1 KARNIVAL KECERGASAN KKM 2023 ACARA BOLA TAMPAR ( LELAKI / PEREMPUAN ) SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan lain yang terkandung, peraturan dan undang-undang perlawanan yang dijalankan adalah mengikut Undang-Undang Bola Tampar MAVA dan FIVB yang terkini atau yang sedang berkuatkuasa. 1.2 Jawatankuasa Pertandingan berhak membuat peraturan-peraturan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Teknikal Karnival dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 1.3 Segala perkara yang tidak diperuntukan atau diliputi di dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Karnival dan setiap keputusan yang dibuat adalah MUKTAMAD. 2.0 TARIKH 25 – 27 Oktober 2023 3.0 TEMPAT Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai, Johor Bahru. 4.0 PENYERTAAN 4.1 Kategori yang akan dipertandingkan adalah Lelaki dan Perempuan. 4.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain termasuk sekurang-kurang seorang (1) pemain veteran. Satu (1) atau dua (2) orang Pemain Libero boleh dilantik dari kalangan 12 pemain. Kategori Pengurus Pasukan Ketua Jurulatih Pemain Jumlah Lelaki 1 1 12 14 Wanita 1 1 12 14
2 4.3 Seorang (1) pemain veteran wajib bermain di dalam setiap perlawanan dan dikehendaki berada di dalam gelanggang pada setiap masa ketika perlawanan dijalankan. Sebagai pengenalan Pemain Veteran perlu memakai ‘ARMBAND’ sepanjang masa perlawanan. Pasukan perlu menyediakan armband untuk pemain veteran mereka sendiri. 4.4 Pendaftaran pemain hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertandingan melalui borang yang disediakan. 4.5 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar hanya satu (1) Pasukan Lelaki dan satu (1) Pasukan Wanita Sahaja. 5.0 KELAYAKAN PESERTA. Sila rujuk Peraturan Umum 6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN. Sila rujuk Peraturan Umum. 7.0 PENGADIL DAN PEGAWAI KEJOHANAN 7.1 Pengadil-pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah pengadil-pengadil bertauliah. 8.0 FORMAT PERTANDINGAN 8.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan mengikut format Best Of Three dengan kiraan mata (25, 25, 15). Mata maksima untuk set 1 dan 2 adalah 30 mata. Manakala mata maksima untuk set 3 adalah 17 mata. 8.2 Perlawanan Akhir (Final) akan dijalankan mengikut format Best Of Five dengan kiraan mata (25, 25, 25, 25, 15) dengan tiada mata maksima. 8.3 Perlawanan peringkat Kumpulan akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir bergantung kepada jumlah pertanyaan. 8.4 Perlawanan bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir adalah secara kalah mati.
3 9.0 KEMENANGAN SET DAN PERLAWANAN 9.1 Satu set (kecuali set penentuan) akan dimenangi oleh Pasukan yang terlebih dahulu mencapai mata ke-25 dengan kelebihan dua (2) mata. Jika keadaan seri pada 24 – 24, permainan akan diteruskan sehingga kelebihan dua (2) mata dengan mata maksima 30 mata. 9.2 Set penentuan akan dimenangi oleh Pasukan yang terlebih dahulu mencapai mata ke-15 dengan kelebihan dua (2) mata. Jika dalam keadaan seri pada 14 – 14, permainan akan diteruskan sehingga kelebihan dua (2) mata dengan mata maksima 17 mata. 9.3 Bagi perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang terlebih dahulu memenangi dua (2) set. Mata penamat bagi set 1 dan 2 adalah 25 mata. 9.4 Perlawanan akhir (Final) akan dimenangi oleh Pasukan yang terlebih dahulu memenangi tiga (3) set (Best Of Five). 10.0 PEMBERIAN MATA 10.1 Pasukan Menang - 2 mata 10.2 Pasukan Kalah - 0 mata 11.0 PENENTUAN KEMENANGAN 11.1 Sekiranya pada akhir peringkat kumpulan terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kemenangan adalah seperti berikut : Jumlah set menang (semua perlawanan dalam Kumpulan) A = Jumlah set kalah (semua perlawanan dalam Kumpulan) (Pasukan yang memperolehi nisbah set yang tinggi menduduki tempat teratas) 11.2 Sekiranya masih terdapat persamaan kedudukan, maka formula berikut digunakan: Jumlah mata set menang (semua perlawanan dalam Kumpulan) B = Jumlah mata set kalah (semua perlawanan dalam Kumpulan) (Pasukan yang memperolehi nisbah mata yang tinggi menduduki tempat teratas)
4 11.3 Sekiranya masih seri maka keputusan perlawanan yang telah diadakan antara kedua-kedua pasukan akan diambil kira. Pasukan yang menang dalam perlawanan tersebut akan dianggap pemenang. 11.4 Sekiranya masih tidak boleh menentukan pemenang, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi. 12.0 TEMPOH PERLAWANAN 12.1 Tempoh perlawanan tidak dihadkan. Permainan akan ditamatkan sekiranya terdapat mana-mana pasukan yang mencapai mata penamat terlebih dahulu. 12.2 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan hendaklah sentiasa bersedia untuk bermain lebih daripada satu (1) perlawanan sehari. 13.0 PAKAIAN PEMAIN 13.1 Jersi pemain mestilah bernombor dari nombor 1 hingga 20 sahaja. 13.2 Nombor-nombor mestilah dicetak di hadapan dan di belakang setiap jersi. Jersi Ketua Pasukan mestilah mempunyai satu garisan di bawah nombor di bahagian hadapan jersi. 13.3 Saiz setiap nombor mestilah berukuran minima 15 cm di bahagian hadapan dan 20 cm di bahagian belakang jersi. 13.4 Pasukan yang tidak berpakaian seragam sukan (j ersi) adalah dilarang dari bertanding. 14.0 PERTUKARAN PEMAIN 14.1 Pertukaran pemain (dalam borang pendaftaran) boleh digunakan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Pertukaran yang dilakukan selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan tidak akan dibenarkan.
5 15.0 MENARIK DIRI Sila rujuk Peraturan Umum Kejohanan. 16.0 PENANGGUHAN ATAU PENUNDAAN PERLAWANAN. 16.1 Sila rujuk Peraturan Umum. 16.2 Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang adalah tidak sesuai untuk perlawanan dimulakan atau diteruskan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, keputusan berikut akan diikuti: 16.2.1.1 Sekiranya perlawanan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama. 16.2.1.2 Sekiranya perlawanan disambung dan dimainkan di gelanggang yang lain atau berbeza, set yang sedang dimainkan semasa perlawanan tergendala akan dibatalkan dan dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama. Set yang telah dimainkan terdahulu sebelum permainan tergendala akan dikekalkan keputusannya. 17.0 PERALATAN 17.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan peralatan di gelanggang dan bola rasmi pertandingan adalah MIKASA MV300 atau setaraf dengannya. 18.0 BANTAHAN Sila rujuk kepada peraturan 18.0 dan 19.0 Peraturan-Peraturan Umum. 19.0 HADIAH 19.1 Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan dan Ketiga (Bersama) : KATEGORI EMAS PERAK GANGSA (BERSAMA) Lelaki 1 (14) 1 (14) 2 (28) Wanita 1 (14) 1 (14) 2 (28) JUMLAH 2 (28) 2 (28) 4 (56) 20.0 UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH Penyampaian hadiah akan diadakan selepas perlawanan akhir atau semasa majlis penutup yang akan ditentukan kemudian.