B.010 (BM) Mei 2014 (100.) Cetakan Kedua CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008, CERT. NO. : MY-AR 5240 NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel : [email protected] Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara
NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA Kalau ribut runduklah padi, Padi cupak Datuk Temenggung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk tegak berdiri canggung. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa. Penyelaras: Rosni Abdull Majid Bahagian Penerbitan Dasar Negara
2 3 PENGERTIAN NILAI Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu,kualiti dan taraf perilaku seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. BUDI BAHASA Lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam katakata akhlak mulia. Perkara lain termasuk mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, malu, sabar, sopan dan lain-lain. KESOPANAN DAN KESUSILAAN Kedua-dua konsep ini terangkum dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masingmasing dengan tidak menyinggung perasaan golongan lain. SATU PERKARA YANG PERLU KITA INGAT WALAU DI MANA JUA KITA BERADA IALAH... BUDI BAHASA!
NILAI-NILAI MURNI Nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah seperti berikut: AMANAH • Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; • Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas; • Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja. TANGGUNGJAWAB • Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, pekerjaan dan majikan; • Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur; • Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan; • Bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara; • Tidak mengkhianati kepentingan organisasi / institusi / awam dalam menjalankan tugas. 4 5
IKHLAS • Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan. • Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredaannya. • Mengikis sebarang unsur “kepentingan diri” dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah. BENAR • Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. • Bercakap benar dan menepati janji. • Cermat dan berhemat dalammembuat keputusan. • Bertindak berasaskan profesionalisme. • Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas. • Sanggup terima teguran dan nasihat. SEDERHANA • Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku. • Menjamin perseimbangan diri dan tugasan. TEKUN • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan • Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran untuk membaiki taraf hidup. • Berusaha gigih menghasilkan kerja sehingga tahap cemerlang. 6 7
BEKERJASAMA • Mengamalkan sikap tolong-menolong. • Mengamalkan semangat bekerjasama dan sukarela. • Mengamalkan permuafakatan demi kepentingan bersama. • Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan peribadi. • Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. BERDISIPLIN • Menepati masa dan janji. • Mengamalkan cara bekerja yang kemas, terancang. • Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. BERSIH • Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian. • Mengamalkan kebersihan sebagai satu cara hidup. • Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas. • Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. 8 9
BERPERIBADI MULIA • Bertimbang rasa dan bertolak ansur. • Menghormati sesama insan. • Sentiasa memulakan “pertanyaan” dengan tujuan untuk menolong. BERMUAFAKAT • Bermuafakat membawa berkat, slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia. • Mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. BERSYUKUR • Bersyukur kerana dapat melakukan tugas sebagai seorang anggota masyarakat. • Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih. • Menghayati budaya kerja bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama. • Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat. • Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. • Berkhidmat sebagai ibadah. • Memberi sumbangan yang banyak kepada masyarakat, negara dan agama. 10 11
BERTOLERANSI • Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. BERTIMBANG RASA • Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. BERSATU PADU • Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilainilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI • Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri. TIADA PERASAAN CURIGA ATAU SYAK WASANGKA • Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni. BERETIKA • Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. 12 13
AMALAN NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA INSTITUSI KEKELUARGAAN Antara Ibu Bapa dan Anak • Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak. • Ibu bapa mesti menunjukkan teladan terbaik. • Mendidik anak-anak supaya patuh kepada orang tua. • Menyayangi mereka. • Pertuturan dalam nada lembut. • Mendidik anak-anak sentiasa sopan dan saling hormat-menghormati. Antara Anak dan Ibu Bapa • Tutur kata hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat. • Tidak boleh menghina ibu bapa dalam apa jua keadaan sekali pun. • Berpakaian dan bertingkah laku sopan. • Sentiasa berdoa agar kedua-dua ibu bapa dalam keadaan sihat dan sentosa. Antara Adik-Beradik • Adik menghormati abang atau kakak yang lebih tua. • Memanggil dengan panggilan “Abang Long, Kak Cik, Abang Ngah” dan sebagainya. • Setiap pergaulan dan kelakuan perlu sopan santun. • Sentiasa mesra dan bersikap baik. • Melahirkan kemesraan dan setia kawan. • Saling bantu-membantu di antara satu sama lain. 14 15
Antara Saudara Mara • Komunikasi dan pergaulan harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun. • Kunjung mengunjungi merapatkan hubungan • Saudara mara patut diperkenalkan antara satu sama lain. INSTITUSI KEMASYARAKATAN Generasi Tua dan Muda • Mendahulukan yang tua dan sentiasa hormat kepada mereka. • Bertutur, bercakap atau berbual dengan orang tua menggunakan bahasa yang lembut dan kelakuan yang sopan. • Tidak digalakkan yang muda menyampuk percakapan dan mempermainkan yang tua. • Yang tua perlu memberi peluang yang muda untuk mengemukakan pendapat atau pandangan. 16 17
Masyarakat Umum • Saling menghormati dan memberi bantuan kepada warga tua, warga istimewa dan kanak-kanak. • Bertimbang rasa adalah amalan budi yang amat baik. • Tidak perlu bercakap dengan suara yang tinggi dan bising di tempat awam. • Jangan membuang sampah di merata tempat. • Tunjukkan budi bahasa yang mulia terhadap semua orang, pelawat atau pelancong dari luar. 18 19 Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam • Menghormati seseorang yang dipilih sebagai pemimpin. • Menyokong pemimpin menjayakan rancangan yang boleh memberikan kebaikan bersama. • Para pemimpin tidak perlu menunjukkan kuasa seperti membesar diri, sombong dan bermegah. • Pemimpin dan yang dipimpin perlu bekerjasama, bermuafakat dan berunding dalam mencapai matlamat. • Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan dan pekerti yang mulia.
INSTITUSI PEMBELAJARAN Antara Guru dan Pelajar • Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak. • Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik. • Ucapan “Selamat Pagi” dan “Assalamualaikum” merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru. • Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan, duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua. • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral. • Amalan budi bahasa boleh mengelakkan masalah sosial. • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral. 20 21
Antara Pelajar Dengan Pelajar dan Rakan Sebaya • Membiasakan diri mengucapkan salam sesama rakan pelajar dan rakan sebaya. • Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya. • Tidak mengganggu suasana ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempattempat lain. INSTITUSI PERKHIDMATAN Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin • Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra. • Ketua harus mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani orang bawahan. • Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra. • Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin. • Memberi teguran secara berhemah dan mematuhi peraturan. • Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan. • Tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 22 23
Antara Orang Yang Dipimpin dan Ketua • Mematuhi arahan ketua. • Sentiasa menepati masa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. • Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antara Rakan Sekerja • Saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh. • Keakraban boleh melahirkan kemesraan dan rasa saling membantu dan tolong-menolong. • Menunjukkan budi pekerti yang mulia, budi bahasa dan bertimbang rasa akan mewujudkan semangat kerja yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat dan misi organisasi. • Mengamalkan sikap bermuafakat dalam melaksanakan tugas. • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas dan terurus. • Menerima nasihat, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka. • Tidak menggunakan waktu dan kemudahan pejabat untuk urusan peribadi. 24 25
• Hormat-menghormati sesama rakan pejabat dengan percakapan yang sopan santun dan menunjukkan rasa hormat. • Menggunakan bahasa dan gerak geri yang sesuai berdasarkan umur dan pangkat. ANTARA ORGANISASI DENGAN PELANGGAN Perkhidmatan Kaunter • Menerima pelanggan dengan mesra serta mengucapkan salam atau selamat dengan nada yang riang. • Peramah,ceria serta mudah mesra dan disenangi pelanggan. • Menanyakan urusan yang diperlukan oleh pelanggan dengan nada yang lembut dan jelas. • Melihat wajah pelanggan apabila bercakap dan memberi perhatian kepada apa yang dituturkan. • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cepat. • Melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya. • Memberikan layanan yang adil tanpa membezakan pelanggan. • Memberitahu dengan cara yang baik kepada pelanggan yang melakukan kesilapan. • Berikan sebab-sebab yang munasabah jika tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan. • Menyalurkan permohonan yang tidak dapat diselesaikan oleh kakitangan kaunter kepada pihak atasan. • Maklumkan kepada pelanggan tindakan lanjut yang perlu diambil. • Melafazkan ucapan yang dapat membuat pelanggan merasa diri mereka dihargai dan ingin terus membuat urusan. • Menunjukkan arah kepada pelanggan apabila beredar dengan menggunakan ibu jari. 26 27
Perkhidmatan Telefon • Bercakap dengan nada yang lembut, terang, jelas, sederhana dan mesra. • Elakkan daripada kedengaran bosan dan keletihan semasa melayan panggilan dan jangan sesekali membiarkan emosi mempengaruhi tugasan. • Jangan membiarkan pemanggil menunggu lama dan bersedia memohon maaf. • Bersedia membantu tanpa diminta. Peranan Pelanggan • Berpakaian kemas ketika berurusan dengan pihak kerajaan dan swasta. • Memberi “salam” atau “selamat” sebelum menjalankan urusan. • Menghormati peraturan dan tanda-tanda larangan seperti “dilarang merokok”, “dilarang membuat bising”, “dilarang membuang sampah merata-rata” dan “sila beratur.” • Bertutur dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. • Meminta pertolongan atau bantuan bukan bersikap memaksa atau mengarahkan tetapi mengikut giliran. • Memberi ucapan terima kasih apabila selesai berurusan dengan pihak pejabat. 28 29
47 NILAI-NILAI MURNI UNTUK AMALAN RAKYAT MALAYSIA NILAI-NILAI SEJAGAT 1) Kepercayaan kepada Tuhan 2) Kesetiaan kepada negara dan pemerintah 3) Keikhlasan diri 4) Hormat-menghormati 5) Kasih sayang 6) Semangat kemasyarakatan 7) Berpengetahuan 8) Kebersihan fizikal dan mental 9) Bersih 10) Semangat kejiranan 11) Semangat kerjasama 12) Kesederhanaan 13) Kesyukuran dan keredaan 14) Berdaya saing 15) Menghargai masa 16) Semangat hidup bermasyarakat 17) Menghulur dan menerima kemaafan 18) Disiplin diri 19) Bertanggungjawab 20) Amanah 21) Adil 22) Tolong-menolong 23) Bermuafakat 24) Prihatin 25) Sabar 26) Bertimbang rasa 27) Toleransi 28) Merendah diri 29) Bersimpati 30) Bersungguh-sungguh 31) Menghormati hak setiap individu 30 31
32) Menyayangi diri, keluarga, jiran dan masyarakat 33) Suci hati 34) Berfikiran positif 35) Amalan baik 36) Sedia berkorban untuk kebaikan bersama 37) Berkongsi untung nasib 38) Benar 39) Berani 40) Murah hati 41) Yakin diri 42) Berpada 43) Lemah lembut 44) Ikhlas 45) Berterus terang 46) Bercita-cita tinggi 47) Tidak mengambil hak orang lain 32 33
TONGGAK 12 Sebuah buku yang menjelaskan 12 peringatan penting kepada semua penjawat awam. Ia dilancarkan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid pada 1992. Tonggak 12 menjadi perkara asas untuk menjadikan perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan yang cemerlang. 1. MENGHARGAI MASA • Perancangan kerja yang teliti akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa dapat dijimatkan. • Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. • Antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah: > Segerakan tindakan > Tepati masa > Rancang masa dan tugas > Menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan 2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN • Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun tidak menerima kekalahan. • Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. • Nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah: > Bersemangat gigih dan tekun > Berdisiplin > Dedikasi > Cekal > Berpandangan jauh > Inovatif dan kreatif 34 35
3. KESERONOKAN BEKERJA • Kerja adalah ibadah yang boleh menghasilkan sesuatu yang berfaedah. • Komitmen terhadap kerja akan mewujudkan hasil yang bermutu. • Minat dan penghargaan yang ditunjukkan oleh pekerja akan menerbitkan semangat motivasi dan inovasi. • Merangsang kepada pencapaian matlamat organisasi yang lebih cepat. • Mewujudkan perhubungan yang erat dan menghormati antara pekerja dan majikan. 4. KESEDERHANAAN MENDAPAT KEMULIAAN • Bersederhana dalam semua perkara adalah merupakan sifat yang terpuji. • Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. • Antara sifat yang patut diamalkan ialah: > Sederhana dalam semua aspek kehidupan > Tidak membazir > Adil dalam tindakan > Bersikap terbuka > Berjimat cermat 5. KETINGGIAN PERIBADI • Mengamalkan sikap baik hati. • Kewajipan menjalankan tugas. • Kebijaksanaan dan berhemat. • Kesabaran. • Bakat digilap dan ditingkatkan. • Seronok mencipta yang baru kerana mendapat nikmat. • Menjadi teladan yang baik. 36 37
6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah: • Adil • Sedia menerima teguran • Bertimbang rasa • Prihatin terhadap kebajikan 7. PENGARUH TELADAN Sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah: • Berkelakuan baik • Amanah • Telus dalam prosedur • Bermoral tinggi 8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Antara sifat yang perlu diamalkan ialah: • Bertanggungjawab • Tekun dan sabar • Mengutamakan kerja • Pentingkan kualiti 9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT • Berjimat cermat dan tidak boros. • Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. • Sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: > Tidak membazirkan harta kerajaan. > Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan > Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan. 38 39
10. KEUTAMAAN KESABARAN • Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. • Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. • Kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut: > Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang > Tidak mudah putus asa > Sedia menyahut cabaran 11. PENINGKATAN BAKAT • Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. • Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan menjadi sia-sia, sebaliknya jika dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima faedahnya. 12. NIKMAT MENCIPTA • Kreativiti dan idea adalah diperlukan untuk mencipta sesuatu yang baru. • Sesuatu yang dapat memberi faedah kepada semua akan menghasilkan mutu kerja yang lebih baik. • Penciptaan sesuatu yang baru termasuk idea adalah diperlukan bagi memberi faedah yang maksimum kepada pekerja. 40 41
NILAI 8 BUDAYA KECEMERLANGAN KETABAHAN RENDAH HATI PENERIMAAN KESETIAAN MERITOKRASI PENDIDIKAN INTEGRITI 42 43 LAPAN NILAI ASPIRASI TERSEBUT ADALAH: 8 NILAI ASPIRASI DALAM KONSEP 1MALAYSIA NILAI-NILAI SEJAGAT Terdapat 8 nilai aspirasi yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.
44 45 PETIKAN UCAPAN Dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia rakyat perlu melihat kepada persamaan di antara nilai kebudayaan dan ajaran agama-agama. Terdapat persamaan mengenai nilai-nilai murni di dalam ajaran Islam dan Buddha seperti sikap merendah diri dalam ajaran Buddha dengan sikap “tawadduk” di dalam Islam. Kalau kita lihat persamaan lebih daripada perbezaannya maka kita akan menjadi mereka yang boleh dijadikan sebahagian daripada penyelesaian (dan) jika kita sentiasa menumpu kepada perbezaan kita akan jadi sebahagian daripada masalah. Rakyat Malaysia hendaklah menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukannya sebahagian daripada masalah.” YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia Majlis Sambutan Hari Wesak Banting Selangor, 8 Mei 2009 Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia