The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zueety, 2022-04-11 21:04:04

MAJALAH SJI

MAJALAH SJI

Keywords: MAJALAHSJI

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
2021

KELKUEALRUA2R0220021 212.661..88.21111121211..66...63.2206.33331....200.444.....9422222022....0.200002222002111110200202220.776..1211112221112../1111862...1222../222000020220202020000
HNMFGNSRIRAUOAOIOOWSZHFORHHMSCEMNHBRACAAIAIRZDLHHAAUZAAODRAKNILLWMUUSSWSRRSAUISSIIBILALBNZNILIHARHYFASDIAIIHIBINAOAZANADTALNAOHIIANNIIHAASMWNRCBMZHUWBGIIHBKOTAABEADAAMBBTAISHFZWZINWRNNIINBDAEIRANRNSBTBUETTNHLBIITITIITMNIISNDIBIISNO5IMIANMAAAAIR.AAOTN4AHLBIIALBANM.BLMM2ABDLNAHD1T0DAHAEIUSB.2UINSTMHDMLODI1LDHLIRAABIHAANDURHAHDAMRHIOTIMN1.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
2021

MASUK 2021

KELUAR 2020 11.1.2021
MUHAMMAD HAFIZ BIN HANAPI 1.1.21.032.20021
1.1.2020 1.3.2021
IRWNAUNRBIZINANMBDTANLAI WI 1.1.21.032.20021
RISMNAUWRRAOTLI BATQMISAMRABIL. 1R.USLI 2.1.2160.240.2021
MOHRDUBSIHTAAHWBATRWUADHINIDBIN IBRAHIM1. 17/21/62.042.20021
SUHRAOIMZAI IBMIINBMINDMIBORHDAHRIAMSHID 16.61.92.042.20021
HAFFIZARRIIDDAHHUBAENEBBITNMMMDADBADUUDL RAHMAN 17.82.260.42.20021
NORHIADRAYLAILNAI ABZT RMIANHAABMTASDHNAAHWRAOWNI
FAZNAORRI BIZIANNWBATRTIASIB 26.8.2020

GOH KUAN HAN 26.8.2020

NOOR SHAM BINTI ABDUL HAMIT

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
2021

BERSARA 2021 27.4.2021
KELUAR 2020 28.101..210.221020
1.1.2B02E0RSARA PILIHAN
NORMADIAH BT ABDULLAH BER1S.A1R.2A02P0ILIHAN
IRWASNHABHINRUMLDBAALRIIAH BT OTHMAN
RISMNAUWRAHTAI NBTIMISBMINATIILK1H. ALILI 2.1.2020
MOHLDOSOHYAOWKEALRAUNDIN BIN IBRAHIM1. 17/2/2020
SUHAIMI BIN MD IBRAHIM 16.6.2020
HAFIZ RIDHUAN BIN MD DAUD
NORIDALILA AZRINA BT SHAHRON 17.8.2020
FAZARI BIN WARIS 26.8.2020
GOH KUAN HAN
NOOR SHAM BINTI ABDUL HAMIT 26.8.2020



RAKAMAN PERISTIWA 2020 & 2021

RAKAMAN PERISTIWA 2020 & 2021

Penarafan Sekolah Cemerlang KBAT

St. John’s Institution telah dianugerahkan sekolah cemerlang
KBAT pada tahun 2020 oleh Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Penarafan Sekolah Cemerlang KBAT

Perkongsian Amalan Terbaik KBAT di UiTM Nilai, Negeri Sembilan

Penarafan Sekolah Cemerlang KBAT

seGkooolgalhe-smekeGoeltabhemrseanmteae

Penarafan Sekolah Cemerlang KBAT

DIGITAL COMPETENCY SCORE

Peringkat : Kebangsaan

Penganjur : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
dan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)

Tarikh : 1 Ogos 2020 – 30 September 2020

Tempat/platform : Online

Murid Terlibat : Lampiran disebelah

Guru pembimbing: Pn. Noor Fadilah binti Endut

En. Muhammad Aminrudden bin Shaari

DIGITAL COMPETENCY SCORE

DIGITAL COMPETENCY SCORE

DIGITAL COMPETENCY SCORE

DIGITAL COMPETENCY SCORE

DOKTOR EILEEN SIM SIEW WAH
GURU AKADEMIK TINGKATAN 6

Pembentang Terbaik Kolokium Kajian Tindakan
Tingkatan 6 2020

Sepatah kata daripada Doktor Eileen:

Terima kasih kepada semua guru T6. Kejayaan ini
bagi SJI juga. Terima kasih kepada PKT6, Cikgu
Rohizan, Puan Rusnani, Puan Maaziana, Puan Tien
dan Encik Goh yang hadir bersama-sama
memberikan sokongan.

USTAZ MUHD NAZMIE BIN MUHD NASIR
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (PPI)

Nama Pertandingan : Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021.
NTaamjuakPe: rDtaansdairngPaenrp: PaderutaanndNineggaanrPaidMaetomKbeannegguanraIadnePnetirtiinNgkaastioKneabal ngsaan 2021.
TaTjaurkik: hDa:s3a/r9P/2e0rp2a1duan Negara Membangun Identiti Nasional
TaTreimkhp:a3t/9/o/2n0l2in1 e : Online
TeAmnpjuarta/onn:liJnaeb:aOtnalninPeenerangan Malaysia
ASnjeumrapne:nJaabaaptaan: PAekntievriatni gTaanhuMnaalanysJiaabatan Penerangan Malaysia bertujuan menyampaikan dasar dasar
Skemerpaejnaaana.pa : Aktiviti Tahunan Jabatan Penerangan Malaysia bertujuan menyampaikan dasar dasar kerajaan.
SSiaipaapyaaynagnmgamsuaksbuekrtbaenrdtianngd:i1n6g2 :o1r6a2ngopraernigngpkeartinneggkearti.n14egoerarni.g14peorrinagnkgatpkeerbinagnkgasatakne.b6aonrgasnagapne.r6ingokraatnagkhir.
Dpaeparitnhgakdaiathaakphair:.Piala pusingan, piala iringan, Wang tunai RM 3000
Dapat hadiah apa : Piala pusingan, piala iringan, Wang tunai RM 3000



SELAMAT BERSARA
PUAN NORRA BINTI ZAKARIA

Puan Norra dilahirkan pada 25 November 1963, di Seremban , Negeri Sembilan . Beliau merupakan
anak keempat daripada enam orang adik-beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan empat
perempuan.

Beliau mendirikan rumahtangga pada Mei 1989 dengan Hanipah Bin Salam, pesara Syarikat Petroleum
Malaysia Petronas, dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Puan Norra mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan King George ke 5 di Seremban,
Negeri Sembilan. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah King George Ke 5,
juga di Seremban, Negeri Sembilan . Di sekolah beliau aktif dalam bidang koir dan hoki, dan
mewakili sekolah dalam kedua-dua bidang ini.

Berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM , beliau berjaya melanjutkan
pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara ( UITM )dalam bidang Sains Komputer dan
telah dianugerah sijil dekan pada tahun akhir pengajian beliau.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan
Malaysia ( UKM ). Beliau telah ditawarkan terus ke tahun tiga untuk mengikuti kursus double major,
Sains Komputer dan Pengurusan Perniagaan. Beliau ibarat mendapat rezeki terpijak apabila
pengajian beliau di sini , telah ditaja oleh syarikat elektrik Philips. Beliau menamatkan pengajian
di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh dua tahun.

Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, beliau bekerja selama dua tahun di
sebuah syarikat komputer di Seremban , Negeri sembilan. Beliau kemudian menyambung pengajian
di peringkat Diploma Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
Baharu, pengkhususan dalam bidang Sains Komputer dan Perdagangan.

Setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia , pada 7 Ogos 1992, beliau telah
ditugaskan mengajar subjek Matematik tingkatan 2 dan Pendidikan Moral tingkatan 1,sesi petang di
SMK St. John Bukit Nanas.

Pada Disember 1992, beliau bertugas di sesi pagi sebagai guru Bahasa Melayu , Perdagangan dan
Kemahiran Hidup . Berprinsipkan alah bisa tegal biasa , beliau tidak menolak apabila diarahkan
mengajar Bahasa Melayu kerana bagi beliau, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sehingga
hari ini beliau lebih dikenali sebagai guru Bahasa Melayu. Beliau juga pernah mengajar subjek ICT
selama enam bulan apabila subjek ini mula-mula diperkenalkan.

Puan Norra telah dilantik menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu pada tahun 2011 sehingga 2019
apabila beliau berhasrat untuk bersara pilihan berkuatkuasa 1 Mac 2020 walaupun beliau sepatutnya
bersara wajib pada tahun 2023.

Sebelum menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua
Panitia Perdagangan . Apa-apa sahaja mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan, beliau sedaya
upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Ibarat benih yang baik jatuh ke laut menjadi
pulau, jatuh ke darat menjadi gunung. Sepanjang menggalas tanggung jawab sebagai Ketua Panitia,
selama dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2017 dan 2018 , Panitia Bahasa Melayu telah berjaya
memperoleh keputusan 100% dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pada Oktober tahun 2019 , Puan Norra telah membantu kecemerlangan sekolah untuk menjadi
sekolah yang membudayakan KBAT dan PAK21 dalam PDPC. Puan Norra merupakan salah seorang
daripada lapan orang guru yang telah dipantau oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Wilayah
Keramat sebelum sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang KBAT.

Di luar bilik darjah , Puan Norra juga mencurahkan kepakaran beliau sebagai Pemeriksa Kertas PT3
dan SPM subjek Bahasa Melayu. Beliau juga adalah Pentaksir Kawasan Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM
Peringkat Wilayah Keramat.

Di bidang kokurikulum dan koakademik pula, beliau ialah guru pembimbing dalam pertandingan
catur, syarahan, forum dan e-PPDA di peringkat Wilayah Keramat dan negeri.

Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam bidang
yang diceburi, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2002, 2011 dan 2017.

Pada tahun 2019, beliau mendapat Anugerah Adiwira peringkat sekolah. Sepanjang 28 tahun
beliau bertugas di St. John’s Institution, beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan
sumbangan yang pastinya akan dikenang selama-lamanya.

Beliau seorang guru yang sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar supaya berdisiplin kerana
disiplin mencorak masa depan dan rebutlah peluang menuntut ilmu yang berguna kerana
peluang hanya datang sekali .

Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada
Puan Norra Binti Zakaria. Selamat Bersara.

SELAMAT BERSARA
PUAN NORMADIAH BINTI ABDULLAH

Puan Normadiah binti Abdullah, dilahirkan di Kampong Padang Lalang, Kuah, Langkawi
pada tanggal 27 April 1961. Pada usia 2 tahun, beliau sekeluarga telah berhijrah ke Belara,
Terengganu dan ketika berusia 6 tahun, berpindah pula ke Hulu Selangor.

Sejarah awal persekolahan Puan Normadiah bermula lebih awal, iaitu ketika beliau berumur 6 tahun
lagi. Beliau memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Dusun, satu tahun lebih awal dek
kerana keinginan beliau yang tinggi untuk bersekolah pada ketika itu. Detik awal persekolahan beliau
juga tercatat bahawa beliau berada di bangku darjah 5 sebanyak dua kali bagi menjalani penilaian
sebelum masuk ke bangku darjah 6.

Melangkah ke alam remaja, beliau kemudian meneruskan pengajian menengah di sebuah sekolah
menengah aliran Inggeris di Kuala Lumpur. Namun beliau kemudiannya ditawarkan oleh Yayasan
Selangor untuk belajar di Bukit Bintang Girl School atau BBGS, pada tahun 1974.

Di BBGS, beliau telah memasuki kelas peralihan terlebih dahulu memandangkan sekolah tersebut
merupakan sekolah aliran Inggeris. Beliau j perlu menduduki satu peperiksan khusus bagi menentukan
kelayakan untuk terus masuk ke tingkatan 2 atau perlu masuk ke tingkatan 1 terlebih dahulu.
Peperiksaan tersebut memerlukan pelajar untuk menjawab subjek bahasa Inggeris dan Matematik.
Beliau akhirnya lulus untuk terus masuk ke tingkatan 2.

Pada tahun 1976, beliau menduduki peperiksaan Lower Certificate Education (LCE), peperiksaan
yang sekarang dikenali sebagai PMR untuk tingkatan 3.

Puan Normadiah seterusnya menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik
Cheras, Kuala Lumpur dengan mengambil aliran senibina, yang mana beliau belajar membina
peralatan menggunakan kayu dan juga batu-bata, dan kemudiannya menduduki Peperiksaan
Malaysia Certificate of Education (MCE) yang sekarang dipanggil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada
tahun 1978, yang mana kesemua peperiksaan adalah dalam bahasa Inggeris (kecuali bagi subjek
Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.)

Pada tahun 1980, beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah yang
sama. Walaupun rakan-rakan beliau yang lain kebanyakannya menyambung pelajaran di dalam
bidang kejuruteraan di universiti-universiti tempatan, Puan Normadiah gigih mengikuti pengajian
di Tingkatan 6 dengan mengambil 5 mata pelajaran iaitu Kertas Am (yang kini dikenali sebagai
Pengajian Am) Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, dan Ekonomi.
Pengalaman beliau dalam mengharungi cabaran ketika menduduki peperiksaan MCE telah
membentuk beliau menjadi seorang yang gigih untuk mencapai kejayaan. Lalu, semasa berada di
tingkatan 6, beliau bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Apa jua kegagalan yang pernah
beliau tempuh sebelum itu terus menjadi pendorong untuk terus maju tanpa menoleh ke belakang
lagi.

Hasilnya, dengan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang cemerlang pada tahun 1991, beliau
berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, sebuah universiti terunggul di Malaysia. Beliau
mengambil jurusan Bahasa Melayu, satu bidang yang selalu dekat di hati beliau. Beliau pada mulanya
mendapat tawaran untuk pengajian utama, Sejarah dan Bahasa Melayu berikutan keputusan STP
beliau yang cemerlang dalam kedua-dua subjek tersebut. Namun Puan Normadiah memilih untuk
menukar subjek utama kepada pengajian Bahasa Melayu.

Semasa di Universiti Malaya, Puan Normadiah telah mendapat dua tawaran biasiswa iaitu biasiswa di
bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Biasiswa Perguruan di bawah kerajaan negeri. Atas
niat, minat dan tekad untuk menjadi guru, beliau memilih untuk menerima tawaran biasiswa
perguruan. Lalu setelah tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Puan Normadiah
meneruskan pengajian dalam Diploma Pendidikan di universiti yang sama. Dari situ bermulalah
langkah-langkah awal beliau untuk layak bergelar sebagai seorang guru.

Pada tahun 1985, Puan Normadiah memulakan tugas beliau sebagai guru dan telah ditempatkan di

Sekolah Menengah St. John yang hari ini dikenali sebagai St. John’s Institution. Pintu pagar itulah yang

telah menyambut kehadiran seorang guru baru pada tahun 1985, dan pintu pagar itu jugalah yang

melepaskan beliau pergi pada 26hb April 2021, yang merupakan tarikh rasmi persaraan beliau.

Sikap dedikasi dan tanggung jawab beliau terserlah apabila walaupun sudah menjangkau 36 tahun
mengajar, beliau tetap membuat persediaan sebelum masuk ke kelas. Beliau masih lagi membuat
bacaan berkenaan perkara yang hendak diajar. Beliau tidak masuk ke kelas dengan tangan kosong.
Beliau tekad dan mempunyai objektif tersendiri. Matlamatnya bukan pelajar sekadar faham, tetapi
mereka juga mampu menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Dan itulah
yang menjadi pengalaman berharga dan paling manis buat Puan Normadiah apabila anak-anak didik
beliau berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya berjaya dalam kehidupan. Antara detik yang paling
tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau memegang tanggung jawab sebagai Guru Kanan Bahasa
Melayu, sekolah telah mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) walaupun ada salah seorang calonnya yang buta huruf. Pelbagai teknik dan pendekatan diusaha
dan digunakan.

Ketika mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelajar-pelajar beliau juga

sering mendapat 100 peratus kelulusan dan sering mendapat pengiktirafan sebagai mata pelajaran

STPM terbaik di sekolah. Bagi rekod peribadi, subjek yang beliau ajar pernah mendapat anugerah

mata pelajaran terbaik STPM pada tahun 2015, berikutan berjaya memperoleh PNGK paling tinggi

iaitu 3.67. Dan sememangnya layak, Puan Normadiah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC) pada tahun 2000 dan 2010.

Itulah Puan Normadiah binti Abdullah. Dalam kelembutan
ada ketegasan. Baiknya beliau, terserlah. Orangnya
pemurah. Seorang guru, seorang sifu, seorang kakak,
seorang sahabat yang tiada galang gantinya. Penyayang
dan disayang.

Puan Normadiah juga dikenali sebagai guru yang pandai
memasak, membuat pulut kuning dan pelbagai juadah
yang lain jika terdapat majlis yang dirancang sama ada
di peringkat panitia mahupun di peringkat sekolah.

Terima kasih dan tahniah Puan Normadiah Binti

Abdullah. Selamat Bersara.

SELAMAT BERSARA
PUAN SHAHRUL BARIAH BINTI OTHMAN.

Tarikh Lahir: 28 Oktober 1961
Tempat Lahir: Kuantan Pahang
Status: Berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata
(2 lelaki 1 perempuan)
Pendidikan:
RENDAH:
Tahun 1- Tahun 6: METHODIST GIRLS’ PRIMARY KUANTAN
MENENGAH:
Form1-Form 6: METHODIST GIRLS’ SECONDARY KUANTAN
UNIVERSITY:
Universiti Putra Malaysia BACHELOR OF EDUCATION
(HONS) TESL
COLLEGE:
LANGUAGE INSTITUTE KUALA LUMPUR ( TESL)

Pengalaman:
Berkhidmat sebagai guru terlatih selama 37 tahun 6 bulan 27 hari

SEKOLAH 1 : SMK GOMBAK SETIA 1984 – 1990
SEKOLAH 2 : SMK BADRUL ALAM SHAH KEMASEK TERENGGANU 1991-1993
SEKOLAH 3 : SMK TAMAN KOSAS 1993-1998
KP Pendidikan Moral/
Guru Disiplin

SEKOLAH 4:
SMK PEREMPUAN AIR PANAS 1999- 2011
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Guru Disiplin

SEKOLAH 5:
ST. JOHN’S INSTITUTION 2011- SEHINGGA BERSARA -28 Oktober 2021
Guru Kanan Bahasa
2016 TEACHERS & STUDENTS EXCHANGE KE KYRGYZSTAN UNTUK MENGAJAR BAHASA
INGGERIS KEPADA PELAJAR-PELAJAR SECONDARY SCHOOL di Kyrgyzstan

Pencapaian:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC): 2005,2015,2020
PENYELARAS KBAT SJI dan berjaya membantu mendapat penarafan KBAT CEMERLANG
KUALA LUMPUR
PENYELARAS TERATAK KOTA ( Bilik Guru) dengan memberi idea dan membantu SJI
menjadi Johan Inovasi Bilik Guru Kuala Lumpur
PEGAWAI PERHUBUNGAN SJI dan berjaya membuat jaringan dengan sekolah-sekolah
serta Universiti tempatan dan luar negara.

Kenangan Manis:
1.Melihat permulaan KBAT sehingga mencapai kejayaan penarafan KBAT Kuala Lumpur.
Teamwork yang mantap antara pentadbir, guru-guru/ warga sekolah dan PPWK
2. Mengubahsuai bilik guru menjadi lebih tersusun,ceria dan kondusif.
3. Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga SJI yang melihatkan perubahan SJI yang
ketara dari segi pengurusan ,keceriaan dan pencapaian akademik.

Messages For Johannians:
Believe in yourself. Your limitation is only your imagination.
So, Setting goals is the first step in turning the invisible into the visible.
All you need is the plan, the road map, and the courage to press on to your destination.

Plans After Retirement:
1.Pilgrimage-,Perform Hajj
2.Attending son’s Convocation in the UK
3.Focus on the Management of Alam Cafe @
Alam Lanes Aeon Mall Sec13 Shah Alam.
4. Producing & extending the product of Mama
Sambal Letup @ BOOM CITY SS17.

Terima kasih dan tahniah kepada
Puan Shahrul Bariah Binti Othman.
Selamat Bersara.

SELAMAT BERSARA
PUAN NUR HANIM BINTI KHALILI

Puan Nur Hanim Binti Khalili lebih dikenali sebagai Puan
Hanim. Beliau dilahirkan pada 12 April 1967, di
Georgetown, Pulau Pinang. Beliau dibesarkan di Kuala
Lumpur apabila pada tahun 1971, beliau dan keluarga
telah berpindah ke Petaling Jaya, iaitu di Taman Tun
Ismail. Kini, beliau menetap di Taman Melawati, Kuala
Lumpur.

Puan Hanim merupakan anak kedua daripada empat
orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Rendah Sri Petaling, Petaling Jaya iaitu pada
tahun 1974 hingga 1979. Beliau kemudian meneruskan
pendidikan menengah di SMK Seri Putri, Kuala Lumpur
pada tahun 1980 hingga 1984.

Pada tahun 1985, beliau berjaya menyambung pelajaran di Southampton University,
United Kingdom dalam bidang A-Level – teaching english as second language sehingga
tahun 1990.

1991 sebaik pulang ke tanah air, beliau telah ditempatkan sebagai guru Bahasa Inggeris di
SMK Bukit Bandaraya Bangsar dan pada masa yang sama beliau telah telah dilantik
sebagai Penyelaras Pusat Sumber. Di sini beliau telah memberi sumbangan besar kepada
sekolah apabila beliau berjaya menaiktaraf fungsi perpustakaan kepada pusat sumber.
Kejayaannya ini adalah daripada hasil usaha beliau dalam melaksanakan kertas kerja
inovasi pusat sumber. Usaha beliau ini membolehkan beliau untuk berpeluang mengikuti
Kursus Pendek Kajian Tindakan di Edith Cowan University, Perth, Australia.

Pada tahun 1998, beliau telah ditukarkan ke SMK Wangsa Melawati, Wangsa Maju. Ciri-ciri
kepimpinan yang tersemat dalam diri beliau terserlah semasa beliau memegang beberapa
jawatan penting dalam pentadbiran sekolah. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Panitia
Geografi. Beliau kemudian telah dilantik pula sebagai Guru Kanan Kemanusiaan yang
seterusnya membawa kepada perlantikan beliau sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Beliau turut dilantik sebagai Jurulatih Utama ETEMS iaitu pada tahun 2002 hingga 2005.

Pada tahun 2014, beliau telah ditukarkan ke SMK Convent Bukit Nanas atas jawatan Penolong
Kanan Satu (Pentadbiran) di sekolah tersebut. April, 2017 beliau beralih angin apabila telah
ditempatkan pula di St. John’s Institution, juga sebagai Penolong Kanan Satu.

Sudah adat bergelar guru, kepakaran beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
banyak dikongsi dengan anak didiknya yang setiap tahun ramai yang berjaya ke menara
gading. Ini terserlah apabila dilihat pada tugas Puan Hanim yang cemerlang sebagai
Penolong Kanan Satu di St John’s Institution. Beliau bersama-sama barisan pentadbir dan
guru-guru telah berjaya meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS). Beliau bekerja keras dan
berganding bahu dalam menjayakan aspirasi St John’s Institution sebagai Sekolah Cemerlang
KBAT. Beliau juga turut merealisasikan Program TS25 sekolah.

Sememangnya beliau memberi komitmen yang padu kepada tugas yang diamanahkan.
Kewibawaan beliau nyata apabila beliau telah dilantik sebagai Guru Sumber Bahasa Inggeris,
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada tahun 2000. Beliau juga menjadi
Panel Penggubal (terjemahan BI) DSKP KSSM Matematik T2.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan beliau, banyak pencapaian diperolehi. Beliau
pernah menjadi Examplery Teacher’s Teaching Log di Portugese Teacher’s Conference
pada tahun 1990- High Level Of Work, Accuracy And Fluency Of English, Interest And
Enthusiasm Responded To The Task.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Guru Inovatif (Kategori Kumpulan) -
Pengurusan Disiplin pada tahun 2013. Terserlah jasa dan bakti Puan Nur Hanim Binti
Khalili dalam dunia pendidikan ini yang tidak terhitung nilainya.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Puan Nur Hanim Binti Khalili. Selamat Bersara.

SELAMAT BERSARA Tarikh Lahir: 27 Januari 1967
CIK LOO YOKE LAN Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pendidikan:
Universiti Malaya : Diploma Pendidikan Pengajian Bahasa
Cina (1992-1994)
Pengalaman:
(Berkhidmat sebagai guru terlatih selama 27 tahun)
SEKOLAH 1 : SMK PULAU KETAM
SEKOLAH 2 : SMKJ CHONG HWA
SEKOLAH 3: ST.JOHN’S INSTITUTION, KUALA LUMPUR
Pencapaian:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC):
1997,2006,2018
Messages For Johannians:
Sentiasa smart dan cemerlang dalam kerjaya dan
kehidupan

Terima kasih dan tahniah kepada Cik Loo Yoke Lan.
Selamat Bersara.





HARI JADI SEKOLAH

18 JANUARI 2020

TAHUN BARU CINA

22 JANUARI 2020

MINGGU PPDA

17-21 FEBRUARI 2020

KURSUS KEPIMPINAN LEMBAGA
PENGAWAS

22 FEBRUARI 2020

LATIHAN KEBAKARAN

26 FEBRUARI 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA

1 MAC 2020

TAKLIMAT PKP

23 JUN 2020

ORIENTASI TINGKATAN 6

15-17 JULAI 2020


Click to View FlipBook Version