PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 20 SK MERU (2) KLANG SELANGOR DARUL EHSAN SABTU * 10 JUN 2023 * * 9.30 PAGI *FOYER SK MERU (2)*
1 KANDUNGAN 1. Aturcara Majlis 2 2. Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sesi 2022 3 3. Jawatankuasa Persiapan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2023 4-6 4. Jadual Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2022 7 5. Agenda Mesyuarat 8 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022 9-15 7. Laporan Kewangan 16-18 8. Cadangan Daripada Ibu Bapa Dan Guru 19-27 9. Usul Yang Akan Dibahaskan 28-29 10. Pencapaian Murid dan Sekolah Sesi 2022 30-32 11. Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sesi 2023 33
2 ATURCARA MAJLIS 9.00 Pagi Ketibaan tetamu dan ibu bapa 9.30 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor Bacaan Doa (Ust. Anas ) Ucapan Penasihat PIBG Sesi 2022/23 (En. Mohd Nizam Bin Mohamad Iksan) Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/23 (En. Muhammad Hazwan Bin Bagowai) Penyampaian Cenderamata AJK PIBG Sesi 2022/23 (Penasihat PIBG) 10.45 Pagi Mesyuarat Agung PIBG Bermula Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022 Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 Melantik Pengerusi Sementara Perlantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/24 Melantik Dua Orang Juruaudit 12.00 Tengahari Ucapan Penangguhan Majlis Bersurai
3 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK MERU 2, JALAN PAIP, MERU 41050 KLANG SESI 2022 Penasihat : En. Mohd Nizam Bin Mohamad Iksan Yang Dipertua : En. Muhammad Hazwan Bin Bagowai Naib Yang dipertua : Pn. Fairuzatunisaa Binti Mohd Imran Setiausaha Kehormat : En. Adnan Bin Mohamad Bendahari Kehormat : Pn. Anijosfina Binti Ab. Wahab Ajk Ibu Bapa : En. Aiman Bin Mohd Suror : En. Hairul Mohd Haifis Bin Sulaiman : En. Mohd Rafie Bin Suhaimi : Pn. Nik Azlin Binti Nik Ariffin : Pn. Siti Murni Binti Mohd Zainuddin : Pn. Roslita Binti Sahari Ajk Guru : Pn. Sh. Humairah Binti Syed Mustafa : Pn. Noridhuwah Binti Mat Nawi : Pn. Eda Muryanti Binti Emam Murhit : En. Abdul Hadi Bin Esa : En. Ahmad Nazmi Bin Che Rahim Juruaudit : En. Mohd Noor Amiruddin Bin Harun (Ibu bapa) : Pn. Noorzaitull Akmam Binti Abd Aziz
4 JAWATANKUASA PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SESI 2023 Penasihat : En. Mohd. Nizam Bin Mohamad Iksan Yang Dipertua : En. Muhammad Hazwan Bin Bagowai Naib Yang Dipertua : Pn. Fairuzatunisaa Binti Mohd Imran Setiausaha Kehormat : En. Adnan Bin Mohamad Bendahari Kehormat : Pn. Anijosfina Binti Ab. Wahab Pendaftaran : Pn. Muhaine Raihaan Binti Hussain (Ketua) Pn. Wan Nor Azeani Binti Wan Ibrahim Pn. Wan Hilwani Binti W.M. Salehudin Penyambut tetamu : En. Mohd. Nizam Bin Mohamad Iksan En. Muhammad Hazwan Bin Bagowai Pn. Fairuzatunisaa Binti Mohd Imran En. Muhammad Lutfi Bin Ishak Pn. Sahazian Binti Hj. Ahmat Talib En. Azli Sham Bin Harun Pn. Norharianti Binti Talhis En. Ahmad Hishanuddin Bin Ramli En. Aiman Bin Mohd Suror En. Hairul Mohd Haifis Bin Sulaiman En. Mohd Rafie Bin Suhaimi Pn. Nik Azlin Binti Nik Ariffin Pn. Siti Murni Binti Mohd Zainuddin Pn. Roslita Binti Sahari Pengacara Majlis : Pn. Ainul Husna Binti Abdul Hamid (Ketua) Pn. Syazwani Khairunnisa Binti Makhtar Pengerusi Sementara : En. Ahmad Nazmi Bin Che Rahim Mesyuarat Bacaan Doa : En. Anas Bin Razak Persiapan Dewan : En. Mohd Aznan Bin Pin (Ketua) En. Abdul Hadi Bin Esa En. Zakie Erwan Bin Abd Rahman Pn. Zaila Binti Khafadi @ Khafandi Pn. Sahlawati Binti Abd Ghani
5 Pn. Zarina Binti Che Ani Pn. Nor Azah Binti Ahmad Sahudin Pn. Rozina Binti Zainol Pn. Rossuzilla Binti Othman Pn. Nurul Huda Binti Rahman Pn. Jamilah Binti Mamat Pn. Siti Hamidah Binti Mohd Pn. Noridhuwah Binti Mat Nawi Pn. Nurul Amira Binti Mohamad Azhar Backdrop/pentas : Pn. Sh. Rabiatul Adawiah Syed Hitam (Ketua) Pn. Farah Illiana Binti Alias Pn. Mahfuzah Binti Mahyuddin Pn. Fadzilah Binti Samaron Pn. Zawatil Isyqi Binti Mohmad Zaini Pn. Hasimah Binti Mohamad @ Mat Pn. Rosni Binti Sukerman Pn. Norazura Binti Daud Pn. Normah Binti Saliman Pn. Norrazilah Binti Azmi Pn. Ardinawati Binti Abd. Rahman Pn. Noorzaitull Akmam Binti Abd Aziz Pn. Norsharizan Binti Mohamad Azmi Pn. Siti Nursyazana Binti Mohd Faudzi Pn. Khalijah Binti Korim Pn. Siti Masarah Binti Amir Pn. Sh. Humairah Binti Syed Mustafa Sistem Pembesar Suara : En. Mohd Syakirin Bin Suliman (Ketua) En. Mohd Yatim Bin Mohd Noh En. Hamizi Bin Jaafar Buku Aturcara : AJK PIBG Hadiah Dan Cenderamata : Pn. Norzilawati Binti Mesir (Ketua) Pn. Maria Ulfah Binti Mohyedin Pn. Zaleha Binti Hamid Pn. Khalilah Binti Ali Pn. Ju Artisa Binti Ibrahim Pn. Siti Norsaimah Binti Saat Pn. Eda Muryanti Binti Emam Murhit Pn. Syazwani Khairunnisa Binti Makhtar Pn. Raty Recto Pn. Haswati Bt Mat Said Pn. Zakiah Binti Zakaria
6 Sijil Penghargaan : Pn. Nor Azyan Binti Abd Aziz (Ketua) Pn. Mardhiyah Binti Abu Bakar Pn. Siti Sarah Binti Abd. Manan Pn. Norhayati Binti Abd Majid Pn. Rosmariana Binti Mohd Nuri Jamuan : Pn. Siti Fatehah Binti Suparman (Ketua) Pn. Ruslina Binti Manshoor Pn. Norsuhada Binti Hasim Pn. Mazlinda Binti Mukhtar Pn. Rozliana Binti Rusman Cik Suraiya Binti Kasim Pn. Salwah Binti Basiran Pn. Nornihidayawaty Binti Abdullah Pn. Fatimah Binti Kamarul Baharin Kebersihan : Pn. Mazita Binti Ismail (Ketua) Pn. Fauzana Faeez Binti Yusri Pn. Rosnita Binti Rahmat Pn. Rohani Binti Ramli Pn. Asmiza Bt Mohd Hashim Pencatat Minit : Cik Noor Dayana Binti Hashim(Ketua) Pn. Nurul Adibah Binti Zulkifli Pn. Noorirmayani Binti Mohd Noor Pn. Nur Hairunnisa Binti Mahaijan Fotografi/Dokumentasi : Pn. Nadiah @ Anis Nadiah Binti Kusairi (Ketua) Pn. Nur Afifah Bt Hasan Pn. Norwakilah Binti Mokhtar Pn. Rozidah Binti Sumardi Pengira Undi : Pn. Fariza Binti Masood (Ketua) Pn. Sharina Binti Mat Hassan Pn. Noorirmayani Binti Mohd Noor Pn. Farahzila Binti Yaakop Pn. Sarima Niza Binti Ibrahim Keselamatan : En. Azley Bin Jainuddin(Ketua) En. Yusri Bin Yunus Pn. Nur Azriah Binti Sajuri Pn. Anisah Yusrina Binti Ahmad
7 JADUAL KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 NO. NAMA JAWATAN 21.7.22 4.11.22 18.1.23 10.5.23 1 En. Nizam Bin Mohamad Iksan PENASIHAT PIBG / / / / 2 En. Muhammad Hazwan Bin Bagowai YDP PIBG / / / / 3 Pn. Fairuzatunisaa Binti Mohd Imran NYDP PIBG / / / / 4 En. Adnan Bin Mohamad SETIAUSAHA PIBG / / / / 5 Pn. Anijosfina Binti Ab. Wahab BENDAHARI / / / / 6 En. Aiman Bin Mohd Suror AJK IBU BAPA / X / X 7 En. Hairul Mohd Haifis Bin Sulaiman AJK IBU BAPA / X / X 8 En. Mohd Rafie Bin Suhaimi AJK IBU BAPA X / / / 9 Pn. Nik Azlin Binti Nik Ariffin AJK IBU BAPA / / / / 10 Pn. Roslita Binti Sahari AJK IBU BAPA / X / X 11 Pn. Siti Murni Binti Mohd Zainuddin AJK IBU BAPA / / / / 12 Pn. Sh. Humairah Binti Syed Mustafa AJK GURU / / / / 13 Pn. Noridhuwah Binti Mat Nawi AJK GURU / X / 14 Pn. Eda Muryanti Binti Emam Murhit AJK GURU / X / X 15 En. Abdul Hadi Bin Esa AJK GURU / X / / 16 En. Ahmad Nazmi Bin Che Rahim AJK GURU / X / / HADIR BERSAMA: 1 En. Muhammad Lutfi Bin Ishak GPK Pentadbiran / - - / 2 En. Hj. Nasruddin Bin Mahali GPK HEM / / / Bersara 3 Pn. Sahazian Bt Hj. Ahmat Talib GPK HEM - - - / 4 En. Mohd Razi Bin Samsuddin GPK KO-KU / - Berpindah - 5 En. Azli Syam Bin Harun GPK KO-KU - - / / 6 Pn. Norharianti Binti Talhis GPK PPKI / / / / 7 En. Ahmad Hisanuddin GPK Petang / / - / 8 En. Mohd Noor Amiruddin Bin Harun Juruaudit - - - - 9 Pn. Noorzaitull Akmam Binti Abd Aziz Juruaudit / / / /
8 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022 (Setiausaha Kehormat) 4. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022 5. Membentangkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022 (Bendahari Kehormat) 6. Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022 7. Membahaskan Usul 8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 9. Melantik Pengerusi Sementara 10. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 11. Melantik 2 Orang Juruaudit 12. Ucapan Penangguhan
9
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK MERU (2) KALI KE SEMBILAN BELAS TAHUN 2022 Hari : Sabtu Tarikh : 25 Jun 2022 Masa : 10.40 pagi Tempat : Foyer SK Meru (2) 1.0 Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG 2021) 1.1 Mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada semua ajk PIBG sesi 2021, ibu bapa dan guru yang hadir serta mengharapkan kerjasama semua pihak untuk berbincang perkara yang berbangkit dan usul-usul yang akan dibahaskan bagi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa. 1.2 Beliau menyatakan buku program Mesyuarat Agung PIBG 2022 boleh dilihat dalam Anyflip yang telah dikongsikan melalui QR Code. 1.3 Pemilihan anggota PIBG perlulah dicadangkan oleh ibu bapa sendiri dan ibu bapa bolehlah memerhati dan mencadangkan rakan-rakan ibu bapa yang lebih baik dan berketerampilan untuk memegang tampuk kepimpinan PIBG 2022/2023. Bagi AJK yang bakal dilantik nanti, anggaplah tugas dan amanah ini sebagai amal jariah demi kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak SK Meru (2), serta membantu menangani masalah di sekolah. 1.4 Pengerusi sekali lagi menekankan agar semua ibu bapa sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Meru (2) terus melakar kejayaan dari masa ke semasa. Tindakan : Makluman 2.0 Ucapan Penasihat (En Mohd Nizam bin Mohamad Iksan - Guru Besar SK Meru 2) 2.1 Penasihat menyatakan rasa syukur dan terima kasih di atas kehadiran AJK, ibu bapa, guru-guru dan yang berkaitan. 2.2 Beliau memohon jasa baik ibu bapa dan guru-guru supaya mesyuarat pada hari ini berjalan dengan lancar. 2.3 Beliau turut berharap, mesyuarat ini akan memberi manfaat demi membina kecemerlangan SK Meru (2). 2.4 Beliau menyatakan minit mesyuarat Agung kali ke-lapan belas dan laporan kewangan telah dimasukkan di dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG 2022 yang telah dikongsikan melalui QR Code. Tindakan : Makluman 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke lapan belas .
11 3.1 Pengerusi meminta Setiausaha Kehormat (En. Adnan bin Mohamad) membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG yang ke-lapan belas, sesi 2021. 3.2 En. Adnan bin Mohamad, Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung kali ke-lapan belas daripada muka surat 9 hingga 15 untuk diterima. 3.3 Pn. Syazanah binti Zahir mencadangkan mengesahkan minit mesyuarat kali ke-18 dan disokong oleh En. Muhammad Lutfi bin Ishak. Tindakan : Makluman 4.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 4.1 Pengerusi mempersilakan Puan Anijosfina binti Abdul Wahab untuk membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021. 4.2 Puan Anijosfina binti Abd Wahab selaku Bendahari Kehormat membentangkan penyata kewangan PIBG daripada muka surat 16 hingga 18 untuk diterima. 4.3 En. Mohd Saiful bin Abu Bakar mengesahkan Penyata kewangan dan disokong oleh Pn. Nur Amira binti Mohd Salim. Tindakan : Makluman 5.0 Pembentangan usul 5.1 Usul Pertama. Cadangan sumbangan untuk menambah kerusi dan meja makan di kantin untuk muridmurid. Guru Besar memohon persetujuan dan sumbangan seikhlas hati daripada ibu bapa untuk menambah meja dan kerusi kantin bagi menampung 600 orang murid untuk satu sesi. AJK PIBG akan membantu pengurusan pembelian. En. Mohd Rafiq bin Suhaimi menyokong usul menambah meja dan kerusi kantin. Segala kos akan diberikan setelah mendapat persetujuan sebulat suara ahli majlis. 5.2 Usul Kedua Bayaran tambahan SK Meru (2). Guru Besar menyatakan bayaran tambahan adalah seperti tahun sebelum ini kerana sebelum ini, tiada kutipan atau bayaran disebabkan PKP. Namun, pada bayaran tahun ini berlaku sedikit perubuhan iaitu pengurangan jumlah bayaran. Jumlah bayaran tambahan PPKI adalah seperti berikut: Jumlah yuran Tahun 1 RM 90.00 Tahun 2 RM 100.00 Tahun 3 RM 90.00 Tahun 4 dan 5 RM 105.00 Tahun 6 RM 180.00 PPKI RM 110.00 Jumlah bayaran tambahan aliran perdana adalah seperti berikut: Jenis Bayaran Jumlah 1. Program PSS RM 5.00 2. ICT RM 5.00
12 3. PIBG (1 keluarga) RM 50.00 4. Sambutan Hari Kanak-kanak RM 5.00 5. Keceriaan RM 5.00 6. Kegiatan keagamaan RM 5.00 7. Lembaran kerja RM 10.00 8. Peperiksaan (Tahun 4 - Tahun 6) RM 5.00 9. Program PBD / Kemenjadian murid RM 10.00 10.Pembukaan akaun BSN (bagi murid yang belum mempunyai akaun bank) RM 10.00 Bayaran yuran PIBG sebanyak RM 50.00 hanya perlu dibayar oleh satu keluarga sahaja.Bayaran dibuat melalui anak yang berada di aliran tahun paling rendah. Program Lawatan Sekolah – Bergantung kepada permohonan mengikut keperluan. Jika ibu bapa bersetuju dan selepas diluluskan oleh PPD maka akan ada kutipan untuk lawatan tersebut. PPKI – Bayaran bulanan adalah sebanyak RM 20.00. Manakala Yuran PIBG sebanyak RM50.00 setahun. En. Muhammad Lutfi mencadangkan usul tambahan bayaran yuran diterima dan disokong oleh En. Arif Haniza Perkhemahan – Pihak sekolah akan buat permohonan dari PPD. Selepas diluluskan baru akan ada kutipan. Pn. Maimunah mencadangkan usul perkhemahan diterima dan disokong oleh Pn. Zaila. 6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 6.1 Yang Dipertua PIBG 2021 mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2021/2022. 7.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 7.1 En. Lutfi mencadangkan En. Ahmad Nazmi sebagai pengerusi sementara. En. Razi menyokong cadangan tersebut. 7.2 Pengerusi sementara membuka cadangan untuk hadiran mencadangkan nama ajk PIBG baru bagi sesi 2022/2023.
13 8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 (seperti jadual di bawah) JAWATAN KUASA NAMA YANG DICADANGKAN CADANGAN OLEH SOKONGAN OLEH CADANGAN DITUTUP SOKONGAN DITUTUP CATATAN YDP En. Mohd Hazwan bin Bagowai En. Syakirin En. Hamizi Pn. Nur Nazariah Pn. Salwah Sebulat Suara NYDP Pn. Fairuzatunishaa binti Imran Pn. Hilwani Pn. Zaila En. Mohd Razi En. Yusri Sebulat suara SETIAUSAHA En. Adnan Guru Besar BENDAHARI Pn Anijosfina Guru Besar AJK IBUBAPA Dr. Nik Azlin binti Nik Arifin Pn. Sahlawati Sebulat Suara Sebulat Suara Pn. Siti Murni binti Zainuddin Cik Suraiya Sebulat Suara Sebulat Suara Pn. Roslita binti Sahari En. Aiman Sebulat Suara Sebulat Suara En. Hairul Mohd Haipis bin Sulaiman En. Aiman Sebulat Suara Sebulat Suara En. Mohd Rafie bin Suhaimi En. Aiman Sebulat Suara Sebulat Suara En. Aiman bin Mohd Suror En. Mohd Hazwan Sebulat Suara Sebulat Suara Sebulat suara menyokong agar cadangan ditutup Ajk Guru 1.Pn Eda Pihak sekolah
14 2. Pn Humairah Pihak sekolah 3. Pn Noridhuwah Pihak sekolah 4. En Hadi Pihak sekolah 5. En Ahmad Nazmi Pihak sekolah Juruaudit En. Noor Amiruddin bin Harun En. Mohd Razi En. Muhammad Lutfi En. Muhammad Lutfi En. Mohd Razi Sebulat suara menyokong agar cadangan ditutup Pn Akmam Pihak sekolah 9.0 Hal-hal Lain 9.1 Berkaitan dengan lampu isyarat, Guru Besar memaklumkan Pihak sekolah telah berhubung dengan jurutera jalan (JKR) untuk mengatasi masalah tersebut tetapi masih belum ada Tindakan. Guru Besar perlukan bantuan daripada pihak ibu bapa untuk mengusulkan kepada pihak JKR. 9.2 Isu beg berat yang banyak di utarakan oleh ibu bapa seperti minta sediakan loker di dalam kelas dan ditanggung oleh ibu bapa. Guru besar memaklumkan bahawa pihak JPN telah melakukan pemantauan dan menyatakan loker hanya akan dibekalkan untuk kelas Tahun 1 sahaja. Tetapi belum ada tindakan. Guru Besar mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa tentang kos penyediaan loker. Ini kerana pihak sekolah tiada sumber kewangan untuk sediakan melainkan daripada PIBG. 9.3 Pn. Rasyidah bertanyakan adakah sekolah menyediakan tabung untuk ibu bapa memberi sumbangan. Guru besar memaklumkan tiada tabung disediakan. Sumbangan boleh diberi melalui akaun PIBG (RHB Berhad iaitu 26229600004807 atas nama akaun PIBG SK Meru 2)dan maklumkan resit kepada Bendahari. 9.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ahli jawatan kuasa yang baru dilantik, serta menghargai kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG. Beliau memaklumkan sekolah sedang menjalankan proses menambah baik kelas melalui Kempen Kelas Kondusif. Beliau memohon sumbangan daripada ibu bapa untuk keceriaan kelas, iaitu dari segi idea dan alatan, serta bantuan untuk baik pulih lantai, pendawaian elektrik dan tandas. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas komitmen ibu bapa yang terlibat dengan aktiviti murid di padang. Minta bantuan jika ada ibu bapa yang mempunyai kemahiran melatih murid.
15 9.5 YDP dan NYDP serta barisan ajk baru sesi 2022/2023 mengucapkan terima kasih atas perlantikkan dan berjanji akan berusaha Bersama-sama untuk memajukan dan menaikkan nama SK Meru (2). 9.6 Guru besar sekali lagi menerangkan mengenai usul pembinaan dataran berbumbung telah dipersetujui melalui mesyuarat yang lalu, namun belum dapat dilaksanakan kerana kos yang mencecah RM700,000.00. Tindakan : Makluman 10.0 Ucapan Penangguhan 10.2 Pengerusi berharap AJK yang dilantik dapat memberi kerjasama bersama dengan bantuan ibu bapa yang lain dalam melaksanakan cadangan supaya organisasi dapat bergerak dengan lebih baik. Serta dapat mencapai matlamat untuk keselesaan murid-murid. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 12.22 tengah hari. Disediakan Oleh, Disemak Oleh : …………………………………. ……………………………… ( ADNAN BIN MOHAMAD ) ( MUHAMMAD HAZWAN BIN BAGOWAI ) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SK MERU 2 SK MERU 2
16
17 PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MERU ( 2 ) PENYATA KEWANGAN PIBG SK MERU (2) BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 PENERIMAAN PEMBAYARAN PERKARA RM PERKARA RM Baki dibawa ke hadapan pada 1 Jan 2022 6182.23 Perbelanjaan PIBG 2022 6596.50 Sumbangan PIBG 2022 ( RM50 x 916 keluarga ) 45800.00 Dividen Sumbangan PTPTN 16.52 JUMLAH PEMBAYARAN 6596.50 Baki h/b tunai di bank pada 31 Disember 2022 45402.25 JUMLAH PENERIMAAN 51998.75 JUMLAH PENERIMAAN 51998.75 Baki b/b tunai di bank pada 1 Januari 2023 45402.25 PENYATA KEWANGAN PANJAR WANG RUNCIT PIBG SK MERU (2) BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 BIL PENERIMAAN PEMBAYARAN PERKARA RM PERKARA RM Baki dibawa ke hadapan pada 1 Jan 2022 14.45 Jamuan Mesyuarat PIBG 495.00 Wang Panjar 500.00 JUMLAH PEMBAYARAN 495.00 Baki h/b tunai di tangan pada 31 Disember 2022 19.45 JUMLAH PENERIMAAN 514.45 JUMLAH PENERIMAAN 514.45 Baki b/b tunai di tangan pada 1 Januari 2023 19.45
18 AKAUN PERBELANJAAN PIBG 2022 BIL PENERIMAAN RM BIL PEMBAYARAN RM PERKARA PERKARA 1 MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 500.00 Baki h/b 6596.50 2 HADIAH SEMPENA HARI GURU 1100.00 3 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2700.00 4 PEMBELIAN BUKU RESIT PIBG 1246.00 5 WANG PANJAR 500.00 6 PERKHIDMATAN BANK 30.50 7 PERGERAKAN PUTRI ISLAM DAERAH KLANG 520.00 Jumlah 6596.50 6596.50 Baki b/b 6596.50 AKAUN BAYARAN PERKHIDMATAN BANK BIL DEBIT RM BIL KREDIT RM PERKARA PERKARA Bayaran Perkhidmatan Bank ( Januari - Disember ) 30.50 Baki h/b 30.50 Jumlah 30.50 30.50 Baki b/b 30.50 Disemak oleh, ................................................................. (PN NOORZAITULL AKMAM BT ABD AZIZ) Juruaudit PIBG ( 1 ) Disemak oleh, .................................................................... (EN MOHD NOOR AMIRUDDIN BIN HARUN ) Juruaudit PIBG ( 2 ) Disediakan oleh, .................................................. (PN ANI JOSFINA BT AB WAHAB ) Bendahari PIBG SK Meru ( 2 )
19
20 PERSOALAN ISU DAN CADANGAN PIBG SESI 2023/2024 SERTA JAWAPAN Bahawasanya persoalanan dan cadangan-cadangan akan dibincangkan pada Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022/2023 seperti yang berikut : PIBG 1. En. Ismadidi 1.1 Membaiki jalan masuk ke kelas pra sekolah. Ada air bertakung membahayakan guru dan murid. Jawapan:- 1.1 Telah diselesaikan, paip bocor telah dibaiki. 2. En. Harman 2.1 Mohon Pihak sekolah adakan jalan susur keluar masuk kedua di susur keluar lampu isyarat ke arah jalan masuk Kampung Budiman bagi mengelakkan kesesakan.Terima kasih. Jawapan: 2.1 Perkara tersebut bukan dalam bidang kuasa pihak sekolah. Namun ianya boleh dirujuk kepada JKR, PBT, Ketua Kampung dan ADUN. 3. En. Mohd saad, Pn. Nurul Suhana 3.1 Mohon mencadang kepada ibu bapa untuk menurunkan anak sekolah secara "drive thru" atau pandu lalu dan bersedia lebih awal supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama di hadapan laluan yang boleh menyebabkn kesesakan teruk. Mohon guru bertugas dan pengawal memantau. Jika sekolah cina boleh buat, maka sekolah kita juga pasti boleh, dengan kerjasama semua ibu bapa. Mohon mencadang. Jawapan: 3.1 Pandangan dan cadangan yang baik. Guru bertugas hanya mengawal murid Ketika perjalanan di dalam Kawasan sekolah ke pintu keluar berjalan secara teratur. Pengawal hanya membantu. 4. En. Mohd azly, En. Ahmad huzairan, Pn. Malisa 4.1 Dapat kira nya pihak sekolah menggunakan khidmat anggota rela untuk melancarkan laluan kenderaan di persimpangan lampu isyarat. 4.2 Mohon pihak sekolah/pengawal keselamatan menunggu pelajar di pintu masuk pelajar pada waktu masuk dan keluar sekolah.
21 Jawapan: 4.1 Melibatkan kos yang tinggi, pihak sekolah dan PIBG belum mampu menampung kos tersebut. Lagipun masa lampu isyarat telah dipinda agar kurangkan kesesakkan. 4.2 Pengawal keselamatan ada membantu waktu murid datang dan pulang. 5. Pn. Salmiah 5.1 Kemudahan elektrik seperti kipas perlu dibaiki kerana cuaca panas sekarang ini menyebabkan anak-anak tidak selesa semasa sesi pembelajaran. Jawapan: 5.1 Sebahagian besar telah diusahakan dan dibaiki. 6. Pn. Norazeana 6.1 Diharapkan pihak sekolah dapat membaiki tandas sekolah yang uzur. Jawapan: 6.1 Pihak PIBG sentiasa menyumbang untuk penyelenggaraan tandas. 7. En. Muhammad Faisal 7.1 Pemasangan dan penambahan jumlah penapis air secara percuma untuk kegunaan para pelajar berikutan keadaan cuaca yang semakin panas. Boleh di letakkan di kawasan kantin atau sudut yang mudah bagi murid untuk mengambil air tersebut. Jawapan: 7.1 Digalakkan ada penjaga menyumbang untuk kegunaan murid. Buat masa sekarang, terdapat satu water cooler. 8. Pn. Bahagia 8.1 Berbincang dengan pemaju perumahan untuk tidak membenarkan lori-lori besar melalui kawasan hadapan sekolah pada waktu puncak (1230-1.45 petang) demi keselamatan pelajar dan mengelakkan jalan sesak teruk. Jawapan: 8.1 Telah dilaksanakan. Lori yang masuk keluar tanpa ikut masa yang ditetapkan adalah daripada pemaju lain. 9. Pn.Noor Amalina 9.1 Buku teks sekolah (cadangan saya berharap pihak sekolah dapat menyediakan loker khas untuk anak murid meninggalkan buku-buku teks di sekolah kerana beg sekolah terlalu berat untuk dipikul anak-anak. Jawapan: 9.1 Loker untuk murid Tahap 1 telah disediakan. Untuk murid
22 Tahap 2, hanya 4 subjek sahaja sehari. PENTADBIRAN SEKOLAH 1. Pn. Farehah 1.1 Membuka kelas pra sekolah seawal 6.30 pagi bagi murid yang datang awal. Jawapan:- 1.1 Pihak sekolah hanya mengikut arahan SPI (surat pekeliling) daripada KPM. 2. En. Saiful, Pn. Siti haida 2.1 Membangunkan ummah (murid) yang berwibawa. 2.2 Penambah baikan sekolah Jawapan:- 2.1 Terima kasih. Pihak sekolah sentiasa membangunkan/ mendidik murid agar menjadi insan yang berguna dan cemerlang. 2.2 Pihak sekolah dan PIBG akan melakukan penyelenggaraan dan penambah baikan di dalam bidang kuasa pihak sekolah. 3. Pn. Nasoha. 3.2 Pembelajaran anak dan kesihatan murid perlu ditekankan. Jawapan:- 3.2Pihak sekolah sentiasa menekankan tentang pembelajaran murid dan kepentingan kesihatan murid. 4. Pn. Norazlina,Pn. Kharlinda 4.1 Memandangkan cuaca sekarang, harap pihak sekolah cepatkan waktu pulang dari sekolah. 4.2 Memohon kelonggaran pada cara penggunaan tali leher selain Hari Isnin. Contoh : murid dibenarkan untuk memakai tali leher bawah sedikit daripada collar/ sedikit longgar untuk lebih selesa Jawapan: 4.1 Pihak sekolah tertakluk kepada arahan daripada KPM. 4.2 Pemakaian baju sukan/ sesuai sedang berkuatkuasa ketika keadaan cuaca sekarang.
23 5. Pn. Norazuwa 5.1 Mohon pihak sekolah mengadakan perjumpaan antara guru dan ibu bapa bagi setiap penggal. Tidak seperti sesi kedua 2022/23, tiada sesi bertemu guru pada penggal kedua. Keputusan PBD juga lambat dikeluarkan. Jawapan: 5.1 Dialog prestasi diadakan dua kali setahun. Penjaga atau waris boleh berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk berkaitan anak-anak. 6. Pn. Rohaya 6.1 Pasang penghawa dingin dalam kelas. Jawapan: 6.1 Kos elektrik dan pemasangan serta penyelenggaraan tidak mampu disediakan. 7. Pn. Masliha 7.1 Saya nak cadangkan supaya buku peraturan sekolah itu dirombak atau di 'update' semula. Ada beberapa perkara yg bercanggah dengan info dari guru. Contoh cara tampal lencana. Buku wajib beli tapi maklumat tidak semua tepat. Untuk pelajar baru macam yang berpindah akhir tahun atau awal tahun macam anak saya 2 tahun, siap dah tampal lencana ikut buku tiba-tiba anak kena marah sebab salah tampal lencana. Walhal anak baru pindah hujung tahun. Jadi mohon kemaskini buku peraturan sekolah. Kalau tidak update jangan wajibkan pelajar-pelajar baru beli walaupun murah (RM3). Masa awal tahunpun sama. Saya siapkan awal jahit tanda nama anak-anak ikut buku peraturan sekolah. Tapi akhirnya cikgu update suruh ikut yang dia orang punya pula. Sekian terima kasih. Jawapan: 7.1 Akan dikemaskini buku peraturan sekolah. 8. Pn. Noralita 8.1 Membenarkan murid membawa kipas kecil tambahan di dalam kelas pada musim panas. Jawapan: 8.1 Pihak sekolah membenarkan untuk membawa. Cuma murid/ penjaga perlu bertanggungjawab sendiri sekiranya berlaku kerosakkan/ kehilangan dan sebagainya.
24 9. Pn. Siti maisarah 9.1 Kedai buku - murid beratur beli di kedai buku dan buku tulis dibeli awal pembukaan sekolah, tidak mengikut cadangan cikgu. Contoh buku no 7 tiada stok kedai buku bagi buku no 1. Sepatutnya. Pihak kedai kata tiada stok. 9.2 Terima kasih Pihak Sekolah khasnya cikgu-cikgu, memasang selawat zikir sebelum anak-anak masuk ke sekolah. Harap diteruskan. Jawapan: 9.1 Pihak sekolah telah menetapkan buku yang perlu setelah diadakan mesyuarat antara panitia-panitia. 9.2 Terima kasih. 10. Pn. Roslita 10.1 Menambah aktiviti murid diluar kelas. Contoh lawatan sambil belajar,berkuda,berenang dan sebagainya. Jawapan: 10.1 Buat masa sekarang, lawatan hanya dibenarkan dua kali setahun. 11. En. Basiron, Pn. Junaidah 11.1 Meletakkan bumbung/atap di kawasan perhimpunan murid sekiranya mempunyai dana yang mencukupi. Jawapan: 11.1 Telah diusulkan. Tetapi kekurangan dana untuk memulakan projek tersebut. 12. En. Mohd Shakeran 12.1 Saya ingin mencadangkan aktiviti survival untuk anak-anak. Contoh kembara di kebun, berkhemah, membakar ikan. Approach Cikgu Yatim bakar ikan semasa jamuan akhir tahun sangat mengujakan anak saya. Tahniah Cikgu Yatim Jawapan: 12.1 Terima kasih. Insyaallah aktiviti seperti tersebut akan diteruskan. 13. Pn. Suzanna 13.1 Mohon pihak koperasi sekolah menyediakan stok keperluan murid dengan secukupnya dan buang item dalam senarai yang tidak diperlukan bagi mengelakkan pembaziran. 13.2 Harap pihak sekolah dapat keluarkan stok tali leher sama seperti
25 tali leher pengawas( jenis pelekat ) jika tidak keberatan. 13.2 Koperasi menyediakan pilihan tali leher, iaitu jenis tampal velcro atau jenis zip. Memudahkan pelajar memakai tali leher. Jawapan: 13.1 Pihak sekolah akan berbincang dahulu sebelum mengeluarkan senarai keperluan sekolah. Namun, pihak sekolah akan meneliti semula perkara yang dikatakan tidak diperlukan. 13.2 Terima kasih atas cadangan. Akan dipertimbangakn. 13.3 Terima kasih atas cadangan. Akan dipertimbangakn. KURIKULUM 1. Pn. Nurul Azwin, 1.1 Naikkan tahap pembelajaran anak-anak Jawapan:- 1.1 Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menaikkan prestasi anak-anak murid. 2. En. Azrul Farez, En. Bahar, Pn. Nor shafina, Pn. Nik Hazwani, Pn. Dzulidawati, Pn. Nik Asma', Pn. Utin Mardiana, Pn. Norfarah Hayu Hisa, Pn. Ratna Astuti, En. Muhammad Reduan 2.1 Buah fikiran semua bagaimana agar anak-anak tidak terbeban dalam isu membawa beg berat. Memandangkan saiz anak yang kecil. Anak perlu membawa sebuah beg sandang, dan beg bimbit. Sekian terima kasih. 2.2 Mohon guru mata pelajaran maklumkan buku yang hendak digunakan bagi kelas hari keesokannya sebab saya dapati anak akan membawa semua buku yang ada bagi setiap mata pelajaran. Contoh membawa sekali buku teks, buku aktiviti dan semua buku tulis yang berkaitan dengan subjek tersebut. Ini menyebabkan beg sekolah anak menjadi berat. Anak kata perlu bawa semua takut dimarahi guru. Sekiranya guru ada perancangan awal tentang pengajaran masing-masing perkara ini tidak akan berlaku. Mohon keprihatinan semua guru dalam perkara ini. Terima kasih. 2.3 Saya mencadangkan supaya buku aktiviti/ teks dan buku tulis di tinggalkan di kelas supaya dapat mengurangkan beban anak membawa beg ke sekolah setiap hari.Sekiranya ada kerja sekolah baru la buku tersebut di bawa balik. Jawapan:
26 2.1 Murid Tahap 1, loker disediakan sebahgaiannya dan murid Tahap 2, hanya maksimum 4 subjek sehari. 2.2 Boleh rujuk jadual waktu murid dan rujuk kumpulan whatsApp kelas. 2.3 Sebahagian murid Tahap 1 mempunyai loker dan sebahgian Tahap 2 berkongsi bilik darjah. Sekiranya buku ditinggalkan di kelas, kemungkinan hilang atau rosak agak tinggi. HAL EHWAL MURID 1. En. Mohamad Faizal, En. Mohammad Firdaus, En. Ahmad huzairan, Pn. Siti maisarah, En. Nor Ismaddy, En. Mohamad Faizal 1.1 Makanan yang disediakan hendaklah mengandungi zat-zat yang diperlukan. Banyakkan tong sampah dan tutup makanan. 1.2 Cadangan untuk harga (murah) makanan di kantin. 1.3 Mohon sekolah tidak membenarkan kantin menjual makanan segera seperti naget dan sosej serta minuman bergula seperti air tin juga air kotak. Jawapan:- 1.1 Pengusaha kantin telah diwajidkan hadir kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM. 1.2 Pihak sekolah (unit HEM) sentiasa memantau tentang hal ini. 1.3 Pihak kantin telah dimaklumkan tentang makanan yang boleh dan tidak untuk dijual. Pihak sekolah akan memantau perkara tersebut. 2. Pn. Nita Surani 2.1 Kantin sekolah seharusnya menjual air mineral sekurangkurangnya berpenutup biru,bukan air suling berpenutup putih. Jawapan: 2.1 Air mineral ada dijual di kantin. 3. Pn. Bahagia, Pn. Siti maisarah, En. Ahmad Zaidi, Pn. Siti Zakiah 3.1 Tandas. Membuat pembaikan tandas setiap minggu. Banyak tandas tiada kunci pintu. Murid perlu letak timba utk tutup pintu. Macam mana situasi nak membuang dan nak jaga pintu? Timba juga terhad. Tak semua bilik tandas ada timba dan gayong.
27 Perlu lantik ajk tandas untuk pantau kondisi tandas dan pembaikan tandas setiap bulan seperti sekolah menengah meru buat (sekolah menengah ajk tandas dari kalangan guru untuk pantau dan buat laporan kerosakan) 3.2 Baik pulih tandas & peningkatan kebersihan tandas. Setiap kelas ada 2 selipar untuk murid lelaki 2 selipar murid perempuan Jawapan: 3.1 Pembaikan tandas setiap minggu tidak dapat dilaksanakan. Namun, pihak sekolah sentiasa berusaha baiki, selenggara dengan cepat. 3.2 Cadangan yang baik. Ibu bapa boleh menyumbang. 4. Pn. Siti maisarah 4.1 Memberi ruang dan galakan pada murid menunaikan solat. Jawapan: 4.1 Murid sesi petang sentiasa digalakkan untuk menunaikan solat secara berjemaah. 5. En. Muhammad Syafiq 5.1 Mengatasi gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku. Jawapan: Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah tersebut sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Sekiranya masalah berlaku, pihak sekolah memanggil juruelektrik untuk membaiki. Pihak sekolah juga telah membuat laporan kepada PPD. KO-KURIKULUM 1. En. Abdul Rahim 1.1 Sediakan stok yang lebih untuk pakaian sukan bagi memudahkan ibu bapa membeli sekiranya baju sukan anak-anak telah sempit, rosak dan sebagainya. Jawapan: 1.1 Cadangan ini akan dipertimbangkan sekiranya ianya sesuai dilaksanakan. Bimbang sekiranya terdapat baju yang berlebihan dan tidak terjual serta menjadi stok lama. Namun, ianya cadangan yang baik.
28
29 USUL BAKAL DIBAHASKAN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2023 Setelah meneliti soalan dan cadangan yang dikemukakan, maka disimpulkan bahawa usul yang akan dibahaskan adalah seperti berikut : 1. Memohon kutipan derma kepada ibu bapa dan guru dan syarikat korporat bagi membantu pembinaan laluan susur gajah ke surau Darul Ilmi. Cadangan (Ustazah Salwah Basiran) agar sumbangan untuk kemudahan murid-murid. 2. Lawatan sambal belajar. Menohon kebenaran untuk membuat kutipan sekiranya ada program tersebut.
30
31 BIL NAMA MURID ACARA/ PENCAPAIAN 1 Amsyar Bin Mohd Zulfadli Ketiga Kejohanan Bola Sepak MSSM B12, Kebangsaan/Antarabangsa 2 Puteri Nur Balqis Binti Mohd Isham Ketiga Pertandingan E-Activv Jam Senamrobik Kpm-Milo Peringkat Kebangsaan Kategori Mbpk Naib Johan Lompat Jauh Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang Ketiga Larian 100 meter Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang Naib JohanAcara Solekan dan Peragaan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Klang Naib Johan Karnival E-Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Klang (Kategori E-Nyanyian Solo Terbuka: Perempuan) 3 Muhammad Khairi Bin Mohd Nasir Naib Johan Cup Kejohanan Ragbi MSSS Selangor 4 Muhammad Afiq Danish Bin Mohamed Sazali Kejohanan Olahraga PPKI Negeri Selangor Kategori L B12(Olahragawan, 100m perak, 4X100 perak dan 200m emas) Naib Johan Kejohanan Sukan E-Stacking Pendidikan Khas Daerah Klang 5 Muhammad Syazril Aziq Bin Azrulhisam Ketiga Kejohanan Liga Tunas Bola Sepak (Malaysia Little League) Peringkat Negeri Kategori B12 6 Muhammad Hadif Hayyan Bin Mohd Roslan Ketiga Kejohanan Liga Tunas Bola Sepak (Malaysia Little League) Peringkat Negeri Selangor Kategori B12 7 Ahmad Naufal Bin Abdul Malek Wakil Kejohanan Memanah MSSS Selangor Johan Kejohanan Memanah MSSD Klang 2022 (Individu Lelaki) Ketiga Kejohanan Memanah MSSD Klang 2022 (Mixed Team) 8 Farhieya Zehra Binti Azizullah Ketiga Kejohanan Memanah MSSD Klang 2022 (Mixed Team) 9 Pasukan Bola Sepak SK Meru (2) Naib Johan Kejohanan Liga Tunas Bola Sepak (Malaysia Little League) Peringkat Daerah Klang Kategori B12 10 Pasukan Ragbi Rimau SK Meru (2) Naib Johan Plate Kejohanan Ragbi Rimau Bawah 12 Tahun Mssd Klang Tahun 2022 11 Pasukan Bola Baling SK Meru (2) Ketiga Kejohanan Bola Baling Mssd Klang Tahun 2022 12 Pasukan SK Meru (2) Ketiga karnival pembangunan sukan tahun 4 dan tahun 5 mssd klang (bola baling) 13 Muhammad Isma Wafiy / Nur Anisa Humaira Binti Amirrudin Naib Johan Larian Campuran 4X100 Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang 14 Izz Atifah Binti Khairul Azmi Naib Johan Larian 75Mm (Kategori Masalah Fizikal) Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang
32 15 Fakhrul Dzal Aidil Bin Mohd Irwan Shah Johan Larian 75Mm (Kategori Masalah Fizikal) Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Klang
33 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK MERU 2, JALAN PAIP, MERU 41050 KLANG SESI 2023 Penasihat : En. Nizam Bin Mohamad Iksan Yang Dipertua : ......……………………………………………………. Naib Yang Dipertua : ..……………………………………………………..... Setiausaha Kehormat : ............................................................................... Bendahari Kehormat : ............................................................................... Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : 1.…………………………………………………... 2. …………………………………………………... 3. …………………………………………………... 4. …………………………………………………... 5. …………………………………………………... 6. …………………………………………………... Ahli Jawatankuasa Guru : 1. ................................................................. 2. ................................................................. 3. ................................................................. 4. ................................................................. 5. ................................................................. Juruaudit : 1. …………………………………………………(Wakil Ibu Bapa) 2. …………………………………………………(Wakil Guru)
34 TERIMA KASIH [email protected] FB PIBG: PIBG Sekolah Kebangsaan Meru (2)