The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DCC30122 Case Study Highway ashraf syaza

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyraf Daniel, 2022-10-31 10:40:07

DCC30122 Case Study Highway ashraf syaza

DCC30122 Case Study Highway ashraf syaza

DCC30103
HIGHWAY & TRAFFIC

ENGINEERING

Ahli Kumpulan : i. Nur Syaza Dania Binti Mohamad Shahari (08DKA21F1089)
question 1

ii. Muhammad Asyraf Daniel Bin Aresh (08DKA21F1107)
question 2

Nama Pensyarah : Pn. Mai Azuna Binti Meor Yusuf

Question 1

Pengenalan

Sejak era globalisasi ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita Malaysia. Kemalangan jalan raya merupakan suatu tragedi
yang melibatkan banyak pihak sama ada pemandu kenderaan, penumpang atau pejalan kaki, kenderaan bermotor dan lain-lain. Saban hari rakyat
Malaysia sering mendapat berita kemalangan jalan raya sama ada di televisyen, akhbar dan media massa. Malaysia juga merupakan salah satu
negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya dan jumlah kematian yang tinggi. Statistik yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) antara tahun 2000 hingga 2014 mempunyai peningkatan jumlah yang ketara iaitu dari 250,429 kes
kepada 476,196 kes. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pula adalah melebihi 6000 kes setiap tahun. Mengikut Akta Pengangkutan
Jalan Raya 1987, kemalangan jalan raya ditakrifkan sebagai kemalangan atau insiden yang mana berlakunya kerosakan ke atas orang awam,
kenderaan, haiwan dan berlaku di mana-mana jalan awam seperti jambatan, terowong, plaza tol dan sebagainya. Kemalangan jalan raya boleh
berpunca daripada pelbagai faktor antaranya, pemandu, cuaca, kenderaan dan keadaan jalan sendiri.

2

Faktor yang menyebabkan kemalangan

Dalam kajian yang kami jalankan, kita tahu bahawa kemalangan berlaku disebabkan
oleh banyak faktor yang sering terjadi dan kebiasaannya terjadi disebabkan oleh sikap
manusia sendiri. Terdapat 3 faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan
raya.
1. Kereta (kenderaan tidak diselenggara dengan baik)

Kenderaan merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya
terutamanya kenderaan yang tidak diselenggera dengan baik mengikut jadual dan
masa yang telah ditetapkan boleh mengundang pelbagai masalah kepada
pemandunya terutamanya apabila memandu kenderaan dalam jangka masa yang
panjang. Sebagai contoh, brek kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik akan
menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan sekiranya berlaku sebarang
kecemasan. Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan sukar untuk
memberhentikan kenderaan dan berlakunya kemalangan jalan raya. Jelaslah bahawa
kenderaan perlulah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan
terutamanya dalam perjalanan yang jauh.

3

Sebagai contoh, insiden yang berlaku di Kajang di mana sebuah lori
simen mempunyai masalah brek dan menjadi punca kemalangan melibatkan
Sembilan kenderaan di KM32 Jalan KL – Seremban. Kejadian tersebut
berlaku pada jam 11 pagi dan telah disiasat oleh Ketua Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasa Trafik (JSOT) Selangor. Pemandu lori tersebut mengesan brek
kenderaan itu tidak berfungsi ketika sedang menuruni jalan berbukit. Kes
tersebut telah disiasat di bawah Seksye 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2. Pemandu (Mabuk)

Setiap pengguna jalan raya seharusnya mengambil berat tentang
keselematan diri ketika memandu di atas jalan raya dan tidak mengamalkan sikap
mementingkan diri sendiri. Pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak
seharusnya memandu di atas jalan raya kerana hal ini merupakan salah satu
punca masalah yang akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Hal
ini kerana, apabila pemandu berada di bawah pengaruh alkohol pengguna akan
hilang waras dan tidak dapat berfikir dengan baik sehingga mampu
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, pemandu

4

yang berada di bawah pengaruh alkohol juga akan menyebabkan pemandu
berasa khayal serta tidak dapat memberi daya tumpuan yang baik ketika
memandu. Akibatnya, pemandu akan hilang tumpuan dan memandu dalam
keadaan merbahaya dan bertindak hanya mengikut emosi yang akan
mengundang kecelakaan jalan raya. Sebagai contoh, menurut laporan
daripada salah satu artikel yang telah dipilih melalui laman sesawang Astro
awani online ialah seorang penjawat awam maut dilanggar pemandu yang
disyaki mabuk dalam nahas di Kilometer 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar
di Kampar. Kemalangan tersebut telah berlaku pada hari Ahad kira-kira jam
11.46 malam. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat
kecederaan di bahagian dada. Kejadian ini berlaku berpunca daripada
pemandu tersebut memandu dalam keadaan mabuk dan telah memasuki
laluan kenderaan mangsa menyebabkan berlakunya pertembungan antara
dua buah kereta. Kes kemalangan telah dilakukan penyiasatan lanjut
mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

5

3. Keadaan jalan (jalan yang rosak atau berlubang )

Keadaan jalan raya tidaklah selalunya berada dalam keadaan yang
baik. Keadaan struktur jalan raya yang tidak selamat daripada pelbagai aspek
merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Kebiasaannya jalan raya menjadi lebih berbahaya ketika waktu hujan atau
musim hujan, ini kerana air hujan menyebabkan jalan raya menjadi lebih licin
dan sukar untuk dikawal sekiranya pemandu tidak berhati-hati. Keadaan jalan
raya licin akan membahaya pengguna jalan raya terutamanya penunggang
motosikal. Hal ini kerana penunggang motosikal lebih mudah terjerumus
dalam kemalangan berbanding pengguna kereta. Begitu juga dengan struktur
jalan raya yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata
telah menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan dan menyebabkan
kenderaan terbabas atau sukar untuk dikawal dengan baik. Keadaan jalan
raya yang teruk akan membahayakan pengguna jalan raya. Bagi jalan yang
luas pula, keadaan tersebut meningkatkan kecenderungan pemandu
memandu dengan had yang laju. Seperti yang telah diterangkan oleh pihak
polis, pihak polis Selangor mendedahkan sebanyak 222 kemalangan telah
direkodkan berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya yang tidak

6

sempurna termasuk jalan berlubang dan rosak sepanjang tahun 2018
hingga 2020. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Selangor,berkata, berdasarkan statistik daripada jumlah itu, 148 kes
melibatkan kemalangan maut. Kebanyakkan yang maut ialah terdiri daripada
penunggang motosikal sebanyak 116 orang, penumpang dan pemandu
kenderaan seramai 26 orang dan lori pula seramai 6 orang. Selain daripada
itu, kemalangan berbasikal juga menyumbang sebanyak 299 kes sepanjang
tahun 2018 hingga 2020. Jelaslah bahawa keadaan jalan yang tidak baik
dapat meragut banyak nyawa.

Fungsi Pengurusan Trafik

Pengurusan trafik adalah merupakan satu kaedah di dalam kejuruteraan yang bertujuan untuk mengurangkan konflik pergerakan kenderaan,
meningkatkan kadar aliran dan keselamatan bagi pengguna jalan raya. Pengurusan trafik biasanya dilakukan di kawasan bandar dimana kesesakan
sering berlaku. Pengurusan ini adalah perlu bagi melancarkan pergerakan trafik agar lebih selamat dan berkesan. Teknik pengurusan trafik ini direka
bentuk bagi kenderaan yang bergerak, tidak bergerak dan pejalan kaki.

7

1. Memastikan keselamatan pengguna jalan raya
Pihak pengurusan trafik perlulah mengambil berat dan mengambil kira penggunaan jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna

jalan raya. Ini kerana memastikan keselamatan pengguna jalan raya merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan pihak pengurusan trafik
bagi memastikan sebarang kemalangan yang tragik yang membahayakan keselamatan sekali gus meragut nyawa pengguna jalan raya atau
orang awam dapat dikurangkan supaya menjadi lebih terkawal. Beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan keselamatan
pengguna jalan raya ialah seperti pihak pengurusan trafik menambah baik ciri keselamatan jalan raya dengan memasang lampu amaran di
selekoh atau persimpangan yang berbahaya atau lampu-lampu di sepanjang jalan. Pihak berkuasa juga boleh melakukan aktivit
penyelenggaraan keadaan jalan raya secara berkala di seluruh kawasan terutamanya kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan raya.
Selain iut, mengehadkan penggunaan lori di jalan raya tertentu bagi mengurangkan kerosakan jalan raya kerana muatan yang berat akan
menyumbang kepada kerosakan jalan raya. Bagi melancarkan pergerakan trafik dan persimpangan yang terlibat, teknologi kawalan trafik boleh
dipraktikkan dengan menyesuaikan masa lampu isyarat sebagai tindak balas kepada jumlah lalu lintas dan kesesakan secara bebas seperti
yang diamalkan di sesetengah kawasan bandar di Malaysia. Di samping itu, bagi mengurangkan kelajuan trafik sedia ada, papan tanda
peraturan dan tanda had laju perlu diperbanyakkan di kawasan yang banyak terlibat dengan kemalangan.

8

2. Mengurus dan mengawal tempat letak kereta.

Mengurus tempat letak kereta yang lebih banyak merupakan salah satu langkah yang perlu dilaksanakan oleh pengurusan trafik bagi
mengelakkan berlakunya sebarang masalah terutamanya mengurus tempat letak kereta yang khas bagi orang awam yang bekerja dalam bidang
industri pengangkutan seperti pemandu lori, trelar atau mana-mana pekerjaan yang memerlukan kenderaan yang besar dan mempunyai muatan
berat. Hal ini kerana, pemandu lori memerlukan kawasan letak kenderaan yang khas untuk mereka bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak
diingini berlaku sekali gus membahayakan pemandu lain yang meletakkan kereta disekeliling lori tersebut. Di samping itu juga, tempat letak kereta
yang banyak dapat mengelakkan daripada pemandu yang memandu lori atau trelar meletakkan kenderaan di tempat yang mengganggu jalan
seperti di bahu jalan. Tambahan pula, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan PBT mempunyai kuasa untuk mengalih dan menahan
kenderaan yang menghalang laluan pengguna jalan raya. Oleh itu, pihak pengurusan trafik perlulah sentiasa mengawal tempat letak kereta dengan
memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan kenderaan berat yang melebihi tan memasuki bandar untuk
penghantaran barang.

9

3. Mengkaji faktor penyumbang kemalangan

Pihak pengurusan trafik bertanggungjawab dalam membuat kajian berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan
raya, ini kerana melalui hasil kaji selidik yang dilakukan dapat membantu pengurusan trafik berjalan dengan lebih lancar sekali gus dapat
membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada kemalangan yang telah dikaji dan
direkodkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ialah merupakan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, tidak
mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan sebagainya. Justeru, pihak JSPT
memandang serius terhadap sikap pengguna kenderaan yang sering melakukan kesalahan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa
kompromi dan menasihatkan bahawa semua pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan berhemah dan selamat supaya keselamatan
pengguna jalan raya sentiasa terjamin dan selamat.

Tujuan Pengurusan Trafik

Pengurusan trafik merupakan implikasi yang amat penting dalam sistem aliran kenderaan dimana ia dikategorikan dalam kejuruteraan yang
bertujuan untuk mengurangkan konflik pergerakan kenderaan, meningkatkan kadar aliran dan keselamatan bagi pengguna jalan raya.

10

1. Memastikan pergerakan kenderaan sentiasa efisien dan selamat

Jalan raya sering digunakan oleh rakyat Malaysia setiap hari dan kadang kala berlakunya kesesakan jalan raya terutamanya apabila tiba
musim perayaan di mana semua rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing. Justeru itu, kita sering digemparkan dengan berita
mengenai kes-kes kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. Oleh itu, pihak pengurusan trafik perlulah memastikan jaringan jalan raya
sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar diselenggara dengan baik. Hal ini dapat membantu pengguna jalan raya memandu dengan
selesa dan selamat serta dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Selain tu, pihak pengurusan juga perlu membina lorong-lorong khas
kepada kenderaan tertentu seperti motosikal dan kenderaan berat. Hal ini bagi mengelakkan pertembungan antara kenderaan berat dengan
kenderaan ringan yang sering berlaku apabila pemandu memandu dalam satu kawasan atau lorong yang sama. Tambahan pula, dengan adanya
alternatif begini pemandu dapat memandu dengan selesa dan tenang.

2. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya

Sikap dan tabiat sebilangan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya

serta tidak bersikap mementingkan diri boleh membahayakan orang lain serta diri sendiri. Oleh itu pihak bertanggungjawab perlulah memberikan idea

yang inesiatif dalam mempertingkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan keselamatan jalan raya di negara ini. Sebagai contoh, Jabatan

Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) telah menjalankan kempen ‘Operasi Tegas’ yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai

terutamanya pengguna jalan raya agar kadar kemalangan jalan raya di negara ini berkurangan. Usaha MKKJR secara berterusan juga dilaksanakan

bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutama pengguna jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya. Kesedaran mengenai

keselamatan jalan raya adalah salah satu perkara yang amat penting untuk diambil berat kerana jalan raya disediakan khusus bagi kegunaan orang

ramai untuk menggunakannya.

11

3. Mengurangkan konflik atau pertembungan antara kenderaan dan pejalan kaki

Tujuan pengurusan lalu lintas ini diwujudkan ialah bagi mengenalpasti tahap kesesakan jalan raya. Melalui pengurusan lalu lintas ini
kita dapat mengenalpasti tahap kesesakan yang dihadapi atau berlaku di Malaysia sama ada berada di tahap yang tinggi atau rendah.
Sehubungan dengan itu, adanya pengurusan lalu lintas ini dapat mengurangkan konflik atau pertembungan antara kenderaan dan pejalan kaki.
Bagi pejalan kaki yang sering bergerak di kawasan trafik yang sibuk mempunyai risiko yang sangat tinggi hasil daripada berlakunya
pelanggaran dengan kenderaan sekeliling. Hal ini kerana pejalan kaki akan menerima impak yang berisiko tinggi hasil daripada kenderaan
yang terbabas disebabkan memandu melebihi halaju yang telah ditetapkan oleh penguatkuasa. Oleh itu, sebagai alternatif untuk mengurangkan
konflik ini, pengurusan trafik perlu menyediakan laluan khas bagi pejalan kaki seperti memperbanyakkan laluan jejantas bagi memudahkan
pergerakan ke suatu tempat yang dituju oleh pejalan kaki

12

Keberkesanan pengurusan trafik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

1. Peka terhadap persekitaran pemandu

Pemandu yang tidak memandu dengan persekitaran yang baik di lebuh raya dan jalan raya boleh mengakibatkan kemalangan
jalan raya berlaku. Oleh itu, pemandu mestilah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu. Ini bagi memastikan pemandu
lain yang berada di jalan raya lebih selesa. Pemandu mestilah sentiasa memastikan kenderaan diselenggara dengan baik mengikut waktu
dan jadual yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, apabila pemandu tidak melakukan aktiviti penyelenggaraan berkala akan mengundang
pelbagai masalah kepada pemandu terutamanya apabila memandu dalam jangka masa yang panjang. Oleh hal yang demikian,
apabila penyelenggaraan dilakukan dengan baik maka peratusan untuk mengelakkan kejadian kemalangan jalan raya menjadi lebih tinggi.
Selain itu, apabila pemandu peka terhadap papan-papan tanda disekelilling mereka dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.
Ini kerana, pemandu akan lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya apabila mengalami kesesakan jalan raya.

13

2. Memperkuatkuasakan undang-undang

Selain daripada itu, antara salah satu cara yang memberikan keberkesanan dalam pengurusan trafik untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya ialah dengan adanya pernguatkuasaan undang-undang. Jelaslah bahawa ramai di kalangan pengguna jalan raya mempunyai rekod
saman yang banyak dan sukar bagi mereka untuk menyelesaikannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, sekiranya
pihak polis memberikan diskaun kepada penerima saman, barulah mereka akan tergesa-gesa untuk melangsaikan denda itu dengan nilai yang
lebih murah berbanding jumlah nilai yang sebenar. Perkara sebegini akan kurang memberi kesan atau keinsafan kepada pesalah kerana mereka
mampu membayar denda tersebut. Oleh itu, sistem dimerit perlu dikuatkuasakan semula dengan lebih ketat dimana jika mereka mengulangi
kesalahan yang sama sebanyak 3 kali, akan ditarik semula lesen memandu dan kos seterusnya untuk mengambil lesen baharu digandakan.
Dengan cara begini dapat mengingatkan kepada pengguna bahawa undang-undang Malaysia perlu dipatuhi dan akan diambil tindakan tegas
sekiranya melanggar undang-undang tersebut.

3. Memastikan jalan raya diselenggara

Pengurusan lalu lintas dipertanggungjawabkan untuk memastikan seluruh jaringan jalan raya sama ada di kawasan bandar mahupun
luar bandar perlu diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan. Hal ini dapat membantu pengguna jalan raya untuk menikmati
pemanduan yang selesa dan selamat. Tambahan pula, pihak penyelenggara tidak bersikap seperti melepaskan batuk di tangga di mana
mereka melakukan kerja sambil lewa dengan mengurangkan kos yang ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan kepada mereka. Oleh itu,
kos yang minimum digunakan dan meminta peruntukkan yang maksimum kepada kontraktor untuk mengaut keuntungan sendiri.
Penyelenggaraan kontraktor yang mempunyai ciri-ciri untuk memastikan jalan raya selamat akan dapat membantu memastikan jalan raya
sentiasa berada dalam keadaan yang baik sekali gus dapat menyumbangkan kepada pengurangan risiko kemalangan jalan raya.

14

Kesimpulan

Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menangani serta mengurangkan kes-kes kemalangan
jalan raya dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Semua pihak yang bertanggungjawab seperti pihak
pengurusan trafik perlulah menitikberatkan hal ini dan bekerja sama dalam memastikan keadaan jalan raya sentiasa selamat digunakan oleh
semua pengguna jalan raya. Pihak pengurusan trafik yang bekerjasama dapat memupuk sikap kesedaran dalam diri pengguna jalan raya bagi
mengatasi kemalangan jalan raya terus meningkat naik dan memberikan kesan yang baik dan positif. Justeru itu, nama negara akan sentiasa
terjamin dan menjadi tumpuan serta sanjungan oleh negara luar disebabkan rakyat Malaysia yang mematuhi peraturan apabila memandu di jalan
raya. Hal ini kerana keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama
kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi
kesejahteraan bersama.

15

Rujukan

 Berita Harian (2022, Oktober 6), Kereta dipandu warga emas hilang kawalan, rempuh pasar raya
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1008713/kereta-dipandu-warga-emas-hilang-kawalan-rempuh-pasar-raya

 Sinar Harian (2019, Disember 19), Masalah brek punca kemalangan sembilan kenderaan
https://www.sinarharian.com.my/article/61915/berita/tragedi/masalah-brek-punca-kemalangan-sembilan-kenderaan

 Harian Metro (2022, Oktober 26), Pemandu mabuk punca kemalangan lima kenderaan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687030/pemandu-mabuk-punca-kemalangan-lima-kenderaan

 Awani. A (2022, Jun 6), Penjawat awam maut dilanggar pemandu mabuk
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjawat-awam-maut-dilanggar-pemandu-mabuk-364937

 Utusan Malaysia (2020, Disember 29), Jalan rosak undang maut
https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/jalan-rosak-undang-maut/

 Kosmo Digital (2021, Januari 7), Jalan rosak, berlubang bawa bencana
https://www.kosmo.com.my/2021/01/07/jalan-rosak-berlubang-bawa-bencana/

16

Question 2
Introduction

Pavements are an essential part of our life. We use them as roads, runways, parking lots, and driveways.
Pavements are expected to be adequately strong and durable for their design life. They are expected to function
properly by providing a smooth traveling surface for the traffic under various conditions of the environment. In order to
ensure this, pavements must be designed, constructed, maintained, and managed properly. Pavements can be
classified into asphalt (flexible pavement ) or concrete ( rigid pavement ). Pavements consist of different layers more so
in the case of asphalt pavements than concrete ones. From the bottom up, these layers are known as the subgrade,
subbase, base, and binder or surface. These are certain pavements with asphalt surface layers on top of the concrete
layers.

17

1.0 Type of failure

1.1 Flexible pavement

Flexible pavement failure is caused by a number of variables including water intrusion, stress from heavy vehicles, expansion, and contraction
from seasonal temperature changes, and sun exposure. It is important to keep track of proper maintenance like cracks and asphalt sealing to prevent
cracks from forming and spreading.

1) Potholes

A pothole is one of the deflects on the road surface. Potholes are created when the top layer of pavement
and the material beneath called the base or sub-base cannot support the weight of the traffic. Two factors are
always present in such a failure which are traffic and water. The “ gestation period “ for potholes includes snow-
melt or rain seeping through cracks in the pavement and into the sub-base if the moisture cannot adequately drain
away from the sub-base and soil underneath, it becomes saturated and soft. Next, trapped moisture is subjected to
repeated freeze/thaw cycles, and with each occurrence the expanding ice lifts and cracks the pavement more. The
passing traffic weakens the pavement, cracking it further. As the temperature rise and the ice melts, a void is left
under the pavement. This void collects more water, and during the next freeze, the void will enlarge. Vehicles
driving over the weakened pavement pound it until the surface breaks and collapses into the void below, thus
creating a pothole.

18

Repair method

The primary step that must be taken is to use a cold-patch (“ throw-and-roll “ ) method by patching material shoveled into the pothole
which may or may not is filled with water and debris and compacted if possible, and the crew moves on to the next pothole. Cold patch repairs are
quick but temporary, they are an expedient fix performed when traffic, weather, and general pavement conditions preclude a more permanent
repair. Apart from that, the hot-patch semi-permanent method also could be used to repair this problem. Water and debris are removed from the
pothole, and the sides of the patch area are “ squared up “’ until vertical sides exist in the reasonably sound pavement. Tack oil is applied and then
a heated asphalt mix is placed and compacted with a small, vibratory device. A slight crown for water dispersal is desirable. Although it raises the
cost of potholes because it improves patch performance. Because this method is more labor and equipment intensive, it is usually done when
traffic and weather conditions are more favorable. Spray-Injection Devices are when water and debris are removed from the pothole, and a tack
coat of binder is sprayed on the sides and bottom of the pothole, asphalt and aggregate are blown into the pothole, and the patch is covered with a
layer of aggregate. This technique has higher equipment costs but a higher rate of productivity and lower material costs. Spray injection is faster
than hot patch repairs and more permanent than cold patch, however, it is not as durable as or useful as a hot patch for deeper potholes. The
material is not compacted nor is the underlying base material corrected before filling. Edge Seal as follow-up by using the same method as throw-
and-roll, but once the repair section has dried, a second pass is made to place a ribbon of asphaltic tack material on top of the patch edge and
pavement surfaces. A layer of sand is placed on the tack material to prevent tracking by tires, and the section is open to traffic as soon as workers
and equipment are cleared from the area.

19

2) Alligator cracking

Alligator crack is the type of damage in asphalt when the surface is cracked like the back of a gator. This is common on highways and
roads but is also seen in private places. Several reasons cause asphalt alligator crack, and here are some of them driving heavy vehicles on the
road before it is cured, leaving some cracks untreated, weakened subgrade, and inadequate pavement thickness.

Repair method

Crack Filling and Sealing can be used as a temporary solution to prevent water from seeping into the asphalt and degrading the ground
beneath. Sealing does nothing to rectify the problem, but it simply helps prevent the damage from getting worse. Crack filling and sealing can be
helpful solutions until more serious repairs can be performed. Next, repair the subgrade, when alligator cracking is prevented it means that the
foundation of the asphalt is not able to withstand the pressure or traffic that is being applied to it. The only way to fully correct the problem is to
repair the subgrade, strengthening the foundation. Repairing only the asphalt surface will not work, as the problem stems from the asphalt’s base.

20

3) Longitudinal cracking

Longitudinal cracks in the bituminous pavement are usually caused by fatigue failure under repeated traffic loading. In thin pavements,
cracking starts at the bottom of the bituminous layer where the tensile stress is the highest and then it spreads to the surface as one or more
longitudinal cracks. In thick pavements, the cracks usually commence from the top because of high localized tensile stresses from tire-pavement
interaction. After repeated loading, the longitudinal cracks develop into a pattern similar to the back of an alligator.

Repair method

As for the method repair, low severity cracks (<1/2 inch wide and infrequent cracks). Crack seal to prevent the entry of moisture into the subgrade
through the cracks and further raveling of the crack edges. HMA can provide years of satisfactory service after developing small cracks if they are
kept sealed (Roberts et al, 1996). High severity cracks (>1/2 inch wide and numerous cracks). Remove and replace the cracked pavement layer
with an overlay.

21

4) Raveling

Issues with raveling begin when your asphalt’s aggregate particles separate from the
asphalt’s binder. There are several causes for asphalt raveling including weather issues such as
sun, rain, and ice will cause subtle damage to your asphalt over time by weakening the bonds
between the asphalt binder and aggregate. Weather damage leads to oxidation, a chemical
reaction that further weakens the bond between aggregate and binder. Poor installation is when
inadequate compaction during installation can lead to premature raveling, which usually occurs
when the asphalt is installed during temperatures that are too low. Separation of aggregated
particles also known as aggregate segregation also one of the causes of raveling. Low-quality
aggregate lacks fine dust particles (aggregate fines). Asphalt contains a variety of aggregate sizes
from ¾ rock down to the sand. When it is installed, the asphalt must maintain a consistent internal
distribution of these aggregates. During installation, if the laborers that rake the asphalt lack
experience, they can accidentally cluster the larger aggregates into small areas. Without finer
aggregates evenly distributed in these clusters, the asphalt binds poorly, causing the aggregates
to ravel out of the asphalt mat. Without fine dust to bind to, the binder bonds to coarser particles,
which are more likely to wash away, causing raveling. Lastly, mechanical dislodging. Separation
can happen from vehicles, especially vehicles likely to aggravate the surface like snowplows,
snow tires, or oversized tires.

22

Repair method

For this failure, we can use localized repair because if raveling is only happening in small spots or is not that extensive, we can execute a
localized repair. If it is early enough in the raveling process, we can halt the process by seal coating as soon as possible. If repairs are necessary,
skin patching or infrared heating is the best solution. Mild raveling is not a structural problem that warrants a major concern, your driveway is still
functional. But you do want to prevent extensive raveling because it is ugly and expensive to repair. Other than localized repair, we can also use
extensive repair as a method to repair this failure. If your entire asphalt driveway is raveling and it has been raveling for many years, this may
require a mill and overlay or full-depth removal and replacement to correct the problem. Extensive and prolonged raveling can become structural
problems that lead to failed asphalt.

23

5) Depression

Cause of the failure

Depressions are localized pavement surface areas with slightly lower elevations than the surrounding pavement. Depressions are very
noticeable after rain when they fill with water.

Repairs method

A pavement depression should be investigated to determine the root cause of failure (i.e. subgrade settlement or frost heave0. depressions
should be repaired by removing the affected pavement digging out and replacing the area of poor subgrade. Patch over the repaired subgrade.
Depending on the severity of the depression the asphalt may have to be removed and replaced (severe). Less severe depressions can be fixed by
applying a thin surface patch or infrared patch.

24

1.2 Rigid pavement

Introduction

The main causes of failure in rigid pavements due to faulting are the pumping or the erosion of material under the pavement, resulting in
voids under the pavement slab causing settlement. The temperature changes and moisture changes cause the curling of the slab edges. Poor soil
support results in pavement failure. Soli stabilization thru hydraulic binders can help prevent the weakening of soil due to moisture. Leakage from
underground water pipes deteriorates the soil that anchors the pavement due to erosion. It may result in a hole or a localized void on the
pavement.

1) Polished Aggregate in Rigid Pavements

The repeated traffic application leads to this distress. These are the failures in rigid
pavements caused when the aggregates above the cement paste in the case of PCC are very
small or the aggregates are not rough or when they are angular in shape, that which cannot
provide sufficient skid resistance for the vehicles. The polishing degree should be specified
before the construction is carried out. This study is included in the condition survey, where it is
mentioned as a defect.

25

Repair method

Diamond grinding or overlay can be used as a method to repair polished aggregate failure. Diamond grind or overlay the pavement
surface to increase friction and tire traction.

2) Faulting in rigid pavements

The difference in elevation between the joints is called faulting. The main causes of failures in rigid pavements due to faulting are
settlement of the pavement that is caused due to soft foundation. Next, the pumping or the erosion of material under the pavement results in voids
under the pavement slab causing settlement. The temperature changes and moisture changes cause curling of the slab edges.

26

Repair method

Faulting heights of less than 3 mm (0.125 inches) need not be repaired. Faulting in an endowed JPCP between 3 mm (0.125 inches) and
12.5 mm (0.5 inch) is a candidate for a dowel bar retrofit. Faulting over 12.5 mm (0.5 inches) generally warrants total reconstruction.

3) Corner break

These are the failures in rigid pavements that are caused due severe corner stress that is caused by load repetitions combined with a loss
of support, poor load transfer across the joint, curling stresses, and warping stresses. The concrete would have a rough texture, moisture
infiltration, and severe corner breaks that will fault spall, and disintegrate.

27

Repair method

The repair method is either a full-depth patch or the repair for the full depth must be carried out.

4) Patches

Patches are a portion of pavement that has been removed and placed. This is possible causes because of previously localized pavement
deterioration pavement that has been removed and patched. Other than that, patches could possibly happen because of utility cuts.

28

Repair method

Patches are themselves a repair action. The only way they can be removed is through an overlay or slab replacement.

5) Shrinkage Cracking in Rigid Pavements

All PCC will shrink as it sets and cures, therefore shrinkage cracks are expected in the rigid pavement, and provisions for their control are
made. However, uncontrolled shrinkage cracking can indicate the contraction joints sawed too late. In JPCP, if contraction joints are sawed too
late the PCC may already have cracked in an undesirable location. Apart from that, in CRCP, proper reinforcing steel design should result in
shrinkage cracks every 1.2 – 3m (4 – 10 ft.). Improper curing techniques also can lead to shrinkage cracking this is because if the slab surface is

29

allowed to dry too quickly, it will shrink too quickly and crack. To quickly open a newly constructed or rehabilitated section to traffic, high early-
strength PCC may be used. This type of PCC can have a high heat of hydration and shrinks more quickly and to a greater extent than typical PCC
made from unmodified Type 1 Portland cement.

Repair method

In mild to moderate severity situations, the entire slab may need replacement.

Conclusion

In conclusion, as flexible and rigid pavement extends its design life, it will be exposed to various types of wear and tear due to
accumulated traffic loads. Therefore, to ensure the comfort and safety of driving to the user, the road must always be in good condition because it
is constantly monitored and maintained by the relevant parties from time to time. In addition, proper and effective road maintenance techniques
need to be practiced so that good road characteristics can be maintained, maintenance methods that can be performed to maintain good road
condition depend on the type or damage of the pavement.

30

References

• https://mtc.ca.gov/sites/default/files/APWA_Pothole_Fact_Sheet.pdf
• https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/jalan-rosak-undang-maut/
• https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687030/pemandu-mabuk-punca-

kemalangan-lima-kenderaan
• https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1008713/kereta-dipandu-warga-emas-

hilang-kawalan-rempuh-pasar-raya

31


Click to View FlipBook Version