PENGGUNAAN
PETA DAN GRAFIK
NIK AMIER BIN NIK MOHD AZIZI (149034)
NORA CHEE (145559)
OCTVEIA ANAK BILLIE (147608)
SENARAI KANDUNGAN
DEFINISI DAN CIRI-CIRI PETA
DEFINISI : Peta ialah gambar atau lukisan yang
menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan
sebagaimana yang dilihat dari udara. Peta digunakan
untuk menunjukkan taburan geogafi iaitu ciri fizikal dan
ciri budaya
TAJUK : judul/fokus
sesuatu tempat
PEMIDANG : ARAH MATA ANGIN :
Bingkai peta Panduan untuk menentukan
arah
SIMBOL : Mewakili PETUNJUK :
objek/kawasan sebenar di Tanda/isyarat untuk
menunjukkan sesuatu
bumi
DEFINISI DAN CIRI-CIRI GRAFIK
DEFINISI GRAFIK
-Berasal daripada perkataan Greek "graphikos" yang beerti lukisan. "Graphier pula ialah
perbuataan. Jadi grafik bermaksud menulis dengan perkataan
-grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol, imej
grafik
CASPER
C : Contrast (kontras) A : Alignment (seimbang)
mengelakkan unsur dalam sesuatu Elemen grafik disusun supaya
muka surat kelihatan hampir sama beratnya seimbang dalam setiap
S : Simplicity (simplisiti/mudah) bahagian
Rekaan mempunyai kefahaman yang 2 jenis seimbang - formal dan tidak
cepat dan jelas formal
Mengandungi sedikit elemen untuk
P : Proximity (Penyatuan)
mudah dilihat -Perhubungan yang lahir di antara
hadkan 15-20 patah perkataan dalam elemen-elemen visual apabila elemen-
satu visual elemen tersebut berfungsi bersama
E : Emphasis (Dominan) sebagai satu keseluruhan
-pusat penumpuan dan minat -Diperolehi dengan menggunakan anak
-dalam sesuatu rekaan risual, panah, kotak, garisan, warna dan
objek atau item utama mestilah sebagainya
ditonjolkan agar dapat dilihat dan R : Repetition
dibaca maksudnya -tekankan aspek reka bentuk pada
tempat tertentu
50 25
40 20
30 15
20 10
10 5
00
FUNGSI PENGGUNAAN PETA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GEOGRAFI
Penyokong dan pelengkap
Bahan pengajaran
Media belajar utama
KEMAHIRAN BERKAITAN DENGAN PETA
a. Arah
Mulakan dengan menetapkan arah, iaitu sama ada dari
kiri atau kanan dan lain-lain.
Menggunakan empat arah mata angin sebagai panduan
dalam menentukan arah
Arah mata angin dikaitkan dengan kedudukan matahari
Kaitkan dengan 8 arah mata angin
b. Kedudukan
Memahami konsep pelan
Susunan objek-objek utama seperti bangunan, jalan raya,
petempatan dan lain-lain menjadi fokus
Pastikan ada ciri-ciri asas sebuah peta
c. Skala dan jarak
Skala dan jarak amat berkait dengan satu sama lain
Skala ditentukan berdasarkan jarak di kawasan yang
sebenar
Skala dikira disesuaikan dengan kertas
Jarak bagi setiap objek juga ditentukan seperti, objek
yang berdekatan, jauh dan tidak nampak
KEMAHIRAN BERKAITAN DENGAN PETA
d. Ketinggian
Berdasarkan objek-objek yang boleh diukur
Panjang dan lebar bagi sesebuah objek atau kawasan,
sebagai contoh gelanggang futsal
e. Keratan rentas
Keratan rentas ditentukan dengan keadaan sekitar
kawasan yang menjadi rujukan dalam membuat peta
Ini termasuklah ciri budaya mahupun ciri fizikal di
sesebuah kawasan
Ini menentukan keadaan bentuk muka bumi yang
digambarkan di dalam peta
Ia dapat menentukan beberapa ciri fizikal seperti tanah
tinggi, tanah pamah dan lain-lain
f. Penafsiran peta topografi
Corak kontur padat menunjukkan batu keras, dan corak
kontur jarang menunjukkan batu lembut atau longgar.
Corak kontur yang menutup (bulatan) antara corak kontur
yang lain, menunjukkan ia lebih keras daripada batuan
sekeliling.
Aliran sungai yang berpusing secara tiba-tiba boleh
disebabkan oleh kehadiran batuan keras atau zon sesar.
Kepadatan sungai yang besar, menunjukkan sungai
tersebut terletak di atas batuan yang lebih mudah terhakis
(lembut). (Ketumpatan sungai ialah nisbah antara jumlah
panjang sungai di dalam lembangan saliran dengan luas
lembangan saliran sungai itu sendiri), manakala kepadatan
sungai yang kecil menunjukkan batuan yang tahan
terhadap hakisan.
FUNGSI PENGGUNAAN GRAFIK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI
Menghuraikan data kuantitatif dalam bentuk yang
mudah tetapi diterangkan secara terperinci dan
terperinci.
Menjelaskan perkembangan, perbandingan sesuatu
objek atau peristiwa yang saling berkaitan secara
ringkas, padat dan jelas.
Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian
terhadap sesuatu aspek
Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan
mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai
KESAN PENGGUNAAN GRAFIK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI
Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan
mengekalkan perhatian pelajar
Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
Meningkatkan kefahaman jika digunakan kapur dan tutur
Membantu sebarang komunikasi bentuk bukan visual
seperti tutur dan perkataan
Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan
gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik
berbanding dengan teks sahaja
Kelebihan Penggunaan Peta Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Geografi
Dapat menunjukkan pelbagai fenomena berdasarkan
petunjuk yang digunakan pada peta iaitu dari segi
penggunaan simbol dan warna tertentu.
Dapat menunjukkan lokasi, jarak dan arah sesuatu
tempat.
Dapat menunjukkan pola petempatan penduduk dan
aktiviti manusia yang dijalankan di sesuatu tempat
berdasarkan maklumat pada peta.
Dapat memperlihatkan ciri fizikal dan budaya yang
terdapat di permukaan bumi
Kelemahan Penggunaan Peta Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi
Mengalami kesukaran dalam membaca peta.
Mengalami kesukaran dalam mentafsir peta.
Maklumat dalam peta kurang tepat.
Penghasilan peta yang tepat dan lengkap
mengambil masa yang agak lama.
Kaedah Pengajaran Peta
Dalam Kemahiran Geografi
Tunjuk cara atau melakukan
demonstrasi
Memberi penerangan dan menunjuk
cara untuk menentukan kedudukan,
arah dan jarak ciri-ciri fizikal dan
budaya pada peta lakar.
Memberi penerangan dan menunjuk
cara melukis simbol untuk
menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya
pada peta lakar.
Latih tubi
Pelajar mesti kerap melakukan latihan
bagi menguasai peta dalam kemahiran
geografi dengan membuat, mempratik,
melukis, mengira, menghitung dan
mengukur maklumat pada peta
tersebut.
Perbincangan
Guru boleh mengadakan sesi soal
jawab dan melakukan aktiviti mengkaji
sesuatu peta (peta lakar, peta
bergambar, peta pelancongan dan
sebagainya) secara berkumpulan agar
pelajar mudah faham dan saling
membantu antara satu sama lain.
Kelebihan Pengunaan Grafik Dalam Pengajaran
50
Dan Pembelajaran Geografi
40
Item 5 Item 1 30
20% 20% 20
10
0 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Item 1
Item 4 Item 2
20% 20%
25
Item 3 20
20%
15
Kelebihan Penggunaan Graf
10
Meringkaskan data dalam bentuk imej grafik. (graf bar, graf garis dan
sebagainya. 5
Memudahkan maklumat disampaikan kepada pelajar memandangkan
pelbagai maklumat dapat disampaikan dalam bentuk yang kompleks. 0 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Membolehkan pelajar membezakan maklumat. Item 1
Pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan kerana mempunyai
penggunaan warna, garis dan bentuk yang mempunyai kesinambungan 40
maksud. 30
20
Kelebihan Penggunaan Media Grafik Lukisan 10
Memberikan maksud di sebalik gambar kerana dapat memaparkan 0 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
maksud yang pelbagai melalui ilustrasi yang dihasilkan. Item 1
Menterjemahkan idea dan maklumat yang mana pelajar dapat memberi
pentafsiran terhadap ilustrasi yang terdapat pada lukisan.
Menerapkan nilai kreativiti yang mana membolehkan pelajar mengamati
sesebuah hasil lukisan sebelum menterjemahkan maklumat yang ingin di
sampaikan oleh guru.
Menarik kerana adanya penggunaan unsur warna, ilustrasi dan bentuk
tertentu yang memudahkan pelajar untuk faham dan tertarik.
Kelebihan Penggunaan Media Grafik Kartun
Menarik minat pelajar kerana terdapatnya ilustrasi kartun yang
mempunyai pelbagai watak.
Membolehkan pelajar berfikir secara rasional kerana ciri-ciri yang
terdapat pada watak kartun dapat membantu pelajar berfikir secara
kreatif dan kritis.
Mudah difahami kerana mesej yang ingin disampaikan adalah ringkas
dan juga padat.
Menjadikan pelajar yang lebih kreatif kerana penggunaan ilustrasi kartun
yang menarik membantu pemikiran pelajar berbanding penggunaan teks
sahaja.
Kelemahan Pengunaan Grafik Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi
Maklumat yang disampaikan tentang sesuatu tajuk adalah tidak menyeluruh
kerana hanya isi utama yang ditekankan dalam pengurusan grafik.
Tidak berapa sesuai untuk membuat nota pelajaran. Memerlukan
penggunaan banyak pengurusan grafik yang berbeza untuk meringkaskan
sesuatu maklumat berdasarkan artikel atau bahan penulisan lain.
Penggunaan pengurusan grafik dalam pembelajaran di dalam kelas akan
menarik minat pelajar hanya untuk melihat gambar-gambar atau simbol-
simbol yang digunakan. Pelajar akan lebih tertarik terhadap grafik yang
digunakan berbanding maklumat yang ingin disampaikan dalam alat
pengurusan grafik tersebut.
Menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji kerana pelajar perlu membaca
banyak alat pengurusan grafik yang berbeza untuk hanya satu topik.
Keadaan akan menjadi lebih sukar jika maklumat-malumat dalam alat
pengurusan grafik itu tidak tersusun.
RUMUSAN
Penggunaan peta dan grafik sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi. Penggunaan peta sangat penting untuk dikuasai agar
murid dapat membaca dan mentafsir peta dengan baik. Tambahan pula, peta
sangat membantu penggunanya untuk menentukan lokasi, jarak dan arah ke
sesuatu tempat. Grafik yang baik dapat mempelbagaikan ransangan kepada
murid terutamanya dari segi perkembangan kognitif mereka. Grafik yang
memaparkan unsur-unsur ilustrasi, warna, bentuk dan sebagainya dapat
menarik minat dan meningkatkan keberkesanan dalam memahami sesuatu
topik pembelajaran.
Disediakan Oleh:
NIK AMIER BIN NIK MOHD AZIZI NORA CHEE OCTVEIA ANAK BILLIE
149034 145559 147608
QR CODE VIDEO
NIK AMIER BIN NIK MOHD AZIZI
149034
Konsep Peta
Ciri-ciri Peta
Konsep Grafik
Ciri-ciri Grafik
OCTVEIA ANAK BILLIE
147608
Fungsi Peta
Kemahiran Berkaitan Dengan Peta
Fungsi Grafik
Kesan Grafik
NORA CHEE
145559
Kelebihan Penggunaan Peta Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Geografi
Kelemahan Penggunaan Peta Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Geografi
Kaedah Pengajaran Peta Dalam Kemahiran
Geografi
Kelebihan Pengunaan Grafik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Geografi
Kelemahan Pengunaan Grafik Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Geografi
PENGGUNAAN
PETA DAN GRAFIK
PETA dan GRAFIK? Apa yang dapat kita fahami tentang peta dan
grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi?
Buku ini memberi fokus kepada penggunaan peta dan grafik dalam
pengajaran dan pembelajaran Geografi yang mana kita dapat lihat
dari beberapa aspek. Ini termasuklah apakah konsep dan ciri-ciri bagi
peta dan grafik. Selain itu kita turut diperkenalkan dengan fungsi dan
kemahiran berkaitan dengan peta, fungsi dan kesan penggunaan
grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi, serta kelebihan
dan kelemahan penggunaan peta dan grafik dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi.
Kandungan yang terdapat dalam buku ini telah disusun dengan baik
oleh tiga penulis bagi memudahkan para pembaca menggunakannya.
Membaca itu jambatan ilmu