The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zueety, 2022-04-14 00:34:21

majalah sji

majalah sji

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Peringkat : Negeri

Penganjur : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Tarikh : 2 April 2020

Tempat/Platform: Stesen Penguatkuasa Gombak JPJ WPKL

Murid Terlibat : Viryshin Raj A/L Thamil Selvam

Guru Pembimbing : En. Mohd Nurhafizan bin Abdullah

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE BADAN UNIFORM

Peringkat : Negeri

Penganjur : Unit Pembangunan Bakat Murid,Sektor

Pembangunan Murid, JPWP

Tarikh : 1 – 30 Jun 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : Viryshin Raj A/L Thamil Selvam

Guru Pembimbing : En. Mohd Nurhafizan bin Abdullah

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE BADAN UNIFORM

KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Peringkat : Negeri

Penganjur : Bahagian Sukan,Kurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh : 10 – 12 November 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : Viryshin Raj A/L Thamil Selvam

Guru Pembimbing : En. Mohd Nurhafizan bin Abdullah

KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM



PERTANDINGAN MENULIS SURAT BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

Peringkat : Negeri

Penganjur : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

Tarikh : 30 Jun 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : Chea Miao Xin

Guru Pembimbing : Cik Eileen Sim Siew Wah

PERTANDINGAN MENULIS SURAT BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

Peringkat : Negeri

Penganjur : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

Tarikh : 30 Jun 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : 1. Nor Maisarah Binti Yusup 6S3K2

2. Loong Zhing Zhia 6S3K2

3. Nur Amirah Binti Khairul 6S3K2

4. Arrissa Awatif Binti Razman 6S3K2

Guru Pembimbing : Cik Eileen Sim Siew Wah

PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

Peringkat : Negeri

Penganjur : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

Tarikh : 30 Jun 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : Madhushivani A/P Manimaran

Guru Pembimbing : Cik Eileen Sim Siew Wah

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BM
JEJAK JUARA KUALA LUMPUR

Kuiz Badminton Atas Talian

Peringkat : Sekolah

Penganjur : Kelab Badminton Tingkatan 6

Tarikh : 21 – 30 Oktober 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : Lampiran di sebelah

Guru Pembimbing : 1) Pn Tien Sing Chiaw

2) Pn Sivalatta a/p Thangavelu

3) Cik Nur Athirah binti Zulkipli

Kuiz Badminton Atas Talian

Murid Terlibat : Kelas 9 KHADIJAH BINTI BAHARUDDIN Moe 6S3K3
6S3K1 10 NURIN HIQMA BINTI HAZRIN Moe 6S3K3
No. Nama 6S3K1 11 NURUL AYUNI BINTI RIDZWAN Moe 6S3K3
1 MARSYA AINA BINTI ABDUL HISHAM Moe 6S3K2
2 NURUL ZALIKHA BINTI MOHD ZABRI Moe 6S3K2 12 LISA KATRINA BINTI MOHAMMAD DANIAL IMRAN Moe 6S3S1
3 CARRIE ANN LIM YI WEN Moe 6S3K2 13 NG LEE PINK Moe 6S3S1
4 CHEA MIAO XIN Moe 6S3K2 14 KISHAN KUMAR A/L V.SIVA KUMAR Moe 6S3S3
5 LOONG ZHING ZHIA Moe 6S3K2 15 MANUEL GOVIN GOPAN Moe 6S3S3
6 SARASVATHY A/P BALA SUBRAMANIAM Moe 6S3K2 16 POH CHUN HOE Moe 6S3S3
7 SHALINA BINTI SHAMSUL BAHRI Moe
8 THI V YA SHRE A/P SREEDHARAN Moe

Kuiz Badminton Atas Talian

Kuiz Badminton Atas Talian



PERTANDINGAN ORIENTASI DAN MOBILITI

Peringkat : Sekolah

Penganjur : Kelab Sukan Pendidikan Khas

Tarikh : 02 Mei 2020

Tempat/Platform: St. John’s Institution

Murid Terlibat : 1. Mohamad Hanafi Bin Nordin (6S3k3)

2. Nur Hazira Binti Rusli (6S3K3)

3. Nor Shafiq Daniel Bin Nor Azmi (6S3K3)

Guru Pembimbing :En. Rosmin Bin Dambah

PERTANDINGAN ORIENTASI DAN MOBILITI

KUALA LUMPUR INFORMATION TECHNOLOGY
CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES

Peringkat : Negeri

Penganjur : Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL

Tarikh : 03 September 2020

Tempat/Platform: Online

Murid Terlibat : 1. Ryenaath a/l Ganesan (Ting 6S1K3)

2. Tan Shieh Lih (Ting 6S1K3)

Guru Pembimbing :Pn Norhafidza Azlin Binti Md Taha

KUALA LUMPUR INFORMATION TECHNOLOGY
CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES

KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM TALIAN

Peringkat : Kebangsaan

Penganjur : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh : 10 -12 November 2020

Tempat/Platform: Online
Murid Terlibat : 1. Mohamad Hanafi Bin Nordin (6S3K3)

2. Hazira Bt Rusli (6S3K3)

3. Nur Shuhaila Bt Roslei (6S3K3)

4. Jaya Durga a/p Muralli (6S3K3)

5. Ryenaath a/l Ganesan (6S1K3)

6. Nur Aishah Bt Finardi. (6S1K3)

KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM

KUIZ PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Careers of the Future in STEM Fields Webinar: Series 4.2
interdisciplinary Innovation

Peringkat : Kebangsaan

Penganjur : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Tarikh : 24 Oktober 2020

Tempat/Platform: Online
Murid Terlibat : Nur Aishah Bt Firnadi ( 6S1K3)

Careers of the Future in STEM Fields Webinar



PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA
MELAYU(DALAM TALIAN) PROGRAM MBMMBI BAGI
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT

KEBANGSAAN 2021

Peringkat : Kebangsaan
Penganjur : MBMMBI
Tarikh : 1-3 September 2021
Tempat/Platform : Online
Pencapaian : Johan
Murid Terlibat : Putri Ainin Sofiea binti Akmal -T6AK3
Guru Pembimbing : Pn Haryani binti Mahamad Nawawi

PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK BAHASA
MELAYU(DALAM TALIAN) PROGRAM MBMMBI BAGI
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT

KEBANGSAAN 2021

Peringkat : Kebangsaan
Penganjur : MBMMBI
Tarikh : 1-3 September 2021
Tempat/Platform : Online
Murid Terlibat : Avenesh A/L -T6AK3
Guru Pembimbing : Pn Haryani binti Mahamad Nawawi



Tahniah kepada Adib
Muqri dan Adam
Zulkarnain dari tingkatan
4 yang berjaya
memenangi
Pertandingan Colour
Guard Peringkat
Antarabangsa. Dapat
tempat kedua.
Well done boys.







NORMA BAHARU PASCA WABAK COVID-19
Oleh: Madhushivani a/p Manimaran

T6BS3

Di dalam keadaan penularan wabak Covid-19 yang seolah tiada penghujungnya , setiap negara
tidak terkecuali Malaysia, perlu bergerak ke arah pengamalan norma baharu jika kita hendak
memastikan rakyat dapat hidup dengan keadaan ekonomi dan kesihatan yang
terbaik.Sehubungan itu,norma baharu perlu dirakyatkan dan disesuaikan dalam kehidupan
seharian.Untuk sesebuah komuniti bergerak ke arah itu, inisiatif promosi kesihatan adalah
tunjang atau asas utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak di segenap lapisan
masyarakat.Oleh itu,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan lima aspek utama
untuk memastikan inisiatif promosi kesihatan itu berjaya serta norma baru pasca covid-19
dapat diteruskan dengan lebih baik dan efektif.

Pertama sekali, memperkasa komuniti.Komuniti bermaksud satu kelompok masyarakat yang
mempunyai satu matlamat asas yang sama dan selari di peringkat global . Perkasa daripada
sudut perbincangan ini adalah satu usaha rundingan dengan pihak berkuasa supaya mereka
diberikan sedikit ruang untuk mengawal tatacara kehidupan mereka.Secara am “Perkasa
Komuniti” membawa maksud satu komuniti yang mempunyai satu keupayaan dalam mereka
mengawal aktiviti harian mereka semasa waktu krisis pandemik Covid-19 ini.

Laluan ke arah pemerkasaan ini bukanlah satu jalan yang mudah dan singkat tetapi ia
adalah tidak mustahil. Kita mengharapkan matlamat akhir kita iaitu untuk melahirkan
individu dan masyarakat yang mempunyai kawalan kendiri dan mampu menggalas
tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian untuk memutuskan rantaian jangkitan
Covid-19.Jika sesebuah komuniti itu telah diperkasakan, ahli masyarakat di dalamnya
pasti akan mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi memastikan penerapan nilai-nilai
amalan norma baharu dapat dilaksanakan.Tidak mengira sama ada di musim perayaan
atau sekadar majlis di taman perumahan, semua langkah-langkah keselamatan yang
dinasihatkan oleh pihak berkuasa pasti akan diamalkan tanpa kompromi.Bukan secara
menonong dan membuta tuli.Ia juga dilaksanakan dengan penuh kefahaman dan
matlamat yang jelas. Jadi penguatkuasaan itu bukan sahaja datang sepenuhnya dari
pihak berkuasa sematamata, tetapi hasil kerjasama semua ahli masyarakat dalam
komuniti tersebut.

Selain itu,pemahaman kesihatan dan amalan sihat.Pemahaman kesihatan dan amalan
sihat adalah satu bentuk kemahiran kognitif dan kemahiran sosial yang akan
membuatkan seseorang itu untuk bermotivasi dalam mencari maklumat, memahami dan
mengaplikasikannya dalam aktiviti sehariannya.Ia secara langsung dapat
mempromosikan amalan sihat dan menjamin kesihatan kendiri yang baik.

Maklumat itu tidak cukup jika ia sekadar hanya membaca di ruangan media sosial ataupun medium yang
lain. Tapi yang lebih penting adalah semua maklumat itu diproses dan diaplikasikan dalam dunia
nyata.Terutama semasa suasana wabak Covid-19 ini, lambakan maklumat boleh didapati dari pelbagai
sumber baik yang memberikan manfaat mahupun yang tidak lebih daripada mengadu domba bahkan lebih
buruk lagi maklumat palsu.Langkah berhati-hati perlu diambil dalam menapis maklumat sebelum ia
diaplikasikan seperti memastikan sumbernya daripada badan berkuasa yang diiktiraf. Dengan tersedianya
semua maklumat ini, objektif ulungnya adalah bukan sahaja untuk membentuk satu modifikasi untuk
diterapkan dalam aktiviti kehidupan seharian, tetapi yang lebih penting adalah satu “penentu kesihatan”
itu dapat diubahsuai untuk memastikan komuniti terus sihat.Contohnya di dalam wabak Covid-19 ini,
penentu kesihatannya ialah bagaimana kita dapat mengenal pasti jangkitan itu merebak dan seterusnya
mengubahsuai kehidupan kita untuk menjauhi perkara tersebut.

Di samping itu,perkukuh perkhidmatan kesihatan.Sistem perkhidmatan kesihatan perlulah mempunyai
akses yang bersifat inklusif dan menyeluruh kepada semua golongan sasaran bukan sahaja kepada
komuniti yang di bandar-bandar besar tetapi juga kepada komuniti yang tinggal di ceruk
pedalaman.Pasukan promosi kesihatan daripada badan berkanun yang berkenaan perlu memberikan
usaha sedaya-upaya untuk memastikan semua maklumat penting dan pendidikan mengenai Covid-19 ini
mencapai semua golongan sasaran. Elemen kesesuaian adalah perkara penting untuk dipertimbangkan
dalam hal ini. Bandar dengan cara bandar, kampung dengan cara kampung.Merangkumi semua bahasa
setempat dan bertepatan dengan budaya yang perlu diubah dalam sesuatu komuniti

Elemen kesesuaian adalah perkara penting untuk dipertimbangkan dalam hal ini.Badan-badan NGO yang
berkaitan juga wajar untuk berganding bahu dalam membantu perkhidmatan kesihatan sedia ada
terutamanya dalam keadaan yang penuh mendesak ini. Kebanyakan NGO mempunyai tenaga pakar mereka
yang tersendiri baik dalam bidang kesihatan, logistik dan lain lain yang berkaitan.Jika tiada, sesebuah NGO
itu boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak sewajarnya seperti Pejabat Kesihatan Daerah atau
Majlis Keselamatan Negara. Satu mekanisme juga perlu dipertimbangkan untuk memastikan penglibatan
daripada sesebuah komuniti itu adalah memuaskan.

Seterusnya hubungan merentas sektor.Untuk mengecapi nikmat kesihatan, suasana yang sihat di dalam
sesebuah komuniti adalah amat penting kerana ia merupakan tempat di mana mereka tinggal, bekerja,
berjual-beli dan bersosial.Oleh itu, tahap kejayaan sesebuah komuniti itu boleh diukur salah satunya
melalui kualiti kesihatan ahli-ahli komuniti tersebut.Beberapa komuniti akan membentuk sesebuah
bandar. Justeru, bandar adalah tempat di mana terletaknya hampir kesemua sektor ekonomi dan
kehidupan. Untuk menjadikan sesebuah bandar yang sihat atau bebas Covid-19, semua sektor ini perlu
mengembleng usaha untuk bersama-sama membanteras Covid-19.

Ini bermaksud bukan sekadar meletakkan beban itu kepada Kementerian Kesihatan semata-mata , mereka
juga perlu memainkan peranan di sektor masing-masing dengan mengikut semua Standard Operating
Procedure yang telah dikuatkuasakan.Walaubagaimanapun setiap sektor pasti mempunyai cabaran dan
halangan mereka yang tersendiri ketika melaksanakan (SOP) terutamanya jika terdapat implikasi kos dan
sumber manusia yang terlibat

Inilah ketikanya bahawa pemahaman oleh setiap individu itu sangat penting supaya respon terhadap
sesuatu situasi itu dapat ditangani dengan bijak terutamanya semasa krisis wabak ini.Oleh itu, adalah amat
penting kita berfikir secara KITA bukan SAYA dalam menangani wabak ini dan usaha itu perlu merentasi
semua sektor yang melibatkan kehidupan seharian

. Akhir sekali,tingkat kapasiti promosi kesihatan.Kapasiti yang dimaksudkan ialah untuk
mempromosikan kesihatan ini adalah ia memerlukan perancangan yang rapi , kewangan yang kukuh ,
sumber yang mencukupi dan kepimpinan yang telus di setiap peringkat lapisan masyarakat untuk
memastikan ia berjaya.Di dalam sesebuah komuniti, kepimpinannya akan menentukan sama ada norma
baharu itu dapat diterapkan ataupun sebaliknya.Justeru promosi kesihatan bersasar kepada semua
pemimpin komuniti atau ketua sesebuah organisasi adalah amat wajar dan tepat. Dengan kefahaman yang
diberikan kepada kelompok ini, mereka diharapkan dapat memandu ahli komuniti mereka ke arah norma
baharu yang selamat dan berkesan dalam menangani wabak Covid-19 ini.Kelompok ini mungkin dapat
dikelaskan mengikut kawasan parlimen, seterusnya peringkat Dun dan ketua-ketua kampung atau ketua
sesebuah masyarakat setempat.Dengan pengarahan yang jelas ini, kita dapat memastikan bahawa tiada
mana-mana komuniti yang akan tercicir daripada menerima maklumat yang berkaitan.

Itulah kepentingan untuk memastikan itu sentiasa jelas dan dipatuhi.Seperti kata-kata Mahatma Gadhi :
“Sekiranya setiap orang membersihkan halaman rumah mereka, maka seluruh dunia akan bersih.”
Begitulah tamsilannya, jika setiap ketua komuniti menerapkan dan memastikan norma baharu terus
diamalkan dalam ruang komitmen mereka, maka kita akan ada sebuah bandar dan seterusnya negara
yang mengamalkan norma baharu ini.

Komunikasi juga adalah antara komponen yang penting dalam memastikan sesebuah komuniti itu untuk
mempunyai satu matlamat yang jelas dan jitu.Komunikasi yang efektif adalah apabila sesuatu mesej itu
dapat disampaikan kepada golongan sasaran menggunakan medium yang bersesuaian. Justeru, golongan
sasaran perlulah betul-betul diselidiki latar belakang dan tahap pengaksesan mereka terhadap sesuatu
medium.Bahasa yang terlalu tinggi dan berlapik-lapik perlu sama sekali dielakkan untuk mengelakkan
kekeliruan dan interpretasi yang pelbagai.

Natijah komunikasi yang berkesan ini adalah supaya pemikiran kritikal dapat dibentuk oleh semua lapis
masyarakat mengenai perihal musuh yang sedang mereka hadapi ini dan supaya mereka dapat
menguruskan kehidupan mereka dan membuat sesuatu keputusan dalam aktiviti seharian mereka dalam
keadaan yang sedar dan tahu natijah sesuatu keputusan itu.Contoh ; mereka yang mengetahui bahawa
mendedahkan diri mereka dalam suasana orang ramai yang tidak mengamalkan jarak sosial adalah tidak
baik, akan membuat keputusan untuk mengelakkan diri dan ahli keluarga mereka daripada tempat
tersebut.

Secara tuntasnya,kesemua lima aspek ini perlulah dilaksanakan secara kolaboratif dan bukan terpisah-
pisah.Penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak juga amatlah penting bagi memastikan Norma
Baharu ini dapat dirakyatkan sesuai dengan keadaan semasa wabak Covid-19 ini.Dengan kukuhnya
kesemua aspek ini dan serta polisi-polisi yang telah dirangka di peringkat nasional, Diharapkan kita
akan dapat bersama-sama membendung penularan wabak ini dan memutuskan rantaian jangkitan
sehingga vaksin dapat ditemui.














Click to View FlipBook Version