The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eliemelisa Johari, 2023-11-27 01:21:55

SUMBANG MAHRAM

E FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MONTH YEAR ISSUE NUMBER HARUANMAKAN ANAK!! HARUANMAKAN ANAK!! ISU SUMBANG MAHRAM Edisi 1, November 2023


AHLI KUMPULAN AHLI KUMPULAN NUR AINAA’ MAISARAH BINTI MOHD FAUZI 18DSK23F1002 (PENGARAH) HANAN BINTI MAHYUDIN 18DSK23F1044 (PENULIS 1) NUR FARAHIYATUL ALLEYA BINTI AHMAD 18DSK23F1028 (PENULIS 2) AMIRAH BINTI ISMAIL 18DSK23F1040 (EDITOR) ELIE MELISA BINTI JOHARI 18DSK23F1035 (PEREKA GRAFIK) ENCIK MOHD HANAFI BIN JUSOH PENASIHAT


TOPIK I SU SUMBANG MAHRAM PENGENALAN DEFINISI BENTUK SUMBANG MAHRAM PUNCA SUMBANG MAHRAM MANGSA DAN PEMANGSA SUMBANG MAHRAM TEMPAT BERLAKUNYA KEJADIAN SUMABANG MAHRAM KESAN SUMBANG MAHRAM KAEDAH PENCEGAHAN STATISTIK DAN KES SUMBANG MAHRAM KESIMPULAN RUJUKAN


KKAATTAA--KKAATTAAAALLUUAANN DDAARRIIKKEETTUUAAEEDDIITTOORR Majalah ini mengupas topik berkenaan bahayanya gejala sosial iaitu sumbang mahram. Majalah ini dilakukan bertujuan untuk memberikan pengajaran dan edukasi kepada para pembaca. Pembaca dinasihatkan supaya selalu tegar menjalani kehidupan seharian. Semoga dengan membaca majalah ini dapat memberikan serba sedikit maklumat yang perlu dicakna oleh semua pihak. Penghargaan ini juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam misi menjayakan pembacaan yang ilmiah ini. Pertamanya didekasikan khas kepada Encik Hanafi bin Jusoh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada kumpulan kami. Seterusnya, ucapan turut ditujukan kepada ahli kumpulan yang bersama-sama mencari idea untuk membina sebuah hasil karya yang menarik. Ahli kumpulan ini bernama Ainaa Maisarah binti Mohd Fauzi, Elie Melisa binti Johari, Hanan binti Mahyudin, Nur Farahiyatul Alleya binti Ahmad dan Amirah binti Ismail. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Bismilahirrahmanirrahim…


Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam. contoh: Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya. Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial. DEFINISI Apakah Maksud SUMBANG MAHRAM?


JADI LAH AHLI KELUARGA YANG BERGUNA!! JADI LAH AHLI KELUARGA YANG BERGUNA!!


BENTUK SUMBANG MAHRAM BENTUK SUMBANG MAHRAM Bentuk Sumbang mahram 1. Sumbang Mahram antara IbuBapa dengan Anak -Sumbang mahram antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang sama. 2. Sumbang Mahram antara Saudara Kandung -Interaksi-interaksi sumbang mahram sepersetujuan antara adik-beradik yang berumur serupa kekadang berlaku, menurut kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan saudara kandung. 3. Hubungan Seks antara Sepupu dan antara Saudara Jauh -Dalam kebanyakan dunia Barat, sumbang mahram secara amnya merujuk kepada hubungan seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga berbeza-beza. Di dalam Amerika Syarikat, perkahwinan antara sepupu diharamkan di sesetengah negeri, tetapi adalah sah di sisi undang-undang di negeri-negeri yang lain, dengan ahli-ahli sosiologi mengelaskan undang-undang perkahwinan kepada dua kategori: Kumpulan yang mengambil takrif sumbang mahram daripada kitab Bible yang lebih tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding dengan saudara sedarah. Kumpulan yang berpendirian bertentangan iaitu lebih tidak menyukai antara saudara sedarah seperti sepupu berbanding dengan jurai keturunan. 1. 2.


Bentuk Sumbang mahram 4. Sumbang Mahram Terselindung dan Sumabng Mahram Emosi -Sumbang mahram ‘terselindung’ dan ‘sumbang mahram emosi’ merupakan istilah yang menimbulkan perbalahan yang digunakan oleh sesetengah orang apabila memerihalkan keadaan-keadaan yang tidak mempunyai sebarang sentuhan seks yang sebenar tetapi hanya merupakan hubungan emosi yang tidak wajar antara saudara-saudara. -Salah satu contoh adalah ketika seorang ibu bapa memperlakukan anaknya dengan cara yang serupa dengan cara seseorang memperlakukan pasangan seksnya walaupun mereka tidak melakukan sebarang kegiatan seks. -Mereka yang menggunakan istilah ‘sumbang mahram terselindung’ akan menggunakan istilah ‘sumbang mahram terang-terangan’ untuk memerihalkan hubungan seks antara saudara-saudara walaupun hampir semua akan memanggilnya sebagai ‘sumbang mahram’ secara mudah tanpa sebarang pembatasan. BENTUK SUMBANG MAHRAM BENTUK SUMBANG MAHRAM


PUNCA SUMBANG MAHRAM 1. Keimanan yang lemah dan gagal mengawal nafsu -Mereka gagal mengawal nafsu mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan yang mempunyai sikap suka menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat kaum Adam ini, terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan merendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini. 2. Tidak mengamalkan kehidupan yang disyariatkan oleh Islam -Pengetahuan agama yang cetek atau kurang penghayatan agama dalam diri individu masyarakat kini juga telah mempengaruhi gejala sumbang mahram ini. Penerapan ajaran agama Islam dalam diri masyarakat dan di kalangan ahli keluarga perlu dititikberatkan dari masa ke semasa dan perlu diambil tindakan yang serius. Anak-anak perlu dididik mengenai nilai-nilai kehidupan dan agama yang perlu didik mengenai nilai-nilai kehidupan dan agama yang perlu dipatuhi sejak dari kecil lagi. Bentuk Sumbang mahram


Siapakah yang terlibat dalam berlakunya Sumbang Mahram? Ayah? Ibu? Kakak? Abang? Atuk? MANGSA DAN MANGSA DAN PEMANGSA? PEMANGSA? Golongan yang terlibat dalam sumbang mahram dapat mencakup siapa saja yang terlibat dalam hubungan seksual atau perilaku yang melanggar batas-batas kekerabatan yang sah dalam agama dan hukum. Ini bisa melibatkan individu dari berbagai latar belakang, usia, jenis kelamin, dan status perkawinan. sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram . Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiyaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.


Rumah Rumah sering dianggap sebagai tempat di mana sumbang mahram dapat terjadi kerana ada ekspektasi keamanan dan privasi rumah. Orang sering merasa lebih nyaman melakukan perilaku yang melanggar norma di tempat-tempat di mana mereka merasa terlindungi dari pengawasan orang lain. Hotel Bajet Faktor yang menjadikan hotel bajet sebagai tempat dimana tindakan ini terjadi ialah salah satunya adalah akses yang relatif mudah ke hotel bajet tanpa harus memberikan informasi identitas yang terlalu terperinci, sehingga orang dapat merasa lebih anonim. Selain itu, kebijakan privasi yang mungkin kurang ketat di hotel bajet dibandingkan dengan hotel mewah atau berbintang tinggi juga dapat membuat orang merasa lebih bebas melakukan tindakantindakan yang melanggar norma. Kereta Sumbang mahram dapat terjadi di berbagai tempat, termasuk dalam kereta, karena ada situasi di mana orang mungkin merasa lebih bebas atau kurang terpantau secara ketat. Ketidaknyamanan dan keberanian untuk melanggar norma sosial dan agama terkadang dapat mendorong individu untuk melakukan tindakan semacam itu di tempat-tempat yang dianggap kurang terawasi atau lebih pribadi. LOKASI SELALU TERJADI SUMBANG MAHRAM? LOKASI SELALU TERJADI SUMBANG MAHRAM?


HUKUMAN: Minima 5 tahun penjara dan maksima 20 tahun termasuk sebatan APAKAH KESAN SUMBANG MAHRAM? KESAN SUMBANG MAHRAM KE ATAS MANGSA Hilang kepercayaan pada orang lain Takutkan hubungan intim Murung Rasa ingin bunuh diri Tingkahlaku yang merosakkan diri sendiri Keyakinan diri yang rendah Rasa bersalah dan beremosi Rasa terasing dari masyarakat/keluarga Penyalahgunaan dadah Masalah pemakanan Masalah personaliti 1. Mangsa sumbang mahram adalah individu pertama sekali yang akan mendapat kesan dalam dirinya. Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah: Pengalaman yang buruk atau traumatik tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental. Paling menakutkan sekiranya kesan daripada sumbang mahram ini, mangsa sumbang mahram mengandung. Mereka akan menanggung malu untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat terhadap kandungan tersebut. Bagi yang menggugurkan kandungan itu akan memikirkan dosa yang dilakukan tetapi yang melahirkan kandungan tersebut timbul masalah dari segi status kekeluargaan. Namun ada juga di antara mangsa sumbang mahram ini mendapat kesan yang lebih positif dengan mengambil sikap lebih berjaga-jaga apabila berada di rumah seorang diri dengan hanya bertemankan saudara mara lelaki. Selain itu, mereka juga lebih prihatin dengan mengambil berat akan keselamatan adik-adik perempuan dan saudara-saudara perempuan yang lain dengan harapan supaya kejadian yang menimpa diri mereka tidak akan berulang lagi terhadap orang yang mereka sayangi. SUMBANG MAHRAM Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran tersebut, manakala “statutory rape” ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut. Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undangundang yang khusus untuk kesalahan sumbang mahram. Ia termasuk dalam Kanun Keseksaan Seksyen 375 dan 376 iaitu kesalahan merogol.


KAEDAH MENANGANI SUMBANG MAHRAM. Secara logiknya manusia adalah makhluk yang terbaik kerana mereka dikurniakan akal dan nafsu serta agama untuk mengawal kehidupan mereka melalui peraturan agama. Namun begitu moral manusia ketika ini berada di tahap yang rendah kerana manusia sudah alpa dengan tanggungjawab mereka. Cara menangani masalah ini adalah dengan cara meningkatkan program-program ke arah pendidikan keibubapaan dari semasa ke semasa di semua peringkat. Ini boleh diterapkan melalui program yang direncanakan seperti kursus-kursus tertentu atau melalui penyiaran media massa. Penerapan nilai-nilai agama dan moral tidak seharusnya disalurkan hanya melalui ceramah agama, khutbah di masjid atau forum agama yang diadakan di seluruh negara tetapi boleh disalurkan melalui papan-papan iklan yang boleh dipasang di merata-rata tempat. Peranan ini boleh diambil oleh agensi-agensi yang berwibawa dalam hal-hal agama seperti JAKIM, IKIM dan lain-lain. Kempen-kempen ini seharusnya dilakukan secara berterusan bukan mengikut musim sahaja (Nor Shamsinar Baharin, 2001). Kaunseling merupakan salah satu pendekatan yang mungkin berkesan untuk menangani masalah ini kerana ia akan memupuk ketahanan mental keluarga terutama ibu bapa. Membendung sumbang mahram lebih terletak kepada ibu kerana ibulah yang paling hampir dengan anak-anaknya terutama anak perempuan. Ibu berperanan untuk menerangkan kepada anak tentang pentingnya menjaga tubuh badan terutamanya anggota sulit. Anak-anak juga perlu diajar untuk membezakan sentuhan kasih dan nafsu. Ibu juga harus sentiasa mengawasi kelakuan anak-anak mereka walaupun sibuk bekerja. Dalam pendidikan agama, ibu bapa haruslah menjelaskan tentang semua batas-batas pergaulan dan aurat antara muhrim dan bukan muhrim bukan hanya kewajipan dari segi ibadah saja. Akibat ketidakjelasan batas-batas hubungan interaksi manusia, maka akan berlakulah pergaulan bebas yang tidak mengira sama ada seseorang itu mahramnya atau sebaliknya. Di samping itu, ibu bapa juga seharusnya mengurangkan aktiviti atau kerja supaya boleh memperuntukkan masa yang sewajarnya untuk mengawasi anak-anak. Mungkin tidak keterlaluan jika kerajaan menetapkan dasar agar hanya lelaki sahaja yang bekerja pada waktu malam berbanding kaum wanita. Ini kerana dengan cara tersebut, wanita yang bergelar ibu dapat memberikan tumpuan yang secukupnya kepada anak-anak mahupun keluarga yang dibina. Seorang ibu boleh mengawal pergerakan anak-anak daripada melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada sumbang mahram seperti menonton video lucah, berkongsi tempat tidur berlainan jantina dan seumpamanya. Bagi menangani jenayah keji ini adalah dengan mangsa itu sendiri melaporkan kejadian ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ini kerana, jika kejadian ini dilaporkan maka tindakan dapat diambil ke atas pelaku sumbang mahram dan kejadian itu tidak akan berulang lagi. Ramai mangsa tidak melaporkan kejadian yang berlaku kerana diancam oleh penceroboh (pelaku sumbang mahram). Selain daripada rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol, mereka juga tidak tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu. Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percayakan emak, mereka akan pergi kepada orang luar dalam keluarga seperti guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun dalam kebanyakan kes, kejadian itu tidak dilaporkan secara serta-merta. Dengan cara-cara sebegini dan mungkin banyak lagi, masyarakat dapat menghindari atau sekurangkurangnya dapat mengurangkan gejala keji dalam komuniti disamping dapat memperkukuhkan pelbagai hukuman dalam bentuk undang-undang atau kesedaran dalam sebuah masyarakat dan keluarga. Berbagai langkah telah diambil untuk mengelakkan daripada banyak lagi kejadiankejadian yang menggambarkan keruntuhan akhlak ini daripada berlaku. Keprihatinan kerajaan dalam soal ini begitu serius dengan pindaan seksyen 376 Kanun Keseksaan khusus untuk jenayah sumbang mahram dan perlu diselaraskan hukuman di semua negeri. Kerajaan dilihat tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap orang yang sanggup melakukan jenayah keji ini. Arahan kerajaan ini amat relevan supaya ini dapat menakutkan bakal pesalah yang ingin melakukan kesalahan atau jenayah tersebut. Terdapat juga beberapa teknik lain seperti memberi kaunseling kepada bekas pesalah dan pendidikan kekeluargaan secara berterusan. (Siti Fatimah Abdul Rahman, 2002). Satu rancangan bersepadu membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana penting untuk memastikan gejala sosial ini dapat dibendung. Penderaan seks menjadi akar kepada penyakit sosial yang lain seperti pelacuran, AIDS, homoseksual dan keciciran. Keciciran pula menyebabkan rompakan, pembunuhan dan permusuhan. Rumah berbilik tiga harus disediakan pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Langkah-langkah ini juga perlu diambil oleh badan-badan berkanun dan bukan kerajaan dalam proses penyediaan prasarana dan langkah pencegahan jenayah seksual. MEMBERI PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN LAPORAN DARIPADA MANGSA MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG


STATISTIK DAN KES SUMBANG MAHRAM STATISTIK DAN KES SUMBANG MAHRAM


Kesimpulan Kehidupan kita sebagai manusia akan selalu menghadapi pelbagai masalah yang boleh membawa kesan yang serius termasuklah sumbang mahram .Hal ini menunjukkan walaupun manusia diciptakan dengan sebaik baik kejadian Oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka Dan melakukan Kesilapan demi kepuasan nafsu serakah .Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri,manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala -gejala yang negatif serta dilarang oleh agama. Oleh yang demikian,Semua pihak mestilah saling bergading bahu dalam berkerjasama membanteras jenayah sumbang mahram di Malaysia.


Rujukan http://www.myhealth.gov.my/sumbangmahram/ http://notakuliahpismp.blogspot.com/201 2/10/punca-punca-berlakunya-sumbangmahram.html?m=1 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sumbang _mahram https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sumbang _mahram http://www.myhealth.gov.my/sumbangmahram/


Click to View FlipBook Version