The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wadacutez, 2018-05-20 10:43:12

BULETIN LENSA KO UPSI

LLLENSA KO















Terbitan Pusat Ko UPSI bil. 1 /2018 ISSN







UPSI ADVENTURE PARK





eksplorasi media


upsi-kampar






EKSPEDISI JEJAK MAT KILAU





W A T E R R U N




































KARNIVAL KO PUPUK




RASA KEMANUSIAAN

E D I T O R I A L L E N S A K O

2 0 1 8




Penaung Prof Madya Dr. Md Amin Md Taff


Penasihat Dr Asmadi Ishak


Ketua Editor Dr Ghazali Din

Editor Amirul Hasraf


Penolong Editor Siti Fatimah, Syahiran, Amira, Syahir


Pereka Grafik Syuhada, Fatin, Suzanna

Juru Foto Auni Iman, Ikmal, Christee

ALUAN

LENSA KO MEDIUM PUBLISITI


AKTIVITI PELAJAR





Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,




Alhamdullilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia
dan hidayah-Nya dapat juga Buletin Lensa Ko edisi pertama bagi

tahun 2018 dapat diterbitkan. Usaha murni ini merupakan satu
saluran kepada pelajar yang mengambil kursus kokurikulum di

Universiti Pendidikan Sultan Idris khasnya dan tenaga pengajar

amnya untuk menghasilkan penulisan aktiviti dan artikel yang
berkaitan. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat mengembangkan

profesionalisme mereka sebagai pendidik malah, menghasilkan

pelajar yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan
dan pelaporan aktiviti secara sistematik.




Penekanan terhadap kemahiran insaniah dan pengayaan diri pada
pelajar merupakan matlamat utama Pusat Kokurikulum selari dengan

hasrat UPSI untuk menjadi Universiti Pendidikan No 1 dirantau ini.
Adalah diharapkan supaya dengan adanya buletin ini, semua aktiviti

pelajar yang mengambil kursus kokurikulum dapat dipaparkan

sumbangan mereka kepada komuniti setempat. Akhir kata, saya ingin
merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah

berusaha menerbitkan Buletin Lensa Ko 2018.
Selamat Maju Jaya.




Dr Asmadi Ishak
Pengarah Pusat Kokurikulum

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ALUAN




BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN









Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,



Pusat Kokurikulum antara pusat tanggungjawab yang penting
dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki nilai tambah

kemahiran insaniah. Semua mahasiswa yang melanjutkan
pengajian di univesiti ini akan mengikuti pelbagai kursus

kokurikulum mengikut minat mereka. Penerbitan buletin ini adalah
kali pertama oleh Pusat Kokurikulum yang diamanahkan kepada

mahasiswa kursus Kewartawanan (CPK2011).



Komitmen penting dalam menjayakan penerbitan ini yang boleh
menjadi dokumentasi kepada aktiviti dan pencapaian Pusat

Kokurikulum dalam penganjuran program bersama mahasiswa.



Ia juga menguji mahasiswa kursus untuk menggunakan

pemikiran kritis dalam pemilihan bahan bahan terpenting serta
kreatif dalam merekabentuk persembahan kandungan buletin.



Saya mengucapkan terima kasih atas dorongan dan sokongan

Pusat Kokurikulum yang memberi kepercayaan kepada kami
menzahirkan penerbitan buletin ini. Sebagai penerbitan pefrtama

pasti terdapat kekurangan di mana-mana, tetapi itulah proses
pembelajaran.




Kejayaan ini akan menjadi penanda aras untuk
kelangsungannya diterbitkan pada setiap semester pengajian.
Tahniah kepada semua mahasiswa kursus Kewartawanan atas

komitmen anda.



Dr Ghazali Din,

Ketua Editor

ALUAN


KO-KEWARTAWANAN


PENERAJU UTAMA LENSA KO









Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,



Mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus-kursus

kokurikulum tampil mengadakan pelbagai program dan aktiviti

untuk mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Komitmen ini disokong kuat oleh Pusat Kokurikulum Universiti

Pendidikan Sultan Idris yang diterajui pengarahnya, Dr Asmadi
Ishak. Peruntukkan kewangan dan peralatan telah banyak

disumbangkan demi menjayakan program-program yang dirancang
di dalam kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan.



Bertepatan dengan komitmen ini, Pusat Ko sekali lagi tampil

menerbitkan buletin Lensa Ko untuk menterjemahkan segala berita
dan program-program anjuran Pusat Ko dalam bentuk naskah

grafik. Sebagai makluman, buletin ini merupakan buletin pertama
yang diterbitkan dengan kerjasama pelajar Ko-Kewartawanan

UPSI. Ia terdiri daripada 40 berita berkisarkan pengurusan dan
pentadbiran, mesyuarat, lawatan luaran dan dalaman serta

program-program anjuran pelajar kursus di bawah Pusat Ko.



Besarlah cita-cita kami ingin melihat buletin ini menarik minat

pembaca dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan untuk tugasan
ilmiah dan sebagainya. Tahniah Pusat Kokurikulum UPSI dan

semua yang telibat dalam projek penerbitan buletin ini. Semoga ia
menjadi satu titik permulaan ke arah pengasilan buletin yang

bermakna malah merentas pelbagai sasaran pembaca.



Amirul Mohd Yusof
Editor Lensa KO

P E N G E N A L A N P U S A T

K O K U R I K U L U M



MATLAMAT
Membantu universiti untuk melahirkan
siswazah yang berketrampilan, seimbang dan
harmonis dalam aspek rohani, intelek, emosi,
sosial, fizikal seiring dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

VISI
Menjadi pusat pengembangan sahsiah pelajar
dalam menuju kebitaraan dan kecemerlangan
pendidikan.


MISI
Menerajui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kokurikulum bagi
mengembangkan pembangunan insan selaras
dengan wawasan universiti dan hasrat
negara.




015-4879 7700
+Kampus Sultan Azlan Shah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak




[email protected]

CARTA ORGANISASI
PUSAT KOKURIKULUM





PENGARAH
DR. ASMADI BIN ISHAK














PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS
SUKAN, PERMAINAN DAN BADAN BERUNIFOM PERSATUAN, SENI DAN SUKAN, ICGPA, ADDED PENOLONG PENDAFTAR
REKREASI LT. KOL. MOHAMAD ALI ROSHIDI KEBUDAYAAN VALUE DAN NAIDA HAZNI BT
Dr. MOHD MAZUKI BIN MOHD BIN AHMAD DR. AMRI BIN YUSOFF KESUKARELAWAN KHALIL
YASIM (KOSONG)









PENOLONG PEGAWAI TADBIR
PN. NURR ZAM BINTI SEENI
MOHAMED









UNIT SUKAN UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN UNIT AKADEMIK

PEMBANTU BELIA & SUKAN KANAN PEMBANTU TADBIR (P/O) KANAN PEMBANTU TADBIR (P/O)
EN. MUHD RUSHDAN BIN AINUDDIN EN. KAMARUL NAZRI BIN BUYONG MOHD FUAD BIN HUSSIN









PEMBANTU BELIA & SUKAN PEMBANTU BELIA & SUKAN PEMBANTU AKAUNTAN (KONTRAK) PEMBANTU TADBIR (P/O)
MOHAMAD ZIKRI BIN MOHD FUAD LEW MOHAMAD AZLAN BIN ABU NUR JANATUL ADENIN BINTI EN. MOHD FADLI BIN
SOHOT SHAHARUDDIN MAHAYUDI







PEMBANTU OPERASI
EN. MOHAMAD RAHIB BIN MD SAMAN

KOKURIKULUM: PEMANGKIN KEMAHIRAN INSANIAH

Oleh:

Asmadi Ishak
Md Amin Md taff

Mohamad Ali Roshidi Ahmad

Naida Hazni Khalil


Kokurikulum di peringkat pengajian tinggi adalah pelengkap kepada kurikulum yang

ditawarkan dalam bidang pengajian teras. Kini, hampir keseluruhan program akdemik di
Universiti Awam mewajibkan pelajarnya mengambil kursus kokurikulum sebagai kursus

teras Universiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mewajibkan pelajar
ISMP/ISM/Diploma mengambil kursus kokurikulum sebagai syarat wajib untuk bergraduat.

Kursus kokurikulum menjadi sebahagian daripada kitaran kurikulum yang menekankan
kepada aspek domain kognitif, afektif dam psikomotor. Penekanan kepada komponen

tersebut adalah sangat penting bagi pembentukan modal insan bagi pembangunan sesebuah

Negara maju menjelang tahun 2020 dan dikukuhkan lagi dengan Transformasi Nasional tahun
2050 (TN50). Selari dengan itu, kursus kokurikulum telah dirancang bagi menerapkan kriteria

khusus untuk pembangunan kemahiran insaniah yang merupakan komponen penting bagi
pembentukan modal insan secara holistik.


Kementerian Pendidikan tinggi (KPT) telah memperkenalkan lapan teras utama kokurikulum

iaitu Teras kepimpinan, keusahawanan, sukan, kebudayaan, pengucapan awam, daya usaha
dan inovasi, khidmat komuniti dan kesukarelawan. Penerapan kemahiran insaniah dalam

kursus kokurikulum ini bertepatan dengan dasar yang digariskan dibawah Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (SSPTN). Tambahan lagi, pembangunan sahsiah setiap pelajar di

Universiti Awam Malaysia dapat dilaksanakan melalui kursus korurikulum dengan
berdasarkan lapan domain hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh kerangka kelayakan

Malaysia (MQA) iaitu; (1) Pengetahuan, (2) kemahiran praktikal, (3) kemahiran sosial dan

tangungjawab, (4) nilai,sikap dan profesional, (5) komunikasi, kepimpinan dan kerja
berpasukan, (6) penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, (7) kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat dan (8) keusahawanan. Sementara itu, UPSI telah mengkategorikan kursus
kokurikulum kepada tiga komponen iaitu (1) Unit badan beruniform, (2) kelab dan Persatuan

dan (3) Sukan dan permainan, ianya adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Namun

begitu, secara umumnya lapan teras kokurikulum dan lapan domain hasil pembelajaran oleh
MQA telah digabungjalinkan di dalam pelaksanaan kursus kokurikulum di UPSI bagi

penerapan kemahiran insaniah dikalangan pelajarnya.


Kokurikulum merupakan wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani yang menawarkan
pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang tidak dapat dipelajari dalam

kuliah secara formal. Kursus kokurikulum yang berteraskan konsep pendidikan dan

pembangunan insan telah direkabentuk secara bersepadu serta menyeluruh bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi aspek akademik dan sahsiah diri. Tunjang kepada kejayaan

seseorang individu adalah berteraskan kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah

serta kecemerlangan dalam akademik. Pusat Kokurikulum telah menawarkan kursus
kokurikulum berunsurkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi aspek

intelek supaya dapat membantu pelajar untuk berkeyakinan tinggi dalam membuat keputusan.
Di samping itu, pelajar juga diterapkan agar mementingkan gaya hidup sihat serta

berketrampilan dalam memberikan idea dan juga pemikir kepada penyelesaian masalah
secara bijak. Kokurikulum sebagai pemangkin kemahiran.

UPSI Univeriti



Pertama Bina




Adventure Park.








I h s a n N o o r z a l i f o r H a r i a n M e t r o ( N u a n s a ) 2 3 - 3 - 2 0 1 8


















Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) melakar kejayaan apabila
berjaya membina UPSI Adventure
Park (UAP) di Kampus Sultan Azlan
Shah (KSAS), Proton City sekaligus
menambah satu lagi kelebihan dan
tarikan bagi universiti berkenaan.

Pembinaan UPSI Adventure Park
di atas tanah berkeluasan kira-kira
2 ekar yang meliputi kawasan air
terjun, hutan dara serta tasik buatan
tersebut terletak di kaki gunung
Banjaran Titiwangsa yang
merupakan lanskap semulajadi dan
menjadi tarikan utama ke UAP.
UAP adalah di bawah kendalian
Pusat Kokurikulum yang diketuai
oleh Pengarah, Dr Asmadi Ishak
manakala Dr Mazuki Mohd Yasim
bertindak sebagai penyelaras yang

merangka program dan seliaan
UAP.

Menurut Marzuki pembinaan UAP
adalah cetusan idea asal Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni), Prof Madya Dr. Md Amin Md
Taff dan Timbalan Bendahari,
Mohamad Najib Mohamed.
Baru-baru ini kakitangan Jabatan
Pembangunan dan Penyelenggaraan

yang diketuai oleh Noraini Abu Seman
dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
datang melawat ke tapak UAP

bertujuan melihat model
pembinaannya sekaligus berkongsi
pengalaman tentang proses
pembinaan UAP.
Dr Mazuki berkata UPSI adalah

universiti pertama di Asia yang
menggunakan Continuous Belay
System Koala bagi pengendalian

aktiviti tali tinggi yang menjanjikan
cabaran maksimum dan pada masa Menurut Marzuki pembinaan UAP adalah
yang sama turut menjamin cetusan idea asal Timbalan Naib Canselor
keselamatan pengguna di UAP. (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya
Dr. Md Amin Md Taff dan Timbalan
Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

Baru-baru ini kakitangan Jabatan
Pembangunan dan Penyelenggaraan yang
diketuai oleh Noraini Abu Seman dari
Universiti Utara Malaysia (UUM) datang

melawat ke tapak UAP bertujuan melihat
model pembinaannya sekaligus berkongsi
pengalaman tentang proses pembinaan UAP.

Dr Mazuki berkata UPSI adalah
universiti pertama di Asia yang
menggunakan Continuous Belay

System Koala bagi pengendalian
aktiviti tali tinggi yang menjanjikan
cabaran maksimum dan pada

masa yang sama turut menjamin
keselamatan pengguna di UAP.










“Apa yang lebih

membanggakan adalah UPSI
Adventure Park juga adalah
institusi pertama di Malaysia

yang menggunakan sistem Zip
Stop bagi operasi aktiviti flying
fox yang mana sistem
mekanikal yang digunakan
tidak memerlukan bantuan

instruktor bagi menghentikan
peserta semasa pelaksanaan
aktiviti tersebut".

315 Penyertaan Simbolik


Kejayaan Penganjur
“WATER RUN”














Oleh Norsyuhada Mohd Redzuan


Mahasiswa tahun pertama Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) di bawah kursus Pengurusan
Kokurikulum (CMP 2011) telah berjaya menganjurkan
program “Water Run” dengan 315 penyertaan yang
keseluruhannya terdiri daripada mahasiswa UPSI.
Program ini telah berlangsung di padang kawad dan
sekitar kampus Sultan Azlan Shah, UPSI sebagai
laluan utama larian peserta.

Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan
bahawa “sukan untuk semua” antara objektif program
ini diadakan, selain melengkapkan tugasan kursus
universiti iaitu Pengurusan Kokurikulum (CMP 2011).
Ahli jawatankuasa pelaksana yang menganjurkan
program ini diketuai oleh saudara Mohd Faiz Farhan
Abdul Rahman dan ahli jawatankuasa lain juga terdiri
daripada mahasiswa tahun pertama sesi 2017/2018.
Pemenang tempat pertama bagi kategori perempuan
ialah Nur Artiqal Mohd Jais, tempat kedua Nurul
Ummy Solehah Nordin, dan tempat ketiga iaitu Nurul
Izatul Atikah Onus. Manakala bagi kategori lelaki
tempat pertaman dimenangi oleh Ruthapiriya A/L
Kumaran, tempat kedua Mohamad Arif Safien dan
tempat ketiga Muhamad Redzuan Mohamad Nor.
Setiap pemenang membawa pulang sijil penyertaan,
pingat dan hamper. Malah 40 peserta pertama yang
tiba di garisan penamat juga diberikan sijil
penyertaan.


“Melaksanakan program subjek dengan lebih terbuka
dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa” antara
petikan ucapan Cik Nurul Hazwani Md Narizam
merangkap penasihat kursus Pengurusan
Kokurikulum Kumpulan I, juga selaku perasmi
program “Water Run”.

PRS UPSI Ziarah Pusat


Transit Gelandangan

















Oleh Wan Nur Amira Wan Uliyah



Pembimbing Rakan Sebaya UPSI mengajurkan
program Outreach di Pusat Transit
Gelandangan di Kuala Lumpur. Program ini

merupakan satu kesedaran kemasyarakatan
dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris(UPSI) . Usaha ini membuktikan
UPSI menjalinkkan hubungan baik dan
mendekati komuniti sambil menyumbang
khidmat bakti selain memenuhi kursus Kelab
Pembimbing Rakan Sebaya di bawah Pusat

Kokurikulum UPSI.


Seramai 43 orang mahasiswa/i telah terlibat
dalam menjalankan khidmat komuniti di Pusat
Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. Antara

aktiviti komuniti yang telah dilaksanakan
seperti kemahiran menyediakan `resume’ dan
kemahiran `grooming’ sebagai persediaan
kepada rakan jalanan semasa dalam proses
temuduga pekerjaan. Outreach PRS ini juga
disertai oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr
Aslina Ahmad dan Dr. Pau Kee yang terlibat
dalam slot motivasi mengenali diri.



Melalui program ini, kami dapat menambah
kemahiran menyelesaikan masalah dalam
melaksanakan program outreach ini.

Eskplorasi Media UPSI-



Kellie’s Castle Dapat


Liputan BH Varsiti















oleh Wan Nur Amira Wan Uliyah



Pada semester 1 sesi 2017/2018 Program

Eksplorasi Media UPSI- Kellie’s Castle anjuran
kursus ko-kewartawanan (CPK2011) yang
disertai seramai 33 pelajar Berjaya mendapat
liputan akhbar Berita Harian menerusi ruangan

BH Varsiti.

Program yang bertujuan memberi pendedahan
dan pengalaman dalam mencari maklumat dan

merakam gambar untuk dijadikan tugasan
penulisan rencana mengikut format penulisan
untuk media itu diketuai pengarah program,
Faiz Sudin.


“Alhamdulillah, bahan yang kami sediakan
mendapat tempat di akhbar BH sekali gus
membantu menambahbaik profil atau resume

kami , “ katanya.

Destinasi program eksplorasi media sebelum ini
termasuklah Logi Percetakan NSTP di Shah

Alam; Pantai Segari, Lumut; Muzium Arkeologi,
Lenggong; Muzium Kastam DiRaja Malaysia,
Melaka; Teluk Batik, Lumut serta Kuala Woh,
Tapah, Perak.

Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018

Jelajah Hayati Dunia Media

















Kampar : Seramai 20 pelajar kursus
kokurikulum kewartawanan di
bawah Pusat Kokurikulum, Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
mengadakan program Eksplorasi

Media UPSI-Kampar 2018 pada 12
Mei 2018.

Program yang diketuai pengarah
program, Wilfred Henry Emang

memberi peluang kepada peserta
mempraktik apa yang dipelajari di
dalam kelas.

Peserta Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018 bergambar di
hadapan Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta.



Program yang diadakan oleh kursus berkenaan pada setiap semester
bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan pengalaman dalam mencari
maklumat dan merakam gambar dalam masa yang ditetapkan tenaga
pengajar.


























Pengalaman mendulang bijih timah menyeronokkan peserta.

Memilih destinasi Kampar, peserta berpeluang menjelajah beberapa destinasi
menarik sekitar pekan itu termasuklah deretan rumah kedai di Bandar Agacia yang
berkonsepkan bandar Inggeris, Refarm Leisure Park, serta Muzium Perlombongan

Bijih Timah Kinta.
Pengalaman seumpama itu, katanya, amat berguna dalam menjayakan tugasan
mencari bahan bagi penulisan akhbar dan boleh dikongsi bersama apabila berjaya
menjadi pendidik di sekolah atau organisasi suatu hari nanti.
























Sebelum pulang peserta eksplorasi menyiapkan tugasan
penulisan dan pemilihan gambar .






Destinasi program eksplorasi media sebelum ini adalah Logi Percetakan
NSTP, Shah Alam; Pantai Segari, Lumut; Muzium Arkeologi, Lenggong;
Muzium Kastam DiRaja Malaysia, Melaka; Teluk Batik, Lumut serta
Kuala Woh, Tapah, Perak serta Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak.































Peserta Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018 bergambar di

hadapan Leisure Park ReFarm, kampar.

Karnival Ko Pupuk







Nilai Kemanusiaan







Karnival Kokurikulum 2017 anjuran Pusat Kokurikulum, Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Padang Istiadat,
Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) pada 12 September 2017 disambut meriah

dengan pelbagai aktiviti termasuk bercorak kemanusiaan dan dirasmikan
oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya
Dr Md Amin Md Taff
Karnival kali ini membabitkan seramai 4,300 pelajar yang mengikuti 67

kursus kokurikulum pelbagai bidang termasuk pasukan beruniform,
kesenian, sukan, kewartawanan.

Sempena karnival turut diadakan pemeriksaan perbarisan Prof Madya
Dr Md Amin, persembahan oleh pasukan beruniform dan pameran oleh
kursus-kursus berbentuk persatuan.

Karnival sehari itu bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa
menjayakan pelbagai program selepas mempelajarinya sama ada di bilik
kuliah mahupun di lapangan.

Dr Md Amin berkata, penerapan kemahiran insaniah penting supaya
apabila bekerja atau menjadi pendidik di sekolah nanti, mahasiswa akan
membawa nama baik UPSI dan melonjakkan imej organisasi atau sekolah.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Asmadi Ishak, berkata, komitmen
dan inisiatif penasihat serta mahasiswa kursus menjayakan pelbagai
aktiviti sempena Karnival Kokurikulum 2017 membuktikan kesungguhan

pusat berkenaan dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan
kemahiran insaniah sebelum bergraduat.

WORLD THINKING DAY MEMBERIKAN IMPAK

DALAM KALANGAN AHLI PERSATUAN PANDU


PUTERI






OLEH NOOR SYAHIRAN MOHAMAD NOOR ASRI




Persatuan Kokurikulum Pandu Puteri Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program
World Thinking Day atau Hari Peringatan peringkat
UPSI pada 21 April 2018.


Program ini telah diadakan di dalam Bilik Seminar
Rafflesia, Pusat Pelajar UPSI. Program ini dianjurkan
bertujuan memperingati bukan sahaja untuk Persatuan
Pandu Puteri itu sahaja tetapi beberapa persatuan
yang lain seperti Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain
lagi.
Pada tahun ini, Persatuan Pandu Puteri menggunakan
tema “IMPAK” dalam setiap program yang mereka
laksanakan. Pengarah Program Cik Siti Farhana
menyatakan inti pati pemilihan tema tersebut adalah
kerana pihak penganjur mengharapkan setiap apa
yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam persatuan

tersebut perlulah meninggalkan impak yang positif
dalam kalangan masyarakat.


Puan Aisyah Abdul Ghani selaku perasmi program
tersebut berkata, “Program ini setiap tahun
dilaksanakan untuk memperingati jasa tokoh-tokoh
yang telah berbakti kepada persatuan ini tidak kira
sama ada di peringkat persatuan ataupun peringkat
yang lebih tinggi”
Sempena program ini, pihak penganjur telah
mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan
fesyen, medley lagu-lagu Pandu Puteri, dan
pertunjukan kraf tangan menggunakan bahan terpakai.
Program ini telah mendapat sambutan yang

menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta telah
menyertai program tersebut.

Survival Run Dedah


Ilmu Pertolongan


Cemas















Oleh Rejal Laikim



Persatuan Pertolongan Cemas UPSI telah mengadakan
program Survival Run bagi meningkatkan lagi pengetahuan
pertolongan cemas dalam kalangan ahli. Program ini telah
diadakan sekitar kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.


Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada
mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai unit beruniform.
Kecergasan mahasiswa dan mahasiswi dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek dapat dikembangkan melalui
penglibatan dalam program ini. Selain itu, program ini juga
bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam
kalangan ahli di samping mempelajari teknik pertolongan
cemas.


Melalui program yang dianjurkan ini para ahli jawatankuasa
telah meletakkan beberapa rintangan yang harus dilalui oleh
para peserta. Dalam setiap rintangan yang diberikan para
peserta dalam kumpulan akan bekerjasama untuk
menyelesaikan setiap rintangan yang diberikan. antara
rintangan yang dibuat adalah Bantuan Anduh, Kemahiran
CPR, Choking, Balutan luka dan lain-lain. Melalui aktiviti ini
para peserta harus mengusai setiap teknik bantu mula ini
untuk menyiapkan setiap rintangan yang diberikan bagi
membolehkan mereka lulus bagi setiap rintangan. Para ahli
jawatankuasa telah meletakan beberapa garis panduan
untuk menilai kerja sama dalam ahli kumpulan bagi
memberikan mata.

Ekspedisi Palapes


UPSI Jejak Mat Kilau

















Oleh Siti Fatimah Mohd Zamri



Program “Jejak Mat Kilau” anjuran

Palapes Universiti Pendidikan Sultan
Idris telah diadakan pada 12 April 2018

yang bertempat dari Pos Bersih Ulu
Slim, Perak sehingga ke Lata Lembik,

Raub Pahang. Perasmi program iaitu Lt.
Kol Mohamad Ali Roshidi Ahmad selaku

Timbalan Komandan Palapes turut
menyatakan harapan beliau agar semua

peserta selamat sampai dengan jayanya
dalam ucaptama perasmian program

tersebut.



Pengarah program, Mohamad
Amiruddin Al-Baqi Mohd Sarif

menyasarkan objektif program sebagai

untuk meningkatkan kerjasama di
kalangan peserta selain dapat

meningkatkan daya fizikal dan mental.
Para peserta juga berharap agar

program seumpama ini dapat dijadikan
aktiviti tahunan.

Palapes Anjur Pertandingan


Menembak Jatuh Piring
Antara Staf UPSI
















Oleh Siti Fatimah Mohd Zamri



Program “Pertandingan Menembak Jatuh Piring
Antara Staf UPSI” yang diadakan di Lapang
Sasar PDRM, Slim Village, Ulu Slim, Perak telah

melibatkan 84 orang peserta. Lt. Kol Mohamad
Ali Roshidi Ahmad selaku Timbalan Komandan
Palapes UPSI turut berkata dalam ucapannya
bahawa program ini dapat memberi pendedahan
kepada staf awam UPSI berkaitan dengan
senjata sebenar tentera ATM serta memberikan
pengalaman yang sangat berguna kepada

peserta. Tetamu kehormat lain yang juga hadir
memeriahkan program adalah, Mejar Maslan
Ukkas selaku Ketua Jurulatih Palapes UPSI.


Di akhir program telah diadakan acara

penyampaian hadiah dimana johan pertandingan
jatuh piring kategori lelaki dirangkul oleh
kumpulan “Pewaris Keramat” yang merupakan
staf Fakulti Seni Komputeran dan Industri
Kreatif (FKIK) manakala kumpulan “Takde Ape”
dari Pusat Kokurikulum telah menjuarai
pertandingan jatuh piring bagi kategori wanita.



MENINGKATKAN SILATULRAHIM TENTERA DAN
KOMUNITI SETEMPAT SERTA PERKONGSIAN
ILMU PERSENJATAAN

Suksis UPSI Naib Johan Kejohanan


SUKAT







OLEH AMIRUL MOHD YUSOF




Kor Suksis UPSI telah menyertai Kejohanan Sukan

Suksis Zon Tengah 2018 (SUKAT). Kejohanan ini telah
diadakan di Pusat Sukan dan Kolej Kediaman 12,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti
dipertandingkan sepanjang dua hari temasya sukan ini
berlangsung. Acara ini merupakan acara tahunan

dalam takwim Persatuan Sukarelawan UPSI.


Temasya sukan yang dianjurkan Persatuan
Sukarelawan Polis (PSP) telah menghimpunkan
peserta-peserta Kos Suksis di semua universiti dari zon
tengah. Ia bertujuan meningkatkan semangat
kesukanan dan ke arah mahasiswa yang sihat, berdaya

saing dan maju dalam aspek kesukanan. Kor Suksis
UPSI telah mendapat tempat naib johan keseluruhan
acara yang dipertandingkan. Antara acara yang
dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, bola jarring,
bola baling, sepak takraw, kayak, ping pong, bola
tampar dan marathon.



Dalam menjayakan kejohanan ini, UPSI telah
menghantar 5 orang pegawai kehormat dan 125 orang
anggota. Kontinjen UPSI diketuai oleh Yang Dipertua
Sukis UPSI, Encik Mohd Zaki bin Mohd. Kejohanan
SUKAT ini menyaksikan Kor Suksis UPSI mencatat
kejayaan sebagai naib johan daripada semua university

seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

BELAKANG






TABIR LENSA KO

PUSAT KOKURIKULUM


Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 015 48797700
Emel : [email protected]


Click to View FlipBook Version