PROGRAM PEMENTORAN PAGN
GEMENCHEH BERSAMA PAGN NEGERI
SEMBILAN
SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak
SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak
SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran
SQ 5: Sumber Manusia
SQ 6: Pengurusan
HAK CIPTA TERPELIHARA@
ISI KANDUNGAN
ALUAN KETUA PENDIDIK PUSAT ANAK GENIUS 1
NEGARA GEMENCHEH 2
3
LATAR BELAKANG PUSAT ANAK GENIUS 4-6
NEGARA GEMENCHEH 7-9
10-14
MAKLUMAT PERMATA Q PUSAT ANAK GENIUS 15-16
NEGARA (PAGN) GEMENCHEH 17-19
20
SQ 1 - AMALAN RUTIN DAN
PENGASUHAN KANAK-KANAK
SQ 2 - PEMBELAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
SQ 4 - KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
SQ 5 - SUMBER MANUSIA
SQ 6 - PENGURUSAN
IMBAS LALU SEKITAR PENILAIAN PERMATA Q
PAGN GEMENCHEH
ALUAN KETUA PENDIDIK PUSAT ANAK GENIUS NEGARA
GEMENCHEH
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan
kepada semua. PAGN Gemencheh telah menjalani
penilaian Permata Q pada 27 dan 28 Februari
2018 oleh 2 orang panel penilai yang
berpengalaman iaitu Puan Audrey Lee Yoke Wah
(IPG Melaka) dan Puan Mariani binti Jamaluddin
(KEMAS). Alhamdulillah, kami telah mendapat
keputusan yang sangat cemerlang iaitu sebanyak
96%.
PAGN Gemencheh juga telah berjaya memperolehi tempoh sah laku sijil
PERMATA Q bagi tempoh 5 tahun iaitu pada 21 Mac 2018 - 21 Mac 2023.
Untuk pengetahuan semua, PERMATA Q merupakan satu sistem Jaminan
Kualiti yang telah ditanda aras amalan jaminan kualiti antarabangsa yang
diwujudkan untuk memastikan hasrat dan matlamat Kurikulum PERMATA
Negara tercapai dan dilaksanakan dengan betul oleh TASKA yang berdaftar di
bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Oleh kerana kami berjaya mencapai markah yang cemerlang bagi setiap
kategori dari SQ1-SQ6, maka, kami ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai
PERMATA Q bersama PAGN Negeri Sembilan yang lain. Semoga ianya dapat
membantu PAGN membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi
Penilaian PERMATA Q yang akan datang. Semoga ilmu yang dikongsi dapat
memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih.
Nor Afikah binti Mohamad Homidi
(Ketua Pendidik PAGN Gemencheh)
1
LATAR BELAKANG PUSAT ANAK GENIUS
NEGARA GEMENCHEH
VISI
Memacu Insan Berkualiti, Meraikan Kepelbagaian Bakat, Negara
Terbilang
MISI
Menyerlahkan kepelbagaian potensi dan bakat individu bermula
daripada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti untuk
memenuhi keperluan negara
Pusat Anak Genius Negara (PAGN) Gemencheh memulakan operasinya
pada 4hb Februari 2013. Lokasi PAGN ini terletak di Kampung Jelawai,
Gemencheh, Negeri Sembilan iaitu hanya 5 minit dari Pekan
Gemencheh.
Pegawai Paksi bagi PAGN Gemencheh adalah Puan Rohaniah Ngateni.
Manakala terdapat 5 orang pendidik sahaja, dan diketuai oleh Puan
Nor Afikah Mohd Homidi selaku Ketua Pendidik. Manakala Timbalan
Ketua Pendidik adalah Puan NurulHuda Abdul Rahman, dan pendidik
yang lain adalah Cik Nurul Inani Ab Rauf, Cik Norsyuhahada Mohd
Redzuan dan akhir sekali Cik Ajanatul Ajilah Mohd Said.
Kuota kanak-kanak di PAGN Gemencheh adalah seramai 40 orang, iaitu 2
4 orang kanak-kanak 2 tahun, 16 orang kanak-kanak 3 tahun dan 20
orang kanak-kanak 4 tahun. Nisbah pendidik dan kanak-kanak adalah 4
orang kanak-kanak 2 tahun bagi seorang pendidik, 8 orang kanak-
kanak 3 tahun bagi seorang pendidik dan 10 orang kanak-kanak 4
tahun bagi seorang pendidik.
MAKLUMAT PERMATA Q PUSAT ANAK GENIUS
( )NEGARA PAGN GEMENCHEH
PAGN Gemencheh mula mendapat pengiktirafan Sijil PERMATA Q pada
tahun 2018. Oleh kerana, mendapat markah yang cemerlang Pegawai
Paksi Zon Negeri Sembilan iaitu Puan Rohaniah Ngateni memberi
kepercayaan bahawa PAGN Gemencheh layak untuk menjadi "Mentor
PERMATA Q" kepada PAGN sekitar Negeri Sembilan.
PERMATA Q merangkumi 6 Standard Kualiti (SQ) Kurikulum Permata
Negara iaitu, SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak, SQ 2:
Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak, SQ 3: Asuhan dan Penilaian
Bayi, SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran, SQ 5: Sumber
Manusia, dan akhir sekali SQ 6: Pengurusan. Walaubagaimanapun,
PAGN Gemencheh masih tidak mempunyai fasiliti kelengkapan
bayi dan maklumat tentang SQ 3 iaitu Asuhan dan Penilaian Bayi
tidak disentuh di dalam artikel ini.
Setiap gambar dan maklumat yang disentuh di dalam artikel ini adalah
sepenuhnya tentang PAGN Gemencheh sahaja.
3
1 -SQ AMALAN RUTIN DAN
-PENGASUHAN KANAK KANAK
PENGENDALIAN AKTIVITI RUTIN PERMATA
Rutin dipraktikkan bagi memastikan kanak-kanak dididik menjadi individu berdisiplin,
tertib, mulia dan dapat hidup secara berdikari.
Menyambut Ketibaan
Pendidik yang bertugas akan menyambut
ketibaan kanak-kanak dengan mesra serta
memeriksa kesihatan dan fizikal kanak-
kanak
Circle time/perjumpaan pagi
Pendidik akan membimbing kanak-kanak untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri
Sembilan, lagu Permata dan bacaan doa. Pendidik
juga akan beramah mesra dan bersoal jawab
dengan kanak-kanak mengenai tema, hari, cuaca
dan topik yang berkaitan.
Makan dan Minum
PAGN menyediakan pemakanan sihat dan
seimbang serta mengambil tahu mengenai alahan
kanak-kanak. Pendidik juga perlu memastikan
kanak-kanak mengikuti adab-adab sebelum dan
selepas makan.
Kecergasan
Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti jasmani
pada setiap hari di PAGN.
OLEH: NOR AFIKAH BT MOHD HOMIDI 4
1 -SQ AMALAN RUTIN DAN
-PENGASUHAN KANAK KANAK
Kesihatan dan
kebersihan diri
kanak-kanak
Pihak pegawai kesihatan akan dijemput ke PAGN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-
kanak sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kanak-kanak juga dididik dengan amalan membasuh tangan setiap
kali melakukan aktiviti, menggosok gigi dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu, barang
peribadi dan ruang tidur kanak-kanak akan dipastikan dalam keadaan yang terbaik dan bersih.
Keselamatan
kanak-kanak
Pendidik sentiasa mengawasi keselamatan kanak-kanak sepanjang berada di PAGN dan memastikan alatan
mainan yang digunakan dalam keadaan yang terbaik dan selamat.
Rehat dan tidur
Pendidik perlu melakukan rutin sebelum tidur seperti membacakan buku cerita, membaca doa dan
memperdengarkan muzik perlahan atau zikir supaya kanak-kanak dapat berehat dengan tenang.
OLEH: NOR AFIKAH BT MOHD HOMIDI 5
1 -SQ AMALAN RUTIN DAN
-PENGASUHAN KANAK KANAK
Pulang
Kanak-kanak membawa semua barang
peribadi dan buku log untuk dibawa
pulang
PENERAPAN NILAI MURNI DAN TINGKAH LAKU DALAM ASUHAN
Pendidik bertanggunjawab untuk menerapkan dan memupuk nilai-nilai murni dalam aktiviti dan
rutin kanak-kanak seperti mengucapkan terima kasih, berdisiplin, rajin dan sebagainya.
BIMBINGAN KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH TINGKAH LAKU
Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku terdiri daripada kanak-kanak yang terlalu
aktif, sangat pemalu, murung, mengamuk dan bergaduh. Pendidik perlu pandai memujuk dan
menenangkan emosi kanak-kanak supaya kanak-kanak lebih ceria hadir ke sekolah serta
seronok belajar dan bermain dengan kawan-kawan.
OLEH: NOR AFIKAH BT MOHD HOMIDI 6
2 -SQ PEMBELAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
Terbahagi kepada 3 bahagian yang utama iaitu Prinsip Pedagogi PERMATA; Aktiviti
Pembelajaran dan yang terakhir Pemerhatian dan Pentaksiran Perkembangan.
Prinsip Pedagogi PERMATA
PERMATA menekankan 6 bidang perkembangan utama dan menekankan kepada konsep
whole brain learning yang menjadi teras kepada pedagogi PERMATA. 6 bidang pembelajaran
PERMATA merangkumi:-
Peka kepada perbezaan
perkembangan. Umum
mengetahui bahawa setiap
perkembangan kanak-kanak
adalah berbeza dan pendidik perlu
kreatif dalam menyediakan bahan
pengajaran yang boleh
merangsang visual, auditori,
spatial dan kinestetik kanak-kanak.
Pengintegrasi whole brain Learning is FUN. Pendidik akan
memastikan pembelajaran adalah
learning dalam setiap aktiviti. menggembiran kerana ianya
sebagai terapi untuk membina self-
Yang mana setiap pendidik akan esteem dalam diri kanak-kanak.
mengembangkan beberapa bidang
perkembangan kanak-kanak
melalui satu aktiviti.
Prinsip pedagogi yang
diamalkan oleh PERMATA
terbahagi kepada 5 bahagian
yang utama
Kaedah 3E dan projek. Pendidik Hubungan dan interaksi. Yang
menggunakan projek STEM yang mana melalui hubungan ini
memperkenalkan Sains, Teknologi, pendidik akan menanamkan
Engineering dan Matematik (STEM) keyakinan kanak-kanak kepada
kepada kanak-kanak melalui pendidik yang secara tak langsung
penekanan kepada kaedah 3E iaitu membolehkan pendidik memberi
explore, experiment dan experience. motivasi dan dorongan serta
Kanak-kanak akan membuat aktiviti mencungkil bakat yang ada dalam
secara hands-on (explore) bagi diri kanak-kanak.
memberi kanak-kanak mengalami
(experience) penerokaan yang
sebenar. Contoh aktiviti seperti
bermain air.
OLEH: NURULHUDA ABDUL RAHMAN 7
2 -SQ PEMBELAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
10 aktiviti pembelajaran di PERMATA
Main pasir yang bertujuan untu merangsang
perkembangan sensori dan psikomotor kanak-kanak,
disamping membina daya imaginasi dan kreativiti
mereka. Di PAGN, aktiviti bermain pasir diadakan 1 kali
seminggu.
Main bebas sama ada di dalam atau di luar bangunan.
Untuk satu hari, pendidik akan memperuntukkan masa
bagi kanak-kanak untuk secara bebas memilih
permainan apa yang mereka inginkan.
Main air. Yang mana ianya juga diadakan 1 kali seminggu.
Aktiviti bermain air dijalankan dengan pengawasan yang
rapi oleh pendidik.
Nature walk yang turut diadakan 1 kali dalam seminggu
yang mana secara langsung akan memberi pengalaman
dalam menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa,
bau dan juga pendengaran.
Aktiviti manipulative melibatkan alat-alat mainan yang
sesuai untuk perkembangan motor halus, koordinasi mata
tangan, deria dan juga daya tumpuan.
Aktiviti seni kreatif dan kraf yang melibatkan penggunaan
bahan-bahan seni seperti water colour, krayon, berus
warna, span, cop, pelbagai jenis kertas dan sebagainya.
Aktiviti fizikal (permainan luar).
Aktiviti Bahasa dan Literasi Awal (membaca,
menulis, bercerita dan menyanyi).
Aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Main peranan. 8
OLEH: NURULHUDA ABDUL RAHMAN
2 -SQ PEMBELAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
Pemerhatian dan Pentaksiran Perkembangan.
Merupakan instrumen untuk mengumpul maklumat berkaitan perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak, kesihatan dan juga tingkah laku kanak-kanak. Permata
menggunakan 2 indikator dalam menilai perkembangan kanak-kanak iaitu:-
Indikator rekod pemerhatian dan
pentaksiran kanak-kanak yang
menggunakan Log Harian Anak
Genius Negara dan buku
kesihatan
Indikator Pentaksiran
OLEH: NURULHUDA ABDUL RAHMAN 9
4 -SQ KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
KESELAMATAN FIZIKAL
Menyediakan dan melaksanakan
peraturan serta polisi keselamatan
Menyediakan persekitaran serta 10
peralatan yang selamat dan bersih
PERATURAN DAN POLISI KESELAMATAN
Sentiasa merujuk buku SOP Pusat Anak
PERMATA Negara (Bahagian JPM, 2008), Akta
TASKA pindaan 2012 dan peraturan
perlesenan.
Mempamerkan jadual tutup & buka pintu
pagar PAGN, peraturan menghantar &
menjemput anak, prosedur menghubungi
ibubapa atau hospital jika berlaku
kemalangan, penggunaan bahan-bahan
tumbuhan atau haiwan dll.
OLEH: AJANATUL AJILAH MOHD SAID
4 -SQ KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
KESELAMATAN FIZIKAL
Mempamerkan prosedur pemeriksaan kesihatan
pendidik dan tukang masak (Suntikan typhoid)
STAF TERLATIH TENTANG KESELAMATAN
Memastikan terdapat alat Mengadakan latihan berkala
pemadam api diperiksa secara
berkala oleh Bomba, mempunyai menggunakan alat-alat keselamatan
peti rawatan kecemasan yang
lengkap dan tidak luput tarikh. dan memahami langkah-langkah
dalam menghadapi risiko
keselamatan mengikut umur dan
perkembangan kanak-kanak.
KESELAMATAN FIZIKAL LUARAN
Memastikan pintu pagar sentiasa
berkunci, memastikan persekitaran
seperti longkang, tumbuhan hiasan
bukan dari jenis beracun.
Semua peralatan permainan dalam keadaan baik,
selamat dan bersih. Contohnya, kolam, terowong,
gelongsor dan pondok.
OLEH: AJANATUL AJILAH MOHD SAID 11
4 -SQ KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
KESELAMATAN FIZIKAL DALAMAN
Memastikan susun atur persekitaran dalaman tidak
membahayakan atau menganggu pergerakan. Semua
peralatan dan ruang aktiviti hendaklah selamat, tidak
berair dan licin, kemas dan teratur, pencahayaan yang
baik dan suhu yang sesuai. Tidak ada perabot atau
peralatan yang rosak di ruang aktiviti dan peralatan
elektrik perlu diletakkan jauh dari jangkauan kanak-
kanak.
Memastikan premis serta peralatan dapur sentiasa
dibersihkan serta dinyahkuman. Memastikan tandas
dan bilik mandi tidak berbau dan kering. Membuang
sampah dan sisa makanan setiap hari dan
memastikan semua tong sampah bertutup rapat.
RUANG DAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN
Memastikan ruang pembelajaran yang selesa dan
kondusif sesuai dengan konsep penerokaan bebas.
Persekitaran pembelajaran perlu mengikut Peraturan
24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-
Kanak (di Insitusi) 198.
Menyusun atur ruang dalaman pembelajaran
seperti ruang bacaan, aktiviti manipulatif, main
peranan, aktiviti seni dan kreativiti, teknologi dll.
Menyediakan kemudahan luaran seperti taman 12
permainan, ruang main air, pasir, permainan fizikal
dan lain-lain. Susun atur persekitaran pembelajaran
perlu mengamalkan konsep yang menyegarkan sesuai
dengan ciri-ciri alam sekitar.
OLEH: AJANATUL AJILAH MOHD SAID
4 -SQ KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
RUANG DAN KEMUDAHAN UMUM
Menyediakan ruang-ruang seperti
dapur, bilik air dewasa, ruang
menunggu, ruang pejabat, stor, bilik
guru, bilik penyelia dan bilik
rundingan. Tidak dilupakan,
kemudahan pejabat seperti komputer,
ruang pameran hasil kerja, bilik sakit
dll.
PERALATAN DAN SUMBER PEMBELAJARAN PERMATA
Mempunyai peralatan dan sumber ransangan perkembangan menyeluruh ke tahap
optimum. PAGN juga perlu menggunakan bahan-bahan semulajadi secara kreatif.
Peralatan muzik
PAGN menyediakan peralatan muzik bagi
membantu konsentrasi,mententeramkan
jiwa & merangsang kreativiti.
Peralatan kognitif
(Awal Matematik dan Awal Sains)
PAGN menyediakan peralatan kognitif seperti
model gigi besar, glob, manik, binaan, domino,
kanta pembesar dll.
Peralatan main peranan
PAGN menyediakan peralatan main
peranan seperti patung sarung tangan,
pakaian seragam, model makanan dan
lain-lain bagi meningkatkan konsep kendiri
kanak-kanak.
Peralatan main air dan main pasir
PAGN menyediakan peralatan main air dan
pasir seperti penyodok, corong, bekas siraman,
botol, penapis dll.
OLEH: AJANATUL AJILAH MOHD SAID 13
4 -SQ KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER
PEMBELAJARAN
Peralatan fizikal dan senaman
PAGN menyediakan peralatan fizikal dan senaman seperti
soft gym, basikal, gelung, gelongsor dll.
Bahan Bahasa, bacaan, dan literasi
PAGN menyediakan bahan bahasa, bacaan dan
literasi seperti cantuman ABC, CD/DVD cerita,
buku sensori dalam pelbgai Bahasa dan buku
besar bagi menggalakkan komunikasi.
Peralatan seni dan kraf
PAGN menyediakan seni dan kraf yang mencukupi seperti
cat air, berus, kertas,apron dll.
Peralatan teknologi dan ICT
PAGN menyediakan peralatan teknologi ICT seperti
komputer, televisyen,mesin pengimbas dll. Wajib
bagi PAGN menyediakan sekurang-kurangnya
sebuah komputer atau komputer riba untuk
kegunaan pendidik dan kanak-kanak.
OLEH: AJANATUL AJILAH MOHD SAID 14
5 -SQ SUMBER MANUSIA
MESRA, PENYAYANG DAN RAPAT
Pendidik adalah individu paling rapat dengan
kanak-kanak ketika mereka berada di PAGN
KELAYAKAN, PELANTIKAN DAN
PERKEMBANGAN STAF
Pendidik haruslah berkelayakan (sekurang-
kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda),
berintelek tinggi serta profesional
Pendidik telah lulus kursus KAAK/KAP dan
berdaftar sebagai pengasuh/pendidik mengikut
Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-
peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012
Pendidik telah mengikuti atau menghadiri kursus
perkembangan profesional atau menghadiri
seminar/persidangan/bengkel yang berkaitan secara
berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak.
NISBAH PENDIDIK: KANAK-KANAK DAN BAYI
OLEH: NORSYUHADA MOHD REDZUAN 15
5 -SQ SUMBER MANUSIA
AMALAN PROFESIONAL DAN ETIKA
Pendidik melaksana tugas dan tanggungjawab berdasarkan kurikulum dan
peraturan Genius Negara secara baik, benar, komited, amanah, cekap dan
bertanggungjawab tanpa prejudis dan diskriminasi.
Pendidik/pengasuh memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan kemas.
Pendidik/pengasuh bersifat penyayang, mesra kanak-kanak, berempati, adil,
sentiasa menjaga maruah dan harga diri bayi dan kanak-kanak serta sensitif
kepada kepelbagaian kebolehan, minat dan bakat kanak-kanak.
Pendidik mengamalkan sikap yang positif dan saling menghormati dalam
hubungan dengan rakan sekerja dan membina suasana kerja yang harmoni.
Pendidik akan menjadi role model kepada kanak-kanak. Peranan pendidik
sangat pendidik untuk mendidik kanak-kanak melahirkan rasa cinta akan
negara kita
OLEH: NORSYUHADA MOHD REDZUAN 16
6 -SQ PENGURUSAN
VISI, MISI DAN MATLAMAT
PAGN mempunyai visi, misi dan matlamat bagi memastikan pengoperasian dan
pengurusannya berjalan dengan lancar sepanjang masa.
ORGANISASI PENGURUSAN
PAGN mempunyai organisasi PAGN yang jelas
termasuk Ahli Lembaga dan/atau Penasihat
organisasi PAGN yang jelas.
PERANCANGAN AKTIVITI
PAGN membuat perancangan tahunan, bulanan,
mingguan dan harian yang mereflek visi, misi dan
matlamatnya.
PAGN mempamerkan takwim tahunan dan
bulanan untuk perhatian ibu bapa, penyelia
dan/atau pelawat mengenai program dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di PAGN.
PENGENDALIAN MAKLUMAT DAN REKOD
Jenis Rekod mengikut peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
PAGN adalah taska yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
PAGN menyimpan rekod kanak-kanak yang mengandungi latar belakang,
kedatangan, kesihatan, pihak yang bertanggungjawab menghantar dan
menjemput kanak-kanak dan pihak yang perlu dihubungi semasa
kecemasan.
OLEH: NURUL INANI AB RAUF 17
6 -SQ PENGURUSAN
PAGN menyimpan rekod kakitangan yang mengandungi, kelayakan akademik,
latihan & perkembangan professional, pengalaman bekerja, gaji, maklumat
kesihatan, cuti, pelanggaran disiplin, anugerah, alamat dan orang yang boleh
dihubungi jika berlaku kecemasan.
PAGN menyimpan rekod pengurusan seperti rekod kewangan, rekod inventori
dan aset, rekod perancangan tahunan, bulanan, mingguan, (takwim), rekod
harian/menu, rekod latihan kebakaran, rekod pelawat dan rekod penglibatan
ibubapa secara sistematik
Kelengkapan, Kemaskinian dan Kerahsiaan Rekod
PAGN dapat memberi maklumat terkini tentang semua perkara berkaitan
kanak-kanak, staf atau urusan pentadbiran, terutama apabila berlaku sesuatu
kecemasan atau kemalangan.
PAGN menyimpan rekod sulit di dalam kabinet berkunci.
Perkembangan professional
PAGN menggalakkan pendidik/pengasuh mengikuti program latihan
perkembangan professional dan bengkel secara sistematik dan
berterusan untuk menambahbaik pengetahuan mereka dalam
bidang yang berkaitan selain dapat meningkatkan keterampilan diri
mereka sebagai pendidik/pengasuh PERMATA.
OLEH: NURUL INANI AB RAUF 18
6 -SQ PENGURUSAN
Pengurusan kesihatan dan Keselamatan
PAGN menjalin kerjasama dengan penyedia
perkhidmatan di komuniti seperti Bomba, Polis,
Pejabat Pos, Klinik/Poliklinik, Hospital atau Pusat
Perubatan.
Kesihatan dan pemakanan kanak-kanak PAGN memastikan kanak-kanak telah
diberi vaksinasi mengikut jadual Kementerian Kesihatan sebelum diterima
masuk ke PAGN.
Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti
PAGN mewajibkan penglibatan ibu bapa/penjaga
dalam aktiviti PAGN
sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam
sebulan..
PAGN menjalin hubungan yang baik dengan
masyarakat setempat. PAGN menganjurkan atau
mengambil bahagian dalam aktiviti secara
bersama sekurang-kurangnya sekali setahun.
OLEH: NURUL INANI AB RAUF 19
IMBAS LALU SEKITAR PENILAIAN PERMATA Q
PAGN GEMENCHEH
20