The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ira_mirae89, 2022-11-06 18:53:57

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI-1

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERING,
06910 YAN, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA INGGERIS KALI 1 2022/2023

Tarikh : 27 Mac 2021
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Sains SK Sg Kering
Pengerusi : Pn Haszlina bt Che Muda
Kehadiran : Sila rujuk lampiran

AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Laporan Prasekolah
4. Perancangan 2021
5. Pentaksiran Bilik Darjah
6. Anggaran Perbelanjaan
7. Hal-hal Lain
8. Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru
Bahasa Inggeris pada mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali
pertama tahun 2022/2023.

2.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
2.1 Pn Norazimah selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan
tahniah kepada ahli panitia telah berjaya menyelesaikan tugasan pada
tahun 2021/2022 dengan jayanya.

1

2.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat panitia yang perlu
dilaksanakan 3 kali dalam setahun dan sekiranya dapat
dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun adalah melebihi
sasaran tahunan.

2.3 RPH perlu dilengkapkan dan dihantar pada minggu kedua
persekolahkan bersama-sama dengan DSKP dan RPT.

2.4 Penulisan RPH perlu mengikut format DSKP manakala element
tambahan adalah mengikut kebijaksaan guru-guru. Refleksi wajib
ditulis setiap kali berakhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Bagi rekod PBD, rekod transit perlu disediakan dan dilampirkan
bersama-sama di dalam fail RPH. Rekod transit adalah sebuah
rekod sementara sebelum pengisian sebenar di dalam tapak PBD.

2.6 Terdapat surat siaran mengatakan hanya buku aktiviti yang boleh
digunakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dan buku
kerja merupakan boleh digunakan sebagai rujukan di rumah. Buku
aktitivi perlu ditinggalkan di sekolah bagi menangani isu beg berat.
Setiap subjek hanya boleh menggunakan 2 buku tulis sahaja.

2.7 Pendidikan Sivik perlulah dilaksanakan pada minggu terakhir setiap
bulan. Guru tidak perlu menyediakan RPH khas tetapi hanya perlu
menyelitkan nilai-nilai yang telah ditetapkan di dalam RPH yang di
sediakan.

2.8 Murid Tahun 6 akan menggunakan buku teks yang terkini yang
merupakan semakan 2017.

2.9 Papan kenyataan panitia haruslah dikemaskini sama ada di
kawasan yang telah di tetapkan mahupun di dalam kelas.

2.10 Penerapan KBKK dan peta i-think perlu diteruskan dan
digunapakai sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Laporan Prasekolah

3.1 Pn Jariah memberitahu bahawa murid-murid prasekolah adalah
seramai 18 orang.Pn Jariah juga memaklumkan 9 orang murid
Prasekolah berusia 6 tahun dan 9 orang murid berusia 5 tahun.

3.2 Pn Jariah menyatakan pdpc prasekolah hanya fokus pada 3 mata
pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik.

3.3 Beliau menyatakan bahawa terdapat 8 orang murid 6 tahun telah
berjaya menguasai kemahiran membaca manakala seorang masih
belum menguasai.

Makluman:Semua Guru

2

4.0 Perancangan 2022/2023

4.1 Aktiviti panitia yang dirancangkan bagi tahun 2022/2023 adalah
seperti yang dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya dengan
mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) akibat pandemik
Covid-19.

4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa antara aktiviti yang bakal
dijalankan adalah seperti A Word A Day, Spelling Bee, Bulan
Bahasa, Program nilam semasa waktu perhimpunan dan satu
waktu dalam masa PdP dan 5 Minute Each Day.

Makluman:Semua Guru

5.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

5.1 Pengerusi memaklumkan agar semua guru melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan dan membuat
penilaian terhadap murid-murid secara efektif dan efisien.

5.2 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk membuat kemaskini
pelaporan PBD sebanyak dua kali setahun iaitu :
3.3.1 Pelaporan Pertengahan Tahun
3.3.2 Pelaporan Akhir Tahun

5.3 Penyediaan rekod transit membantu guru semasa pengisian
sebenar tapak PBD.
Tindakan: Semua Guru

6.0 Anggaran Perbelanjaan

6.1 Pengerusi menyatakan baki kewangan Panitia Bahasa Inggeris
pada tahun ini adalah berjumlah RM300.89.

6.2 Guru-guru berbincang untuk membeli sebuat mesin LCD bagi
membatu guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6.3 Panitia juga bercadang untuk membeli buku rujukan untuk guru dan
akan diperbanyakkan kepada murid-murid tahap 1.

Tindakan: Ketua Panitia

3

7.0 Hal-hal Lain
7.1 Pn Amirah memaklumkan sekolah telah menerima bahan rujukan
untuk Bahasa Inggeris tahun 4 dan boleh bahan tersebut boleh dimuat
turun secara online dan offline.

Makluman: Semua Guru

8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................................... ..................................................
(AMIRAH BINTI FADZIAL) (HASZLINA BT. CHE MUDA)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Sungai Kering. Sekolah Kebangsaan Sungai Kering.

4


Click to View FlipBook Version