ETIKA DAN BERADABAN (MPU21070) KAUM BAJAU Pensyarah: ENCIK ABDUL RAHMAN
AHLI KUMPULAN MUHAMMAD ATIF IKHWAN BIN MOHD YUSRI 14DPR23F2025 MUHAMMAD ADAM DANIEL 14DPR23F2003
MUHAMMAD SALMAN BIN WILSAM 14DPR23F2026 AHLI KUMPULAN MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN MOHD SEBARI 14DPR23F2012 MOHAMAD ALIF DANISH BIN MOHAMAD KHAIR 14DPR23F2007
1.PENGENALAN 2.sejarah dan latar belakang 3.pakaian traditional 4.makanan traditional 5.alat muzik traditional 6.TARIAN TRADITIONAL 7.bahasa 8.agama 9.KEGIATAN EKONOMI 10.Penempatan 11.perayaan 12.perkahwinan 13.adat resam dan budaya 14.Permainan 15.kesimpulan ISI KANDUNGAN
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapacatatan sejarah. pengenalan
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG kaum Bajau adalah etnik maritim yang menetap dipersisiran pantai pantai, pulau-pulau dan laut adalah sebahagian dari hidup mereka. Populasi mereka terdapat di wilayah kepulauan Nusantara dan mempunyai cara hidup yang sama dengan etnik Melayu. Keperibadian dan budaya mereka lebih menunjang kepada peradaban Melayu Islam dan mereka kini menjadi pribumi di tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. suku Bajau merupakan etnik Muslim terbesar dalam kaum bumiputra Islam di Sabah.Menurut tradisi lisan, istilah Bajau diberi nama oleh orang Melayu Brunei tetapi sesama mereka,mereka akan menggelar diri mereka sebagai "sama" atau "Jomo Sama". Bajau adalah himpunan beberapa kumpulan sub-etnik iaitu Sama, Samar, Layun, Ubian, Binadan, Kagayan atau Jama Mapun, Simunul, Bajau Kubang,Pala'u,Yaka dan Bagingi.Pada tahun 1975 kaum Bajau berjumlah 100,00, merupakan kaum kedua terbesar selepas kaum Kadazan Dusun di Sabah. kaum Bajau bahagikan kepada dua bahagian,satu dari daerah Semporna dan satu lagi dari daerah di sekitar Kota Belud, Kudat, Tuaran hingga ke Papar. Orang Bajau merupakan kaum kedua terbesar di Sabah selepas kaum Kadazan Dusun, walaupun mereka ini berbeza dari segi tempat tinggal dan juga loghat bahasa tapi persamaan antara keduanya ialah masing-masing mengatakan asal-usul mereka berasal dari Johor dan beragama Islam.
Badu Sipak merupakan nama bagi baju yang dipakai oleh wanitaetnik Bajau di daerah Kota Belud. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang berwarnaterang manakala baju dalam di bahahgian tangan menggunakan warna yang kontra. Lengan baju di luar dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku bagi menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Butang betawi dihiasi di bahagian baju wanita Bajau. Skirt Panjang yang dipanggil “olos berangkit” yang ditekat menggunakan benang bermotifkan bunga kapasatau pucuk rebung. Terdapat beberapa hiasan lain yang dipakai oleh wanitaetnik Bajau iaitu hiasan bahagian leher dipanggil “mandapun”, hiasan kepala dipanggil serimpak, gelang, tali pinggang yang dipanggil “ingkot pangkat” dan jugaantinganting yang diperbuat daripada berwarna perak atau emas, Dalam persembahan tarian, terdapataksesori tambahan yang dipakai oleh penari wanitaiaitu sapu tangan puyut berumbai. pakaian traditional BADU SIPAK
Masyarakat kaum Bajau yang tinggal di Semporna, pakaian tradisional dipanggil Alal Bimbang yang biasanya dipakai ketika pesta Regatta Lepa ataupun pesta sukan air di mana penari-penari akan memakai pakaian tersebut dalam pelbagai warna. Mereka akan memakai baju baldu hitam dan seluar/kain sarong dan perhiasan seperti Jabang (mahkota), Kambut (tali pinggang), manik bulat pada baju, Bungkah (gelang keemasan) dan Salung (sarung kuku). Alal Bimbang
makanan traditional Kima Kima ialah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe ' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dikukus. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek, Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain (selalunya makanan laut).Ia kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Putu
Tompek Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. Sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Sagol/Senagol
Kulintangan merupakan alat muzik tradisional idiofon yang mengeluarkan bunyi yang lebih kecil. Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan. Kulintangan juga dimainkan semasa majlis-majlis atau perayaan berlangsung.Kulintangan mempunyai struktur bentuk yang sama seperti gong. Namun, Kulintangan mempunyai saiz yang lebih kecil dan hanya dibaringkan di atas papan atau pemegangnya. Tidak seperti gong. Gong diikat ke kayu-kayu atau tiangtiang mengikut urutan daripada gong 1 hingga gong 6 atau 7. Nada Kulintangan juga berbeza dengan gong. Bunyinyalebih kecil dan ton melodinyalebih jelas. alat permainan traditional KULINTANG
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Negeri Sabah, Selatan Filipina dan beberapa kepulauan di Indonesia. Igal bermaksud "tari" manakala magigal bermaksud "menari." Tarian ini boleh ditarikan secara perseorangan, berkumpulan mahupun secara berpasanganpasangan. Penekanan penting dalam tarian igal sebagai sistem pergerakan berstruktur orang Bajau adalah pada pelenturan jari dan telapak tangan, gerakan lengan, postur tubuh badan dan kehalusan peralihan pergerakan bahu.Langkah tari dan pergerakan kaki dalam tarian ini dilakukan dengan pelbagai tempo seperti perlahan atau cepat bergantung kepada ensemble muzik tagunggu yang mengiringinya. Sebuah ensemble tagunggu terdiri daripada satu set kulintangan yang mengandungi enam hingga lapan gong cerek kecil atau gong kecil (seperti periuk) yang diletakkan di atas rak kayu, satu hingga tiga gong gantung besar (agung), dan gendang dua permukaan yang dipanggil tambul atau tambol. Lagu yang dimainkan daripada tagunggu’ untuk mengiringi tarian igal dikenali sebagai titik. Lagu-lagu tertentu (titik) menunjukkan bentuk-bentuk spesifik igal yang dipersembahkan samada oleh lelaki semata-mata, wanita atau kumpulan jantina campuran. Tarian Igal turut dipersembahkan untuk acara suci (sacred) seperti upacara magpaiibahau, magpaigal--jin dan juga acara sekular seperti acara perkahwinan, sambutan tetamu, Festival Regatta Lepa dan lainlain. Ketika acara perkahwinan, penari atau pengantin yang menarikan tarian ini akan diselitkan wang di celahan jari mereka oleh ahli keluarga pengantin dan tetamu yang hadir sebagai hadiah dan tanda penghargaan kepada mereka yang menari. TARIAN TRADITIONAL Tarian Igal-Igal
Tarian Limbai Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.Tarian limbai diiringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Tarian Runsai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud. Runsai selalu ditarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Bahasa Bajau merupakan salah satu daripada cabang Bahasa Melayu Deutro. Bahasa Bajau ini amat mirip dengan bahasa Malaysia yang digunakan pada hari ini.Yang lainnya dengan bahasa Malaysia ialah sebutan vokal atau konsonan pada awal, tengah ataupun hujung perkataan tersebut. contohnya "tetak" disebut "tetok" , " sepak" disebut " sipak" , "kucing " disebut "kuting " , " satu " disebut "issa " yang mana asal perkataan ini ialah "*esa " bermaksud " satu " ataupun "tunggal" dan sebagainya.Bahasa Bajau seiras bahasa Melayu Kuno yang masih lagi mengekalkan beberapa ciri sebutan bahasa Melayu Kuno misalnya "di" disebut " ni" , " nya " disebut " na " dan dalam bahasa ini sangat kurang pengunaan abjad vokal " e " pepet mahupun " e " taling. Bahasa Bajau juga merupakan suatu bahasa yang cukup anjal yang boleh dibentuk dan disokong oleh beberapa imbuhan bagi menghasilkan sesuatu frasa yang dimaksudkan dan makna yang berlain-lain. BAHASA
Etnik Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah. Majoritinya beragama Islam dan mengamalkan adat danùrf yang tersendiri. Penerimaan orang Bajau terhadap ajaran Islam menyebabkan berlakunya percampuran antara adat tradisi Bajau dengan ajaran Islam yang menyebabkan berlakunya proses sinkretisme. Akibatnya, ada antara amalan yang diwarisi secara turun temurun itu dianggap sebagai ajaran Islam, sedangkan ia hanyalah amalan yang diwarisi dan tidak berkaitan dengan dalil yang jelas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. AGAMA
Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Nelayan terdiri daripada lelaki-lelaki etnik bajau yang terlibat dalam aktiviti memancing. Wanita pula terlibat dalam tugas penggredan, pembungkusan dan pemprosesan ikan. Kaum wanita bajau di Kampung Mengkabong, Tuaran, Sabah juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional. Mereka menjual ikan dan produk perikanan yang lain. KEGIATAN EKONOMI
PENEMPATAN Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini adalah di Kampung Limau-Limauan (pada masa sebelum penjajahan British LimauLimauan ialah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat di bawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahim moyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga (Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke LimauLimauan), Kampung Parapat Laut (Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain.
Perayaan Regatta Lepa Regatta Lepa adalah festival perahu tahunan di Semporna, Malaysia, yang merayakan tradisi pembuatan kapal komuniti Sama-Bajau di Sabah. Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka
perkahwinan kaum Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan kaum Bajau yang tersendiri. Walau bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Dalam melakukan majlis perkahwinan masyarakat. Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-23 atau 24 mengikut kalendar Islam. kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah. kaum Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan kaum Bajau yang tersendiri. Walau bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Dalam melakukan majlis perkahwinan masyarakat. Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-23 atau 24 mengikut kalendar Islam. kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah.
Adat Resam dan budaya Adat Kelahiran Pantang Larang Adat Kematian Adat dan budaya yang dijalankan oleh kaum Bajau
terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut. Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung. Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin. Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbalunan. Adat Kelahiran
pantang larang Larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
Adat kematian Adat kematian terbahagi kepada 4 konsep iaitu; Adat Balu-Balu Proses penghantaran dan Pengebumian jenazah Kenduri Arwah (Mangan Bangi) Adat Bejogo
Dalam masyarakat kaum Bajau di Sabah telah wujud pengkategorian terhadap sesebuah masyarakat. Pengkategorian tersebut adalah kelompok datu, kelompok biasa, dan kelompok hamba. Kelompok ini lebih dikenali sebagai jomo sepu limo (orang 15), jomo sepu (orang 10), jomo pitu (orang 7), dan jomo limo (orang 5). Walaubagai manapun, kelompok orang 5 (sebagai kelompok hamba) telah dinaik taraf kepada kelompok biasa iaitu kelompok orang 7. Dalam hal-hal yang membabitkan kematian, terdapat perbezaan pemberitahuan kematian dalam kelompok ini. Dalam kelompok orang 15, mereka menggunakan paluan gong (adat balu-balu) untuk mengkhabarkan adanya kematian. Hanya kelompok ini sahaja yang dibenarkan memalu gong. Sekiranya terdapat kelompok orang 15, orang 7, atau orang 5 yang memalu gong maka mereka akan dikenakan denda adat yang setimpal dengan kesalahan tersebut. Adat Balu-Balu
Proses penghantaran jenazah ke tanah perkuburan akan dilakukan apabila mayat telah dimandi dan dikafankan. Penghantaran jenazah yang dilakukan akan diiringi oleh ahli keluarga si mati, saudara mara serta sahabat handai. Mengikut adat kematian kaum Bajau, semasa dalam perjalanan penghantaran jenazah ke tanah perkuburan, paluan balu-balu akan dilakukan bagi menandakan berlakunya kematian. Paluan balu-balu tersebut akan berterusan sehingga sankap-sangkap atau keranda diturunkan. Paluan balu-balu ini akan disertakan dengan nyanyian tradisi iaitu syair orang mati atau dalam bahasa Bajau dikenali sebagai Sair Jomo Matai. Proses penghantaran dan Pengebumian jenazah
Kenduri Arwah (Mangan Bangi) Kenduri arwah dan tahlil adalah amalan yang dilakukan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa diniatkan untuk si mati. Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan masyarakat berkumpul beramai-ramai dan dihidangkan makanan di rumah si mati. Kebiasaannya kenduri arwah ini diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu. Lazimnya, kenduri mangan bangi ini akan diadakan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tujuh hari tujuh malam tersebut, kenduriakan dibuat seawal pagi (jam 5 pagi) dan sebelah petang dibuat selewatnya jam 3-5 petang. Selain itu, kenduri yang lebih besar untuk memperingati si mati akan dibuat pada hari ketujuh (dalam kiraan hari keenam), pada hari keempat puluh (dalam kiraan ke-39), hari yang keseratus hari (dalam kiraan 99 hari), dan hari genap setahun (kiraan 354 hari) pemergian si mati.
Bejogo selepas kelahiran pengisiannya adalah dengan bermain daun terup , sakit tenat dengan membaca yasin dan mati pula dengan membaca al quran.Tujuan bejogo agar bayi, si sakit tenat dan si mati tidak diganggu oleh balan-balan iaitu sejenis mahluk menyerupai syaitan jadian. Menurut cerita balan-balan ini pada asalnya manusia biasa dan apabila dirasuk maka menjadi mahluk luar biasa , tidak kelihatan dengan mata kasar kecuali bunyinya dan air liurnya menitis seperti bintangbintang. Balan-balan ini akan membunuh bayi atau si sakit untuk dimakan bersama keluarganya. Balan-balan ini juga disebut sebagai 'Selambadut' . Iaterbang ( kepala dan tali perut sahaja). Adat Bejogo “Bejogo” bermaksud berjaga. Acara berjaga ini dibuat selepas kelahiran anak, sewaktu sakit tenat atau meninggal dunia.
Permainan Sejarah Sepak Manggis merupakan satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota Belud, Sabah. Sukan Tradisi ini akan dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis perkahwinwn. Peralatan 1. Satu biji Bola Takraw 2. Satu batang Bambu panjang 3. Kotak berhias yang bergantung wang, gula-gula, makanan ringan, sapu tangan, rokok atau sebagainya kotak berhias
CARA DIMAINKAN /PERATURAN PERMAINAN Bambu yang panjangnya antara 15 m – 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung bambu itu ada diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula. Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka berbaris untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut direndahkan sehinggalah adaseorang pemenang.
Kesimpulan Kesimpulannya, kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak merupakan lambang perpaduan, keharmonian dan kekuatan rakyat di negeri. Ini menunjukkan bahawa walaupun berbilang etnik, masyarakat di Sarawak dapat hidup dengan aman dan makmur bersama.Ciri-ciri unik negeri ini dapat dimaperkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam mana-mana sambutan.Contohnya, sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Sarawak pada tahun 2019. Tujuan baik sambutan ini diadakan di Sarawa supaya masyarakat Malaysia yang lain dapat mengambil ikthbar bahawa walaupun hidup dalam kepelbagaian etnik, masyarakat di Sarawak dapat dapat melahirkan semangat bertolak-ansur dan hormat-menghormati sesama mereka. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa saling berkerjasama dan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia terus aman dan damai. Semangat patriotik perlu disemai sejak kecil bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa sayang dan cinta akan negara.