The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by modulaktivitistem, 2021-09-19 22:52:29

Modul Aktiviti STEM

Modul Aktiviti STEM

Keywords: Modul,STEM

EDISI PERTAMA

MODUL AKTIVITI
STEM

PHYSICS

Siti Aminah Mohammad (PTech)
Shirley Arvilla Andrew
Nor Faranaz Shamin Nor Azmi
Halim Ahmad
Ajis Lepit (Dr)
Kevin Alvin Eswar

MODUL AKTIVITI STEM

e-ISBN 978-967-26009-0-9

Edisi Pertama 2021

© Fakulti Sains Gunaan,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Tel. : +6088-513892
No. Faks : +6088-325186

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam modul ini tidak dibenarkan diterbitkan
semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada pihak Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Sabah.

Editor:
Ts. Siti Aminah Mohammad
Shirley Arvilla Andrew
Dr. Ajis Lepit
Nur Faranaz Shamin Nor Azmi
Halim Ahmad
Kevin Alvin Eswar

MODUL AKTIVITI STEM

Modul aktiviti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) edisi pertama ini
dihasilkan khususnya untuk membantu pelajar memahami konsep sains dan teknologi
supaya mudah difahami dan diikuti. Modul ini disediakan dengan aktiviti-aktiviti ujikaji yang
ringkas sebagai panduan pelaksanaan aktiviti STEM diperingkat pra sekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah. Modul ini lebih fokus kepada bidang fizik yang merupakan
bidang asas yang diperlukan dalam teknologi termaju masa hadapan. Fizik penting untuk
ahli sains dan jurutera membangunkan infrastruktur dalam perdagangan dan industri.
Albert Einstein pernah berkata “Imagination is more than knowledge”. Imaginasi melalui
pemikiran analitik dan kritikal penting kerana penemuan dan penerokaan bidang baharu
termaju asasnya melalui STEM. Modul ini boleh dijadikan sebagai rujukan aktiviti-aktiviti
STEM dipelbagai peringkat untuk memupuk kesedaran dan minat pelajar diperingkat awal
pembelajaran terhadap sains dan teknologi. Semoga minat generasi muda terhadap
aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan dengan bantuan modul ini.
Semoga modul ini bermanfaat untuk semua pembaca.

i| KATA PENGANTAR

MODUL AKTIVITI STEM

KATA PENGANTAR......................................................................................................... ii
KANDUNGAN ............................................................................................................... ii
1.0 TELUR KEBAL ...................................................................................................... 1
2.0 BOLA PING PONG ALADDIN.................................................................................. 3
3.0 KERETA SOLAR .................................................................................................... 5
4.0 BATERI LEMON ................................................................................................... 7
5.0 TELUR TERAPUNG................................................................................................ 9
6.0 MINI HOVERKRAF ............................................................................................. 11
7.0 MENCARI PUSAT JISIM: MENGIMBANGI GARFU/SUDU........................................... 13
8.0 ELEKTRIK STATIK ............................................................................................... 15
9.0 SYILING TERAPUNG........................................................................................... 17
10.0 KEHEBATAN TIN CONDONG ................................................................................ 19
11.0 KEKUATAN SI PENCUNGKIL GIGI ......................................................................... 21
12.0 MOTOR ASAS AT ............................................................................................... 23
13.0 TENAGA ELEKTRIK TANPA BATERI ........................................................................ 25
14.0 KLIP KERTAS TERAPUNG .................................................................................... 27
15.0 RAHSIA SERANGGA AIR BERJALAN DI ATAS KOLAM ............................................... 29
16.0 AQUA TRANSFER ............................................................................................... 31

ii| KANDUNGAN

MODUL AKTIVITI STEM

1.0 TELUR KEBAL

Oleh: Ts. Siti Aminah Mohammad

1 |1.0 TELUR KEBAL

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Telur ayam, cawan kertas, beg plastik saiz kecil,
penyedut minuman, selotap, perakam masa, pita
pengukur.

Tempoh : 20 minit

Bilangan peserta : 3 orang

Kaedah : 1. Peserta akan mereka bentuk anti hentakan untuk
permukaan telur dengan menggunakan bahan-
2. bahan yang disediakan dan yang ada di sekitar.
3. Telur yang dilengkapi dengan reka bentuk anti
hentakan akan dijatuhkan dari ketinggian 2 meter.
Keadaan telur yang jatuh dilantai diperhatikan dan
ketinggian, masa jatuhan dicatatkan.

Hasil : Aktiviti ini boleh dikaitkan dengan konsep impuls, apabila
berlaku hentakan/perlanggaran objek, masa perlanggaran
perlu ditingkatkan, ini untuk mengurangkan daya impuls.
Bahan yang lembut dan senang dimampatkan boleh
dijadikan bahan anti hentakan kerana ia akan
menghasilkan masa perlanggaran yang panjang dan
boleh menyerap hentakan disamping mengurangkan daya
impuls.

2 |1.0 TELUR KEBAL

MODUL AKTIVITI STEM

2.0 BOLA PING
PONG ALADDIN

Oleh: Ts. Siti Aminah Mohammad

3 | 2.0 BOLA PING PONG ALADDIN

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Bola ping pong, cawan kertas, penyedut minuman,
plastisin, gunting, pita pengukur.

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 2 orang

Kaedah : 1. Peserta akan membuat corong udara dengan
membuat lubang pada dasar cawan kertas dan
memasukkan penyedut minuman ke dalam lubang
tersebut.

2. Kemaskan dan kukuhkan penyedut minuman
dengan menggunakan plastisin.

3. Setelah corong udara siap, letakkan bola ping
pong ke dalam corong.

4. Seorang peserta akan meniup hujung penyedut
minuman sehingga bola ping pong terapung di
udara.

5. Seorang peserta lagi akan mengukur dan
mencatatkan tinggi maksimum yang boleh dicapai
oleh bola ping pong di udara.

Hasil : Aktiviti ini boleh dikaitkan dengan prinsip Bernoulli, apabila
udara dialirkan melalui penyedut minuman, ini
menyebabkan keadaan hujung penyedut minuman
berhalaju tinggi dan bertekanan rendah. Keadaan ini
menyebabkan bola ping pong akan terapung di udara
seperti tikar Aladdin.

4 | 2.0 BOLA PING PONG ALADDIN

MODUL AKTIVITI STEM

3.0 KERETA SOLAR

Oleh: Ts. Siti Aminah Mohammad

5 | 3.0 KERETA SOLAR

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Kereta mini, sel solar, wayar, klip buaya, pita pengukur,
perakam masa

Tempoh : 20 minit

Bilangan peserta : 3 orang

Kaedah :

Rajah 1: Sambungan selari sel solar.

1. Peserta akan menyambung wayar sel solar dengan kereta
mini seperti Rajah 1 dan pastikan sel solar terdedah dengan
sumber matahari.

2. Kereta solar yang telah siap dipasang akan dibawa ke
kawasan lapang yang terdedah dengan sumber
matahari/cahaya.

3. Peserta akan mencatatkan masa dan jarak pergerakan kereta
solar sehingga kereta solar itu berhenti.

Hasil : Aktiviti ini menunjukkan cahaya matahari mengandungi foton/zarah-
zarah tenga suria yang terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang
bergantung kepada panjang gelombang cahaya. Tenaga solar
adalah tenaga yang dijana daripada cahaya matahari/sumber
cahaya. Sel fotovolt (photovoltaic) boleh menukarkan cahaya
matahari kepada tenaga elektrik, apabila foton mengenai sel
fotovolt, ia boleh dipantulkan atau diserap. Hanya foton yang diserap
membekalkan tenaga untuk menjana tenaga elektrik.

6 | 3.0 KERETA SOLAR

MODUL AKTIVITI STEM

4.0 BATERI LEMON

Oleh: Ts. Siti Aminah Mohammad

7 | 4.0 BATERI LEMON

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Lemon, paku (saiz 2 cm), klip buaya, wayar kuprum,
lampu LED

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 3 orang

Kaedah :

Rajah 2: Sambungan lemon secara selari.

Peserta akan menggunakan 4 biji lemon dan 8 paku. Setiap lemon
akan dicucuk dua batang paku yang bertindak sebagai elektrod.
Lemon disambung seperti dalam Rajah 2.

Hasil : Aktiviti ini boleh dikaitkan dengan konsep ringkas bateri. Dalam
aktiviti ini, tenaga kimia ditukar kepada tenaga elektrik, di mana
lemon bertindak seperti bateri yang boleh membekalkan tenaga
elektrik dan jus dalam buah lemon yang bersifat asidik bertindak
sebagai elektrolit. Elektrolit adalah bahan kimia yang boleh
mengkonduksi/mengalirkan arus elektrik. Paku dalam aktiviti ini
berfungsi sebagai elektrod yang akan menghantar tenaga elektrik
dan menyebabkan lampu LED bernyala.

8 | 4.0 BATERI LEMON

MODUL AKTIVITI STEM

5.0 TELUR TERAPUNG

Oleh: Shirley Arvilla Andrew

9 | 5.0 TELUR TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Gelas plastik lutsinar saiz besar, 3 biji telur ayam, air,
sudu, garam.

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 3 orang

Kaedah : 1. Penuhkan tiga gelas dengan air. Labelkan dengan 1, 2 dan 3
2. Isikan Gelas 1 dengan air sahaja.
3. Masukkan 1 sudu besar garam ke dalam Gelas 2. Kacau
sehingga garam larut.
4. Masukkan 2 sudu besar garam ke dalam Gelas 3. Kacau
sehingga garam larut.
5. Masukkan sebiji telur di setiap gelas. Catatkan pemerhatian
anda.

Gelas Garam Pemerhatian
1 Tiada
2 1 sudu
3 2 sudu

Hasil : Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas.
Apabila kita larutkan garam ke dalam air, larutan di dalam gelas
menjadi lebih tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul. Air yang
dilarutkan garam lebih berat daripada air biasa. Oleh itu, air
bergaram adalah lebih tumpat daripada air biasa.

10 | 5.0 TELUR TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

6.0 MINI HOVERKRAF

Oleh: Shirley Arvilla Andrew

11 | 6.0 MINI HOVERKRAF

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Botol mineral 500 ml, gunting, belon.

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 3 orang

Kaedah : 1. Potong bahagian atas botol plastik. Dapatkan potongan
bersih dan tidak berlekuk.

2. Buatkan lubang kecil pada penutup botol.
3. Tiup belon sehingga besar. Kepitkan leher belon di antara

jari telunjuk dan ibu jari supaya udara tidak terlepas.
4. Muatkan leher belon di atas penutup botol.
5. Tegakkan hoverkraf anda pada permukaan rata dan

lepaskan udara dari belon. Catatkan pemerhatian anda
(masa dan jarak pergerakan).

Hasil : Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek
atau memberhentikan objek yang bergerak. Geseran dihasilkan
apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-
dua tapak tangan anda, geseran membuatkan kedua-dua
permukaan terasa lebih panas. Sebuah hoverkraf dapat bergerak
lebih cepat daripada kapal di laut. Geseran di antara hoverkraf dan
udara adalah kurang dari geseran di antara kapal dan air.

12 | 6.0 MINI HOVERKRAF

MODUL AKTIVITI STEM

7.0 MENCARI
PUSAT JISIM:
MENGIMBANGI
GARFU/SUDU

Oleh: Dr. Ajis Lepit

13 | 7.0 MENCARI PUSAT JISIM: MENGIMBANGI GARFU/SUDU

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Sudu, garfu, gelas, kayu pencungkil gigi.

Tempoh : 5 - 10 minit

Bilangan peserta : 1-2 orang

Kaedah : 6. Dua garfu atau sudu, gelas dan sebatang pencungkil gigi
adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
pengimbangan seperti silap mata. Pusat jisim objek tidak
semestinya berada di dalam objek.

7. Ambil dua garfu, gelas dan pencungkil gigi. Pusat jisim garfu
terletak di antara kedua-dua garpu. Adalah sukar untuk
mengimbangkan garfu secara tepat pada masa ini kerana
tidak ada sokongan untuk bertahan.

8. Keadaan dapat diperbaiki dengan menambahkan pencungkil
gigi untuk mendapatkan pusat jisim.

9. Kemudian letak di atas permukaan gelas. Perhatikan apa
yang terjadi.

Hasil : Demonstrasi ini untuk mengajar pelajar asas mengenai "pusat jisim".
Pusat jisim objek adalah titik keseimbangan. Sokong objek tepat di
bawah pusat jisim dan ia akan seimbang, tidak kira arah mana anda
mengarahkan objek. Sangat penting untuk mencari pusat jisim bagi
objek yang tidak simetri.

14 | 7.0 MENCARI PUSAT JISIM: MENGIMBANGI GARFU/SUDU

MODUL AKTIVITI STEM

8.0 ELEKTRIK STATIK

Oleh: Dr. Ajis Lepit

15 | 8.0 ELEKTRIK STATIK

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Pembaris plastik, sikat, penyedut minuman, pelitup
muka, kertas/tisu/polistren/air/belon, kain, permukaan
licin.

Tempoh : 1 - 5 minit

Bilangan peserta : 2 - 5 orang

Kaedah : 1. Guntingkan kertas atau tisu menjadi kepingan kecil. Semakin
kecil semakin baik.

2. Seterusnya, letakkan di permukaan rata seperti meja.
3. Gosokkan sikat atau pembaris plastik dengan pelitup muka

atau kain sustera untuk memindahkan cas statik.
4. Apabila sikat digosok dengan fabrik pelitup muka, dekatkan

dengan kepingan kertas.
5. Kepingan kertas secara ajaib akan melompat ke sikat atau

pembaris.
6. Ulang dengan objek kecil seperti polistren, air pili yang

mengalir kecil atau belon.

Hasil : Apabila pelajar menggosok sikat di rambut, ia akan memindah cas
statik dengan mengumpulkan elektron pada sikat yang mempunyai
cas negatif. Apabila anda membawa sikat dekat dengan kepingan
kecil kertas atau tisu, ia menarik kertas ke sikat kerana elektron
bercas negatif cuba menjadi positif semula.

16 | 8.0 ELEKTRIK STATIK

MODUL AKTIVITI STEM

9.0 SYILING
TERAPUNG

Oleh: Nur Faranaz Shamin Nor Azmi

17 | 9.0 SYILING TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : 1 syiling 20 sen, 1 wang kertas RM 5.00 lama.

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 2 orang

Kaedah : 1. Seimbangkan duit syiling di atas duit kertas.
2. Syiling mesti berada di tengah-tengah duit kertas untuk
mendapat keseimbangan.
3. Setelah syiling seimbang di atas duit kertas, peserta akan
mengangkat duit kertas tersebut.
4. Syiling akan kekal dan kelihatan terapung di atas duit kertas.

Hasil : Aktiviti ini mengunakan konsep kesimbangan, apabila
keseimbangan dicapai dan tiada daya luar dikenakan ke atas syiling,
syiling akan kekal pegun. Daya normal yang bertindak ke atas
permukaan adalah sama dengan berat objek.

18 | 9.0 SYILING TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

10.0 KEHEBATAN
TIN CONDONG

Oleh: Nur Faranaz Shamin Nor Azmi

19 | 10.0 KEHEBATAN TIN CONDONG

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : 1 tin minuman kosong, 1 botol air.

Tempoh : 5 minit

Bilangan peserta : 2 orang

Kaedah : 1. Isikan tin kosong dengan air sehingga ke paras 1/3 tin.
2. Kemudian, perlahan-lahan seimbangkan tin tersebut.
3. Setelah seimbang, pusing/putar tin untuk melihat samada tin

kekal seimbang.

Hasil : Aktiviti ini menggunakan konsep jisim pusat dan kesimbangan.
Apabila keseimbangan dicapai dan tiada daya luar dikenakan ke
atas tin, tin akan kekal condong dan mampu berpusing/berputar
pada pusatnya.

20 | 10.0 KEHEBATAN TIN CONDONG

MODUL AKTIVITI STEM

11.0 KEKUATAN
SI PENCUNGKIL GIGI

Oleh: Nur Faranaz Shamin Nor Azmi

21 | 11.0 KEKUATAN SI PENCUNGKIL GIGI

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : 2 batang garfu, 2 batang pencungkil gigi, plastisin.

Tempoh : 10 minit

Bilangan peserta : 2 orang

Kaedah : 1. Cucuk 1 pencungkil gigi di tengah-tengah plastisin.
2. Kemudian, lekatkan dua garfu.
3. Cucuk pencungkil gigi di tengah-tengah antara dua garfu.
4. Letakkan hujung pencungkil gigi dan garfu dengan pencungkil

gigi yang berada di atas plastisin.
5. Seimbangkan kedua-dua pencungkil gigi ini. Garfu akan

kelihatan terapung.

Hasil : Aktiviti ini mengunakan konsep jisim pusat dan kesimbangan.
Apabila keseimbangan dicapai dan tiada daya luar dikenakan ke
atas garfu, luas permukaan pencungkil gigi yang kecil pun mampu
menampung berat dua garfu ini.

22 | 11.0 KEKUATAN SI PENCUNGKIL GIGI

MODUL AKTIVITI STEM

12.0 MOTOR ASAS AT

Oleh: Dr. Ajis Lepit

23 | 12.0 MOTOR ASAS AT

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Magnet, wayar penyambung, gegelung wayar (kuprum),
bateri, klip kertas (pemegang), papan kecil/kotak
(15 cm x 12 cm), pelekat (sellotape), gunting.

Tempoh : 15 - 30 minit

Bilangan peserta : 2 - 4 orang

Kaedah : 1. Lilitkan wayar berbentuk gegelung dengan menggunakan bateri
dalam sekitar 20 - 40 lilitan. Kemudian letakkan dalam gegelung
di atas klip kertas yang dibentuk pemegang.

2. Lekatkan pemegang di atas papan/kotak yang telah dipotong.
3. Letak magnet di bawah gegelung.
4. Sambungkan gegelung wayar dengan bateri, kemudian pusing

sedikit gegelung. Perhatikan.

Hasil : Ujikaji ini memperkenalkan konsep mudah motor arus terus (AT)
kepada peserta. Hukum Faraday menyatakan bahawa apabila
berlaku gerakan relatif antara gegelung pengalir dengan magnet,
fluks magnet akan memotong pengalir. Daya gerak elektrik (DGE)
yang teraruh pada pengalir diperoleh dengan dua cara iaitu: i) fluks
memotong pengalir dan ii) pengalir memotong fluks. DGE teraruh
terjana antara hujung dawai pengalir tersebut. Kuasa motor akan
bertambah bila bilangan lilitan dan pemotongan fluks ditambah.

24 | 12.0 MOTOR ASAS AT

MODUL AKTIVITI STEM

13.0 TENAGA
ELEKTRIK TANPA
BATERI

Oleh: Dr. Ajis Lepit

25 | 13.0 TENAGA ELEKTRIK TANPA BATERI

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Set fuel cell (tiub plastik, silinder pengumpul hidrogen
Tempoh dan oksigen, air, membran, solar panel, lampu LED,
motor).

: 20 – 40 minit

Bilangan peserta : 2 - 4 orang

Kaedah : Sambungkan semua bahan-bahan di atas. Arus elektrik boleh
dihasilkan hanya menggunakan gas hidrogen dan oksigen melalui
membran. Sel ini boleh menjanakan motor dan lampu (LED) tanpa
bateri.

Hasil : Fuel cell berfungsi seperti bateri dan bertindak sebagai sumber
tenaga alternatif. Ianya menghasilkan elektrik dan haba selagi
bahan api dibekalkan. Sel bahan bakar terdiri daripada dua elektrod
iaitu elektrod negatif (atau anod) dan elektrod positif (atau katod)
yang diapit di sekitar elektrolit. Bahan bakar seperti hidrogen
dimasukkan ke anod, dan udara dimasukkan ke katod. Dalam sel
bahan bakar hidrogen, pemangkin di anod memisahkan molekul
hidrogen menjadi proton dan elektron yang bergerak berasingan ke
katod. Elektron melalui litar luaran, mewujudkan aliran elektrik.
Proton berpindah melalui elektrolit ke katod, di mana mereka
bersatu dengan oksigen dan elektron untuk menghasilkan air dan
haba. Fuel cell menggunakan tenaga kimia hidrogen atau bahan
bakar lain untuk menghasilkan elektrik dengan bersih dan cekap.
Sekiranya hidrogen adalah bahan bakar, maka, elektrik, air, dan
haba adalah satu-satunya produk yang terhasil.

26 | 13.0 TENAGA ELEKTRIK TANPA BATERI

MODUL AKTIVITI STEM

14.0 KLIP KERTAS
TERAPUNG

Oleh: Dr. Ajis Lepit

27 | 14.0 KLIP KERTAS TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Kertas tisu, klip kertas, basin, air.
Tempoh : 2 – 4 minit

Bilangan peserta : 2 - 3 orang

Kaedah : 1. Isikan basin dengan air.
2. Letak kertas tisu dipermukaan air.
3. Letakkan klip kertas di atas tisu sebelum kertas tisu tenggelam.
Perhatikan. Klip kertas tidak tenggelam.

Hasil : Air mempunyai tegangan permukaan yang tinggi. Tegangan
permukaan ialah daya lekitan antara molekul air di permukaan yang
menyebabkan jarum, klip kertas, serangga dapat terapung di
permukaan air.

28 | 14.0 KLIP KERTAS TERAPUNG

MODUL AKTIVITI STEM

15.0 RAHSIA
SERANGGA AIR
BERJALAN DI
ATAS KOLAM

Oleh: Halim Ahmad

29 | 15. RAHSIA SERANGGA AIR BERJALAN DI ATAS KOLAM

MODUL AKTIVITI STEM

Tempoh: 25 minit
Bilangan Peserta: 2 orang

Bahan-bahan: Bahan-bahan:
Mangkuk kecil Satu pin stapler yang belum dilipat (Buka isi
Air stapler dan keluarkan satu pin sahaja)
Lada hitam halus Mangkuk kecil
Cecair sabun Air
Kayu pencungkil gigi Cecair sabun
Kayu pencungkil gigi

Kaedah 1: Kaedah 2:

1. Isi mangkuk dengan air. 1. Isi mangkuk dengan air.

2. Letak dan kacau serbuk lada hitam ke 2. Letakkan pin stapler dengan berhati-

atas permukaan air. Perhatikan hati di permukaan air sehingga

bagaimana lada hitam tetap terapung terapung.

di atas air. Itulah tegangan permukaan 3. Perhatikan permukaan air di sekitar

yang menahan lapisan ke atas. pin stapler yang terapung. Kelihatan

3. Ambil kayu pencungkil gigi dan seolah-olah pin stapler sedang

masukkan hujungnya ke dalam sabun menolak permukaan air tetapi tidak

sehingga separuh daripada tenggelam.

pencungkil gigi tersebut dilapisi 4. Ambil pencungkil gigi yang bersih dan

sabun. sentuh permukaan air. Perhatikan

4. Sentuh dengan perlahan-perlahan apa yang terjadi.

permukaan air dengan pencungkil gigi 5. Sekarang ambil pencungkil gigi dan

tersebut. masukkan ke dalam cecair sabun.

5. Perhatikan bagaimana lada hitam Perhatikan apakah yang terjadi

merebak ke semua arah. Apakah ketika anda menyentuhnya ke

yang telah dilakukan oleh sabun ke permukaan air?

atas tegangan permukaan?

Hasil:
Sabun tersebut telah memecahkan kekuatan kohesif air, membuatnya memiliki tegangan
permukaan yang lebih kecil. Jika anda mencampurkan sabun dengan air dan membuat
titisan air di meja anda, perhatikan seperti apakah bentuknya kali ini? Cubalah!

30 | 15. RAHSIA SERANGGA AIR BERJALAN DI ATAS KOLAM

MODUL AKTIVITI STEM

16.0 AQUA
TRANSFER

Oleh: Kevin Alvin Eswar

31 | 16.0 AQUA TRANSFER

MODUL AKTIVITI STEM

Bahan-bahan : Botol mineral, lidi, air.

Tempoh : 5 minit

Bilangan peserta : 2 orang

Kaedah : 1. Tebuk botol mineral dengan lubang berdiameter 3 - 5 mm di
bahagian tepi.

2. Masukkan lidi ke dalam lubang.
3. Tuang air melalui lidi ke dalam botol mineral melalui lubang

kecil.
4. Peserta yang memasukkan air dengan kuantiti lebih banyak

dalam masa yang dipilih sebagai pemenang.

Hasil : Aktiviti ini boleh dikaitkan dengan daya lekitan antara zarah air dan
daya lekatan antara zarah air dan permukaan lidi.

32 | 16.0 AQUA TRANSFER

HAKCIPTA TERPELIHARA. SEBARANG BAHAGIAN DALAM BUKU INI TIDAK BOLEH DITERBITKAN
SEMULA, DISIMPAN DALAM CARA YANG BOLEH DIPERGUNAKAN LAGI, DENGAN SEBARANG
CARA, BAIK DENGAN CARA ELEKTRONIK, MEKANIK, FOTOKOPI, PERAKAMAN DAN
SEBAGAINYA TANPA IZIN BERTULIS TERLEBIH DAHULU.

BAR CODE

ISBN


Click to View FlipBook Version