The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Anas yang amat menyayangi bantal kesayangannya yang sudah lama. Pada suatu hari, ibunya telah membuang bantal kesayangannya semasa membersihkan rumah. Anas kecewa kerana ibunya tidak memahami bahawa bantal tersebut amat bernilai terhadap dirinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DHANIA MYSARA BINTI ROSLI IPG-Pelajar, 2024-03-22 23:43:51

BANTAL BUSUK YANG BERNILAI

Cerpen ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Anas yang amat menyayangi bantal kesayangannya yang sudah lama. Pada suatu hari, ibunya telah membuang bantal kesayangannya semasa membersihkan rumah. Anas kecewa kerana ibunya tidak memahami bahawa bantal tersebut amat bernilai terhadap dirinya.

BANTAL BUSUK YANG BERNILAI


Anas merupakan seorang budak yang amat menyayangi bantal kesayangannya yang sudah lama.


Bantal itu sudah koyak, berbau dan tidak lagi empuk seperti dahulu. Tetapi, Anas tetap tidak mahu berpisah dengannya.


Ibu Anas sering kali memberikan cadangan agar Anas membuang bantal itu dan mendapatkan yang baharu.


Tetapi, setiap kali cadangan itu dibuat, Anas hanya menangis dan memeluk erat bantal kesayangannya.


Suatu hari, ibu Anas membuat keputusan untuk membuang bantal busuk tersebut semasa membersihkan rumah.


Anas terkejut dan berasa amat sedih apabila bantal kesayangannya telah dibuang oleh ibunya ke dalam tong sampah.


Dia kecewa kerana ibunya tidak memahami betapa pentingnya bantal tersebut terhadap dirinya.


Dalam keadaan bersedih, Anas pergi berjalan-jalan di sekitar kampung.


Setelah penat berjalan, dia singgah di sebuah taman permainan dan duduk di bawah pokok sambil menikmati aiskrim.


Tiba-tiba, seorang lelaki datang ke arah Anas. Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan Encik Amin, iaitu jiran Anas yang jarang berinteraksi bersama keluarga Anas.


Encik Amin bertanya kepada Anas, “Mengapa Anas kelihatan bersedih?”. Encik Amin bersedia untuk mendengar cerita Anas.


Setelah mendengar cerita Anas, Encik Amin menasihati Anas dan mengajar tentang kepentingan memahami perasaan orang lain.


Anas mula menyedari bahawa ibunya hanya mahu yang terbaik untuknya.


Anas kemudian memutuskan untuk memahami perasaan ibunya dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka.


Hari telah pun senja. Encik Amin mengajak Anas untuk pulang ke rumah bersama-sama.


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Anas sering kali mengucapkan terima kasih kepada Encik Amin.


Setibanya di rumah, ibu Anas telah menanti Anas dengan penuh kerisauan.


Anas terus memeluk ibunya lalu berkata, “Ibu, Anas minta maaf atas sikap Anas yang sering berdegil”.


“Tidak mengapa anakku.” kata ibu kepada Anas sambil tersenyum melihat sikap anaknya itu.


Keesokan harinya, ibu dah ayah mengajak Anas pergi ke kedai bantal untuk membeli bantal peluk baharu.


Anas memilih bantal baharu yang paling empuk dengan hati yang sangat gembira.


Sejak hari itu, Anas belajar bahawa kadangkala kita perlu melepaskan sesuatu benda yang paling disayangi demi kebaikan dan keselesaan bersama.


Click to View FlipBook Version