The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin pertama terbitan Pusat Ko UPSI. Memaparkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dibawah Pusat Kokurikulum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wadacutez, 2018-06-03 08:01:02

Buletin Lensa KO

Buletin pertama terbitan Pusat Ko UPSI. Memaparkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dibawah Pusat Kokurikulum

LENSA KO

LL

Terbitan Pusat Ko UPSI bil. 1 /2018 ISSN

UPSI ADVENTURE PARK

e kusppslio- kr aa smipma erd i a
EKSPEDISI JEJAK MAT KILAU

WATER RUN

kokurikulum pemangkin

kemahiran insaniah



ISI KANDUNGAN

1) Editorial
      2) Kata Kata Aluan Pengarah Pusat Ko

      3) Kata Kata Aluan Ketua Editor
4) Kata Kata Aluan Editor Lensa KO

5) Pengenalan Pusat Ko Upsi
6) Carta Organisasi

7-8) Peranan Kokurikulum Dalam Membentuk Pembangunan
Mahasiswa Holistik Di Institusi Pengajian Tinggi

9-10) Amalan Prinsip-Prinsip Etika Jurulatih Pasukan Beruniform
11-12) Kokurikulum: Pemangkin Kemahiran Insaniah
13-15) UPSI Universiti Pertama Bina Adventure Park

16) 315 Penyertaan Simbolik Kejayaan Penganjuran “Water Run”
17-18) Eksplorasi Media UPSI – Kampar 2018: Jelajah Hayati Dunia

Media
19-20) Karnival Kokurikulum Pupuk Nilai Kemanusiaan
21) Eksplorasi Media UPSI – Kellie’s Catle Dapat Liputan BH Varsiti
22) World Thinking Day Memberi Impak Dalam Kalangan Ahli

Persatuan Pandu Puteri
23) Survival Run Dedah Ilmu Pertolongan Cemas
24) PRS UPSI Ziarah Pusat Transit Gelandangan

25) Ekspedisi Palapes UPSI Jejak Mat Kilau
26) Palapes Anjur Pertandingan Menembak Jatuh Piring Antara

Staf Upsi
27) SUKSIS UPSI Naib Johan SUKAT

28) Belakang Tabir Lensa Ko

EDITORIAL LENSA KO
2018

Penaung Prof Madya Dr. Md Amin Md Taff

Penasihat Dr Asmadi Ishak

Ketua Editor Dr Ghazali Din

Editor Amirul Hasraf

Penolong Editor Siti Fatimah, Syahiran, Amira, Syahir

Pereka Grafik Syuhada, Fatin, Suzanna

Juru Foto Auni Iman, Ikmal, Christee

1

ALUAN

  LENSA KO MEDIUM PUBLISITI
AKTIVITI PELAJAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia
dan hidayah-Nya dapat juga Buletin Lensa Ko edisi pertama bagi
tahun 2018 dapat diterbitkan. Usaha murni ini merupakan satu
saluran kepada pelajar yang mengambil kursus kokurikulum di
Universiti Pendidikan Sultan Idris khasnya dan tenaga pengajar
amnya untuk menghasilkan penulisan aktiviti dan artikel yang
berkaitan. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat mengembangkan
profesionalisme mereka sebagai pendidik malah, menghasilkan
pelajar yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan
dan pelaporan aktiviti secara sistematik.

Penekanan terhadap kemahiran insaniah dan pengayaan diri pada
pelajar merupakan matlamat utama Pusat Kokurikulum selari dengan
hasrat UPSI untuk menjadi Universiti Pendidikan No 1 dirantau ini.
Adalah diharapkan supaya dengan adanya buletin ini, semua aktiviti
pelajar yang mengambil kursus kokurikulum dapat dipaparkan
sumbangan mereka kepada komuniti setempat. Akhir kata, saya ingin
merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha menerbitkan Buletin Lensa Ko 2018.
Selamat Maju Jaya.

Dr Asmadi Ishak
Pengarah Pusat Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris

2

ALUAN

BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Pusat Kokurikulum antara pusat tanggungjawab yang penting
dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki nilai tambah
kemahiran insaniah. Semua mahasiswa yang melanjutkan
pengajian di univesiti ini akan mengikuti pelbagai kursus
kokurikulum mengikut minat mereka. Penerbitan buletin ini adalah
kali pertama oleh Pusat Kokurikulum yang diamanahkan kepada
mahasiswa kursus Kewartawanan (CPK2011).

Komitmen penting dalam menjayakan penerbitan ini yang boleh
menjadi dokumentasi kepada aktiviti dan pencapaian Pusat
Kokurikulum dalam penganjuran program bersama mahasiswa.

Ia juga menguji mahasiswa kursus untuk menggunakan
pemikiran kritis dalam pemilihan bahan bahan terpenting serta
kreatif dalam merekabentuk persembahan kandungan buletin.

Saya mengucapkan terima kasih atas dorongan dan sokongan
Pusat Kokurikulum yang memberi kepercayaan kepada kami
menzahirkan penerbitan buletin ini. Sebagai penerbitan pefrtama
pasti terdapat kekurangan di mana-mana, tetapi itulah proses
pembelajaran.

Kejayaan ini akan menjadi penanda aras untuk
kelangsungannya diterbitkan pada setiap semester pengajian.
Tahniah kepada semua mahasiswa kursus Kewartawanan atas
komitmen anda.

Dr Ghazali Din,
Ketua Editor

3

ALUAN

KO-KEWARTAWANAN
PENERAJU UTAMA LENSA KO

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus-kursus
kokurikulum tampil mengadakan pelbagai program dan aktiviti
untuk mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Komitmen ini disokong kuat oleh Pusat Kokurikulum Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang diterajui pengarahnya, Dr Asmadi
Ishak. Peruntukkan kewangan dan peralatan telah banyak
disumbangkan demi menjayakan program-program yang dirancang
di dalam kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan.

Bertepatan dengan komitmen ini, Pusat Ko sekali lagi tampil
menerbitkan buletin Lensa Ko untuk menterjemahkan segala berita
dan program-program anjuran Pusat Ko dalam bentuk naskah
grafik. Sebagai makluman, buletin ini merupakan buletin pertama
yang diterbitkan dengan kerjasama pelajar Ko-Kewartawanan
UPSI. Ia terdiri daripada 40 berita berkisarkan pengurusan dan
pentadbiran, mesyuarat, lawatan luaran dan dalaman serta
program-program anjuran pelajar kursus di bawah Pusat Ko.

Besarlah cita-cita kami ingin melihat buletin ini menarik minat
pembaca dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan untuk tugasan
ilmiah dan sebagainya. Tahniah Pusat Kokurikulum UPSI dan
semua yang telibat dalam projek penerbitan buletin ini. Semoga ia
menjadi satu titik permulaan ke arah pengasilan buletin yang
bermakna malah merentas pelbagai sasaran pembaca.

Amirul Mohd Yusof
Editor Lensa KO

4

PENGENALAN PUSAT
KOKURIKULUM

MATLAMAT
Membantu universiti untuk melahirkan
siswazah yang berketrampilan, seimbang dan
harmonis dalam aspek rohani, intelek, emosi,
sosial, fizikal seiring dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.
VISI

Menjadi pusat pengembangan sahsiah pelajar
dalam menuju kebitaraan dan kecemerlangan

pendidikan.
MISI

Menerajui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kokurikulum bagi

mengembangkan pembangunan insan selaras
dengan wawasan universiti dan hasrat
negara.

015-4879 7700
+Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
 35900 Tanjong Malim, Perak

[email protected]

5

kakitangan pusat kokurikulum

pengarah penyelaras penyelaras
badan beruniform persatuan, seni
Dr. Asmadi bin Lt. Kol. Mohamad Ali dan kebudayaan
Ishak Roshidi bin Ahmad Dr. Nurul Hasyimah

binti Mat Rani

penyelaras sukan, pegawai tadbir penolong pegawai
permainan dan rekreasi n44 tadbir n29

Dr. Mazuki bin Pn. Naiza Hazni Pn. Nurr Zam binti
Mohd Yassim binti Khalil Seeni Mohamed

pembantu belia pembantu tadbir pembantu tadbir
dan sukan s26 (p/o) n22 (p/o) n19
En. Mohd Rushdan
bin Ainuddin En. Kamarul Nazri En. Mohd Fadli
bin Buyong bin Mahayudi

pembantu tadbir pembantu belia pembantu belia
(p/o) n19 dan sukan s19 dan sukan s19
En. Mohamad Azlan En. Mohamad Zikri
En. Mohd Fuad bin Abu Sohot bin Mohd Fuad Lew
bin Hussin

pembantu tadbir pembantu operasi
(kewangan) w19 n11
Pn. Nur Janatul
En. Mohd Rahib
Adenin binti bin Md Saman
Sharuddin

6

PERANAN KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK PEMBANGUNAN MAHASISWA
HOLISTIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Oleh;

Naida Hazni Khalil
Asmadi Ishak

Pembangunan dan pembentukan mahasiswa holistik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memerlukan
keseimbangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pembelajaran di institusi pengajian tinggi
bukan hanya memfokuskan kepada menyediakan mahasiswa yang tinggi tahap intelektualnya atau
memenuhi kehendak pasaran kerja, tetapi ia juga menyediakan mahasiswa yang holistik dan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan seterusnya menjadikan mahasiswa kelas pertama
yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan pembangunan negara. Penglibatan mahasiswa dalam
program akademik dan kokurikulum harus diganding bersama dalam pembentukan modal insan yang
holistik. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum di IPT secara tidak langsung menerapkan
ciri-ciri kepimpinan dalam diri seorang pelajar bagi menguasai kemahiran komunikasi, kemahiran
sosial, disiplin, kemahiran bekerja dalam kumpulan, pelajar bermotivasi dan sebagainya.Ini sekaligus
melalui aktiviti kokurikulum ini dapat dijadikan nilai tambah kepada mahasiswa bagi persediaan untuk
berhadapan dengan cabaran kehidupan selepas tamat pengajian.

Kini tranformasi kokurikulum di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjadi pemangkin kepada kelahiran
pembangunan modal insan yang mampu melahirkan mahasiswa berfikiran secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai
ketahanan serta kebolehan pasaran di dalam dunia global yang sering berubah-ubah.

Menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2010, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) telah menyediakan ruang untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara ke arah
menghasilkan modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia
menerusi pembangunan modal insan yang holistik di IPTA. Kementerian Pengajian Tinggi telah
mengenal pasti lapan teras utama aktiviti korkurikulum yang banyak disertai oleh mahasiswa di IPT
iaitu;

 Teras Sukan
 Teras Kebudayaan
 Teras Daya Usaha dan Inovasi
 Teras Pengucapan Awam
 Teras Kesukarelawanan
 Teras Khidmat komuniti
 Teras Keusahawanan
 Teras Kepimpinan

7

Penglibatan mahasiswa dalam teras aktiviti kokurikulum ini dijangka mampu meningkatkan kemahiran
insaniah yang amat penting dalam dunia pekerjaan. Kemahiran insaniah dalam aktiviti kokurikulum
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006. Terdapat (7) komponen
Kemahiran Insaniah yang perlu dikuasai oleh mahasiswa di IPT bagi memenuhi keperluan pekerjaan
iaitu;

 Komunikasi;
 Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
 Kerja Berpasukan
 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
 Keusahawanan
 Moral dan Etika Profesional
 Kepimpinan.

Cabaran ini bukan sahaja dirasai oleh mahasiswa, malah tenaga pengajar juga turut merasai cabaran ini,
di mana mereka telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan mahasiswa mencapai keputusan
cemerlang dalam kursus kokurikulum seiring dengan penerapan komponen kemahiran insaniah dalam
pembelajaran mereka. Selain itu juga, cabaran dalam membangunkan dan membentuk mahasiswa yang
holistik di IPT.

Bagi merealisasikan pembangunan mahasiswa holistik di IPT, aktiviti kokurikulum yang dirancang oleh
tenaga pengajar boleh dilaksanakan menerusi University Community Engagement (UCE), salah satunya
dengan mengadakan projek khidmat masyarakat di bawah teras ke (6) enam Teras Khidmat Komuniti.
Program Kembara Siswa Patriotik 2017 yang pernah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) misalnya, adalah satu contoh acara yang secara tidak langsung menanam semangat patriotisme
pada mahasiswa dalam cinta akan negara dan perpaduan. Selari dengan Teras Kempimpinan iaitu teras
ke (8) lapan, di mana program ini telah memberi mesej yang jelas bagi mewujudkan kesedaran kepada
pelajar dan masyarakat setempat bahawa semangat patriotisme merupakan tunjang utama untuk
keamanan dengan memelihara negara tercinta dan menghargai budaya bangsa.

Mahasiswa juga turut dilatih untuk bersedia sebagai usahawan atau ahli perniagaan dipasaran melalui
Teras Keusahawanan. Ini kerana mahasiswa yang bergraduat tidak semestinya bekerja hanya "makan
gaji" di sektor awam atau swasta tambahan dengan perubahan dalam sektor perindustrian yang berdaya
saing. Dalam hal ini, pembangunan kerohanian, jasmani, integriti dan sebagainya dipupuk dalam modul
kursus kurikulum yang ditawarkan.

Oleh sedemikian, pengalaman mahasiswa dalam mengendalikan program atau aktiviti kokurikulum
yang disediakan di IPT telah menjadi pemangkin kepada melahirkan modal insan yang berkualiti,
holistik dan seimbang dalam memastikan Misi Nasional Malaysia tercapai yang bermatlamat untuk
bersedia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di peringkat global.

8

AMALAN PRINSIP-PRINSIP ETIKA JURULATIH PASUKAN
BERUNIFORM

Mohamad Ali Roshidi bin Ahmad
Asmadi bin Ishak

Latihan pasukan beruniform secara keseluruhannya adalah dilaksanakan ke arah
memperlengkapkan para pelajar dengan ilmu dan kemahiran secukupnya, bagi membolehkan
tenaga mereka digemblengkan secara maksima untuk perkembangan sahsiah pelajar dan
kepentingan pembangunan negara. Untuk menghasilkan para pelajar yang berdisiplin, corak
latihan yang baik dan berkesan adalah amat diperlukan. Di samping itu, peranan jurulatih juga
amat penting untuk melaksanakan segala latihan yang sesuai dengan keperluan pasukan-pasukan
beruniform berkenaan. Dalam keghairahan melaksanakan latihan-latihan yang dirancangkan,
para jurulatih adalah terikat dengan beberapa prinsip etika, yang mana perlu dipatuhi oleh setiap
orang jurulatih supaya semua corak latihan dapat dijalankan dengan berkesan.

Terdapat lima prinsip etika yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas perlaksanaan
latihan pasukan beruniform.

a. Prinsip Fideliti. Prinsip ini menjadi teras dalam membina hubungan yang bersifat saling
percaya-mempercayai di antara para jurulatih dan pelajar. Rasa saling mempercayai di
antara jurulatih dan pelajar perlu terlebih dahulu diwujudkan sebelum sesi latihan
dilaksanakan. Dengan adanya kepercayaan, para pelajar akan lebih yakin untuk
melaksanakan semua latihan yang telah dirancang bersama jurulatih mereka. Prinsip ini
akan menjadikan tugas seseorang jurulatih lebih mudah dan mereka akan dapat
melaksanakan latihan dengan lebih berkesan. Tetapi, prinsip ini tidak dapat dipisahkan
dengan isu kerahsiaan. Para jurulatih mestilah pada sebilang masa dan di mana-mana saja
sentiasa menyimpan rahsia para pelajarnya.

b. Prinsip Keadilan. Prinsip ini menyentuh tentang tugas jurulatih memberi layanan kepada
para pelajar, terutamanya layanan kepada pelajar yang berlainan jantina. Jurulatih juga

9

hendaklah pada sebilang masa bersikap adil kepada semua pelajar tanpa mengira latar
belakang, keturunan, kenegerian dan lain-lain.
c. Prinsip Otonomi. Tugas jurulatih pasukan beruniform secara umumnya memerlukan
otonomi. Jurulatih perlu diberi hak dan kebebasan untuk menentukan corak latihan yang
akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kebebasan ini adalah perlu dihadkan kepada
silibus yang telah ditetapkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran latihan berkenaan.
d. Prinsip Tidak Menganiaya. Dunia kejurulatihan, termasuk latihan bagi pasukan
beruniform tidak akan dapat mengelak daripada terlibat dalam situasi penyalahgunaan
kuasa. Seseorang jurulatih mempunyai ruang dan peluang yang amat luas untuk
menyalahgunakan kuasa ke atas para pelajar. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang
terbaik, jurulatih hendaklah berpegang teguh dengan prinsip ini, iaitu tidak menganiaya
para pelajarnya.
e. Prinsip Memberi Kebaikan. Latihan yang dilaksanakan oleh jurulatih ke atas para pelajar
mestilah merupakan satu usaha ke arah memberi kebaikan kepada semua, iaitu kepada
negara, organisasi, pasukan, para pelajar dan orang ramai. Semua pihak diharap akan
mendapat manfaat daripada latihan yang dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Dalam usaha melatih para pelajar yang menganggotai pasukan beruniform, peraturan dan
hukuman sahaja tidak memadai untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin dan mempunyai
nilai patriotisme yang tinggi. Sebaliknya, setiap latihan yang dilaksanakan hendaklah dipandu
oleh nilai-nilai etika, sama ada dalam diri jurulatih ataupun dalam diri para pelajar yang dilatih.
Nilai-nilai etika ini akan menjadi panduan kepada para jurulatih dalam menjalankan tugas
mereka.

10

KOKURIKULUM: PEMANGKIN KEMAHIRAN INSANIAH

Oleh:

Asmadi Ishak
Md Amin Md taff
Mohamad Ali Roshidi Ahmad
Naida Hazni Khalil

Kokurikulum di peringkat pengajian tinggi adalah pelengkap kepada kurikulum yang
ditawarkan dalam bidang pengajian teras. Kini, hampir keseluruhan program akdemik di
Universiti Awam mewajibkan pelajarnya mengambil kursus kokurikulum sebagai kursus
teras Universiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mewajibkan pelajar
ISMP/ISM/Diploma mengambil kursus kokurikulum sebagai syarat wajib untuk bergraduat.
Kursus kokurikulum menjadi sebahagian daripada kitaran kurikulum yang menekankan
kepada aspek domain kognitif, afektif dam psikomotor. Penekanan kepada komponen
tersebut adalah sangat penting bagi pembentukan modal insan bagi pembangunan sesebuah
Negara maju menjelang tahun 2020 dan dikukuhkan lagi dengan Transformasi Nasional tahun
2050 (TN50). Selari dengan itu, kursus kokurikulum telah dirancang bagi menerapkan kriteria
khusus untuk pembangunan kemahiran insaniah yang merupakan komponen penting bagi
pembentukan modal insan secara holistik.

Kementerian Pendidikan tinggi (KPT) telah memperkenalkan lapan teras utama kokurikulum
iaitu Teras kepimpinan, keusahawanan, sukan, kebudayaan, pengucapan awam, daya usaha
dan inovasi, khidmat komuniti dan kesukarelawan. Penerapan kemahiran insaniah dalam
kursus kokurikulum ini bertepatan dengan dasar yang digariskan dibawah Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (SSPTN). Tambahan lagi, pembangunan sahsiah setiap pelajar di
Universiti Awam Malaysia dapat dilaksanakan melalui kursus korurikulum dengan
berdasarkan lapan domain hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh kerangka kelayakan
Malaysia (MQA) iaitu; (1) Pengetahuan, (2) kemahiran praktikal, (3) kemahiran sosial dan
tangungjawab, (4) nilai,sikap dan profesional, (5) komunikasi, kepimpinan dan kerja
berpasukan, (6) penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, (7) kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat dan (8) keusahawanan. Sementara itu, UPSI telah mengkategorikan kursus
kokurikulum kepada tiga komponen iaitu (1) Unit badan beruniform, (2) kelab dan Persatuan
dan (3) Sukan dan permainan, ianya adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh

11

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Namun
begitu, secara umumnya lapan teras kokurikulum dan lapan domain hasil pembelajaran oleh
MQA telah digabungjalinkan di dalam pelaksanaan kursus kokurikulum di UPSI bagi
penerapan kemahiran insaniah dikalangan pelajarnya.
Kokurikulum merupakan wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani yang menawarkan
pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang tidak dapat dipelajari dalam
kuliah secara formal. Kursus kokurikulum yang berteraskan konsep pendidikan dan
pembangunan insan telah direkabentuk secara bersepadu serta menyeluruh bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi aspek akademik dan sahsiah diri. Tunjang kepada kejayaan
seseorang individu adalah berteraskan kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah
serta kecemerlangan dalam akademik. Pusat Kokurikulum telah menawarkan kursus
kokurikulum berunsurkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi aspek
intelek supaya dapat membantu pelajar untuk berkeyakinan tinggi dalam membuat keputusan.
Di samping itu, pelajar juga diterapkan agar mementingkan gaya hidup sihat serta
berketrampilan dalam memberikan idea dan juga pemikir kepada penyelesaian masalah
secara bijak. Kokurikulum sebagai pemangkin kemahiran.

12

UPSI Universiti
Pertama Bina
Adventure Park.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar kejayaan apabila
berjaya membina UPSI Adventure Park (UAP) di Kampus Sultan
Azlan Shah (KSAS), Proton City sekaligus menambah satu lagi
kelebihan dan tarikan bagi universiti berkenaan.

Pembinaan UPSI Adventure Park di atas tanah berkeluasan kira-
kira 2 ekar yang meliputi kawasan air terjun, hutan dara serta tasik
buatan tersebut terletak di kaki gunung Banjaran Titiwangsa yang
merupakan lanskap semulajadi dan menjadi tarikan utama ke UAP.

UAP adalah di bawah kendalian Pusat Kokurikulum yang
diketuai oleh Pengarah, Dr Asmadi Ishak manakala Dr Mazuki Mohd
Yasim bertindak sebagai penyelaras yang merangka program dan
seliaan UAP.

13

Menurut Marzuki pembinaan UAP adalah “Apa yang lebih membanggakan adalah UPSI
cetusan idea asal Timbalan Naib Canselor Adventure Park juga adalah institusi pertama di
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Malaysia yang menggunakan sistem Zip Stop
Madya Dr. Md Amin Md Taff dan Timbalan bagi operasi aktiviti flying fox yang mana sistem
Bendahari, Mohamad Najib Mohamed. mekanikal yang digunakan tidak memerlukan
bantuan instruktor bagi menghentikan peserta
Baru-baru ini kakitangan Jabatan semasa pelaksanaan aktiviti tersebut".
Pembangunan dan Penyelenggaraan yang
diketuai oleh Noraini Abu Seman dari
Universiti Utara Malaysia (UUM) datang
melawat ke tapak UAP bertujuan melihat
model pembinaannya sekaligus berkongsi
pengalaman tentang proses pembinaan
UAP.

Dr Mazuki berkata UPSI adalah
universiti pertama di Asia yang
menggunakan Continuous Belay System
Koala bagi pengendalian aktiviti tali tinggi
yang menjanjikan cabaran maksimum dan
pada masa yang sama turut menjamin
keselamatan pengguna di UAP.

14

Beliau menjelaskan, persediaan dan latihan untuk jurulatih (TOT) yang
membabitkan staf bagi mengendalikan UAP sudah selesai dijalankan dengan
kerjasama Malaysian Challenge Course Association (MCCA) dan Petzl Malaysia
bagi pengendalian keselamatan dan pengendalian operasi secara keseluruhan.

“Kami berharap dengan kewujudan UAP ini
akan menyemarakkan lagi industri rekreasi di
Malaysia dan UPSI sentiasa releven sebagai sebuah
universiti pendidikan yang sentiasa mendahului dan
mendokong perkembangan rekreasi di Nusantara,
“katanya.

Katanya, UAP sebenarnya bermula dari
sebuah belukar dan kini telah menjadi
kebanggaan UPSI dan pada masa akan datang
bakal menjadi sebuah institut pendidikan rekreasi
yang memfokuskan penyelidikan dan
perkembangan aktiviti rekreasi di Malaysia.

15

315 Penyertaan Simbolik
Kejayaan Penganjur
“WATER RUN”

Oleh Norsyuhada Mohd Redzuan

Mahasiswa tahun pertama Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) di bawah kursus Pengurusan
Kokurikulum (CMP 2011) telah berjaya menganjurkan
program “Water Run” dengan 315 penyertaan yang
keseluruhannya terdiri daripada mahasiswa UPSI.
Program ini telah berlangsung di padang kawad dan
sekitar kampus Sultan Azlan Shah, UPSI sebagai
laluan utama larian peserta.

Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan
bahawa “sukan untuk semua” antara objektif program
ini diadakan, selain melengkapkan tugasan kursus
universiti iaitu Pengurusan Kokurikulum (CMP 2011).
Ahli jawatankuasa pelaksana yang menganjurkan
program ini diketuai oleh saudara Mohd Faiz Farhan
Abdul Rahman dan ahli jawatankuasa lain juga terdiri
daripada mahasiswa tahun pertama sesi 2017/2018.
Pemenang tempat pertama bagi kategori perempuan
ialah Nur Artiqal Mohd Jais,  tempat kedua Nurul
Ummy Solehah Nordin, dan tempat ketiga iaitu Nurul
Izatul Atikah Onus. Manakala bagi kategori lelaki
tempat pertaman dimenangi oleh Ruthapiriya A/L
Kumaran, tempat kedua Mohamad Arif Safien dan
tempat ketiga Muhamad Redzuan Mohamad Nor.
Setiap pemenang membawa pulang sijil penyertaan,
pingat dan hamper. Malah 40 peserta pertama yang
tiba di garisan penamat juga diberikan sijil
penyertaan.

“Melaksanakan program subjek dengan lebih terbuka
dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa” antara
petikan ucapan Cik Nurul Hazwani Md Narizam
merangkap penasihat kursus Pengurusan
Kokurikulum Kumpulan I, juga selaku perasmi
program “Water Run”.

16

Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018

Jelajah Hayati Dunia Media

Kampar :  Seramai 20 pelajar kursus
kokurikulum kewartawanan di
bawah Pusat Kokurikulum, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
mengadakan program Eksplorasi
Media UPSI-Kampar 2018 pada 12
Mei 2018.
Program yang diketuai pengarah
program, Wilfred Henry Emang
memberi peluang kepada peserta
mempraktik apa yang dipelajari di
dalam kelas.

Peserta Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018 bergambar di
hadapan Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta.  

Program yang diadakan oleh kursus berkenaan pada setiap semester
bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan pengalaman dalam mencari
maklumat dan merakam gambar dalam masa yang ditetapkan tenaga
pengajar.

Pengalaman mendulang bijih timah menyeronokkan peserta.
17

Memilih destinasi Kampar, peserta berpeluang menjelajah beberapa destinasi
menarik sekitar pekan itu termasuklah deretan rumah kedai di Bandar Agacia yang
berkonsepkan bandar Inggeris, Refarm Leisure Park, serta Muzium Perlombongan
Bijih Timah Kinta.
  Pengalaman seumpama itu, katanya, amat berguna dalam menjayakan tugasan
mencari bahan bagi penulisan akhbar dan boleh dikongsi bersama apabila berjaya
menjadi pendidik di sekolah atau organisasi suatu hari nanti.

Sebelum pulang peserta eksplorasi menyiapkan tugasan
penulisan dan pemilihan gambar .

Destinasi program eksplorasi media sebelum ini adalah Logi Percetakan
NSTP, Shah Alam; Pantai Segari, Lumut; Muzium Arkeologi, Lenggong;
Muzium Kastam DiRaja Malaysia, Melaka; Teluk Batik, Lumut serta
Kuala Woh, Tapah, Perak serta Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak.

Peserta Eksplorasi Media UPSI-Kampar 2018 bergambar di
hadapan Leisure Park ReFarm, kampar.
18

Karnival Ko Pupuk
Nilai

Kemanusiaan.  

Karnival Kokurikulum 2017 anjuran Pusat
Kokurikulum, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung
di Padang Istiadat, Kampus Sultan
Azlan Shah (KSAS) pada 12 September
2017 disambut meriah dengan
pelbagai aktiviti termasuk bercorak
kemanusiaan dan dirasmikan oleh
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni),
Prof Madya Dr Md Amin Md Taff.

Karnival kali ini membabitkan seramai 4,300
pelajar yang mengikuti 67 kursus kokurikulum
pelbagai bidang termasuk pasukan beruniform,
kesenian, sukan, kewartawanan.
Sempena karnival turut diadakan pemeriksaan
perbarisan Prof Madya Dr Md Amin,
persembahan oleh pasukan beruniform dan
pameran oleh kursus-kursus berbentuk
persatuan.

Karnival sehari itu bertujuan memberi
peluang kepada mahasiswa menjayakan
pelbagai program selepas mempelajarinya sama
ada di bilik kuliah mahupun di lapangan.

19

Karnival sehari itu
bertujuan memberi peluang
kepada mahasiswa
menjayakan pelbagai
program selepas
mempelajarinya sama ada di
bilik kuliah mahupun di
lapangan.

Dr Md Amin berkata, penerapan
kemahiran insaniah penting supaya apabila
bekerja atau menjadi pendidik di sekolah
nanti, mahasiswa akan membawa nama baik
UPSI dan melonjakkan imej organisasi atau
sekolah.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr
Asmadi Ishak, berkata, komitmen dan
inisiatif penasihat serta mahasiswa kursus
menjayakan pelbagai aktiviti sempena
Karnival Kokurikulum 2017 membuktikan
kesungguhan pusat berkenaan dalam
melahirkan pelajar yang berketerampilan
kemahiran insaniah sebelum bergraduat.

20

Eskplorasi Media UPSI-
Kellie’s Castle Dapat Liputan

BH Varsiti

oleh Wan Nur Amira Wan Uliyah

Pada semester 1 sesi 2017/2018 Program
Eksplorasi Media UPSI- Kellie’s Castle anjuran
kursus ko-kewartawanan (CPK2011) yang
disertai seramai 33 pelajar Berjaya mendapat
liputan akhbar Berita Harian menerusi ruangan
BH Varsiti.
   
Program yang bertujuan memberi pendedahan
 dan pengalaman dalam mencari maklumat dan
merakam gambar untuk dijadikan tugasan
penulisan rencana mengikut format penulisan
untuk media itu diketuai pengarah program,
Faiz Sudin.
 
  “Alhamdulillah, bahan yang kami sediakan
mendapat tempat di akhbar BH sekali gus
membantu menambahbaik profil atau resume
kami , “ katanya.
  
Destinasi program eksplorasi media sebelum ini
termasuklah Logi Percetakan NSTP di Shah
Alam; Pantai Segari, Lumut; Muzium Arkeologi,
Lenggong; Muzium Kastam DiRaja Malaysia,
Melaka; Teluk Batik, Lumut serta Kuala Woh,
Tapah, Perak. 

21

WORLD THINKING DAY MEMBERIKAN  IMPAK
DALAM KALANGAN AHLI PERSATUAN PANDU

PUTERI

OLEH NOOR SYAHIRAN MOHAMAD NOOR ASRI

Persatuan Kokurikulum Pandu Puteri Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program
World Thinking Day atau Hari Peringatan peringkat
UPSI pada 21 April 2018.

Program ini telah diadakan di dalam Bilik Seminar
Rafflesia, Pusat Pelajar UPSI. Program ini dianjurkan
bertujuan memperingati bukan sahaja untuk Persatuan
Pandu Puteri itu sahaja tetapi beberapa persatuan
yang lain seperti Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain
lagi.
Pada tahun ini, Persatuan Pandu Puteri menggunakan
tema “IMPAK” dalam setiap program yang mereka
laksanakan. Pengarah Program Cik Siti Farhana
menyatakan inti pati pemilihan tema tersebut adalah
kerana pihak penganjur mengharapkan setiap apa
yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam persatuan
tersebut perlulah meninggalkan impak yang positif
dalam kalangan masyarakat.

Puan Aisyah Abdul Ghani selaku perasmi program
tersebut berkata, “Program ini setiap tahun
dilaksanakan untuk memperingati jasa tokoh-tokoh
yang telah berbakti kepada persatuan ini tidak kira
sama ada di peringkat persatuan  ataupun peringkat
yang lebih tinggi”
Sempena program ini, pihak penganjur telah
mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan
fesyen, medley lagu-lagu Pandu Puteri, dan
pertunjukan kraf tangan menggunakan bahan terpakai.
Program ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta telah
menyertai program tersebut.

22

Survival Run Dedah Ilmu
Pertolongan Cemas 

Oleh Rejal  Laikim

Persatuan Pertolongan Cemas UPSI telah mengadakan
program Survival Run bagi meningkatkan lagi pengetahuan
pertolongan cemas dalam kalangan ahli. Program ini telah
diadakan sekitar kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada
mahasiswa dan mahasiswi  yang menyertai unit beruniform.
Kecergasan mahasiswa dan mahasiswi dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek dapat dikembangkan melalui
penglibatan dalam program ini.  Selain itu, program ini juga
bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam
kalangan ahli di samping mempelajari teknik pertolongan
cemas.

Melalui program yang dianjurkan ini para ahli jawatankuasa
telah meletakkan beberapa rintangan yang harus dilalui oleh
para peserta. Dalam setiap rintangan yang diberikan para
peserta dalam kumpulan akan bekerjasama untuk
menyelesaikan setiap rintangan yang diberikan. antara
rintangan yang dibuat adalah  Bantuan Anduh, Kemahiran
CPR, Choking, Balutan luka dan lain-lain. Melalui aktiviti ini
para peserta harus mengusai setiap teknik bantu mula ini
untuk menyiapkan setiap rintangan yang diberikan bagi
membolehkan mereka lulus bagi setiap rintangan. Para ahli
jawatankuasa telah meletakan beberapa garis panduan
untuk menilai kerja sama dalam ahli kumpulan bagi
memberikan mata.

23

PRS UPSI Ziarah Pusat Transit
Gelandangan

Oleh Wan Nur Amira  Wan Uliyah

Pembimbing Rakan Sebaya UPSI mengajurkan
program Outreach di Pusat Transit
Gelandangan di Kuala Lumpur. Program ini
merupakan satu kesedaran kemasyarakatan
dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris(UPSI) . Usaha ini membuktikan
UPSI menjalinkkan hubungan baik dan
mendekati komuniti sambil menyumbang
khidmat bakti selain memenuhi kursus Kelab
Pembimbing Rakan Sebaya di bawah Pusat
Kokurikulum UPSI.

Seramai 43 orang mahasiswa/i telah terlibat
dalam menjalankan khidmat komuniti di Pusat
Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. Antara
aktiviti komuniti yang telah dilaksanakan
seperti kemahiran menyediakan `resume’ dan
kemahiran  `grooming’  sebagai persediaan
kepada rakan jalanan semasa dalam proses
temuduga pekerjaan. Outreach PRS ini juga
disertai oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr
Aslina Ahmad dan Dr. Pau Kee yang terlibat
dalam slot motivasi mengenali diri.

Melalui program ini, kami dapat menambah
kemahiran menyelesaikan masalah dalam
melaksanakan program outreach ini.

24

Ekspedisi Palapes UPSI
Jejak Mat Kilau

Oleh Siti Fatimah Mohd Zamri

Program “Jejak Mat Kilau” anjuran
Palapes Universiti Pendidikan Sultan
Idris telah diadakan pada 12 April 2018
yang bertempat dari Pos Bersih Ulu
Slim, Perak sehingga ke Lata Lembik,
Raub Pahang. Perasmi program iaitu Lt.
Kol Mohamad Ali Roshidi Ahmad selaku
Timbalan Komandan Palapes turut
menyatakan harapan beliau agar semua
peserta selamat sampai dengan jayanya
dalam ucaptama perasmian program
tersebut.

Pengarah program, Mohamad Amiruddin
Al-Baqi Mohd Sarif menyasarkan
objektif program sebagai untuk
meningkatkan kerjasama di kalangan
peserta selain dapat meningkatkan daya
fizikal dan mental. Para peserta juga
berharap agar program seumpama ini
dapat dijadikan aktiviti tahunan.

25

Palapes Anjur Pertandingan
Menembak Jatuh Piring
Antara Staf UPSI

Oleh Siti Fatimah Mohd Zamri

Program “Pertandingan Menembak Jatuh Piring
Antara Staf UPSI” yang diadakan di Lapang
Sasar PDRM, Slim Village, Ulu Slim, Perak telah
melibatkan 84 orang peserta. Lt. Kol Mohamad
Ali Roshidi Ahmad selaku Timbalan Komandan
Palapes UPSI turut berkata dalam ucapannya
bahawa program ini dapat memberi pendedahan
kepada staf awam UPSI berkaitan dengan
senjata sebenar tentera ATM serta memberikan
pengalaman yang sangat berguna kepada
peserta. Tetamu kehormat lain yang juga hadir
memeriahkan program adalah, Mejar Maslan
Ukkas selaku Ketua Jurulatih Palapes UPSI.

Di akhir program telah diadakan acara
penyampaian hadiah dimana johan pertandingan
jatuh piring kategori lelaki dirangkul oleh
kumpulan “Pewaris Keramat” yang merupakan
staf Fakulti Seni Komputeran dan Industri
Kreatif (FKIK)  manakala  kumpulan “Takde Ape”
 dari Pusat Kokurikulum telah menjuarai
pertandingan jatuh piring bagi kategori wanita.

MENINGKATKAN SILATULRAHIM TENTERA DAN
KOMUNITI SETEMPAT SERTA PERKONGSIAN
ILMU PERSENJATAAN

26

Suksis UPSI Naib Johan Kejohanan
SUKAT

OLEH AMIRUL MOHD YUSOF

Kor Suksis UPSI telah menyertai Kejohanan Sukan
Suksis Zon Tengah 2018 (SUKAT).  Kejohanan ini telah
diadakan di Pusat Sukan dan Kolej Kediaman 12,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Pelbagai aktiviti
dipertandingkan sepanjang dua hari temasya sukan ini
berlangsung. Acara ini merupakan acara tahunan
dalam takwim Persatuan Sukarelawan UPSI.

Temasya sukan yang dianjurkan Persatuan
Sukarelawan Polis (PSP) telah menghimpunkan
peserta-peserta Kos Suksis di semua universiti dari zon
tengah. Ia bertujuan meningkatkan semangat
kesukanan dan ke arah mahasiswa yang sihat, berdaya
saing dan maju dalam aspek kesukanan. Kor Suksis
UPSI telah mendapat tempat naib johan keseluruhan
acara yang dipertandingkan. Antara acara yang
dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, bola jarring,
bola baling, sepak takraw, kayak, ping pong, bola
tampar dan marathon.

Dalam menjayakan kejohanan ini, UPSI telah
menghantar 5 orang pegawai kehormat dan 125 orang
anggota. Kontinjen UPSI diketuai oleh Yang Dipertua
Sukis UPSI, Encik Mohd Zaki bin Mohd.  Kejohanan
SUKAT ini menyaksikan Kor Suksis UPSI mencatat
kejayaan sebagai naib johan daripada semua university
seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

27

BELAKANG
TABIR LENSA KO

28

PUSAT KOKURIKULUM

Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 015 48797700
Emel : [email protected]


Click to View FlipBook Version