SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN MUTIARA RINI
DISEDIAKAN OLEH:
RISHETA A/P ANAND
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
30/12/2022
JADUAL KAJIAN KERJA PERKARA CATATAN
BIL TARIKH
1 05 Disember 2022 Guru mata pelajaran saya iaitu Puan Hanifah
2 08 Disember 2022 binti Jamaluddin memberi taklimat dan
tugasan kerja lapangan Geografi
3 10 Disember 2022
Menulis penghargaan dan
4 15 Disember 2022 pendahuluan
5 15-25 Disember 2022 Menyiapkan borang soal selidik di
google form
Membuat pemerhatian dan
mengambil gambar yang
bersesuaian dengan tajuk di
kawasan kajian
Memberi soalan soal selidik kepada
responden dalam bentuk google
form
Membuat dan mengkaji analisasi
berdasarkan data yang diperolehi daripada
soal selidik yang diberikan kepada penduduk
di Taman Mutiara Rini
Menyiapkan kerja lapangan sehingga selesai
SENARAI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan
8 Rujukan
9 Lampiran
PENGHARGAAAN
Saya bersyukur kerana mendapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2 yang
bertajuk KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLGI HIJAU DI KALANGAN PENDUDUK DI SEKITAR KAWASAN
TAMAN MUTIARA RINI. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya iaitu Puan Hanifah Binti Jamaluddin kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapakan kepada rakan-rakan yang bernama Priyangka
A/P Supramaniam dan Jashwiny A/P Prabagaran kerana sering membantu bersama dalam mencari
maklumat tentag amalan Teknologi Hijau yang terdapat dalam kalangan masyarakat kita. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya ,iaitu Kaliamal A/P Supramanian dan Anand A/L
Rajandrum kerana memberi sokongan dan semngat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih
kepada responden dan orang sumber yang membantu saya dalam proses penyiapan kerja lapangan ini.
PENDAHULUAN
Saya dan rakan telah berkerjasama untuk menyiapkan kerja lapangan berkaitan dengan AMALAN
TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan oleh kalangan murid di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru
semasa berada di rumah masing-masing. Saya membuat kajian tentang KEPENTINGAN AMALAN
TEKNOLOGI HIJAU dan HALANGAN PELAKSANAAN AMALAN TEKNOLGI HIJAU yang dihadapi oleh murid
di kawasan kajian. Selain itu, saya juga memberi cadangan mengamalkan teknologi hijau ini secara
mudah walaupun berada di rumah. Antara sebab pemilihan tajuk dan kawasan kajian ini ialah mudah
memandangkan negara sedang mengalami krisis wabak penyakit COVID-19 yang memerlukan
pematuhan SOP. Saya hanya perlu berkongsi maklumat antara rakan-rakan sekolah dan jiran secara
maya sahaja.
OBJEKTIF KAJIAN:
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hjiau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Mutira Rini, Johor Bahru. Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih
kurang 13.2 kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah Mutiara Rini Sdn Bhd (Sesuatu ahli
Boustead Group). Kawasan ini juga terletak dalam Skudai. Pandang darat fizikal kawasan ini ialah
mempunyai. Kawasan in dahulunya adalah kawasan estet getah Rini pada tahun 1996. Selepas
1996,kawasan ini dikenali sebagai Mutiara Rini dan berkembang menjadi kawasan bandar terancang
pada masa kini. Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini ialah bangunan, sekolah, stesen
minyak dan banyak lagi. Jarak kawasan kajian dari Skudai Parade ialah kira-kira 9 km dalam masa 15
minit. Jika menaiki teksi tambangnya ialah RM 5.49 seorang. Jumlah penduduk di kawasan kajian ini
ialah lebih kurang 10 650 ribu orang pada tahun 2004.
PETA LAKAR
KAEDAH KAJIAN
Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Amalan Teknologi
Hijau dalam kalangan penduduk di Taman Mutiara Rini, Johor.
1) PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Taman Mutiara Rini. Saya mengumpul pelbagai data dan
maklumat yang terdapat di kawasan kajian melalui pemerhatian saya.
2) SOAL SELIDIK
Saya membuat soal selidik terhadap 15 orang responden di Taman Mutiara Rini untuk mengenal pasti
bilangan yang melakukan Amalan Teknologi Hijau di rumah masing-masing atau di kawasan tempat
tinggal mereka.
3) SUMBER RUJUKAN
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat tentang AMALAN
TEKNOLGI HIJAU di kalangan penduduk serta sebagai maklumat tambahan.
HASIL KAJIAN
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan/mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber
dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan
teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga,air dan sebagainya secara minuman
untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada
pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada
peringkat permulaanya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.
KRITERIA PRODUK BILANGAN RESPONDEN
8
BIL AMALAN TEKNOLOGI HIJAU 3
1 Penjimatan tenaga 0
2 Pengangkutan awam 0
3 Basikal/ Jalan kaki 6
4 Kereta Hibrid 4
5 Beg kitar semula 5
6 Bawa bekas makanan sendiri 2
7 Kitar semula 10
8 Penjimatan air
9 Menanam pokok
TAFSIRAN
Jadual dan gambarajah ini menunjukkan tentang Amalan Teknologi Hijau yang dilakukan oleh penduduk
kawasan kajian saya iaitu Taman Mutiara Rini. Saya mendapat 15 orang responden yang mana sudi
menjawab soal selidik yang diberikan secara atas talian iaitu kemudahan aplikasi WhatsApp. Kebanyakan
mereka mengamalkan kaedah yang mudah dan mampu untuk dilakukan oleh kita walau berada di
rumah. Terdapat 10 responden yang mengamalkan kaedah menanam pokok di kawasan rumah.
Terdapat 2 responden yang menjimatkan air seperti air hujan. Seterusnya, 5 orang responden
mengamalkan kitar semula iaitu mengasingkan sampah seperti botol, kertas dan tin untuk di kitar
semula dan juga 4 orang responden yang membawa bekas makanan sendiri supaya dapat
mengurangkan pengunaan bahan plastik. Manakala 6 orang responden membawa beg kitar semula ke
gerai mana-mana. Selain itu, terdapat 3 orang responden yang menaiki pengangkutan awam dan juga 8
orang responden yang menjimat tenaga di rumah masing-masing.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
1) Membantu dan Mengurangkan Pemanasan Global
Dalam 100 tahun yang lalu, purata suhu global telah meningkat sebanyak 0.4 hingga 0.8°C. Menurut
Panel Antara Kerajaan mengenai iklim, suhu merangka menjelang 2100 mungkin berbeza antara 1.4 dan
5.8 °C.
Kenaikan suhu sedemikian bertepatan dengan peningkatan kesan rumah hijau. Pencemaran asap,
pengurangan ozon, pengasidan laut, dan pengubahsuaian dalam pertumbuhan-tumbuhan adalah
beberapa kesan yang tidak baik daripada ini.
Teknologi hijau,sebaliknya boleh membantu melambatkan perubahan iklim dengan menggunakan teknik
pengeluaran tenaga termaju sambal menggunakan kurang karbon.
2) Menawarkan Tenaga Mampan
Teknologi hijau berusaha untuk menawarkan sumber tenaga pengganti yang tidak menghabiskan bahan
api fosil yang diperlukan. Ia penting untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon
dioksida dan nitrogen, yang akan membantu memperlahankan pemanasan global.
Untuk melakukan ini, teknologi hijau telah menerima banyak strategi, seperti memaksimumkan potensi
geoterma, angin, suria, dan tenaga sel bahan api.
Teknologi bersih juga menawarkan penyelesaian termasuk teknologi bateri, bangunan hijau dan buih
logam sebagai tambahan kepada sumber tenaga alternatif ini.
3) Menjadikan lebih mudah untuk Menggunakan Teknologi Hijau
Di seluruh dunia, teknologi digunakan secara meluas dan sentiasa berkembang. Walau bagaimanapun,
teknologi hijau menggabungkan bahagian kitar semula dengan teknologi. Usaha sebegini membantu
menggalakkan persekitaran bersih yang boleh menyokong kehidupan.
Komputer hijau, sebagai contoh, berada di kaki langit. Komputer generasi sekarang mengandungi bahan
yang toksik kepada alam sekitar, seperti kadmium, plumbum, plastic, dan kalis api terbromin.
Komputer yang diperbuat daripada bahagian yang boleh dilupuskan dengan selamat adalah matlamat
teknologi hijau. Dalam nada yang sama,kereta hibrid juga merupakan pencapaian teknologi bersih.
4) Meningkatkan Kemampuan Bangunan
Dengan memasukkan unsur-unsur mesra alam dalam permainan, teknologi alam sekitar juga memberi
kesan kepada sector pembinaan.Seiring dengan menjadikan bangunan lebih mesra alam, elemen yang
dibawa kepada industri pembinaan ini membantu meningkatkan nilai hartanah.
Pembinaan hijau mempunyai kos pendahuluan yang tinggi, tetapi ia membuahkan hasil dalam jangka
panjang. Sebagai contoh, memasang sistem geoterma boleh menjadi mahal,tetapi ia menggunakan kira-
kira 50% kurang elektrik daripada sistem konvensional.
Pam geoterma juga mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 70%. Ia membantu dalam
menurunkan harga elektrik di samping melindungi alam sekitar dengan memelihara sumber semula jadi.
Punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
1. Perbelanjaan P&P yang tinggi
Teknologi alam sekitar mempunyai beberapa kelemahan, termasuk belia relatifnya dan kos penyelidikan
dan pembangunan yang tinggi yang diperlukan untuk menggunakannya pada tahap yang diperlukan
untuk mempunyai kesan alam sekitar yang besar.Oleh itu, syarikat mesti melabur banyak wang
pendahuluan, yang boleh menghalang dan sedikit sebanyak menghalang pembangunan teknologi hijau
termaju.
2. Kos Pelaksanaan
Kos yang berkaitan dengan melaksanakan teknologi hijau untuk perniagaan boleh menjadi besar serta
perbelanjaan yang berkaitan dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang ini.Sebagai contoh, ia
mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum sebuah syarikat besar mampu untuk beralih
daripada menggunakan bahan api fosil kepada sumber boleh diperbaharui kerana kos peralatan dan
tenaga kerja yang tinggi.Hasil daripada perbelanjaan pendahuluan yang ketara yang dikaitkan dengan
teknologi hijau, sesetengah perniagaan mungkin membuat keputusan untuk tidak beralih.
3. Teknologi Hijau kini berada di peringkat awal.
Tekanan terhadap syarikat di banyak negara pada masa ini tidak mencukupi, walaupun teknologi hijau
sangat menjanjikan dan akan menjadi ketara pada masa hadapan.Akibatnya, kerajaan di seluruh dunia
harus melakukan usaha yang besar untuk mengukuhkan rangka kerja bagi teknologi hijau supaya
perniagaan boleh menggunakan teknologi hijau tersebut dengan berkesan. Selain itu, infrastruktur yang
mengelilingi teknologi hijau sangat terhad.
4. Masalah Teknikal
Memandangkan teknologi hijau masih agak baharu, ia mungkin mempunyai beberapa masalah
teknikal.Akibatnya, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mengoptimumkan prosedur yang
mengelilingi teknologi hijau, dan banyak perniagaan mungkin tidak mahu meluangkan masa ini sekarang
untuk meraih faedah yang mungkin datang beberapa tahun dari sekarang.
4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
1) Penggunaan tenaga yang lebih cekap
• Memastikan suis lampu pejabat atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
• Penggunaan cahaya siang semulajadi untuk menyinari ruang dalam pejabat bagi menggantikan
cahaya lampu.
• Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa dingin sedang beroperasi. Ini
dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan yang disalurkan kepada penghawa
dingin.
2) Menguruskan sumber air secara lebih berhemah
• Mengawal penggunaan sumber air supaya dapat mengurangkan pembaziran.
• Memastikan pili air ditutup dengan rapat.
• Sentiasa membuat pemeriksaan di tempat-tempat yang menggunakan sumber air bagi
mengenalpasti sebarang kebocoran.
3) Menguruskan dan melupuskan sisa pepejal dengan lebih teratur.
• Menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih bagimenjamin kualiti alam sekitar yang lebih baik dan
meningkatkan tahap kesihatan;
• Mengamalkan Program 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle yang boleh dipraktikkan sebagai pelengkap
kepada Amalan Hijau; dan
• Peluasan penempatan Tong Sampah Kitar Semula di pejabat dan premis PDRM serta penyelarasan
dengan syarikat kontraktor pembersihan.
4) Menguruskan kenderaan secara mesra alam
• Penggunaan kenderaan pasukan secara optima dengan merancang perjalanan berkonsepkan
berkongsi kenderaan (car pool) untuk destinasi yang sama;
• Merancang penggunaan kenderaan secara teratur dengan membuat penjadualan dengan
menggilirkan penggunaan;
• Menggunakan bahan pencuci biodegradable yang mesra alam dan lebih organik untuk mencuci
enjin, tangan dan peralatan bengkel
RUMUSAN
Rumusannya, teknologi hijau adalah penting untuk masa depan kita.Keperluan dan kepentingan untuk
teknologi bersih sedemikian berpunca daripada imej suram yang digambarkan oleh pencemaran dan
kesan perubahan iklim.Teknologi alam sekitar menjadikan produk terbiodegradasi lebih mudah
digunakan, merangsang kitar semula dan menyokong pembinaan bangunan lestari.Selain itu, ia
memberi sumbangan besar untuk mengurangkan pencemaran, memperlahankan pemanasan global dan
melindungi sumber semula jadi.
RUJUKAN
1. https://www.rmp.gov.my/program-pdrm/amalan-hijau-pdrm/strategi-membudayakan-amalan-hijau
2.https://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrjYUnRBrBjyI4UfuVXNyoA;_ylu=Y29sbwNncTEEcG9zAzEEdnRpZA
MEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1672509265/RO=10/RU=https%3a%2f%2fenvironmentgo.com%2fms%2fkepenti
ngan-teknologi-hijau%2f/RK=2/RS=yQtkdyM9ZgpQu1OloH4PBMsWhtM-
3.https://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrO8Hj2BrBjhbwUciFXNyoA;_ylu=Y29sbwNncTEEcG9zAzUEdnRpZA
MEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1672509302/RO=10/RU=http%3a%2f%2fwww.mutiararini.com.my%2f/RK=2/RS
=dGVBFylvbd1zsJnuO.XYeI068Yo-
4. https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic
LAMPIRAN
https://d.docs.live.net/49e19daf563f5f28/Documents/BORANG SOAL SELIDIK.docx