The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Program Galakan Membaca NILAM@Rumah 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skktelaga, 2021-09-20 18:46:54

Kertas Kerja Program Galakan Membaca NILAM@Rumah 2021

Kertas Kerja Program Galakan Membaca NILAM@Rumah 2021

SK KUBANG TELAGA
16390 Bachok,
Kelantan

KERTAS KERJA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA
(NILAM) @ RUMAH
TAHUN 2021

TEMA: JOM BACA 1 HARI 1 BUKU

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SK KUBANG TELAGA

1.0 PENDAHULUAN

Program Galakan Membaca (NILAM)@Rumah ini diadakan sebagai satu
pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca. NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan
membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah dengan
memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada murid. Program ini
bertujuan untuk memupuk minat murid dalam aktiviti galakan membaca,
permainan bahasa dan memberi pendedahan dan pengetahuan yang
sangat berguna kepada murid-murid dari segi penggunaan bahasa yang
betul. Diharap program yang akan dijalankan ini akan mencapai objektif
yang diharapkan.

2.0 MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan
murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca dalam
kehidupan mereka.

3.0 OBJEKTIF

1. Menarik minat murid untuk mencintai dan mendalami ilmu
pengetahuan.

2. Menggalakkan murid untuk tetap meneruskan aktiviti membaca
buku walaupun negara kita masih berada dalam Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dengan menggunakan rak buku digital PSS SKKT.

3. Menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan
sekurang kurangnya 1 Hari 1 Buku.

4. Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya aktiviti membaca
juga berlaku di rumah.

4.0 SASARAN

 Semua murid SK Kubang Telaga

5.0 PELAKSANAAN

TARIKH : 20 September – 20 Oktober 2021
TEMPOH : 30 hari
TEMPAT : Di rumah masing-masing

5.1 Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca (Nilam) @ Rumah :

Tarikh : 20 September 2021 (Isnin)

Masa : 3.00 Petang

Aturcara majlis :

- Pendaftaran guru dan murid ke ‘link’ Google Meet.

- Kata-kata aluan pengerusi majlis

- Bacaan Doa ( Ustaz Rosdi b. Taib)

- Ucapan aluan PK Pentadbiran (En. Rosdi b. Ismail) serta taklimat

ringkas aktiviti program.

- Ucapan perasmian Pelancaran Program Galakan Membaca

(NILAM) @ Rumah oleh Guru Besar SKKT (Pn. Azizom bt. Ibrahim)

- Gimik pelancaran

- Tayangan ‘slide’ aktiviti Program Galakan Membaca

(NILAM)@ Rumah 2021.

- Majlis Bersurai.

6.0 AKTIVITI / PERTANDINGAN

BIL PERKARA KAEDAH PELAKSANAAN

1. RAK BUKU DIGITAL  Sebagai platform digital yang paling
PSS SKKT mudah dan berkesan dalam pencarian
bahan bacaan secara atas talian
semasa norma baharu.

 GPM dan Guru NILAM akan sentiasa

mengemaskini Rak Buku Digital PSS SKKT.

 Mewar-warkan ‘link’ Rak Buku Digital di
media social (WhatApps kelas, Telegram, FB
dan sebagainya).

 https://fliphtml5.com/bookcase/dnybq
 http://anyflip.com/bookcase/xynd

MAJLIS PELANCARAN  Majlis diadakan pada 20 September 2021
PROGRAM GALAKAN pada jam 3.00 petang.
MEMBACA (NILAM) @
 Melalui platform Google Meet di kediaman
RUMAH 2021 dan rumah masing-masing.

 Majlis disertai semua warga SK Kubang
Telaga (Pihak pentadbir, guru dan murid).

2. JOM BACA  Semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6
1 HARI 1 BUKU wajib mengikuti aktiviti ini.

 Aktiviti ini dijalankan selama 30 hari
bermula 20 September – 20 Oktober 2021.

 Murid boleh membaca buku yang ada di
rumah ataupun membaca melalui Rak
Buku Digital PSS SKKT.

 Terpulang kepada murid untuk membaca
berapa buah buku dalam tempoh

tersebut. Walau bagaimanapun

disarankan kepada murid membaca

1 Hari 1 Buku.

 Murid perlu mengisi Google Form selepas

membaca setiap buku bagi rujukan guru

untuk rekod NILAM murid dan pemilihan

pemenang.

(https://forms.gle/DBH67PJek6TZu5Rv6 )

 Seramai 20 orang Pembaca Terbanyak

akan dipilih dalam kalangan yang paling

banyak membaca buku sepanjang 30 hari

tersebut.

 Terbuka kepada semua murid Tahun 1

3. PERTANDINGAN hingga Tahun 6.

PEMBACA TERBANYAK  Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1

(SEPTEMBER-OKTOBER) dan Tahap 2

 Pemenang dinilai berdasarkan bilangan

buku yang dibaca dan diisi dalam Google

Form.

 Terbuka kepada murid Tahun 1, Tahun 2

4. PERTANDINGAN dan Tahun 3.

MEWARNA KULIT BUKU  Murid perlu mewarna gambar kulit buku

CERITA cerita yang telah disediakan oleh guru.

(TAHAP 1)  Murid boleh memilih salah satu gambar

kulit buku tersebut untuk diwarna.

 Selepas siap diwarnakan, hantar ke

Telegram Program NILAM @ Rumah 2021

(https://t.me/joinchat/Py62eI6Oi1dmNTVl ).

 Tarikh akhir penyertaan : 14 Oktober 2021

 Terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5

5. PERTANDINGAN MELUKIS dan Tahun 6.

KULIT BUKU CERITA  Murid perlu memilih sebuah buku cerita

(TAHAP 2) dan kemudian melukis dan mewarnakan

gambar kulit buku cerita tersebut.

 Selepas siap dilukis dan diwarnakan,

hantar hantar ke Telegram Program NILAM

@ Rumah 2021. Murid perlu meyertakan

sekali gambar asal kulit buku cerita

tersebut.

 Tarikh akhir penyertaan : 14 Oktober 2021

 Terbuka kepada semua murid Tahun 1

6. PERTANDINGAN VIDEO hingga Tahun 6.

RESENSI BUKU  Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1

dan Tahap 2.

 Resensi Buku adalah penyampaian

perincian mengenai buku yang dibaca

mengandungi judul/tajuk buku,

pengarang, penerbit, tahun penerbitan,

jumlah muka surat dan sinopsis buku.

 Murid perlu merakam video ketika

membuat Resensi Buku tersebut.

 Hantar video tersebut ke Telegram

Program NILAM @ Rumah 2021.

 Tarikh akhir penyertaan : 14 Oktober 2021

 Terbuka kepada semua murid Tahun 1

7. PERTANDINGAN VIDEO hingga Tahun 6.

MENDEKLAMASIKAN  Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1

SAJAK ILMU dan Tahap 2.

 Murid boleh memilih salah satu sajak yang

telah disediakan oleh guru.

 Murid perlu merakam video ketika

mendeklamasikan sajak tersebut.

 Hantar video tersebut ke Telegram

Program NILAM @ Rumah 2021.

 Tarikh akhir penyertaan : 14 Oktober 2021

 Mewujudkan perpustakaan mini di

8. PERTANDINGAN rumah.
PERPUSTAKAAN MINI  Sediakan satu ruangan untuk

/ SUDUT BELAJAR DI membaca/belajar walaupun hanya satu

RUMAH ruangan yang kecil.

 Tidak perlu rak yang besar dan mahal.

Cukup sekadar meletakkan buku-buku

setempat samada di dalam bakul atau

kotak.

 Hantar gambar penyertaan tersebut ke

Telegram Program NILAM @ Rumah 2021.

 Tarikh akhir penyertaan : 14 Oktober 2021

7.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN Jumlah
RM 566.00
7.1 PUNCA KEWANGAN : RM 566.00

Bil Pendapatan
1. Peruntukan YKS PSS

JUMLAH KESELURUHAN

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil Perbelanjaan Harga Kuantiti Jumlah

seunit 2 RM 20.00
2 RM 16.00
1. HADIAH AKTIVITI 1: 2 RM 14.00
14 RM 70.00
Pertandingan Pembaca Terbanyak
3 RM 15.00
(Tahap 1 dan Tahap 2) 3 RM 12.00
3 RM 9.00
Tempat Pertama RM 10.00 6 RM 12.00
Tempat Kedua RM 8.00
Tempat Ketiga RM 7.00 RM 20.00
Saguhati (2 tahap x 7) RM 5.00 RM 16.00
RM 12.00
2. HADIAH AKTIVITI 2: RM 5.00 RM 16.00
Pertandingan Mewarna Kulit Buku RM 4.00
Cerita (Tahap 1) RM 3.00 RM 10.00
Tempat Pertama RM 2.00 RM 8.00
Tempat Kedua RM 6.00
Tempat Ketiga RM 28.00
Saguhati (3 kelas x 2)

3. HADIAH AKTIVITI 3 : RM 5.00 4
Pertandingan Melukis Kulit Buku RM 4.00 4
Cerita (Tahap 2) RM 3.00 4
Tempat Pertama RM 2.00 8
Tempat Kedua

Tempat Ketiga

Saguhati (4 kelas x 2)

4. HADIAH AKTIVITI 4 :
Pertandingan Video Resensi Buku

(Tahap 1 dan Tahap 2)

Tempat Pertama RM 5.00 2
RM 4.00 2
Tempat Kedua RM 3.00 2
RM 2.00 14
Tempat Ketiga

Saguhati (2 tahap x 7)

5. HADIAH AKTIVITI 5 :
Pertandingan Mendeklamasikan

Sajak Ilmu (Tahap 1 dan

Tahap 2)

Tempat Pertama RM 5.00 2 RM 10.00
Tempat Kedua RM 4.00 2 RM 8.00
Tempat Ketiga RM 3.00 2 RM 6.00
Saguhati (2 tahap x 7) RM 2.00 14 RM 28.00

6. HADIAH AKTIVITI 6 : RM 30.00 5 RM 150.00
Pertandingan Perpustakaan
Mini/Sudut Belajar di Rumah RM 80.00 1 RM 80.00
(5 pemenang)

7. Banner

Jumlah besar RM 566.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Azizom bt. Ibrahim (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Rosdi b. Ismail (PKP)
Naib Pengerusi 1 : En. Tarmizi b. Abd. Kadir (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Wan Azik b. Zakaria (PKKO)
Penyelaras Program : Pn. Zaleha bt. Mahmood (GPM)
Setiausaha : Pn. Suriani bt. Mohamad (Guru NILAM)

8.1 Perincian Tugas Ahli Jawatankuasa Program

TUGASAN GURU
Rak Buku Digital & Brosur Flip 1. Pn. Zaleha bt. Mahmood

Pengacara Majlis Pelancaran 1. Pn. Marinie bt. Mohamed

Pertandingan Pembaca 1. Pn. Suriani bt. Mohamad
Terbanyak
1. Pn. Nor Haslina bt. Mohamed
Pertandingan Mewarna Kulit 2. Pn. Nor Dalilati bt. Abdul Samat
Buku Cerita (Tahap 1)
1. Pn. Zakiah Hanim b. Mokhtar
Pertandingan Melukis Kulit Buku 2. Ustaz Rosdi b. Taib
Cerita (Tahap 2)
1. Pn. Sarimah bt. Mat (Tahap 2)
Pertandingan Video Resensi 2. Pn. Rosmiza bt. Sidik Omar (Tahap 1)
Buku (Tahap 1 dan Tahap 2)
1. Pn. Zalma bt. Mohd. Nor (Tahap 1)
Pertandingan Mendeklamasikan 2. En. Ahmad Dasuki b. Ismail (Tahap 2)
Sajak Ilmu (Tahap 1 dan Tahap 2)

Pertandingan Perpustakaan Mini 1. Pn. Zarodah bt. Mohamed Noor
/ Sudut Belajar di Rumah 2. Pn. Rosni Aida bt. Mohamed

Hadiah 1. Pn. Roziah bt. Nor
2. Pn. Nur Asma bt. Mohamed

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang
disampaikan di dalam program ini akan dipratikkan dalam kehidupan
seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan
perlaksanaan nanti akan membuahkan hasil dan mencapai objektif yang
dikehendaki.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………… …………………………………
ZALEHA BINTI MAHMOOD ROSDI BIN ISMAIL
Penyelaras Pusat Sumber Penolong kanan Kurikulum
SK Kubang Telaga SK Kubang Telaga

Disahkan oleh:

………………………………………
AZIZOM BINTI IBRAHIM
Guru Besar
SK Kubang Telaga


Click to View FlipBook Version