NAMA: NUR ERYNA BATRISYIA BT MOHD MIRZANIL
UMUR:12 TAHUN
NAMA
SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TO'BANDAR
KELAS: 6 PINTAR #TeamHepiliPerlis
TAJUK: DEMAM DENGGI
#EKonvensyenHepiliPerlis2021
Apa itu demam denggi?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus
denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk
aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta
kes denggi di serata dunia setiap tahun.
Kita perlu memastikan kawasan
rumah kita sentiasa bersih
supaya tiada pembiakan nyamuk
aedes.
tanda-tanda demam denggi
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya da
n
Sakit biji muntah-muntah
mata
Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya
saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam
denggi biasa atau demam denggi
berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai
tanda-tanda di atas dan juga
pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit,
pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan
pendarahan seluruh badan
yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam
denggi. Pesakit yang mengalami tanda-
tanda dan menunjukkan gejala-gejala
demam denggi hendaklah mendapatkan
rawatan segera. Pesakit akan diberikan
ubat demam dan dinasihatkan berehat
serta digalakkan minum air. Pesakit akan
dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki
menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk
mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk
mencegah demam denggi :
1.Pastikan tiada tempat
pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air.
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan
seharusnya ditutup.
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan
dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu
sekali.
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk
mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan
serangga untuk membunuh
nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah
melindungi diri untuk
mengelakkan gigitan nyamuk
seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada
anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
Memakai baju berwarna cerah dan
berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah.
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat
nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
Tindakan yang boleh
diambil sekiranya
rumah anda banyak
nyamuk.