PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : YAP KAI LIN NOMBOR MATRIKS: P21241470 PROGRAM : PISMP JUN 2022 UNIT : X10 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK
ISI KANDUNGAN 1 BIODATA DIRI 2 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 3 LAMBANG PENGAKAP 4 BENDERA PENGAKAP 5 COGAN KATA PENGAKAP 6 IKRAR DAN LAGU UNIT PENGAKAP 7 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 8 SEJARAH PENGAKAP DUNIA 9 PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 10 PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN DAN TUJUAN PENUBUHAN 11 ISTIADAT RASMI PENGAKAP 12 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 13 DASAR KEAGAMAAN 14 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN 15 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 16 PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA 17
ISI KANDUNGAN 17 TANDA PANGKAT 18 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 19 RANCANGAN PROGRAM/ AKTIVITI KUMPULAN 16 17 20 RUJUKAN
16 17 CATATAN LOG PENGAKAP
NAMA: UNIT: X10 NO KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : PROGRAM : BIODATA DIRI YAP KAI LIN 031011-14-0992 2021242340344 PISMP AMBILAN : JUN 2022 ALAMAT RUMAH: No 67, JALAN HG 3, TAMAN HAPPY, 35900 TANJONG MALIM, PERAK HOBI: MENONTON TELEVISYEN, MAKAN KURSUS: MPU3431a KOKURIKULUMUNIT BERUNIFORM PENGAKAP I PN.ZAHARAH BINTI ABD MANAF NAMA PENSYARAH: 1
Mengandungi ahli-ahli yang berumur antara lapan tahun hingga dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah). Menjadi salah satu gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR, Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerak kerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Pergerakan PengakapKanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan,bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka MATLAMAT PENGAKAP KANAK-KANAK 1 Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka 2 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah 3 Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama 4 Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang-bidang tertentu 5 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Ruku Negara 6 Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka 7 Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat MAKLUMAT PENGANALAN UNIT PENGENALAN PENGAKAP KANAK-KANAK 2
HAD UMUR PENGAKAP Unit Pengakap Kanak-Kanak Unit Pengakap Muda Unit Pengakap Remaja Peraturan 227; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan: 227. Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 8 tahun, tetapi belum sampai umur 13 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak apabila dia telah sampai umur tiga belas tahun. Peraturan 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan: (1)Untuk menjadi seorang Pengakap Muda kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun tetapi belum sampai umur 16 tahun. (2)Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia sampai ke peringkat ini dalam kepengakapannya satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umur yang telah meningkat itu. (3)Seorang Pengakap Muda hendaklah meninggalkan Pasukannya apabila sampai umurnya 16 tahun. Peraturan 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Prosedur, Organisasi dan Peraturan-Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia menetapkan: 247N.(1)Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja, seorang kanak-kanak itu mestilah berumur 15 tahun tetapi belum sampai umur 18 tahun. (2)Seorang Pengakap Remaja hendaklah meninggalkan Pasukan Remajanya apabila dia berumur 18 tahun. 3
HAD UMUR PENGAKAP Unit Pengakap Kelana Didalam penerangan berkenaan Penubuhan Kumpulan Pengakap Kelana; Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana; Cetakan pertama 2009; menetapkan: PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA. Sebuah krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana kesemuanya boleh dirubuhkan di bawah Prosedur, Organisasi dan peraturan-Persaturan, Persekutuan pengakap malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia(KLKM). Krew-krew tersebut adalah: 1.Krew Pengakap Kelana dalan Kumpulan 2.Krew Pengakap kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka) 3.Krew Pengakap Kelana Daerah 4.Krew Pengakap kelana Kelanasiswa Malaysia (KLKM) 5.Krew Pengakap kelana Aktiviti Istemewa 6.Krew Perkhidmata 4
SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 1.Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 1. Persetiaan Pengakap & UndangUndang Pengakap. 2. 3.Lima Prinsip Rukun Negara Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 4. 5.Sejarah Pergerakan Pengakap. 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung 2.Lencana Keris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. 5
SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 3.Lencana Keris Perak Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. 4.Lencana Keris Emas SeteLah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktivitiaktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. 6
LENCANA KEPANDAIAN PENGAKAP KANAK-KANAK 7
Simbol Maksud Pecahan tiga kelopak Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, (i) Taat kepada Tuhan (ii)Taat kepada Raja (iii) Taat kepada Negara Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan Melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap Lingkaran tali berwarna putih Melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia Warna ungu Warna Biro Pengakap Sedunia Warna putih Kesucian dan kebersihan LAMBANG PENGAKAP DUNIA 8
Simbol Maksud 3 Kelompak pada lambang 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang Pengakap Dua bintang pecah lima berwarna hijau Undang-undang Pengakap yang sepuluh Ikatan hijau yang mengikat Persaudaraan Pengakap Bintang pecah 14 Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia Bulan Sabit Agama rasmi negara Malaysia iaitu agama Islam Lingkaran Tali Perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap sedunia Warna kuning pada bulan sabit dan bintang Warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Warna kuning,hijau,merah menandakan unit-unit pengakap Kuning-Pengakap Kanak-Kanak Hijau-Pengakap Muda Merah-Pengakap Remaja LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 9
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. BENDERA PENGAKAP Ukuran panjang-183cm Ukuran lebar-91.5 cm Dikibarkan di Ibu pejabat, pusat/institut latihan dan pasukan-pasukan persekutuan Masa: 0800 hingga 18:30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu Spesifikasi Bendera : 10
Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak COGAN KATA Buat Sehabis Baik' Untuk murid tahap dua sekolah rendah berumur 9 tahun hingga 12 tahun Mempelajari asas kepengkapan bagi membuat persediaan yang rapi dan timba ilmu pengetahuan Bentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengkapan. Cogan Kata Pengakap Muda 'Selalu Sedia' Untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah Ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan Menerima latihan sesuai dengan umurnya Satu Istiadat Meningkat naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap Cogan Kata Pengakap Remaja 'Pandangan Luas' Untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6 Membentuk satu rutin kepengkapan supaya dapat mecipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak Cogan Kata Pengakap Kelana 'Berkhidmat' Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun Ahli yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan memegang prinsip kepengkapan Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional 11
PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap LAGU PENGAKAP IKRAR PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Kod QR Lagu 12
Pada tahun 1910 setelah 2 tahun BP mengasaskan Pergerakan ini di England, pergerakan Pengakap berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura. Pada tahun 1919, Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. Pada tahun 1915, H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler di Perak. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar di negeri Johor. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 13
Pada tahun 1926, Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap oleh Ameen Akbar. Pada tahun 1927, pengakap di Terengganu diasaskan oleh A.J.Gracle manakala pengakap di Kelantan diasaskan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong. Pada tahun 1931, Perlis menubuhkan pergerakan pengakap. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia setelah merdeka pada tahun 1957. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 14
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 di Paxtu, Kenya. Pada tahun 1907, Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Pada tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak, dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan dalam tempoh setahun sahaja. Pada tahun 1912, Baden Powell mengelilingi dunia. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London .Baden Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap dunia. Kerajaan British menganugerahkan Lord Baden of Gillwelll kepada beliau 15
Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undangundang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. 1 Perlembagaan PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan: 1.Akta 784, Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 2.Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: 1.Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010, dan 2.Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan PengakapPengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 2 Menjadi Ahli Persekutuan 3 Dasar Agama 4 Perbalahan Politik dan Perindustrian 5 Dasar Kewangan 6 Hubungan Luar dan Antarabangsa 7 Peraturan-Peraturan Am Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini. 16
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Seorang Pengakap itu adalah: 1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong menolong orang pada setiap masa. 4.Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6.Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9.Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10.Pengakap adalah bersih dan suvi fikiranya, perkataannya dan perbuatannya. PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 17
PENGASAS Frank Cooper Sands Merupakan Bapa Kepengakapan Malaysia Seorang guru pengakap dari Nottingham, England Diiktiraf sebagai pengasas Pengakap di Singapura pada 2 Julai 1910 Sands telah menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak British pada ketika itu. Pergerakan itu merebak ke bahagian lain Negeri-Negeri Selat dan di mana yang akan menjadi negeri-negeri Malaysia Sands menghabiskan 40 tahun berikutnya membantu mewujudkan Pengakap di rantau ini dan dipanggil ‘Bapa Pengakap Malaya’ Anugerah bersempena dengan nama beliau iaitu Anugerah Frank Cooper Sands yang diberikan kepada Pengakap terbaik di Singapura. 18
SEJARAH PENUBUHAN Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England Frank Cooper Sands (F.C. Sands) menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (Cubs - Anak Serigala) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Beliau dikenali sebagai Bapa Pengakap di Malaysia & Singapura sebagai pengasas pergerakan Boy Scout dan merupakan salah satu pengetahuan yang diperlukan untuk lulus lencana keahlian Pengakap di Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Inggeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar nama kepada Persekutuan Pengakap Malaysia 19
TUJUAN PENUBUHAN Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanakkanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. 1 Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani 2 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah 3 Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama 4 Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu 5 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Ruku Negara 6 Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka 7 Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat 20
1.Istiadat Mengibarkan Bendera Kedudukan peserta dalam keadaan bulatan manakala jurulatih perlu sebaris di belakang tiang bendera, menghadap peserta, ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua. Kemudian, bendera pula dalam keadaan sudah bergulung dan terikat di puncak tiang. Dari segi perjalanan upacara pula peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih, petugas berdiri di tengah-tengah. Bila jurulatih masuk (perintah ) “ baris sedia ”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. Petugas mara ke hadapan memberi hormat dan memberi ucapan seperti “Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara”. Kemudian petugas memberi hormat, pusing belakang dan bergerak ketempat asal lalu petugas memberi arahan. Setelah itu, petugas bergerak menghadap bendera dan pengibar bendera terus tarik tali bendera lalu peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang danhormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera. Petugas memberi arahan menyanyi lagu “Negara ku ” dan semua menyanyi. Petugas memberi perintah membaca Doa - isyarat “ Ap ”. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “ Ap ” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia. Petugas memberi arahan persetiaan - isyarat “ Ap ” Petugas terus angkat tangan,diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan. Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua dan memberi hormat a.Lapor “ Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan ” Pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) b. Perintah “Baris senang diri” lalu jurulatih bertugas melaksanakan tugasnya apabila selesai barulah arahan “Baris keluar baris”. c. ISTIADAT RASMI PENGAKAP Kod QR Video 21
2.Istiadat Menurunkan Bendera Kedudukan peserta mestilah dalam bulatan manakala jurulatih berada di belakang tiang bendera menghadap peserta. Berikut merupakan aturan upacara: 1. Petugas : (Beri arahan ) “PEK ! Sedia ” 2. Petugas : (Beri arahan ) “ Bendera ” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 3. Petugas : (Beri arahan ) “ Serahkan bendera kepada ketua ” PKK bergerak (arahan ) “ Ap ” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua,beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balikke sekawan 4. Petugas : (beri arahan ) “ Doa ” - “ Ap ” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “ Ap ” - turun tangan 5. Petugas : (beri arahan ) “PEK ! Bersurai ” ISTIADAT RASMI PENGAKAP 22
3.Istiadat Laung Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat. Kod QR Video ISTIADAT RASMI PENGAKAP 23
4.Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK) Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 3.Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat 11.Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 12.PKK balik ke sekawan masing-masing 5.Istiadat Melantik PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 1. 2.Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 3.Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . 4.Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 5. 6.Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” 7.PKK baru : “Ya, Akela” 8.Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” 9.PKK baru : “Ya, Akela” ISTIADAT RASMI PENGAKAP 24
6.Istiadat Meningkat Naik Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 3.Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat 11.Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 12.PKK balik ke sekawan masing-masing ISTIADAT RASMI PENGAKAP Kod QR Video 25
STRUKTUR ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Penaung Diraja DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Presiden Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim Ketua Pengakap Negara/ Yang Dipertua MPN Mejar Jeneral (B) Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bidin Timbalan Yang Dipertua MPN Dato' Haji Ahmad Shazilly Ismail Bakti Naib Yang Dipertua MPN Datuk Zamani Tambichek Dato' Sri Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus Setiausaha MPN Ts. Haji Lani Ibrahim Bendahari MPN Tan Sri Dato' Haji Abdullah Haji Taib Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara MPN Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani Haji Ahmad Sabri Saad Ts. Mohd Hilmi Abu Bakar Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Norma Noordin (Pesuruhjaya Antarabangsa) Dr. Ekbert Yong Yen Loong (Pesuruhjaya Latihan Negara) Mej. (AW) Haji Mohd Khir Muda (Pesuruhjaya Program Negara) Tiada (Komunikasi & Perhubungan Strategik) Zairi Zaharin (Pengurusan & Tadbir Urus) Ketua Pegawai Operasi Aiznin Sairi Sulaiman Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini. 26
STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERI (Kumpulan Latihan Malaysia IPGM) Yang Dipertua Ybrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM) Pengerusi Ybrs. Pn. Anis Alisya binti Abdullah (Timbalan Rektor Kanan IPGM) Timbalan Pengerusi Dr. Shamsul bin Saniron Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kapt. M. Asrar bin Sidon (B) Setiausaha Kehormat Tn Khairudin bin Ahmad Pen. Setiausaha Kehormat Pn. Suliana binti Wan Chik Ybrs. Dr. Normila binti Mohd Bohari Bendahari Kehormat En. Khairuddin bin Saidin Majlis Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Daerah 27
STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TADBIR KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA NSTITUT PENDIDIKAN GURU (KLMIPG) Kuasa Penganjur Pengarah Instutusi Pendidikan Guru Pengerusi Timbalan Pengerusi IPG Timbalan Pengerusi Ketua Unit Kokurikulum Ketua Penasihat Pesuruhjaya Daerah KLMIPG (Memiliki Dua Biji Manik Kayu) Penasihat Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Setiausaha Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Bendahari Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG (Tidak Semestinya Penasihat Pengakap) Kuarter Master Makanan Kuarter Master Alatan Juruaudit 28
Semangat intrinsik yang dikaitkan dengan perasaan dalaman/ emosi kendiri Dasar Keagamaan dalam Prosedur Organisasi dan Peraturan (POR) Anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada atau benar Keyakinan terhadap sesuatu kebenaran Agama 1.Kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanNya dan penerimaan ajaran dan perintahNya 2.Kepercayaan kepada Maha Kuasa 3. Kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya serta dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa Kepercayaan Kerohanian Kejiwaan DASAR KEAGAMAAN Tidak terhad kepada sesuatu agama Mengamalkan ajaran masing-masing Menghormati agama orang lain Kumpulan yang mengandungi ahli-ahli yang mengamalkan agama yang sama boleh mengatur ibadat dan pelajaran agama mereka Galakkan mereka melakukan ibadat mengikut cara agama masing-masing Perlu dititikberatkan kepada ahli kerana tanpa kepercayaan agama maka Pengakap itu tidak akan sempurna Di peringkat World Organization of the Scout Movement (WOSM), syarat yang ditetapkan untuk sesebuah negara itu diterima dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia adalah dengan memasukkan unsur “Kepercayaan kepada Tuhan ” di dalam Persetiaan Pengakap negara tersebut Jangan diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemua agama dalam kumpulan itu 29
Pengurusan dan Pentadbiran Kumpulan 1.Menubuh Kumpulan Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu Contoh: Perak Ke-18A Perak Ke-18B 2.Bilangan anggota 3.Pendaftaran Sekurang-kurangnya 18 orang Sebanyak-banyaknya 48 orang Dengan dua orang pemimpin Jika melebihi 48 orang aggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin / Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini. 30
4.Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan/ anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliahtauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. 31
5.Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: a)Tauliah Sementara b)Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. 6.Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: a)Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah b)Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 c)Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 d)Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. 32
7.Pentadbiran Kumpulan Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetua) dan pemimpin. Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/ menyediakan satu fail pengakap. 8.Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol 9.Tugas Majlis Pemimpin Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan. Membuat persediaan mengajar (Program latihan Mingguan) Memohon surat kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga (jawapan daripada mereka hendaklah disimpan.) 10. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat 33
11.Rekod-rekod Rekod Kehadiran Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana) Rekod Perancangan Semester dan Mingguan Rekod Kewangan Fail Surat-menyurat Fail Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti 12.Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan, gajet, ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat Contoh Borang Kehadiran 34
Pakaian Seragam Pengakap Pakaian Seragam Pemimpin Lelaki Pakaian Seragam Pemimpin Perempuan 35
Pakaian Seragam Pengakap Pakaian Seragam Kanak-kanak Lelaki Pakaian Seragam Kanak-kanak Perempuan 36
Protokal dan Pemakaian Lencana Pemakaian Lencana Pemimpin 37
Epolet 6 Lengkar Jenis epolet Hak memakai Ketua Pengakap Negara Epolet 5 Lengkar Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Epolet 4 Lengkar Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara; Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara; dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Latihan Negara; dan Pesuruhjaya Program Negara Jenis Epolet 38
Jenis epolet Hak memakai Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Epolet 3 Lengkar Setiausaha Latihan Negara; Setiausaha Program Negara; dan Jurulatih Epolet 2 Lengkar Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Penolong Jurulatih Jenis Epolet 39
Jenis epolet Hak memakai Epolet 1 Lengkar Pemimpin Pengakap Epolet Bunga Padi Penolong Pemimpin Pengakap Jenis Epolet 40
Pemakaian Lencana Pengakap Kanak-Kanak Pemakaian Lencana Pengakap Kanak-Kanak 41
Pemakaian Nama Patrol Pengakap Kanak-Kanak Cara Pemakaian Lencana dan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) 42
Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Di samping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan. 1.Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkaraperkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 1. 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5.Sejarah Pergerakan Pengakap. 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 43
2.Lencana Wajib 2.1 Ahli Renang Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori) 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. 2.2 Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1.Menyatakan undang-undang jalan raya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. 6. 44
3.Lencana Kemajuan- Geris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanakkanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. A. Kesetian Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 1. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 2. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 5. B. Kesihatan Dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 2. 3.Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain 6. C. Kecekapan 1.Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 2.Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter). Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. 3. 45