The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

201208150648_Topik 3 Tanggung jawab dan Peranan Guru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-03-28 22:53:53

201208150648_Topik 3 Tanggung jawab dan Peranan Guru

201208150648_Topik 3 Tanggung jawab dan Peranan Guru

Topik X Tanggungjawab

3 dan Peranan
Guru

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep akauntabiliti seorang guru;
2. Membincangkan bagaimana iklim sekolah yang positif boleh

dibentuk;
3. Memberikan cadangan penyelesaian masalah untuk kes tingkah laku

pelajar yang disenaraikan;
4. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru

untuk menjadi role model kepada pelajar; dan
5. Menghuraikan peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan

pembimbing.

X PENGENALAN

Sekarang kita akan memasuki Topik 3 bagi modul Perkembangan Profesionalisme
Keguruan.

Sekolah diwujudkan dengan autoriti untuk meletakkan standard dan kriteria
tertentu di dalam pentadbiran pelajar demi mencapai kejayaan. Ini menjadikan
peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran
sekolah yang selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik
pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna di masa hadapan.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 59

Sebagai penyampai ilmu dan kemahiran, guru perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini. Ledakan ilmu yang berlaku hari ini
begitu mencabar para guru. Jika guru tidak mengambil peluang yang ada, iaitu
dengan melengkapkan diri dengan perkembangan terbaharu, pasti para guru
akan ketinggalan zaman. Pelbagai peningkatan berlaku bukan sahaja dari segi
ilmu tetapi juga media untuk menimba ilmu.

Perkembangan sains dan teknologi menuntut para guru menguasai ilmu
teknologi maklumat. Kemahiran menggunakan komputer, mencari maklumat
baru menerusi internet dan seumpamanya adalah kemahiran yang wajib
dikuasai oleh setiap orang guru.

Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan kepada pelajar untuk mencapai
kejayaan di dalam hidup dan menjadi kaunselor bila pelajar menghadapi
masalah. Apabila masa untuk meninggalkan alam persekolahan hampir tiba,
guru memberikan pandangan dan pendapat kepada pelajar mereka dalam
membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan pencapaian dan potensi
mereka. Sebahagian pelajar menganggap guru sebagai ibu bapa kedua mereka.

Topik ini terbahagi kepada tiga unit iaitu akauntabiliti seorang guru yang
dijelaskan dari segi prihatin dan jati diri, guru pembentuk iklim dan budaya
sekolah iaitu sebagai role model, kepimpinan melalui teladan dan proaktif. Turut
dibincangkan di dalam topik ini ialah peranan guru sebagai motivator, pemudah
cara dan pembimbing. Mari kita pelajari dengan lebih mendalam tentang tajuk
ini.

3.1 AKAUNTABILITI SEORANG GURU

Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? Akauntabiliti ialah
tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya.
Seseorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan
bersedia menghadapi sebarang implikasi sebarang keputusan yang diambil.

Guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pelajar dan profesion. Jadual 3.1
menunjukkan jenis-jenis akauntabiliti guru terhadap pelajar.

60 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Jadual 3.1: Jenis-jenis Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar

Jenis Akauntabiliti Penerangan

Prestasi pelajar x Keupayaan kognitif;

x Tumpuan latihan;

x Pengalaman; dan

x Kandungan pengetahuan.

Keselamatan pelajar x Keselamatan mereka misalnya semasa lawatan
sambil belajar:

Bermula dari menaiki bas;

Semasa lawatan berlangsung; dan

Pada peringkat akhir lawatan sehinggalah
anda menyerahkan semula pelajar kepada
ibu bapa mereka.

Keselamatan pelajar dalam x Tidak boleh meninggalkan kelas sesuka hati
kelas tanpa pengawalan guru ganti;

x Keselamatan pelajar dari didera oleh guru; dan

x Keselamatan pelajar dari dibuli oleh rakan
sekolah dan sesiapa pun semasa berada di
kawasan sekolah.

Penyelidikan yang berkaitan x Meninjau permasalahan di dalam pengajaran dan
dengan Pengajaran dan pembelajaran (p&p);
Pembelajaran
x Mencuba sesuatu strategi untuk menyelesaikan
masalah p&p;

x Meninjau kelemahan dan kekuatan; dan

x Mencadangkan penambahbaikan.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 61

Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai? Akauntabiliti seseorang
guru dinilai dengan cara-cara berikut:

(a) Melalui intervensi awal;

(b) Penilaian rakan sejawat; dan

(c) Mengiktiraf guru contoh (mentor atau guru pembimbing).

Guru yang enggan berubah ke arah sikap yang positif sama ada tidak mahu
membuat persediaan sebelum mengajar, burn out atau pun kurang berminat
dengan profesion perguruan disarankan meninggalkan profesion ini. Guru-guru
beginilah yang akan menyumbang ke arah kegagalan pelajar.

3.1.1 Prihatin

Setiap guru perlu sentiasa prihatin dalam menjalankan tugas sama ada di dalam
atau pun di luar bilik darjah. Semasa mengajar sentiasa memerhatikan pelajar
sama ada mereka melibatkan diri secara aktif atau tidak. Semasa mengajar guru
bukan sahaja memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut
perancangan tetapi juga memastikan pelajar-pelajar memberikan tumpuan dan
terlibat sepenuhnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu
menjadi tanggungjawab guru memberikan perhatian ke atas aspek ini. Kadang
kala pelajar-pelajar mengambil kesempatan atas kealpaan guru terutamanya
semasa aktiviti kumpulan. Pelajar yang kurang berminat dengan tugasan yang
diberi oleh guru tidak akan melibatkan diri secara aktif. Mereka mungkin akan
duduk bersama dengan ahli lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru tetapi
sebagai peserta pasif, tidak memberikan apa-apa sumbangan.

Guru harus mengambil inisiatif mempertimbangkan semula kemungkinan.
aktiviti yang dirancang kurang menarik, aras pengajaran terlalu tinggi atau
terlalu rendah ataupun mungkin pelajar berkenaan tidak selesa berada di dalam
kumpulan yang ditetapkan untuknya. Guru harus sentiasa prihatin terhadap:

62 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

(a) Perubahan Tingkah Laku Pelajar (Sila lakukan Aktiviti 3.1).

AKTIVITI 3.1

Lihat contoh-contoh di bawah:

1. Zaid, seorang murid kelas anda telah menjadi agak pendiam, tidak
mahu lagi ke kantin bersama anda seperti sebelumnya.

2. Tiba-tiba sahaja Hani mula menjadi tumpuan pelajar lelaki di kelas.
Perubahan ketara pada susuk badannya, dan dia juga kelihatan
mula bersolek dan memakai pakaian yang agak seksi semasa
aktiviti kokurikulum.

3. Ketua kelas anda Aman, kelihatan semakin kurus, selalu lambat ke
sekolah. Kadang-kadang Aman „hilang‰ semasa kelas berlangsung,
alasannya ke tandas. Matanya juga kelihatan merah dan
perangainya menjadi pemarah.

Sebagai seorang guru, jika anda berhadapan dengan masalah pelajar
seperti di atas, apakah yang akan anda lakukan?

Bincangkan masalah ini secara berpasangan.

Gunakan Borang Grafik di bawah untuk menjelaskan cadangan tindakan
itu dan bentangkan di dalam kelas anda.

Masalah Masalah Pelajar Cadangan Tindakan
1.

2.

3.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 63

(b) Prihatin terhadap Cara Guru Berpakaian
Guru perlu berpakaian mengikut kesesuaian masa, tujuan dan tempat.
Cara pemakaian guru sering menjadi tumpuan pelajar terutamanya pelajar
yang sedang meningkat remaja. Pakaian guru perempuan tentu akan
diminati oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapun pakaian yang
ketat, jarang dan agak keterlaluan fesyennya pula akan diminati oleh
pelajar lelaki. Jadi pakaian yang bagaimanakah yang sesuai supaya tidak
mengganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran? Mari kita sama-sama
fikirkan.

(c) Prihatin terhadap Pencapaian Objektif Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, guru akan merancang objektif yang akan
dicapai. Objektif yang dirancang perlu realistik dan bersesuaian dengan
aras pencapaian pelajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku, guru perlu prihatin terhadap tingkah laku pelajar. Perubahan
tingkah laku sepatutnya berlaku, daripada tidak tahu kepada tahu. Jika
tidak tercapai cari puncanya sama ada faktor guru, faktor murid, faktor
persekitaran dan sebagainya. Cari jalan penyelesaiannya. Jadi, untuk masa
akan datang, objektif itu perlu direndahkan arasnya. Guru juga boleh
mengubah strategi pengajaran untuk mendapatkan penglibatan pelajar
secara penuh.

(d) Prihatin terhadap Keperluan Pelajar dan Perbezaan Individu
Keperluan ditakrifkan sebagai suatu kekurangan yang perlu dipenuhi atau
dikehendaki oleh seseorang individu agar dia dapat berfungsi dengan
berkesan. Semua keperluan ini diperlukan oleh manusia untuk berfungsi di
samping menstabilkan emosi dan hidup dengan lebih berkeyakinan.

Pernahkah anda temui pelajar yang selalu menjerit-jerit meminta guru
menyelesaikan masalahnya? Selalu mengadu kesalahan pelajar lain kepada
guru; kelihatan mengada-ngada di mata pelajar lain? Tahukah anda
mengapa keadaan ini berlaku? Pelajar ini sebenarnya memerlukan
perhatian, perlukan kasih sayang yang mungkin tidak diperoleh di rumah
atau pun sudah terbiasa diberi perhatian yang berlebihan.

Mengikut Abraham Maslow (1970), keperluan dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Ini
ditunjukkan dalam rajah hierarki Maslow (rujuk Rajah 3.1):

64 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Rajah 3.1: Hierarki Maslow

Menurut Maslow, manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan diri
yang meliputi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan
penghargaan kendiri. Setelah semua keperluan fisiologi diperoleh barulah
manusia mula mengejar keperluan psikologi seperti keselamatan, kasih
sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri, keperluan
mengetahui dan estetik.

Sekarang, anda tentu dapat menjangkakan mengapakah seseorang pelajar
di dalam kelas anda bertingkah laku sedemikian rupa.

(e) Prihatin terhadap Latar Belakang Pelajar
Latar belakang pelajar adalah amat penting bagi setiap guru. Untuk
mengelakkan daripada memberikan layanan yang tidak adil, anda perlu
tahu latar belakang mereka.

Dapatkah anda bandingkan pelajar-pelajar dari kumpulan yang berbeza
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2?

Jadual 3.2: Perbandingan antara Pelajar

Tingkah laku seorang pelajar yang Berbanding Tingkah laku pelajar yang datang
datang daripada sebuah keluarga daripada keluarga kaya dan
miskin dan berpecah belah bahagia

Pelajar yang bermasalah kesihatan Pelajar yang sihat dan cerdas

Pelajar yang introvert Pelajar yang ekstrovert

Pelajar yang bermasalah Pelajar yang pintar cerdas
pembelajaran
Pelajar yang sempurna
Pelajar istimewa

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 65

AKTIVITI 3.2

Pernahkah anda menyesali tindakan anda terhadap seseorang? Mengapa?
Apakah yang sepatutnya anda lakukan? Bincang dengan kawan anda.

(f) Prihatin terhadap Tahap Pencapaian Pelajar yang Pelbagai
Di dalam sebuah kelas yang mengandungi pelajar daripada pelbagai
kecerdasan tentulah menuntut keprihatinan guru yang lebih untuk
menyesuaikan p&p dengan kepelbagaian itu.

Kita sering kali mendengar bagaimana seorang pelajar yang pintar
walaupun belum memasuki alam persekolahan secara formal enggan
belajar bersama rakan sekelas, mengganggu rakan-rakan yang lain dan
lebih dahsyat lagi tidak mahu ke sekolah. Mengapa keadaan ini berlaku?
Jika guru prihatin dengan masalah pelajar pintar cerdas ini, beliau akan
menyediakan aktiviti yang khusus dan lebih mencabar untuknya. Ini akan
dapat menarik perhatian pelajar tersebut dan mengelakkan rasa jemu
untuk belajar di kelas berkenaan.

3.1.2 Jati Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri bermaksud manusia
sempurna yang mempunyai keseimbangan antara fikiran, rohani dan
jasmaninya.

Sabda Rasulullah S.A.W., ..sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul
daging, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik. Sebaliknya jika ia
rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak.

Konsep jati diri adalah seorang individu yang mempunyai ketakwaan yang
tinggi terhadap agama, sentiasa patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan
sunnah Rasul. Seorang yang ada jati diri akan mengamalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang. Individu itu sentiasa mendengar seruan
Tuhan bukan seruan syaitan.

Seseorang yang mempunyai jati diri akan merasa bangga dengan keturunannya,
dengan negaranya, akan terus berusaha menyumbangkan buah fikiran dan
tenaga untuk memajukan diri demi diri, keluarga, bangsa dan negara.

66 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Cara-cara meningkatkan jati diri adalah seperti berikut:

(a) Percaya kepada kekuasaan Tuhan;
(b) Mengelakkan diri daripada cepat berputus asa, sentiasa ingin mencuba;
(c) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi;
(d) Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup;
(e) Membina semangat juang dan daya saing yang tinggi;
(f) Membentuk disiplin diri;
(g) Mendidik dan melatih diri supaya sentiasa berusaha dan berikhtiar; dan
(h) Menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan antisosial.

AKTIVITI 3.3

Bincangkan di dalam kumpulan: Rujuk Lampiran 1

(a) K1 & 2: Kualiti Guru
Bagaimana membina jati diri untuk menjadi seorang yang
dedikasi;
Kualiti role model;
Menghargai masa; dan
Kepuasan bekerja.

(b) K 3 & 4: Komitmen dan Akauntabiliti Guru
Spesifikasi akauntabiliti;
Keterampilan watak;
Kemahiran yang dikuasai;
Kenal pasti sahsiah yang menyokong kepada komitmen dan
akauntabiliti; dan
Bagaimana melahirkan komitmen terhadap tugas.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 67

(c) K5 & 6: Guru Tegas dan Penyayang
Huraikan konsep;
Contoh-contoh;
Kekuatan dan kelemahan;
Implikasi tegas dan penyayang; dan
Reka situasi lain yang menunjukkan tegas dan penyayang.

(d) K 7 & 8: Guru Sebagai Pakar Rujuk
Kenal pasti bidang rujukan;
Sahsiah diri;
Kriteria pakar rujuk; dan
Penghormatan masyarakat.

3.2 GURU PEMBENTUK IKLIM DAN BUDAYA
SEKOLAH YANG BAIK

Iklim dan budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, amalan
keselamatan dan struktur organisasi sekolah yang membolehkan sekolah
berfungsi dan bertindak dengan cara-cara yang telah ditentukan.

Terdapat sekolah-sekolah yang mengamalkan persekitaran yang penuh kasih
sayang dengan mengambil berat kebajikan pelajar dan melayan mereka sebagai
individu. Tidak kurang pula sekolah yang begitu autokratik strukturnya, di
mana peraturannya sangat ketat dan pengawasan juga sangat tegas.

Pentadbiran sekolah termasuklah guru dan kakitangan sekolah seluruhnya,
bertanggungjawab di dalam menyediakan iklim sekolah yang harmoni, selesa,
selamat, mesra dan riang untuk menjadikan semua warganya merasa bangga
bekerja atau belajar di sekolah berkenaan.

Moos (1979) memberikan definisi iklim sekolah sebagai ... „social atmosphere of
a setting or „learning enviroment‰ in which students have different experiences,
depending upon the protocols set up by teachers and administrators.‰

68 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Iklim sekolah memainkan peranan melahirkan pelajar yang berketerampilan,
berakhlak mulia, seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi serta naturalis.

Iklim sekolah merangkumi aspek-aspek:

(a) Fizikal;
(b) Sosial;
(c) Budaya ilmu; dan
(d) Penguasaan bahasa di sekolah.

Lihat Jadual 3.3 untuk pemahaman lanjut.

Jadual 3.3: Aspek-aspek di dalam Iklim Sekolah

Iklim Sekolah Meliputi:

1. Aspek fizikal x Kebersihan: Persekitaran yang bersih (contoh, bilik
sekolah darjah, tandas dan lain-lain).

x Kelengkapan: Kipas yang cukup, kantin, makmal,
komputer, pusat sumber, OHP, dan lain-lain.

x Keselamatan (bangunan yang kukuh): Pelajar dan
guru selamat.

x Keselesaan: Kondusif, ruang yang cukup luas, kerusi
meja dalam berkeadaan baik, susun atur yang baik,
peredaran udara.

2. Aspek sosial x Keselamatan: Suasana tenteram dari ancaman luar,
buli, dera.

x Hubungan mesra, hormat-menghormati, bekerjasama,
kekitaan, riang, adil.

3. Aspek budaya ilmu x Bersemangat untuk belajar.

x Dorongan/motivasi yang berterusan.

4. Aspek penguasaan x Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
bahasa di sekolah

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 69

Bagaimana pentadbir boleh mewujudkan iklim sekolah yang positif? Mari kita
lihat di bawah.

(a) Hubungan baik antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan
kakitangan lain;

(b) Wujudkan perasaan bersatu padu di kalangan warga sekolah;
(c) Hormat dan tunjukkan sifat mengambil tahu kepada pelajar;
(d) Raikan kejayaan pelajar. Cuba libatkan pihak media dalam keraian itu;
(e) Ajar cara mengelakkan masalah keganasan di kalangan pelajar dan menangani

konflik;
(f) Bangkitkan rasa empati di kalangan pelajar;
(g) Kuatkuasakan melalui contoh yang anda menghargai kepelbagaian;
(h) Sikap yang positif terhadap guru dan pelajar;
(i) Tunjukkan rasa hormat terhadap semua staf dan pelajar;
(j) Sentiasa menghubungi pihak ibu bapa dan dapatkan penyertaan mereka di

dalam aktiviti sekolah dan perkembangan pelajar;
(k) Kekalkan pengurusan bilik darjah yang berkesan;
(l) Libatkan pelajar di dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif;
(m) Sediakan peraturan yang jelas dan konsekuennya dilaksanakan secara

konsisten;
(n) Laksanakan program membanteras keganasan di sekolah untuk semua pelajar;
(o) Bimbing pelajar bermasalah secara individu;
(p) Amalkan bimbingan rakan sebaya;
(q) Beri perhatian kepada masalah buli;
(r) Beri perhatian kepada masalah ponteng sekolah;
(s) Sediakan pengawas di ruang legar, kantin, tandas dan seumpamanya;
(t) Pastikan pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah yang mencabar;
(u) Timbulkan perasaan bangga terhadap sekolah; dan
(v) Bentukkan sistem rakan baik/buddy system untuk membantu pelajar yang

lembam.

70 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

3.2.1 Budaya Sekolah

Walaupun sesuatu budaya sekolah boleh bertukar ganti peranannya, namun kita
boleh katakan bahawa iklim sekolah lebih merujuk kepada bagaimana sekolah
boleh memberi kesan ke atas pelajar. Manakala budaya sekolah pula lebih
kepada cara guru dan kakitangan sekolah yang lain bekerjasama.

Jon Saphier dan Matthew King, dalam „Good Seeds Grow in Strong Cultures‰,
Educational Leadership, (Mac 1985, ms 67-74) menjelaskan 12 norma budaya
sekolah iaitu:

(a) Kekitaan;
(b) Pengalaman;
(c) Jangkaan yang tinggi;
(d) Kepercayaan dan keyakinan;
(e) Sokongan tangibel;
(f) Berasaskan ilmu;
(g) Penghargaan dan mengambil berat;
(h) Kasih sayang, meraikan dan unsur kecindan;
(i) Terlibat di dalam membuat keputusan;
(j) Kawalan ke atas perkara-perkara yang penting;
(k) Tradisi; dan
(l) Jujur dan mengamalkan komunikasi terbuka.

Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti budaya:

(a) Ilmu;
(b) Kerja;
(c) Komunikasi;
(d) Bilik darjah; dan
(e) Kepimpinan.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 71

Pada peringkat sekolah, mewujudkan budaya yang positif boleh dilaksanakan
melalui cara-cara berikut:

(a) Semua menekankan kepentingan belajar;
(b) Kepimpinan yang kuat;
(c) Kurikulum berasaskan matlamat dan objektif yang jelas;
(d) Jangkaan yang tinggi terhadap kualiti pengajaran;
(e) Insentif dan ganjaran diberikan untuk memotivasikan pelajar;
(f) Ibu bapa sering dijemput untuk turut sama terlibat;
(g) Pentadbir dan guru berusaha secara berterusan untuk menjadikan proses

p&p berkesan; dan
(h) Suasana yang kondusif untuk belajar.

3.2.2 Role Model

Bagi pelajar, kita adalah pembimbing, kaunselor dan rakan sejati mereka.
Sebagai guru, kita boleh menjadi role model kepada pelajar-pelajar melalui:

(a) Pencapaian akademik: pembelajaran sepanjang hayat, berilmu;
(b) Banyak pembacaan, banyak pengalaman, menjadi sumber rujukan;
(c) Lebih daripada itu guru menjadi idola pelajar;
(d) Tingkah laku: Menepati masa, tegas, konsisten, adil;
(e) Cara berpakaian: Sopan, sesuai dengan masa dan situasi, kemas;
(f) Sosial: Batas-batas pergaulan, mesra, sopan, menjaga adab;
(g) Hubungan sesama rakan sejawat/pelajar ă profesional;
(h) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi; dan
(i) Cara mengajar: Menarik, mudah didekati, mudah difahami serta

mengandungi unsur-unsur kecindan.

72 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

3.2.3 Kepimpinan Melalui Teladan

Kita sering kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya bertindak mengikut lunas
yang betul, mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat, terus
belajar untuk menambahkan ilmu dan sebagainya. Sebagai guru pula, sejauh
manakah kita mempraktikkannya?

Guru yang mempunyai ciri-ciri sebagai role model akan disukai oleh pelajar.
Bermula daripada cara berpakaian, bertutur kata hinggalah kepada cara guru itu
bertindak akan diperhatikan oleh pelajar-pelajarnya. Apa yang difikirkan baik
untuk mereka akan menjadi ikutan.

Guru yang pandai bercakap, pandai memberikan motivasi kepada pelajar untuk
berjaya dan di masa yang sama beliau sendiri sedang berusaha meningkatkan
tahap profesionalismenya melalui pembelajaran jarak jauh tentulah akan
dikagumi oleh pelajar.

3.2.4 Proaktif

Bertindak mengikut keperluan tanpa perlu menunggu arahan. Guru yang
proaktif sentiasa memandang jauh ke hadapan dan bersikap optimis terhadap
pelajarnya. Rajah 3.2 menunjukkan ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 73

Rajah 3.2: Ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru

74 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

3.3 PERANAN GURU

3.3.1 Motivator

Motivasi sangat penting di dalam kelas
untuk membolehkan semua tugasan
diselesaikan dengan jayanya. Motivasi
ialah sesuatu yang memberi dorongan,
kekuatan, tenaga untuk mengarah,
mempertahankan idealisme dan rantaian
usaha untuk mencapai sesuatu matlamat.
Jadi, peranan kita sebagai guru di sini
adalah sebagai motivator yang boleh
menggerakkan pelajar kita berusaha ke
arah mencapai kejayaan yang diingini.

Motivator berperanan sebagai penggerak keperluan yang ada pada setiap pelajar
untuk belajar dan terlibat secara aktif di dalam p&p di bilik darjah.

„You can lead a horse to water, but you canÊt make him drink‰. Sejauhmana
gigihnya seorang guru memberikan dorongan dan galakan namun jika pelajar
itu sendiri masih dengan sikap tidak mahu berubah, usaha seseorang guru itu
akan gagal juga.

3.3.2 Pemudah Cara

Apakah yang anda tahu tentang pemudah cara atau fasilitator? Pemudah cara
ialah seseorang yang membimbing, menggerakkan individu lain atau kumpulan
dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran.

Berikut adalah apa yang dibuat oleh seorang pemudah cara:

(a) Memberikan arahan yang jelas;

(b) Mewujudkan hubungan secara kolaboratif dengan peserta atau pelajar;

(c) Membantu membina dan mengekalkan suasana pembelajaran yang
terbuka, semua pelajar boleh memberikan pendapat dan kepelbagaian
pandangan dihormati;

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 75

(d) Menjamin semua pelajar merasakan diri dilibatkan dan boleh mengambil
bahagian;

(e) Memotivasikan pelajar memperoleh pencapaian yang baik;

(f) Menyediakan pembelajaran yang berstruktur yang memasukkan latar,
masa pemerhatian, set induksi dan penutup di samping mematuhinya;

(g) Memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan
rapi; dan

(h) Membantu menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Pemudah cara bukannya orang yang bertanggungjawab menjadikan
pembelajaran berlaku. Sebaliknya, pembelajaran adalah tanggungjawab semua
ahli kumpulan. Bagaimanapun pelajarlah yang menentukan tajuk-tajuk yang
perlu diberikan penekanan.

Pemudah cara tidak semestinya seorang yang pakar di dalam bidang tersebut.
Pemudah cara mungkin merancang setiap sesi perbincangan tetapi ahli di dalam
kumpulan mungkin mempunyai kepakaran dan pengalaman yang lebih di
dalam bidang itu.

Tahukah anda, pemudah cara tidak menguasai perbincangan tetapi menggalakkan
ahli berbincang. Oleh itu mungkin pemudah cara adalah orang yang paling
kurang bercakap di dalam sesi itu.

Setelah selesai sesi perbincangan siapakah yang selalunya mengemaskan semua
peralatan? Sebenarnya ini bukanlah tugas pemudah cara tetapi tugas yang perlu
dilakukan secara kolaboratif oleh semua ahli.

76 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Rajah 3.3 menunjukkan ciri-ciri seorang pemudah cara yang baik.

Rajah 3.3: Ciri-ciri pemudah cara yang baik

3.3.3 Pembimbing

Sebagai guru, anda sebenarnya adalah pembimbing pelajar anda. Untuk
membimbing, pastinya anda perlu menguasai kemahiran yang tinggi dalam
aspek yang akan dibimbing. Anda bukan sahaja akan membimbing semasa
aktiviti sedang berlangsung tetapi sebelum berlangsung juga pelajar perlu
dibimbing untuk membuat persediaan.

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 77

Selepas aktiviti selesai, anda akan membimbing pelajar membuat refleksi.
Sepatutnya, mereka boleh merenung kembali kekurangan dan kelebihan aktiviti
itu, di samping memberikan cadangan penambahbaikan untuk melaksanakan
aktiviti itu dengan lebih baik di masa akan datang.

Di dalam kelas anda terdapat pelbagai tahap pencapaian pelajar:

(a) Pelajar Cerdas
Perlukan bimbingan untuk pengayaan supaya perasaan jemu dapat
dielakkan; tugasan untuk kumpulan ini perlu lebih mencabar.

(b) Pelajar Lemah
Perlukan pemulihan untuk memastikan mereka sentiasa berusaha
menyiapkan tugasan yang diberi; kumpulan ini memerlukan lebih banyak
bimbingan berbanding dengan pelajar cerdas.

Bimbingan guru juga diperlukan bagi pelajar yang menghadapi masalah
peribadi. Misalnya guru boleh membimbing pelajar menyelesaikan masalah
berkaitan dengan keluarga atau masalah mendapatkan bantuan kewangan untuk
melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Pelajar yang bermasalah komunikasi juga perlukan bimbingan guru.
Pembentukan tingkah laku positif supaya diterima oleh rakan sebaya perlukan
bimbingan guru. Murid yang pendiam boleh dibentuk melalui pelbagai latihan
supaya lebih berkeyakinan untuk berhubung sekurang-kurangnya dengan rakan
sebaya.

x Seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi pelajar,
keselamatan pelajar, keselamatan pelajar dalam kelas dan penyelidikan yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

x Seorang guru berakauntabiliti akan:

Memperhatikan tingkah laku pelajar dan memastikan mereka memberi
tumpuan dalam pelajar.

Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan cuba membantu
dia.

78 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

Memastikan pakaian adalah sesuai dengan persekitaran dan tidak
menjolok mata.

Merancang objektif pembelajaran dan memastikan objektif tersebut
dicapai.

Mengamalkan ciri-ciri jati diri seperti beriman, sentiasa tabah, disiplin
diri dan sebagainya.

x Guru berperanan membentuk iklim dan budaya sekolah dari aspek:

Fizikal ă Kebersihan, keselesaan.

Sosial ă Keselamatan (ancaman dari luar), hubungan antara pelajar dan
guru.

Budaya ilmu ă Dorongan, motivasi kepada pelajar.

Penguasaan bahasa (Melayu, Inggeris).

x Guru-guru harus melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
serta menjalinkan hubungan baik dengan pelajar dan rakan sejawat.

x Guru sebagai motivator memberi dorongan kepada pelajar dan melibatkan
mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan luar sekolah.

x Sebagai pemudah cara guru harus peka terhadap masalah-masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar dan cuba mencari jalan untuk memudahkan
mereka memahami subjek.

Burn out Komited
Ekstrovert Kondusif
Introvert Mentor
Keperluan fisiologi Naturalis
Keperluan psikologi Optimis

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU W 79

Jawab semua soalan.

1. Senaraikan empat tujuan guru menjalankan penyelidikan tindakan.
(i) ______________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________
(iv) ______________________________________________________________
(2 markah)

2. Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai?
(i) ______________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________
(3 markah)

3. Iklim sekolah merangkumi aspek-aspek:
(i) ______________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________
(iv) ______________________________________________________________
(2 markah)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan iklim dan budaya sekolah?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(3 markah)

80 X TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

1. Senaraikan lima peranan guru selain daripada pemudah cara.
(2 ó markah)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pemudah cara?

(2 ó markah)

3. Bagaimanakah caranya seorang guru boleh memainkan peranan sebagai
pemudah cara yang baik?
(15 markah)


Click to View FlipBook Version