The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by neesa284, 2022-03-21 20:28:46

minit mesy 4

minit mesy 4/2021

SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
13200 KEPALA BATAS

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 4/2021

Tarikh : 16 Februari 2022
Masa : 2.30 petang
Hari : Rabu
Tempat : MABUA

Kehadiran 1. Puan Sharifah Khairun Nisak binti Syed Yahaya
2. Puan Mazni binti Mat Isa
3. Puan Suzy binti Othman
4. Puan Mima Baidura binti Abu Bakar
5. Puan Assotha a/p Sivalingam
6. Puan Tengku Hasnyra binti Tengku Ibrahim
7. Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid
8. Cik Tan Cheng Choo
9. Puan Goi Pheak Leng
10. Encik Izzuddin bin Ilias
11. Puan Nor Hafizah binti Mohamad

Agenda :

1. Perutusan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perkara-perkara Berbangkit

4. Hal – hal lain

AGENDA 1.0 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat
kali ini.

Tindakan : Makluman kepada semua guru
1

AGENDA 2.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Semua ahli mesyuarat diminta meneliti dan seterusnya mengesahkan Minit
Mesyuarat Panitia 3/2021.

2.2 Puan Nor Hafizah binti Mohamad mencadangkan minit mesyuarat kali ketiga
disahkan dan disokong oleh Puan Suzy binti Othman.

AGENDA 3.0 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Puan Sharifah memaklumkan Latihan Dalam Perkhidmatan dan PLC Panitia telah
cukup seperti yang dirancang.
Tindakan : Makluman kepada semua guru

AGENDA 4.0 : HAL-HAL LAIN

4.1 PENTAKSIRAN PT3

4.1.1 Puan Sharifah selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu memaklumkan bahawa guru-
guru yang mengajar Tingkatan 3 perlu membuat persediaan kerana Pentaksiran PT3
pada tahun 2022 masih belum diputuskan sama ada diteruskan atau dimansuhkan.
Makluman : Semua guru Tingkatan Tiga

4.2 PBS/ULBS/MBMMBI

4.2.1 Puan Sharifah meminta kepada semua guru agar menggunakan bahan-bahan
MBMMBI kepada pelajar dalam sesi PdPc.
Tindakan : Semua Guru

4.2.2 Puan Sharifah memaklumkan bahawa guru boleh menjalankan pentaksiran PBD
ULBS, dan latihan ujian mendengar mengikut format KSSM yang baru dan sebagai
latihan kepada para pelajar.
Tindakan : Guru Tingkatan Lima
2

4.2.3 Puan Mima Baidura memaklumkan bahawa cikgu-cikgu wajib melaksanakan
pentaksiran PBD dan boleh menambah baik TP pelajar mengikut kelas yang diajar
berdasarkan Catch Up Plan guru-guru.
Tindakan : Semua Guru

4.2.4 Puan Sharifah telah memaklumkan bahawa pada 8/2/2022-10/2/2022 telah
berlangsung Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu SPM.
Tindakan :Makluman kepada semua guru

4.2.5 Puan Sharifah juga memaklumkan bahawa pada 21/2/2022 akan berlangsung Ujian
Mendengar Bahasa Melayu SPM.
Tindakan : Makluman kepada semua guru

4.3 KSSM TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

4.3.1 Puan Sharifah memaklumkan kepada guru–guru yang mengajar tingkatan empat dan
lima agar melaksanakan PdPc berpandukan dskp dan format kssm yang baharu.
Makluman dan tindakan : Semua guru

4.4 PERBELANJAAN PANITIA 2021

4.4.1 Puan Sharifah memaklumkan bahawa duit PCG digunakan untuk bayaran
penceramah teknik menjawab tingkatan 5 dan fotostat modul serta latihan kepada
pelajar.
Makluman dan tindakan : Semua guru

4.5 RPT/DSKP/RPH

4.5.1 Puan Sharifah memaklumkan bahawa Buku Rekod Mengajar perlulah dihantar
kepada Tuan Pengetua pada setiap awal bulan sahaja dan kepada Guru Kanan
Bahasa pada setiap hari Jumaat. Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dengan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan DSKP.
3

4.5.2 Puan Sharifah juga mengingatkan cikgu-cikgu agar menulis rancangan mengajar
sehari sebelum memulakan pdpc di dalam kelas.
Makluman dan tindakan : Semua guru

4.6 PEPERIKSAAN/HEADCOUNT
4.6.1 Puan Sharifah mengingatkan guru-guru untuk menyemak dengan cepat kertas

jawapan Pentaksiran Sumatif 2 mengikut kelas masing-masing.
4.6.2 Puan Sharifah juga mengingatkan guru-guru tarikh akhir untuk mengisi markah

Pentaksiran Sumatif 2 iaitu 4/3/2022.
Makluman dan tindakan : semua guru

5.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 4.30 petang

` Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
SMK Datuk Haji Abdul Kadir

4


Click to View FlipBook Version