NAMA : ZAHRA SAFIYA BINTI ZAKRI
SEKOLAH : SEK KEB TAMAN SRI PULAI
TAJUK : SEJARAH OLAHRAGA
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinan-Nya, saya dapat menghasilkan Digital Flipbook
Sejarah Olahraga. Semoga flipbook ini akan memberi manfaat
kepada semua.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru yang terlibat memberi informasi serta tunjuk ajar
dalam menghasilkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang
turut membantu menghasilkan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyempurnakan flipbook ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian.
KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Sejarah Olahraga 2
2 Sejarah Olahraga di Malaysia 3
3 Sukan Olimpik 4
4 Olahraga di Malaysia 5-9
5 Penutup 10
SEJARAH OLAHRAGA
Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan
pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Menurut
sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh
itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Pada zaman
klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun.
Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila
bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan
tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun
1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara
lebih sistematik sehingga kini.
Catatan sukan olahraga bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di
Greece. Menurut ‘The Encyclopedia of Sport’ acara pertama yang dicatatkan
sebagai sukan ialah lompat jauh di mana ahli sukan Sparta bernama Chionis
Berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 1/2 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga
yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab
olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat university yang
ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College
Athletic Club. Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama talah dianjurkan pada
tahun 1866 oleh Amatur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanan
antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.
Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan
prestasi yang memberangsangkan.
Pada ketika itu, atlet dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi
kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini scenario tersebut telah berubah dan boleh
dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah.
Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia,
Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang
berdaftar di bawah IAAF boleh menyertai kejohanan di bawah pengawasan IAAF.
2
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
Perkembangan olahraga di Malaysia mula diperkenalkan ke negara kita pada
pertengahan abad ke-19 di Singapura. Namun sukan ini tidak mendapat sambutan
daripada penduduk negara kita.
Pada tahun 1906, kejohanan olahraga yang pertama diadakan di Ipoh, Perak.
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh,
pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic
Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada tahun 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang
Dunia Pertama. Pada tahun 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur
untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.
Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British
Malaya’ dan dibuka kepada semua negeri di Malaysia.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of
Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’. Pada 1940
hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya
Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik
Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari
luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada
‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah
Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU
diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.
3
SUKAN OLIMPIK
Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece pada tahun 1986. Sukan ini dianjurkan
oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis
Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Pada Sukan Olimpik
yang pertama itu, seramai 295 atlet telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayaan
yang diperolehi pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari
135 negara yang menyertai sukan ini.
Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting dalam sukan
bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang
penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah
banyak negara yang menyertai walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu
kemenangan yang menjadi idaman mereka.
Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne
dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak itu, Malaysia
tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana
membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya
pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.
ORGANISASI OLAHRAGA
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada tahun
1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertinggi sukan olahraga ini.
IAAF berperanan sebagai penasihat dan pengiktiraf semua kejohanan sukan
terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh
mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlet. Segala peraturan
dan undang-undang yang berkaitan dangan olahraga adalah di bawah
tanggungjawab IAAF.
4
OLAHRAGA DI MALAYSIA
Antara atlet pada masa itu ialah M. Jegathesan. Beliau merupakan peserta lari pecut
negara yang pernah memenangi pingat emas dalm acara 100 meter dan 200 meter
Sukan Asia serta memasuki peringkat separuh akhir dalam Sukan Olimpik 1964 di
Tokyo dan 1968 di Mexico.
M. Jegathesan
5
Kejayaan atlet negara tidak terhenti di situ. Ramai lagi atlet-atlet lain yang berjaya
mengharumkan nama negara seiring dengan negara Eropah yang lain.
Era 1960-an
- M. Rajamani
- T. Krisnan
- G. Rajalingam
- Abdul Rahim Ahmad
- Zambros Abdul Rahman
M. Rajamani
Abdul Rahim Ahmad
6
Era 1970-an
- Ishtiaq Mubarak
- Ramli Ahmad
- Asir Victor
- Junaidah Aman
- Cladys Chai
Ishtiaq Mubarak
Asir Victor
7
Era 1980-an
- Rabuan Pit
- Marina Chin
- Mumtaz Jaafar
- V. Angamah
- Zaiton Othman
- Baljit Singh
Rabuan Pit
Marina Chin
8
Era 1990-an
- Nurherman Majid
- Lou Chee Peng
- G. Shanti
- Zaki Sadri
- Yazid Imran
- Watson Nyambek
Zaki Sadri Watson Nyambek
9
PENUTUP
Demikianlah sedikit sebanyak informasi mengenai sejarah
olahraga. Semoga flipbook ini memberi manfaat dan
pengetahuan kepada kita semua.
Majulah Sukan Untuk Negara
Sekian
10