The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arman hadiff, 2019-04-24 21:50:49

MINIT KURI BIL.1 2019

MINIT KURI BIL.1 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM BIL. 1/ 2019

Tarikh : 27 Disember 2018 (Khamis)
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK AU Keramat
Pengerusi : Encik Khairul Anuar b Mohd Noor
Kehadiran : 113orang

Nama Yang Hadir:
1. Encik Khairul Anuar b Mohd Noor (Pengerusi)
2. Puan Norfouwiza bt Jalani (GPK Tadbir dan Kurikulum)
3. Cik Hasniza bt Mohd Yazid (GPK Hal Ehwal Murid)
4. Puan Emilia bt Kamarulzaman (GPK Kokurikulum)
5. Puan Siti Norliza bt Chik Busu (GPK Petang)
6. Puan Suraimi bt Youp (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
7. Puan Roslina bt Mohd Damanhuri (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
8. Puan Nur Fadzlina bt Khairuddin (Ketua Panitia Matematik)
9. Puan Mazilah bt Mat Daut (Ketua Panitia Sains)
10. Puan Wan Rohani bt Wan Deraman (Ketua Panitia Pendidikan Islam)

11. Mohd Fathiyakan b Asmara (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
12. Puan Haslinda bt Abdul Hadi (Ketua Panitia Sejarah)
13. Puan Siti Sarah bt Yusuf (Ketua Panitia Bahasa Arab)
14. Puan Saliza bt Kadir (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)
15. Encik Mohamad Hidayat b Saidi (Ketua Panitia Teknologi Maklumat & Teknologi)
16. Encik Mohd Baieth Rahmani b Mohd Lukhman (Ketua Panitia Rekabentuk & Teknologi)
17. Puan Kasthuri Bai a/p Muniandy (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
18. Puan Zuhaniz bt Masud (Ketua Panitia Muzik)
19. Puan Norafida bt Abdullah Aziz (Guru Media & Setiausaha Jadual Waktu)
20. Puan Zamilah bt Ahmad Zamri (Setiausaha Pentaksiran Pusat/ PBS)
21. Puan Hafsiah bt Md Noh (Setiausaha Peningkatan Prestasi PPSR)
22. Cik Noryani bt Nawawi (Ketua JK Prasekolah)
23. Encik Nik Musadiq b Nik Mat Yusoff ( Guru Penyelaras Bestari)
24. Encik Mohd Azfan b Abd Aziz (Setiausaha Pemulihan)
25. Puan Nurul Intan bt Ismail (Ketua Unit SPBT)
26. Puan Nor Azilah bt Zakaria (Setiausaha PAK 21/ i-Think/ KBAT)
27. Encik Ahmad Nasaruddin b Abdul Majid (Penyelaras j-QAF)
28. Puan Harriani bt Marzuki (Bimbingan dan Kaunseling)
29. Puan Wan Fadhillah Hanim bt Wan Yusoff (Penyelaras Tahun 1)
30. Puan Rosni bt Hamzah (Penyelaras Tahun 2)
31. Puan Siti Noor Fatmawati bt Mohamed (Penyelaras Tahun 3)
32. Puan Rozita bt Mohd Ali (Penyelaras Tahun 5 & Pengurus Kualiti Sekolah)
33. Puan Norismaliza bt Ismail (Penyelaras Tahun 6)
34. Encik Muhamad Hafiy Farhan b Hassim
35. Puan Azmatun bt Wan Muhamad
36. Encik Asral Jay Azad b Abd Rahman
37. Encik Zul 'Arfi b Zainol Abidin
38. Puan Zarifah bt Kasmunee
39. Cik Nor Adibah bt Abdullah

1

40. Puan Norhaniza bt Mokhtar
41. Puan A'atikah bt Abdul Rahman
42. Cik Rosmida bt Mohamad
43. Puan Sainah bt Supahat
44. Puan Nur Ruzalina bt Ismail
45. Puan Nornizma bt Mohd Yunoh
46. Puan Elina bt Abd Halim
47. Puan Intan Maizura bt Mansor
48. Puan Nurshidatul Farhana bt Ariffin
49. Cik Siti Nur Zulaikha bt Draman
50. Puan Siti Rafidah bt Jaafar
51. Puan Nur Nasira bt Md Nasir
52. Puan Hjh Aini bt Rushdi
53. Puan Farah Najwa bt Ahmed Othman
54. Puan Izzatunnisak bt Ahmad Shahbudin
55. Encik Hamizi b Hassan
56. Encik Mohd Faiz b Mat Ariffin
57. Puan Rahmah bt Ahmad
58. Puan Rohana bt Abdul Manap
59. Puan Che Hasmamizah bt Che Hassan
60. Puan Hasnah bt Ahmad
61. Puan Marliza bt Mokhtar
62. Puan Azizah bt Abdullah
63. Puan Suliyati bt Anwar
64. Puan Norismaliza bt Ismail
65. Puan Zarina bt Mat Dani
66. Encik Abul Muslim b Hussein
67. Encik Mohd Razif b Abdul Rahman
68. Puan Wan Siti Mariamah bt Wan Ibrahim
69. Puan Raja Khuzaimah bt Raja Muda
70. Encik Mohd Nazri b Musa
71. Encik Khairul Naim b Tukimin
72. Encik Abdul Shukur b Mokhtar
73. Puan Tuan Nur Salwati bt Tuan Sulong
74. Encik Mohd Faiz b Mohd Sobari
75. Encik Muhammad Firdaus b Salleh
76. Puan Lizawati bt Abdul Wahab
77. Puan Aribah bt Uthman
78. Encik Mohd Khairul Amili b Mohd Nor
79. Puan Salma bt Ab Rahman
80. Puan Juliana bt Jaafar
81. Puan Nur Nadiyah bt Indra Gunawan
82. Puan Shahidah bt Ismail@Mohammad Zain
83. Puan Rosie bt M Raya
84. Puan Nurul Ain bt Abdul Razak
85. Puan Zuhairah bt Zulkipli
86. Puan Shahanim bt Mohd Shahar
87. Puan Mazni bt Mahathir
88. Puan Suhaila bt Ahmad
89. Encik Basri b Sidi Ahmad

2

90. Puan Nor Aini bt Ab Aziz
91. Puan Norhana Salwani bt Mat Zin
92. Puan Syafawati bt Hashim
93. Puan Wan Nur Shuhadariah bt Wan Mohamad
94. Puan Zuraidah bt Che Mat
95. Puan Salmah bt Abu Bakar
96. Puan Noor Habshah bt Yajid
97. Puan Halizah bt Awang
98. Encik Mohd Nizam b Shamsudin
99. Puan Siti Norlizawati bt Rahman
100. Encik Ahmad Fauzi b Arshad
101. Puan Norhayani bt Mohamed Rodhy
102. Encik Muhamad Nadzirul Haziq b Othman
103. Puan Rohaizum bt Abdul Halim
104. Cik Malini a/p Madhavan
105. Cik Rabi’atul ‘Adawiyah Zaini
106. Puan Norhayani bt Mohamed Rodhy
107. Puan Rohaizum bt Abdul Halim
108. Puan Siti Maisarah bt Uji
109. Puan Syuzaidi bt Shafia
110. Encik Rahiman b Mohd Zain
111. Puan Jahara Khatun bt Gulab
112. Puan Rafizawati bt Ramli
113. Puan Hafizah bt Hassan (Penolong Setiausaha) (Pencatat)
Nama Yang Tidak Hadir:
1. Puan Salliza Zuraini bt Abdul Razak - bersebab
2. Cik Doreena Easter Anak Nipod – bersebab

3

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Encik Khairul Anuar bin Mohd Noor selaku Pengerusi mengucapkan selamat
kembali ke sekolah kepada semua guru SK AU Keramat dan selamat datang
kepada guru-guru baharu iaitu Puan Siti Maisarah bt uji, Puan Marina bt Abu,
Puan Syuzaidi bt Shafia dan Encik Rahiman bin Mohd Zain. Pada cuti sekolah
yang lalu, atas dasar keperluan perkhidmatan terdapat pergerakan guru iaitu
Ustaz Ilias digerakkan ke SK Jalan Gurney 1 manakala sekolah menerima
Ustazah Jahara Khatun Bt gulab. Beliau mengharapkan kepada guru-guru
baharu supaya dapat memberi kerjasama untuk membangunkan SK AU
Keramat.

Makluman : Semua guru

1.2 Pengerusi berharap pada saat ini, guru-guru berfikiran terbuka dan bertolak
ansur untuk merapatkan saf. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-
guru diatas pelantikan JK Induk Kurikulum yang baharu dan mengharapkan
sesuatu kejayaan untuk tahun 2019.
Makluman : Semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/ 2019 dicadangkan untuk disahkan oleh Puan
Hafsiah bt Mohd Noh dan disokong oleh Puan Mazilah bt Mat Daut
.
Makluman : Semua guru

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4.1 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-
2025)
4.1.1 Gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) telah pun tamat. 2016 hingga 2020 merupakan gelombang
kedua iaitu mengukuhkan asas sedia ada dan memperluaskan
bimbingan dan sokongan, menyediakan kemajuan berdasarkan
kompetensi dan prestasi, menambahbaik kurikulum, menghentikan
kelas peralihan, melaksanakan inovasi ICT dan mengukuhkan
keperluan untuk golongan berkeperluan khusus seperti orang asli.

Makluman : Semua guru

4.1.2 Bagi mencapai hasat PPPM ini, komitmen semua guru dan staf amat
diperlukan.

Makluman : Semua guru

4.1.3 Kejayaan PPPM tidak akan berlaku sehingga perubahan berlaku di
bilik darjah. Bilik darjah abad ke-21 perlu dijadikan satu realiti. Tahun
2019, pelaksanaan PAK 21 adalah 100% yang menjadi KPI Pengarah.

Makluman : Semua guru

4

4.1.4 2019 memerlukan transformasi dalam Pendidikan. Bagi tujuan ini,
kumpulan inovasi dan kreativiti (KIK) peringkat sekolah sangat perlu
untuk peningkatan prestasi. Setiap sekolah wajib menghantar
sekurang-kurangnya 2 inovasi secara individu dan berkumpulan

Makluman : semua guru

4.1.5 Setiap minggu, guru bertugas perlu memberi penerangan tentang nilai-
nilai murni yang ditetapkan didalam takwim sekolah. Guru bertugas
boleh memilih hari semasa perhimpunan untuk menyampaikan nilai-
nilai murni tersebut kepada murid-murid.

Tindakan : Guru bertugas

4.2 PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG
4.2.1 Program Transisi bakal bermula dari 2 Januari hingga 18 Januari 2018.
Minggu pertama merupakan minggu suai kenal, minggu kedua akan
diadakan aktiviti kumpulan dan pembinaan kumpulan. Manakala
minggu ketiga memberi penekanan kepada aktiviti perkembangan asas
kognitif.
Tindakan : Semua guru Tahun 1

4.2.2 Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sewaktu
pelaksanaan program transisi:

i. Kelas dalam keadaan bersih dan ceria dengan susunan kelas
abad 21.

ii. Tiada bahan lama atau lusuh yang diguna semula di papan
kenyataan kelas.

iii. Susunan kerusi meja mengikut kumpulan dan ada sudut hasil
kerja murid. Kelas telah diceria dan dihias dengan sebaik
mungkin.

iv. Minggu orientasi seminggu sahaja dan PdPC berjalan seperti
biasa mengikut jadual waktu pada minggu ke-2 dan ke-3
dengan mengikut tema yang telah dirancang. Aktiviti juga
boleh dijalankan di luar kelas.

Makluman : Semua guru

4.3 ANALISIS UPSR 2018
4.3.1 Gred Purata Sekolah bagi UPSR 2018 ialah 2.93 dengan peratus lulus
keseluruhan 74.36%. Sekolah tidak mempunyai calon yang mendapat
6A. Manakala seramai 8 orang calon mendapat 5A.
Makluman : Semua guru

4.3.2 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Gred Purata ialah
2.18 dengan peratus lulus 100% dan kualiti A 27.47% iaitu seramai 75
orang.

Makluman : Semua guru

5

4.3.3 Bahasa Melayu Penulisan mencatatkan Gred Purata 2.58 dengan
lulus 97.80 % dan kualiti A 18.32% iaitu seramai 50 orang.

Makluman : Semua guru

4.3.4 Keputusan UPSR bagi Bahasa Inggeris Pemahaman mencatatkan Gred
Purata 2.93 dengan lulus 91.58% dan kualiti A 9.16% iaitu 25 orang.

Makluman : Semua guru

4.3.5 Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan, Gred Purata ialah
3.62 dengan lulus 85.35% dan kualiti A 6.23 % iaitu 17 orang.

Makluman : Semua guru

4.3.6 Matematik mencatat Gred Purata 3.53 dengan lulus 79.12% dan kualiti
A 7.69% iaitu seramai 21 orang.

Makluman : Semua guru

4.3.7 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran Sains pula mencatat Gred
Purata 2.74 dengan lulus 98.90 dan kualiti A 8.42 % iaitu 23 orang.

Makluman : Semua guru

4.3.8 Program peningkatan prestasi perlu dirancang dengan teliti dengan
kerjasama semua guru,pibg dan ibu bapa.

Makluman : Semua guru

4.3.9 Jejak Head count akan disediakan agar murid tahu pencapaian masing-
masing dalam setiap ujian.

Makluman : Semua guru

4.3.10 Post Mortem telah dibuat dan guru-guru kini boleh melihat kelemahan
murid-murid terutama dalam menjawab soalan KBAT.

Makluman : Semua guru

4.4 ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/ PBD/ Psi/ PAJSK
4.4.1 Peperiksaan Akhir Tahun sangat penting dalam menentukan prestasi
sekolah selain UPSR/ PPSR. Oleh yang demikian, semua guru mesti
bersungguh-sungguh dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
secara holistik melalui PBD, Psi dan PAJSK.
Makluman : Semua guru

4.4.2 Guru perlu membuat perancangan strategik ke arah peningkatan
prestasi dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun. Di samping itu, guru perlu meletakkan TOV dan ETR di

6

belakang Fail rekod mengajar supaya dapat melihat keberhasilan guru-
guru pada akhir tahun.Bagi pencapaian murid yang gagal, ETR minima
yang perlu diletakkan ialah 40.

Makluman : Semua guru

4.4.3 Berikut adalah perbandingan peratus lulus yang tidak menguasai

bawah 85%.
i. Tahun 1 – Semua mencapai 85 % dan ke atas.

ii. Tahun 2 - Semua mencapai 85 % dan ke atas
iii. Tahun 3 – BI Penulisan 83.87% dan ke atas

iv. Tahun 4 - BI Pemahaman73.96 %, BI Penulisan 72.22% ,

Sains 80.90%

v. Tahun 5 - MT 61.54 %, Sains 59.09,

BI Pemahaman76.41%, BI Penulisan 66.20%

Makluman : Semua guru

4.4.4 Pentaksiran Bilik Darjah berjalan berterusan sepanjang tahun dan perlu
direkodkan.

Makluman : Semua guru

4.5 LINUS 2.0
4.5.1 Pengerusi memaklumkan pada tahun 2019, Program LINUS telah
dimansuhkan.

4.5.2 Tahun 2018 , saringan 2 murid yang melepasi Literasi Bahasa Melayu
tahun, Numerasi dan Literasi bahasa Inggeris . Berikut adalah data
mengikut aliran.

Aliran Literasi Numerasi Litersi
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Tahun 1 97.39%
Tahun 2 84.10% 97.85% 72.25 %
Tahun 3 92.05% 99.35% 87.15 %
99.35% 98.38%

Makluman : Semua guru

4.6 PEMULIHAN
4.6.1 Berikut adalah jumlah bilangan murid pemulihan pada tahun 2018.

Aliran Bahasa Melayu Matematik
Tahun 1 21 13
Tahun 2 18 5
Tahun 3 6 3

Makluman : Semua guru

7

4.6.2 Guru-guru boleh menggunakan instrument linus untuk membuat
saringan murid-murid pemulihan.

Makluman : Semua guru

4.6.3 Keceriaan bilik pemulihan perlu dipertingkatkan pada tahun 2019
untuk pemarkahan kendiri dan pemantauan JPNWPKL dan PPWK.

Makluman : Semua guru
4.7 PRASEKOLAH

4.7.1 Bilangan murid prasekolah bagi tahun 2019 ialah 50 orang murid
dengan 2 buah kelas.
Makluman : Semua guru

4.7.2 Prasekolah akan menggunakan KSPK semakan dengan 50% waktu
dalam Bahasa Malaysia dan 50% dalam Bahasa Ingeeris.

Makluman : Semua guru

4.8 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
4.8.1 PBS akan diteruskan pada tahun 2019. Bagi murid tahap 1, tiada
peperiksaan akan dijalankan dan penilaian murid adalah berdasarkan
PBS.
Makluman : Semua guru

4.8.2 Tahap 1 dan 2 semua telah menggunakan Tahap Penguasaan dan
DSKP. Pentaksiran Bilik Darjah direkodkan secara offline dan 4
pelaporan akan diterima oleh murid. Penilaian yang dibuat dalam
Pentaksiran Pusat dam PAJSK ialah Gred A hingga E. Manakala bagi
Psikometrik ialah tahap tinggi, sederhana dan rendah.

Makluman : Semua guru

4.8.3 Semua DSKP mesti dicetak dan satu salinan perlu diserahkan kepada
sekolah untuk pemantauan awal tahun nanti. Begitu juga dengan buku
panduan guru , RPT dan RPH.

Makluman : Semua guru

4.8.4 Instrumen Pemantauan Jemaah Nazir (A-F digunakan utk
pemantauan).

Makluman : Semua guru

4.8.5 PBS melibatkan Unit Kokurikulum, Unit Sukan, unit HEM, Sub-unit
Kokurikulum dan sektor pengurusan akademik.

Makluman : Semua guru

4.8.6 Ujian Psikometrik yang lalu perlu dibuat intervensi yang bersesuaian
untuk tahun 4 dan pelajar yang abnormal boleh dibuat ujian doktor.

8

Keputusan ujian tersebut perlu dimaklumkan kepada ibu bapa
manakala soalan perlu disimpan di bilik bimbingan dan kaunseling.

Makluman : Semua guru

4.8.7 Kursus dalaman KSSR Semakan Tahun 3 telah diberi oleh guru-guru
yang menghadiri kursus bagi setiap mata pelajaran.

Makluman : Semua guru

4.9 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) SEMAKAN

4.9.1 KSSR semakan bagi tahun 3 2019 melibatkan semua mata pelajaran.
Pendidikan Seni dan Muzik kini digabungkan dalam mata pelajaran
Kesenian.

Makluman : Semua guru

4.9.2 KSSR telah disemak semula dengan memberi penekanan kepada
penguasaan kemahiran abad ke-21, pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan
murid bersaing di peringkat global.

Makluman : Semua guru

4.10 PROGRAM NILAM
4.10.1 Pelaksanaan program NILAM dibuat setiap hari dari pukul 7.15 – 7.30
pagi (sesi pagi) dan 12.45 – 1.10 ptg (sesi petang) dengan meminta
murid membaca buku di dewan. Artikel dan buku-buku akan
diperbanyakkan sebagai bahan bacaan murid di dewan.

Makluman : Semua guru

4.10.2 Minima buku yang mesti dibaca oleh semua murid ialah 2 buah
seminggu. Ini bermakna 4 buah buku Bahasa Melayu dan 4 buah buku
Bahasa Inggeris dalam sebulan.

Makluman : Semua guru

4.10.3 Harapan sekolah agar tahun 2019 lebih ramai calon sekolah berjaya
menempatkan diri ke peringkat negeri. Bagi mencapai objektif
Program NILAM ini, kerjasama daripada semua guru terutama guru
PSS , guru bertugas dan guru mata pelajaran amat diharapkan.

Makluman : Semua guru

4.11 PUSAT SUMBER DAN MEDIA
4.11.1 Tahun 2019 diharapkan peningkatan bilangan murid yang meminjam
dan menggunakan PSS kepada 90% begitu juga dengan guru.

9

Makluman : Semua guru

4.11.2 Sasaran juga diletakkan untuk meningkatkan pengautomasian kepada
90% buah buku agar pengendalian PSS lebih terancang dan sistematik.

Makluman : Semua guru

4.11.3 Semua warga sekolah diseru untuk menggunakan bilik media dan PSS
dan rekod penggunaan mesti diisi.
Makluman : Semua guru

4.12 PENCERAPAN
4.12.1 Pencerapan akan dijalankan 3 kali setahun mengikut jadual yang
ditetapkan. Bermula dengan kendiri, April hingga Julai pencerapan
kedua oleh pentadbir dan Ogos hingga Oktober adalah pencerapan kali
ketiga berdasarkan SKPMg2 Standard 4.
Makluman : Semua guru

4.12.2 Ketua Panitia juga diminta membantu mencerap terutama guru-guru
baharu.
Makluman : Semua guru

4.13 PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

4.13.1 Semua guru perlu memastikan bahawa buku-buku dihantar untuk
diperiksa oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan seperti telah
ditetapkan. Mulai tahun 2019 buku yang perlu dihantar untuk semakan
oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan ialah sebanyak 10 buah
sahaja iaitu pemilihan buku terdiri daripada murid yang bagus,
sederhana dan tidak memuaskan.

Makluman : Semua guru

4.14 PERANCANGAN STRATEGIK, TAKTIKAL & OPERASI
4.14.1 Perancangan Strategik sekolah adalah untuk tempoh 3 tahun iaitu
2017-2019.Manakala Perancangan Taktikal dan operasi setiap tahun.

Makluman : Semua guru

4.14.2 Mesyuarat-mesyuarat panitia dan unit-unit perlu membincangkan
program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 untuk
peningkatan prestasi mata pelajaran dan unit-unit.

Makluman : Semua guru

4.14.3 Pelan operasi perlu dibuat agar alat bantu mengajar boleh disediakan
bagi program tersebut.

10

Makluman : Semua guru

4.14.4 Post mortem perlu dilaksanakan bagi mencari isu strategik bagi setiap
bidang.
Makluman : Semua guru

4.14.5 Program yang memberi impak pada tahun 2018 akan diteruskan pada
tahun 2019. Manakala program tidak memberi impak perlu
digugurkan.

Makluman : Semua guru

4.15 PERANCANGAN PANITIA MATA PELAJARAN

4.15.1 Semua panitia diminta meningkatkan pengurusan panitia supaya lebih
berkualiti dan sistematik seterusnya dapat meningkatkan lagi peratus
lulus bagi semua mata pelajaran sekaligus meningkatkan Gred Purata
bagi semua mata pelajaran terutamanya pelajaran UPSR.

Makluman : Semua guru

4.15.2 Semua panitia diminta agar memastikan semua aktiviti dan mesyuarat
berjalan mengikut perancangan. Perancangan aktiviti dan ABM perlu
dilaksanakan bersama semua ahli supaya semua memainkan peranan
dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran masing-masing.

Makluman : Semua guru

4.16 KELAS TAMBAHAN / KELAS BIMBINGAN
4.16.1 Kelas tambahan untuk Tahun 6 hanya akan diadakan pada hari Sabtu
minggu kedua dan keempat sahaja. Sebanyak 5 kelas sahaja yang akan
dibuka pada hari tersebut. Guru- guru boleh bergilir untuk menghadiri
kelas tersebut.
Makluman: Semu guru

4.16.2 Pengerusi memaklumkan pada bulan Februari akan diadakan kelas
tambahan malam untuk subjek utama. Kelas ini akan ditawarkan
kepada guru-guru yang berminat sahaja. Selain itu kelas mengaji juga
boleh dilaksanakan.

Makluman: Semu guru

4.17 MBMMBI & DLP
4.17.1 MBMMBI adalah dasar yang termaktub dalam SPI Bilangan 12 Tahun
2011 yang bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Kebangsaan dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Makluman : Semua guru

11

4.17.2 Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris perlu berkolaborasi
untuk menyusun program sama ada di dalam dan di luar bilik darjah ke
arah mencapat matlamat kemahiran dwibahasa dalam aspirasi murid.

Makluman : Semua guru

4.17.3 Sudut Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah dikemaskini
dengan meletakkan maklumat-maklumat baharu agar sudut tersebut
dapat membantu murid menguasai kedua-dua bahasa. Selain itu,
Program CEFR turut berjalan untuk membantu PdPc guru dan HIP
dalam Kokurikulum agar dapat membantu meningkatkan penguasaan
murid dalam dua bahasa ini.

Makluman : Semua guru

4.17.4 Murid-murid perlu digalakkan mengambil bahagaian dalam
pertandingan bercerita dan story telling supaya dapat meningkatkan
keyakinan semasa berkomunikasi di khalayak ramai.

Makluman : Semua guru

4.17.5 DLP atau Dual Language Programme akan diteruskan pada tahun
2019. Untuk pemilihanmurid kelas DLP tahun 1, tiada lagi ujian yang
akan dijalankan. Pemilihan dilakukan mengikut permohonan dan
penilaian dilakukan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
dalam kelas.

Makluman : Semua guru

4.18 MAKMAL KOMPUTER , ICT & FROG VLE
4.18.1 Sasaran 2019 adalah untuk memastikan 100% guru dan murid
menggunakan makmal komputer dalam PdP dan taklimat serta kursus.

Makluman : Semua guru

4.18.2 Peralatan dan komputer perlu dipastikan dalam keadaan baik . Diharap
agar kemudahan netbook dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Ditambah pula dengan telefon pintar Yes Altitude dan Tablet yg
diterima oleh guru. Kemudahan-kemudahan ini diharap dapat
meningkatkan PdPC yg lebih baik di samping penggunaan VLE Frog
mencapai KPI yg ditetapkan iaitu melebihi 30% KPI Pengarah dan
40% KPI PPWK.

Makluman : Semua guru

4.18.3 Setakat ini, VLE Frog dapat dilaksanakan dengan baik dengan
kerjasama semua guru. Sebanyak 40 buah netbook di Pusat Akses, 40
buah di Makmal Komputer 2 dan 38 buah di Makmal Komputer 1.

Makluman : Semua guru

12

4.18.4 Penggunaan Makmal Komputer dan Pusat Akses perlu direkod dan
ditandatangani semasa menggunakannya. Guru perlu memastikan
jumlah bilangan netbook sebelum PdPC dan selepas PdPC adalah sama
dan diletakkan di tempat yang disediakan.

Makluman : Semua guru

4.19 ASET ALIH KERAJAAN
4.19.1 Diharap pada tahun 2019 dapat meningkatkan pengurusan aset alih
kerajaan yang lebih baik, sistematik dan berkualiti dengan
memastikan harta modal dan aset alih bernilai rendah direkodkan pada
KEW PA dan KEW PS yang ditetapkan.
Makluman : Semua guru

4.19.2 Rekod pergerakan harta modal dan aset alih bernilai rendah serta rekod
penggunaan perlu wujud dan telah sedia ada.
Makluman : Semua guru

4.20 PERKEMBANGAN STAF
4.20.1 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) akan dijalankan sepanjang tahun
bagi mencukupkan bilangan kursus tahunan sebanyak 7 hari.

Makluman : Semua guru

4.20.2 LDP akan dijalankan adalah seperti yang tertera pada takwim dan
tertakluk kepada pindaan dan mengikut keperluan .
Makluman : Semua guru

4.20.3 PLC perlu dibudayakan oleh semua Panitia supaya PdPC lebih
menarik, berkesan berasaskan 5 Fokus Utama iaitu Lesson Study,
Learning Walks,Peer Coaching, Teaching Sharing dan Video Critique.

Makluman : Semua guru

4.21 PCG MATA PELAJARAN / BKN M/ PELAJARAN

4.21.1 PCG bagi setiap mata pelajaran adalah lebih kurang sama seperti tahun
2017. Berikut adalah peruntukan dan agihan peruntukan PCG bagi
tahun 2019.

13

Bil Peruntukan Amaun (RM)

1. Mata Pelajaran Teras

i) Sains 4,102.00

ii) Matematik 2,998.00

iii) Bahasa Inggeris 3,086.00

iv) Bahasa Melayu 1,640.00

v) Pendidikan Islam 1,640.00

vi) Pendidikan Moral 1,640.00

vii) Sejarah 4,217.00

viii) Teknologi Maklumat & Komunikasi 1,642.00

ix) Reka Bentuk & Teknolo 7,424.00

2. Mata Pelajaran Wajib 14,000.00
i) Pendidikan Jasmani & Kesihatan 7,000.00
ii) Pendidikan Seni Visual 7,000.00
iii) Pendidikan Muzik

3. Mata Pelajaran tambahan/ Bahasa Asing 3,200.00
i) Bahasa Arab 6,500.00

4. Bimbingan & Kaunseling 21,400.00
5. PCG Bukan Mata Pelajaran
5,000.00
i) Pusat Sumber Sekolah
6. Prasekolah 13,000.00
7,000.00
i) PCG Prasekolah 2,700.00,
2,700.00
7. Bantuan Persekolahan Lain 2,700.00
i) Bantuan Kokurikulum – BKK
ii) Bantuan Sukan Sekolah – BSS
iii) Yuran Khas – P. Seni
iv) Yuran Khas – P. Sumber
v) Yuran Khas - Sukan

Makluman : Semua guru

4.21.2 Pada tahun 2019, tiada lagi peruntukan untuk kertas ujian dalaman,
kegiatan agama islam, sukan tahunan dan kokurikulum.

Makluman : Semua guru

4.21.3 Peruntukan ini perlu digunakan untuk membeli bahan bantu belajar
yang bersesuaian dan dapat membantu murid dalam PdPC.
Perbelanjaan dan pembelian hendaklah dilakukan secara berhemah.
Semua pembelian hendaklah melalui pesanan sekolah (LO) dan
mempunyai invois serta nota minta semasa berurusan. Kertas kerja
perlu disertakan bagi aktiviti sekolah agar tiada masalah apabila urusan
audit dijalankan.

Makluman : Semua guru

14

4.22 DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH
4.22.1 Mesyuarat perlu dilakukan sebanyak 4 kali setahun. Semua data
sekolah hendaklah tepat dan mudah diakses.
Makluman : Semua guru

4.22.2 Sistem Hrmis dan e-SPLG hendaklah dikemaskini oleh semua guru.

Makluman : Semua guru

4.22.3 E-kehadiran dan keberadaan guru perlu dikemaskini oleh semua guru
kelas dan GPK Tadbir serta guru data sebelum jam 10.00 pagi dan
melantik seorang penyelaras sesi pagi dan seorang sesi petang untuk
menyemak penghantaran data E-kehadiran murid setiap hari.

Tindakan : Semua guru kelas dan GPK Tadbir

4.23 PROGRAM j-QAF
4.23.1 Program j_QAF akan diteruskan untuk memastikan murid-murid
menguasai jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain.
Makluman : Semua guru

4.23.2 Pencapaian murid perlu dipastikan pada tahap baik terutama dari segi
Jawi dan Bahasa Arab serta khatam Al-Quran. Bersadarkan
pencapaian Tahun 2018, Khatam Al-Quran bagi murid tahun 6 ialah
seramai 131 orang iaitu 47.99% bacaan Al-Quran seramai 140 orang
iaitu 51.28%.

Makluman : Semua guru

4.23.3 Pelaporan perlu dihantar dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan
Oktober.
Makluman : Semua guru

4.24 KBAT / HOTS
4.24.1 Soalan yang dikemukakan kepada murid mestilah beraras tinggi iaitu
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian (Taksonomi Bloom) atau
aplikasi, analisis, menilai, mencipta (Anderson).

Makluman : Semua guru

4.24.2 Strategi PdPC mestilah membolehkan murid menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan, inkuiri penemuan, penyelidikan berasaskan
projek.

Makluman : Semua guru

4.24.3 PdPC akan lebih berkesan sekiranya murid dapat melaksanakan aktiviti
sendiri iaitu berpusat kepada murid manakala guru sebagai
pemudahcara.

Makluman : Semua guru

15

4.24.4 Bilik darjah abad ke-21 perlu diwujudkan dengan 4K iaitu kolaboratif,
komunikasi, kreatif dan kritis dan nilai.
Makluman : Semua guru

4.25 SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)
4.25.1 SPSK perlu diteruskan, dikemaskini dan dibuat penambahabaikan iaitu
meliputi PK1 hingga PK18 dan keutamaan dinerikan kepada 4 uang
utama iaitu Pengurusan Panitia, Pengurusan Minit Mesyuarat,
Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid dan Pengurusan PdPC.

Makluman : Semua guru

4.26 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
4.26.1 5 strategi yang kita akan digunakan ialah:
i. Memastikan PdP guru sentiasa berkesan melalui
pemantauan pentadbir.
ii. Memastikan waktu relief diisi dengan BBB dan
lembaran yang disedia atau modul yang disediakan.
iii. Memastikan relief diisi dengan guru opsyen yang sama.
Selain itu, menyediakan waktu anjal supaya dapat
menjimatkan masa.
iv. Jual beli jadual waktu (Sebelum atau selepas)

Makluman : Semua guru

4.27 BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)
4.27.1 Guru-guru perlu melantik Pengerusi yang baharu untuk sesi 2019.
Mesyuarat telah bersetuju untuk pihak pentadbir yang melantik
pengerusi BKGK 2019.
Tindakan : Pentadbir

4.27.2 Pengerusi mengharapkan BKGK 2019 dapat bergerak lebih jauh.

Tindakan : Pengerusi BKGK

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pada hari pertama persekolahan, sekolah akan dibantu oleh sukarelawan dari
Politeknik Kuala Lumpur untuk membantu guru-guru tahun 1.
Makluman : Semua guru

5.2 Guru yang hadir lewat ke sekolah sebanyak 5 kali akan diberi amaran.Sekiranya
tiada alasan munasabah akan diberi kad hijau.
Makluman : Semua guru

16

5.3 Berkaitan fail murid, Puan Rosie meminta supaya guru kelas yang menerima
murid baharu hendaklah meminta bayaran daripada ibu bapa untuk membeli fail
yang baharu. Jika tiada bayaran diterima, maka fail lama dikekalkan dan perlu
dicop sekolah supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

Makluman : Semua guru

6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 petang.

Disediakan oleh, Tarikh : 3 Januari 2019

...........................................................
(HAFIZAH BINTI HASSAN)
Penolong Setiausaha,
Jawatankuasa Induk Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan AU Keramat,
Kuala Lumpur.

17

MAKLUM BALAS MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Bil. 1/ 2019
Tarikh : 27 Disember 2017 (Khamis)
Tempat : Bilik Gerakan, SK AU Keramat

MUKA PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT 4.1.5 Guru bertugas Telah dilaksanakan.
Guru bertugas perlu
5 4.2.1 memberi penerangan nilai- Semua guru Telah dilaksanakan
nilai murni yang telah Tahun 1 oleh semua guru
5 ditetapkan didalam takwim Tahun 1 dengan lancar
sekolah GPK Tadbir dan dan jayanya.
Program Transisi Tahun 1 guru kelas Penyelaras setiap
akan dijalankan bermula 2 aliran telah dilantik
– 18 Januari 2019. untuk menyemak
penghantaran data E-
15 4.22.3 E-kehadiran dan kehadiran. Data
keberadaan guru perlu keberadaan guru dan
dikemaskini oleh semua E-kehadiran telah
guru kelas dan GPK Tadbir dihantar setiap hari.
serta melantik seorang
penyelaras sesi pagi dan Pentadbir En. Nik Musadiq b.
seorang penyelaras sesi Nik Md Yusuff telah
petang untuk menyemak dilantik sebagai
penghantaran data E- pengerusi BKGK
kehadiran murid setiap 2019.
hari.

16 4.27.1 Pelantikan Pengerusi
BKGK 2019.

Disediakan oleh,

…………………………………
(HAFIZAH BINTI HASSAN)
Penolong Setiausaha,
Jawatankuasa Induk Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan AU Keramat,
Kuala Lumpur.

18


Click to View FlipBook Version