

1. Seni kraf tempatan memfokuskan kraf dimensi
baru.

2. Transformasi terhadap kraf tempatan kepada
rekaan bercirikan designomic telah menampilkan
rekaan kraf yang kreatif dan menarik.

selamat membaca
Cikgu Ratni


Click to View FlipBook Version