2 MODUL BAGI PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS DI NEGERI JOHOR ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan 4 2.0 Pengenalan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas - Latarbelakang 4 - 5 3.0 Objektif Peluasan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Klinik Desa 3.1 Objektif Umum 3.2 Objektif Khusus 5 - 6 4.0 Pegawai Bertanggungjawab 7 5.0 Skop Modul bagi Peluasan Perkhidmatan Warga Emas di Klinik Desa Berdasarkan pelan Tindakan Perkhidmatan warga Emas 2023-2030 (PTPKWE) Skop Aktiviti- aktiviti : 5.1 Saringan dan Penilaian Kesihatan i- Saringan Berterusan ii-Saringan Berkala / Bersasar 5.2 Pemeriksaan Kesihatan, rawatan dan Rujukan Warga Emas dan Penjaga 5.3 Pemulihan ( Rehabilitasi ) Fisioterapi dan Pemulihan Carakerja 5.4 Pemeriksaan Gigi 5.5 Pemakanan dan Dietetik 5.6 Pembekalan Ubatan 5.7 Lawatan dan Rawatan di Rumah 5.8 Latihan kepada Penjaga 5.9 Pendidikan dan Promosi Kesihatan 5.10 Kolaborasi 8 - 14 6.0 Dokumentasi dan Pendaftaran WE 6.1 Rekod 6.2 Reten 14 7.0 Waktu Perkhidmatan / Hari Klinik 15 8.0 Indikator yang di pantau 15 9.0 Persediaan di Peringkat Daerah 16 10.0 Rujukan 17 - 18
3 11.0 Lampiran 11.1 Carta Alir 11.1.1 Saringan Kesihatan Warga Emas di Klinik Desa dan Semasa Lawatan Rumah 11.1.2 Tindakan Susulan Pengurusan Warga Emas di Klinik Desa 11.1.3 Perkhidmatan Fisioterapi ( Saringan Sarkopenia ) 11.1.4 Pelaksanaan Saringan Pemakanan Warga Emas di Klinik Desa 11.1.5 Intervensi Pemakanan Warga Emas 11.1.6 Cadangan Pengopersaian di Klinik Desa - 1 11.1.7 Cadangan Pengopersaian di Klinik Desa - 2 11.1.8 Cadangan Pengopersaian di Klinik Desa - 3 19 - 37 20 - 27 11.2 Proses Kerja 11.2.1 Jururawat Masyarakat 11.2.2 Fisioterapi 11.2.3 Pergigian 28 - 31 11.3 Buku Rekod dan Borang Berkaitan 11.3.1 Buku Daftar Warga Emas (PKWE 101 Pind. 1/2013) 11.3.2 Borang Senarai Semak Status Kesihatan Warga Emas Oleh Jururawat Masyarakat Di Klinik Desa/ Semasa Lawatan Rumah ( SSSKWE/JM/KD/LR 1/2019 ) 11.3.3 The Zarith Burden Interview 11.3.4 Penilaian Ringkas Pemakanan Mini (MNA-SF) 11.3.5 Laporan Laporan Bulanan Pesakit Baru Warga Emas : PG214 Pind. 1/2023 32 - 37
4 MODUL PELUASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA DI NEGERI JOHOR 1.0 PENDAHULUAN Malaysia dijangka menjadi ‘Negara Tua’ pada tahun 2030 apabila 15% daripada keseluruhan populasi adalah berusia 60 tahun ke atas. Di negeri Johor pula, statistik telah menunjukkan pada tahun 2022, 10.92% daripada jumlah populasi di negeri ini adalah warga emas. Sehubungan dengan itu dirasakan perlu ada perancangan untuk meningkatkan kualiti perkhidamatan kesihatan kepada warga emas secara lebih holistik di negeri Johor ini. Klinik desa adalah fasiliti kesihatan primer yang sangat dekat dengan masyarakat kerana kedudukan lokasinya. Oleh itu dirasakan terdapat peluang untuk meluaskan perkhidmatan warga emas ini di klinik desa bagi membolehkan kemudahcapaian warga emas kepada kemudahan kesihatan. Modul ini disediakan sebagai panduan dan rujukan untuk anggota kesihatan di peringkat Kesihatan Primer bagi menjalankan Peluasan Perkhidmatan Warga Emas di Klinik Desa di Negeri Johor. Diharapkan dengan adanya modul ini, ia akan memudahkan lagi semua anggota yang akan melaksanakan peluasan ini dan dapat memberikan impak yang lebih positif kepada penjagaan kesihatan di kalangan warga emas. 2.0 LATAR BELAKANG Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di klinik kesihatan bermula pada tahun 1996 sebagai perkhidmatan ‘Expanded scope’ dan menjadi lebih berstruktur dengan terbentuknya Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas pada tahun 2008, sebelum Dasar Kesihatan Warga Emas diterbitkan pada tahun 2011. Terkini, Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan WE,KKM 2023- 2030 (PTPKWE 2023-2030) telah dibangunkan. Pelan ini meliputi 5 teras, 14 strategi dan 78 aktiviti. Rajah di bawah menunjukkan struktur keseluruhan pelan tersebut, di mana jika dilihat di bawah Teras 2, antara aktiviti utama yang ditekankan adalah peluasan perkhidmatan warga emas di klinik desa.
5 Rajah 1: Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030
6 3.0 OBJEKTIF PELUASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA 3.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan akses kepada perkhidmatan Kesihatan yang komprehensif bagi membolehkan golongan warga emas menua secara sihat. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Mengoptimum sumber dan infrastruktur sedia ada dengan memperluaskan skop tugas dan peranan Klinik Desa dalam menyampaikan perkhidmatan Kesihatan Warga Emas kepada masyarakat setempat termasuk aktiviti pengawalan penyakit tidak berjangkit. 3.2.2 Meningkatkan penyampaian perkhidmatan jagaan kesihatan kepada populasi warga emas menggunakan pendekatan “Community Based Primary Healthcare”. 3.2.3 Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif bagi warga emas melalui promosi kesihatan dan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan serta rehabilitasi. 3.2.4 Meningkatkan status kesihatan dan keupayaan fungsi (functional ability) warga emas dalam komuniti sejajar dengan rangka kerja “Healthy Ageing”. 3.2.5 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam bidang geriatrik sejajar dengan penuaan negara.
7 4.0 PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB 4.1.1 Jawatankuasa Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Di Klinik Desa Penasihat : Pegawai Kesihatan Daerah Pengerusi : Pegawai Perubatan Yang Menjaga/Pakar Perubatan Keluarga Setiausaha :Penyelia Jururawat Kesihatan/Ketua Jururawat Ahli-ahli : i. Pegawai Pergigian ii. Jururawat Kesihatan iii. Penolong Pegawai Perubatan iv. Pegawai Farmasi / Penolong Pegawai Farmasi v. Juruteknologi Makmal Perubatan vi. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pembantu Kesihatan Awam vii. Pegawai Pemulihan / Jurupulih Perubatan Fisioterapi viii. Pegawai Pemulihan / Jurupulih Perubatan Carakerja ix. Pegawai Sains Pemakanan / Pegawai Dietetik x. Pegawai Kerja Sosial Perubatan xi. Pegawai lain jika perlu
8 5.0 SKOP MODUL BAGI PELUASAN PERKHIDMATAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA BERDASARKAN PELAN TINDAKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS 2023-2030 (PTPKWE) Skop Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas yang dijalankan di klinik desa merangkumi yang berikut: 5.1 Saringan dan Penilaian Kesihatan Saringan merupakan perkara asas di dalam sesuatu perkhidmatan Kesihatan dan merupakan langkah pertama yang boleh dilaksanakan bagi mendapatkan status Kesihatan warga emas di dalam populasi masing-masing. Terdapat dua (2) jenis saringan yang boleh dilakukan iaitu saringan secara berterusan dan saringan berkala. i) Saringan Berterusan Saringan Kesihatan berterusan boleh dilakukan oleh jururawat Masyarakat yang terlatih, di mana mereka akan menyaring warga emas di dalam Kawasan operasi masing-masing menggunakan Borang Senarai Semak Status Kesihatan Warga Emas Oleh Jururawat Masyarakat Di Klinik Desa/ Semasa Lawatan Rumah SSSKWE/JM/KD/LR 1/2019. ( Rujuk Carta Alir 11.1 ) ii) Saringan Berkala/Bersasar Terdapat pelbagai jenis saringan yang boleh dilaksanakan secara berkala atau melalui program bersasar yang dirancang mengikut keperluan. Saringan ini meliputi pemeriksaan fizikal dan saringan bersasar mengikut perkhidmatan sama ada pergigian, mata, rehabilitasi, mental dan lain-lain termasuklah saringan kanser. 5.2 Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan dan Rujukan Warga Emas dan Penjaga Pemeriksaan Kesihatan untuk warga emas boleh dilaksanakan secara berkala mengikut kesesuaian dan keperluan di lokaliti masing-masing (berdasarkan beban dan populasi warga emas setempat). Pemeriksaan yang digalakkan adalah bagi kes-kes kronik untuk rawatan susulan seperti penyakit tidak berjangkit (darah tinggi, kencing manis dan lain-lain) serta untuk penyakit berjangkit (seperti tuberculosis dan lain-lain) serta kes-kes yang telah disaring oleh mana-mana kakitangan kesihatan dan memerlukan penilaian semula oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Keluarga. Untuk menambah nilai sessi di KD ini, warga emas boleh dilihat oleh mana-mana perkhidmatan sokongan (sama ada pemakanan/dietetik/fisioterapi/cara pulih kerja) yang turut hadir pada hari tersebut selepas pemeriksaan doktor.( Rujuk Carta Alir 11.2 )
9 5.3 Pemulihan (Rehabilitasi) Untuk meningkatkan status kesihatan dan keupayaan fungsi (functional ability) warga emas, perkhidmatan rehabilitasi diperlukan. Di KD, perkhidmatan rehabilitasi boleh diberikan bagi pesakit yang sudah sedia ada mempunyai follow up di klinik induk ataupun bagi kes-kes baru yang datang ke KD sama ada yang dirujuk oleh Jururawat Masyarakat atau pesakit yang dilihat oleh pegawai perubatan.( Rujuk Carta Alir 11.3 ) Pegawai Fisioterapi dan Carapulih Kerja dari klinik berhampiran boleh datang ke KD mengikut penjadualan yang ditetapkan mengikut kesesuaian. Skop perkhidmatan yang dilaksanakan adalah meliputi saringan, intervensi dan promosi kesihatan seperti di dalam Jadual di bawah: FISIOTERAPI PEMULIHAN CARAKERJA 1.Melakukan pengesanan awal risiko kelemahan, sarkopenia dan jatuh. 2.Memberikan intervensi bagi warga emas berisiko kelemahan, sarkopenia dan jatuh serta penyakit berkaitan warga emas. 3.Memberi cermah dan pendidikan kesihatan warga emas tentang masalah dan risiko sindrom geriatrik seperti sarcopenia, inkontinen, immobiliti, risiko jatuh dan lain lain. 4.Membuat pameran dan promosi kesihatan warga emas. 5.Menjalankan program senaman dan kecergasan secara berkumpulan bersama warga emas 1.Saringan keupayaan menjalankan aktiviti harian (ADL) menggunakan borang modified barthel index. 2.Saringan kefungsian kognitif menggunakan MoCA (Montreal Congnitive Assessment). 3.Saringan minda sihat menggunakan DASS. 4.Saringan leisure di kalangan warga emas menggunakan interest checklist. 5.Saringan kualiti tidur warga emas. 6.Intervensi cognitive stimulation therapy yang di jalankan mengikut jadual bagi mengekalkan kefungsian kognitif warga emas. 7.Menjalankan aktiviti leisure yang digemari oleh warga emas. 8.Aktiviti relaksasi seperti progressive muscle relaxation, deep breathing dan imaginary technique kepada warga emas bagi menggalakan mereka beradaptasi dengan perubahan yang berlaku.
10 5.4 Pemeriksaan Gigi Status kesihatan pergigian warga emas yang optimum adalah penting bagi memastikan warga emas mencapai kualiti hidup yang baik seterusnya ke arah penuaan sihat rakyat Malaysia. Jika kesihatan mulut tidak memuaskan, akan menyebabkan kemerosotan fungsi mulut di mana berlaku kesukaran mengunyah dan memberi kesan kepada proses penghadaman. Kemerosotan fungsi mulut ini boleh mengganggu kualiti pengambilan makanan yang membawa kepada kekurangan nutrisi, dan seterusnya menyebabkan gangguan pada fungsi fizikal. Kesan daripada proses penuaan dan berkurangnya kebolehupayaan menjaga kebersihan mulut, warga emas berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan pergigian. Di antara masalah kesihatan pergigian dan mulut yang sering dihadapi adalah karies gigi, masalah periodontal, kehilangan gigi, mulut kering, angular cheilitis, kurang aliran air liur dan kurang deria rasa. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan dua hala antara kesihatan pergigan dan masalah kesihatan (penyakit tidak berjangkit) kerana mempunyai faktor risiko yang sama. Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merangka satu Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan iaitu National Oral Health Strategic Plan (NOHSP) 2022- 2030 yang menyelaraskan strategi bagi penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang baik, memperkasa seterusnya meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat. Antara sasaran yang berimpak yang perlu dicapai dalam NOHSP 2022-2030 adalah 50% warga emas mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi. Oleh itu, sebagai salah satu inisiatif peningkatan tahap kesihatan pergigian dan kualiti hidup warga emas, peluasan perkhidmatan kesihatan pergigian warga emas di klinik desa boleh dilaksanakan dengan membuat pemeriksaan pergigian dan saringan lesi mulut. Jika ada keperluan, warga emas boleh dirujuk ke klinik pergigian di klinik kesihatan berdekatan bagi rawatan susulan. Kolaborasi bersama pelbagai agensi juga dapat memastikan penglibatan komuniti dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian warga emas yang lebih efisien, di samping meningkatkan kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian yang baik. 5.5 Pemakanan / Dietetik Aspek pemakanan adalah sangat penting bagi memastikan warga emas kekal sihat dan tidak mendapat komplikasi daripada malnutrisi, apatahlagi dengan perubahan dari aspek fizikal, fisiologi sistem penghadaman seperti masalah mengunyah dan menelan makanan serta pengurangan deria rasa dan bau boleh mempengaruhi amalan pemakanan mereka. Pemakanan yang bersesuaian mengikut umur dan komorbiditi perlu diterangkan kepada bukan sahaja warga emas, tetapi juga kepada penjaga. Di samping itu, masalah kehilangan sokongan sosial seperti tinggal bersendirian tanpa pasangan atau ahli keluarga yang lain juga boleh mempengaruhi status pemakanan warga emas. ( Rujuk Carta Alir 11.4 )
11 Antara aktiviti yang boleh dilakukan di klinik desa: Pemakanan: i. Sesi demonstrasi penyediaan makanan kepada penjaga warga emas, contohnya; a) penyediaan makanan lembut (soft foods) untuk memudahkan warga emas yang mengalami masalah mengunyah b) saranan menu mengikut keperluan nutrien yang sukar didapati oleh warga emas seperti kalsium dan vitamin D. ii. Program Bantuan Makanan Bermasak Meals On Wheels (MoW) kepada warga emas yang kurang berkemampuan bagi membantu meningkatkan kebolehdapatan makanan berkhasiat. Program ini merupakan tambah nilai kepada program bantuan makanan bermasak sedia ada atau baru yang dijalankan oleh pihak-pihak berkaitan, sama ada agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Dietetik: Saringan pemakanan warga emas boleh dilaksanakan di klinik desa oleh anggota Kesihatan semasa pesakit datang untuk mendapatkan rawatan atau lain-lain perkhidmatan. Selain itu, saringan boleh dijalankan semasa aktiviti program yang diadakan. Senarai keperluan semasa saringan: Bil. Jenis pemeriksaan Peralatan diperlukan 1. Saringan pemakanan Borang Penilaian Ringkas Pemakanan Mini, MNA-SF) ( Rujuk Lampiran ) 2. Indeks Jisim Tubuh (IJT) Alat pengukur tinggim alat penimbang, kalkulator 3. Bacaan antropometri Pita pengukur Intervensi pemakanan warga emas di klinik selepas saringan MNA-SF dijalankan. ( Rujuk Carta Alir 11.5 ) 5.6 Pembekalan ubatan Pembekalanan ubatan dilakukan oleh pegawai farmasi /penolong pegawai farmasi secara berkala melalui jadual lawatan yang terancang, sama ada untuk pemberian ubatan bagi preskripsi baru atau preskripsi susulan semasa lawatan berkala pegawai perubatan/pakar perubatan ke klinik desa tersebut. Perkhidmatan tambah nilai farmasi (value added service) boleh disediakan mengikut persetujuan bersama bergantung kepada kesesuaian lokasi dan prasarana di Klinik desa. Klinik desa boleh juga dijadikan lokasi untuk pembekalan ubat preskripsi susulan bagi keskes kronik. Mekanisme bersesuaian perlu di rancang dengan kerjasama semua ahli pasukan. Aktiviti Ke Klinik Desa Kenali Ubat Anda dan Promosi Penggunaan Ubat Berkualiti yang disertai oleh Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan DUTA Kenali Ubat Anda
12 boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pesakit dan orang awam berkaitan penggunaan produk berdaftar seperti ubat ‘over the counter’, ubat tradisional, supplement dan kosmetik. 5.7 Lawatan dan Perawatan di Rumah Lawatan rumah boleh dibuat jika dirasakan berkeperluan untuk kes-kes tertentu. Skop yang boleh dilaksanakan semasa lawatan rumah adalah: a) Perkhidmatan Pendidikan dan Promosi Kesihatan kepada klien dan penjaga b) Perkhidmatan Saringan dan Penilaian Kesihatan Termasuk Risiko Penderaan c) Perkhidmatan Pemulihan (Rehabilitasi) d) Perkhidmatan Kebajikan, Sosial dan Rekreasi e) Perkhidmatan Saringan Kesihatan Mental Kepada Penjaga Warga Emas (Caretaker Burn Out Score/ Zarit Burden Interview) ( Rujuk Lampiran ) f) Perkhidmatan Rujukan kepada pihak berkaitan g) Perkhidmatan penilaian dan kaunseling ubat-ubatan di rumah *Bagi lawatan kerumah, dicadangkan pegawai farmasi untuk menyertai pasukan dari profesion lain juga. Duta Kenali Ubat Anda boleh juga dilibatkan untuk turut serta. 5.7.1 Kriteria Kumpulan Sasar a) Penduduk warganegara Malaysia,mempunyai alamat rumah yang jelas dan tinggal dalam kawasan operasi b) Kes yang dirujuk dari fasiliti kesihatan / komuniti Kes yang mempunyai masalah kognitif Kes yang mempunyai penyakit kronik yang tidak stabil Kes dengan polifarmasi Kes dengan masalah pergerakan / risiko jatuh Lain-lain kes yang difikirkan perlu oleh pengamal perubatan 5.8 Latihan kepada penjaga Latihan asas hendaklah diberikan kepada penjaga untuk membolehkan mereka memahami masalah yang dihadapi oleh warga emas. Latihan lain seperti penjagaan warga emas yang terlantar (bedridden) untuk mengelakkan kudis tekanan (bedsore), kekejangan (stiffness), dan lain-lain. Latihan pengurusan ubat, penyimpanan dan pemberian ubat kepada penjaga pesakit akan membantu penjaga untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada pesakit bagi mendapatkan kesan ubat-ubatan yang maksimum.
13 5.9 Pendidikan dan Promosi Kesihatan Klinik desa merupakan tempat yang strategik untuk melaksanakan promosi dan pendidikan kesihatan memandangkan ianya berada dekat dengan masyarakat. Pelbagai ceramah kesihatan / kursus / dialog / seminar boleh dilakukan . Selain itu pelbagai risalah, poster dan audio-video boleh ditempatkan di klinik desa. Promosi kesihatan boleh dijalankan dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah pengurusan Kementerian Kesihatan seperti Wellness Hub, Panel Penasihat Kesihatan, dan KOSPEN. Pihak klinik juga boleh melibatkan kepakaran agensi lain untuk membuat taklimat berkaitan isu-isu semasa selain topik kesihatan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. Jadual 1 : Senarai Cadangan Aktiviti Promosi dan Pendidikan Melibatkan Pelbagai Agensi Selain Kementerian Kesihatan Jabatan Aktiviti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pendidikan kepada warga emas i. Elakkan Scam ii. Penjagaan harta benda Pejabat Pendidikan Daerah Promosi kesihatan melalui i. Sambutan Hari Warga Emas ii. Menyertakan elemen menyayangi warga emas dalam aktiviti kesihatan sekolah iii. Kolaborasi bersama sekolah dalam aktiviti seperti gotong-royong, senaman dan lain-lain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Pejabat Agama Daerah Pendidikan kesihatan i. Penjagaan Kesihatan Semasa bulan Ramadan ii. Pemakanan mengikut Sunnah iii. Menjaga kesihatan mental dari aspek agama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Saringan Pap Smear Saringan Mammogram
14 5.10 Kolaborasi Aktiviti kolaborasi dengan institusi ataupun mana-mana persatuan juga digalakkan bagi meningkatkan lagi aktiviti berkaitan penjgaan warga emas di dalam komuniti. Pusat Warga Emas (PAWE) adalah antara institusi yang boleh dijadikan rakan strategik, terutama di dalam penubuhan Kelab Warga Emas sekiranya dirasakan bersesuaian. Selain itu, warga emas juga boleh dirujuk keapda mana-mana Wellness Hub yang berdekatan bagi untuk aktiviti pencegahan dan promosi Kesihatan yang dilaksanakan di tempat tesebut. 6.0 DOKUMENTASI & PENDAFTARAN WARGA EMAS Rekod dan reten adalah mengikut Rekod dan Reten Kesihatan Warga Emas sedia ada iaitu: 6.1 Rekod i. Buku Daftar Warga Emas (PKWE 101 Pind. 1/2013) ( Rujuk Lampiran ) ii. Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK/WE/2008 Pind. 1/2014) iii. Rekod Harian Pesakit Baru Warga Emas : PG105 Pind. 1/2023 iv. Borang Senarai Semak Status Kesihatan Warga Emas Oleh Jururawat Masyarakat Di Klinik Desa/ Semasa Lawatan Rumah ( SSSKWE/JM/KD/LR 1/2019 ) ( Rujuk Lampiran ) v. Kad Rawatan L.P.8 - 3/2019 (Komuniti) – Warna Kuning 6.2 Reten i- Reten HMIS (PKWE 201A Pind. 2/2007 dan PKWE 201B Pind. 2/2007) ii- Reten Non HMIS (Reten Warga Emas - RETEN WE 1/2015) iii- Reten Bulanan Pengurusan Saringan Risiko Kesihatan di Klinik Kesihatan (RBPSRKKK/201/2008) iv- Laporan Bulanan Pesakit Baru Warga Emas : PG214 Pind. 1/2023 ( Rujuk Lampiran ) v- Laporan Bulanan Individu / Fasiliti Bagi Aktiviti Promosi & Pendidikan Kesihatan Pergigian : PGPRO 01Pind. 1/2022 vi- Laporan Bulanan Individu/ Hasil Kerja Pegawai Pergigian : PG207 Pind. 1/2022 vii- Laporan Bulanan Klinik Bagi Perkhidmatan Pergigian di Program Komuniti : KOM Pind. 1/2023
15 7.0 WAKTU PERKHIDMATAN/ HARI KLINIK 7.1.1 Perkhidmatan WE boleh dilaksanakan secara berkala mengikut kesesuaian fasiliti masing pada kadar 2-3 minggu sekali. Klinik boleh memilih mana-mana cadangan pengoperasian. (Rujuk Lampiran 11.6 - 11.8 ) 7.1.2 Warga Emas boleh datang ke klinik mengikut temujanji yang diberikan oleh kakitangan Kesihatan sama ada untuk saringan/rujukan/pemeriksaan dan lain-lain aktiviti. 8.0 INDIKATOR YANG DIPANTAU BIL AKTIVITI INDIKATOR SASARAN 1 Saringan oleh JM Peratus warga yang disaring oleh Jururawat Masyarakat 100% warga emas disaring setiap tahun Peratus warga yang disaring oleh JM di Kawasan operasi Klinik Desa 50% daripada populasi warga emas di kawasan operasi Klinik Desa disaring menggunakan SSSKWE/JM/KD/LR 1/2019 ( secara kumulatif ) 2 Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan dan Rujukan Warga Emas dan Penjaga Peratus warga emas yang berisiko diberi intervensi 100% warga emas yang berisiko diberi intervensi 3 Pemulihan (Rehabilitasi) i-Perkhidmatan Fisioterapi i-Peratus warga emas berisiko kelemahan, sarkopenia dan jatuh serta penyakit berkaitan warga emas menerima intervensi fisioterapi. Sekurang-kurangnya 80% 4 ii-Perkhidmatan Carapulih Kerja Peningkatan keberdikarian dalam aktiviti harian (ADL) untuk warga emas dalam tempoh 3 bulan intervensi pemulihan carakerja. ≥75% 5 Pemeriksaan Gigi Peratus pesakit warga emas yang diperiksa mempunyai ≥ 20 batang gigi ≥50% setiap tahun
16 9.0 PERSEDIAAN DI PERINGKAT DAERAH 9.1 Mewujudkan jawatankuasa bagi pelaksanaan projek Ketua PTJ hendaklah mengenal pasti klinik desa yang bersesuaian untuk projek ini dan mewujudkn JK Pelaksana bagi program. Kriteria KD yang sesuai: - mempunyai perjawatan JM yang tetap sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih - kedatangan rendah <15 orang sehari 9.2 Membuat perancangan bagi pelaksanaan projek mengikut kesesuaian lokaliti Perbincangan perlu dibuat di dalam daerah bagi menentukan perjalanan program. Ini termasuk dengan tentatif dan jadual terperinci pengoperasian, sumber manusia dan isu-isu lain termasuklah dengan keperluan menyenaraikan nama penduduk yang akan mendapatkan rawatan di KD tersebut. 9.3 Mengadakan latihan kepada kakitangan untuk penjagaan warga emas Latihan perlu dilaksanakan di daerah bagi memastikan kakitangan berpengetahuan dan arif tentang penjagaaan warga emas. Antara cadangan topik-topik yang perlu diberikan kepada kakitangan sebagai persediaan adalah: a. Pengenalan Perkhidmatan Warga Emas Di Klinik Desa b. Saringan dan Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas menggunakan BSSK c. Penjagaan Warga Emas dalam skop perkhidmatan pergigian, fisioterapi, dan lain-lain d. Kesihatan Mental dikalangan Warga Emas e. Penjagaan Kendiri Warga Emas - pemakanan - penjagaan mata - Risiko jatuh kecederaan f. Penyakit Berjangkit/Tidak Berjangkit untuk Warga Emas g. Kursus keselamatan Warga Emas contoh jenayah siber, kebakaran, kemalangan di rumah dan jalanraya. h. Senaman Warga Emas i. Latihan kepada Penjaga Warga Emas 9.4 Melaksanakan promosi berkaitan projek kepada komuniti melalui JK daerah/setempat secara fizikal/media sosial 9.5 Berkolaborasi dengan mana-mana persatuan/institusi jika perlu
17 10.0 RUJUKAN i. Dasar Warga Emas Negara (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2011) ii. 2.2.Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2011) iii. 2.3.Dasar Kesihatan Warga Emas (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008) iv. 2.4.Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008) v. 2.5.Garis Panduan Melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Peringkat Daerah, Klinik Kesihatan dan Penglibatan Komuniti Edisi 2 (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2006). vi. 2.6.Panduan Untuk Penjaga Warga Emas (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jun 2008). vii. 2.7.Standard Operating Procedures for Medical Assistants in Primary Health Care (Family Health Development Division, Ministry of Health, Malaysia, 2005). viii. 2.8.Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003). ix. 2.9.Manual Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Kesihatan Warga Emas (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, Oktober 2003). x. 2.10.Modul Latihan Pengendalian Fisioterapi Asas Untuk Warga Emas Oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013). xi. 2.11.Teknik Mengangkat & Mengalih Warga Emas, (Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia). xii. .12.Manual dan Modul Latihan Pengendalian Kes Dementia Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009). xiii. 2.13.Garis Panduan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Di Kesihatan Primer (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). xiv. 2.14.Panduan Pemakanan Warga Tua Di Institusi (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihaan Malaysia, 2001). xv. 2.15.Flip-chart Panduan Pemakanan Warga Emas, Makan Secara Sihat, Hidup Sejahtera Di Usia Emas (Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014). xvi. 2.16.Pelan pengurusan Operasi Perkhidmatan Fisioterapi, 2014 xvii. 2.17.Prosedur Operasi Standard Perawatan Fisioterapi Geriatrik, 2014 xviii. 2.18.Prosedur Operasi Standard Perawatan Fisioterapi Respiratori, 2014 xix. 2.19.Prosedur Operasi Standard Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa), 2014 xx. 2.20.Prosedur Operasi Standard Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal, 2014 xxi. 2.21.Prosedur Operasi Standard Perawatan Fisioterapi Inkontinen, 2014 xxii. Polisi Operasi Farmasi Ambulatori 2022. (Edisi ke2) xxiii. Garispanduan Pendispensan Ubat Bersepadu 2021. (Edisi ke 4)
18 xxiv. Geriatric Pharmacy Pocket Book: A Quick Guide for Pharmacist managing Geriatric Cases 2021 (Edisi 1) xxv. Garispanduan Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia 2010 xxvi. Protokol Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-ubatan di Rumah (Home Medication Review (HMR)) Edisi Ketiga, 2023 xxvii. Garispanduan perkhidmatan tambah nilai farmasi 2016 (Edisi 1)
19 11.0 LAMPIRAN
20 11.1 CARTA ALIR 11.1.1 CARTA ALIR : SARINGAN KESIHATAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA DAN SEMASA LAWATAN RUMAH
21 11.1.2 CARTA ALIR : TINDAKAN SUSULAN PENGURUSAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA Saringan Jururawat Masyarakat ( Klinik / Lawatan Rumah ) TAMAT Kes-kes Kronik daripada Klinik Kesihatan Pendaftaran & Triage Di Klinik Desa Konsultasi Pegawai Perubatan Status Pesakit untuk rawatan Kecemasan Rujukan Segera Ke Klinik Kesihatan Saringan Intervensi Perkhidmatan Sokongan ( Dietitian/Fisio/OT/PSP ) Status Pesakit Pengambilan Ubat TIDAK YA Rawatan susulan di Klinik Desa / Klinik Kesihatan TIDAK NORMAL
22 11.1.3 CARTA ALIR : PERKHIDMATAN FISIOTERAPI ( SARINGAN SARKOPENIA )
23 11.1.4 CARTA ALIR : PELAKSANAAN SARINGAN PEMAKANAN WARGA EMAS DI KLINIK DESA Memberi intervensi 1.Triage 2.OPD/ NCD 3.Program Warga Emas 4.Bilik Konsultasi Kenalpasti kriteria pesakit untuk saringan Kriteria dipenuhi ? TIDAK YA Pendaftaran Teruskan prosedur rawatan perubatan Teruskan prosedur rawatan perubatan Jalankan saringan mengikut kesesuaian Buat penilaian skor
24 11.1.5 CARTA ALIR : INTERVENSI PEMAKANAN WARGA EMAS
211.1.6 CADANGAN PENGOPERASIAN DI KLINIK DESA : 1 BULAN MINGGU AKTIVITI CADANGAN APR Pertama Saringan JM Aktiviti Promosi & Pendidikrumah Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO (bersama PF/POT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM MEI Pertama Saringan JM Aktiviti Promosi & Pendidikrumah Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO (bersama PF/POT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM JUN Pertama Saringan JM Pemeriksaan Pergigian dan Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO (bersama PF/POT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM
5 WAKTU OPERASI KEPERLUAN KAKITANGAN an/lawatan 8.00am1.00pm bergantung kepada aktiviti PPF, dan pegawai 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF/JK/PPP+ perkhidmatan sokongan OT/Fisio/Dietician/PSP an/lawatan 8.00am1.00pm bergantung kepada aktiviti PPF, dan pegawai 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF/JK/PPP+ perkhidmatan sokongan OT/Fisio/Dietician/PSP Pendidikan 8.00am1.00pm DRs, Dental Nurse, DSA, Driver PPF, dan pegawai 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF/JK/PPP+ perkhidmatan sokongan OT/Fisio/Dietician/PSP
211.1.7 CADANGAN PENGOPERASIAN DI KLINIK DESA : 2 BULAN MINGGU AKTIVITI CADANGAN APR Pertama Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM MEI Pertama Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM JUN Pertama Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Kedua Saringan JM Pemeriksaan Pergigian dan PendKetiga Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM
6 WAKTU OPERASI KEPERLUAN KAKITANGAN bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician idikan 8.00am1.00pm bersama PF/PPF, dan 8.00am1.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician
211.1.8 CADANGAN PENGOPERASIAN DI KLINIK DESA : 3 BULAN MINGGU AKTIVITI CADANGAN APR Pertama Saringan JM Kedua Saringan JM Ketiga Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Keempat Saringan JM MEI Pertama Saringan JM Kedua Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Ketiga Saringan JM Keempat Saringan JM JUN Pertama Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP Kedua Saringan JM Pemeriksaan Pergigian dan PendKetiga Saringan JM Keempat Saringan JM Lawatan MO + aktiviti promosi (bpegawai OT/Fisio/Dietician/PSP
7 WAKTU OPERASI KEPERLUAN KAKITANGAN bersama PF/PPF, dan 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician bersama PF/PPF, dan 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician idikan 8.00am1.00pm bersama PF/PPF, dan 8.00am5.00pm DRs, PPF/PF. JK/PPP/OT/Fisio/PSP/Dietician
28 11.2 PROSES KERJA 11.2.1 PROSES KERJA : JURURAWAT MASYARAKAT
29 11.2.2 PROSES KERJA : FISIOTERAPI JAWATAN PROSES PPK / JPF/ PPPF JPF / PPPF JPF / PPPF 1. Pendaftaran Pesakit 1.1 Terima surat rujukan daripada Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Keluarga. 1.2 Beri temujanji kepada pesakit. 1.3 Daftar pesakit. 2. Pemeriksaan/Saringan Kesihatan 2.1 Sejarah/Fizikal Pesakit 2.1.1 Saringan fizikal dibuat dengan menggunakan borang penilaian. 3. Aktiviti danRawatan Pesakit 3.1. Buat penilaian terhadap pesakit. Bagi pesakit baru, borang penilaian yang bersesuaian digunakan. 3.2. Buat aktiviti berkumpulan yang bersesuaian terhadap pesakit. 3.3. Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit/keluarga. 3.4. Dokumentasi aktiviti rawatan di dalam buku rekod perubatan pesakit. 3.5. Buat temujanji seterusnya(jika perlu) dan merancang pelan tindakan susulan untuk rawatan seterusnya. 3.6. Sekiranya pesakit tidak pulih di dalam tempoh rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kembali kepada Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan. 3.7. Isi maklumat di dalam statistik data harian.
30 11.2.3 PROSES KERJA : PERGIGIAN Bil. Strategi Aktiviti Tanggungjawab 1. Perancangan a. Perkhidmatan kesihatan pergigian warga emas di program peluasan perkhidmatan warga emas di klinik desa 1. Mengenalpasti klinik desa di daerah yang terlibat dengan program peluasan perkhidmatan warga emas di klinik desa (berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah) 2. Menyediakan jadual lawatan tahunan dan menjalankan lawatan ke klinik desa yang di kenalpasti Pegawai Pergigian Daerah Penyelaras Daerah Pegawai Pergigian Yang Menjaga b.Sumber Manusia Anggota pasukan program peluasan perkhidmatan warga emas di klinik desa terdiri daripada : 1. Pegawai Pergigian 2. Pembantu Pembedahan Pergigian 3. Pembantu Perawatan Kesihatan 4. Pemandu Kenderaan Bermotor • Pegawai Pergigian Yang Menjaga 2 Penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian 1.Mengadakan Pendidikan Kesihatan Pergigian mengikut keperluan 2.Menjalankan pemeriksaan pergigian dan saringan lesi mulut 3. Rujukan ke klinik pergigian (jika perlu) • Pegawai Pergigian Yang Menjaga 3 Memperkukuhkan pengetahuan, kesedaran dan amalan dalam kalangan warga emas dan penjaga melalui aktiviti promosi 1. Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian (ceramah / kempen / lain- lain) kepada warga emas (Sasaran : ≥50% Warga Emas mendapat pendidikan kesihatan pergigian) • Penyelaras Negeri / Daerah Pegawai Pergigian Yang Menjaga
31 2. Sesi khas / kempen untuk penjagaan pergigian warga emas sempena Sambutan Hari Warga Emas 4 Meningkatkan kolaborasi bersama pelbagai agensi a. Mempertingkatkan kerjasama dengan pihak kesihatan 1. Menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kesihatan untuk mempromosikan kesihatan pergigian warga emas. 2. Menggalakkan rujukan pesakit warga emas dari KK ke KP dan KP ke KK. Pegawai Pergigian Daerah Penyelaras Negeri / Daerah Pegawai Pergigian Yang Menjaga b. Menambahbaik kolaborasi dengan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan Mengadakan aktiviti kolaborasi dengan: ● Agensi/ Institusi kerajaan ● Swasta ● Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ● Universiti c.Penglibatan komuniti Memperkasakan penglibatan komuniti dengan - Menggabungkan promosi pergigian sebagai sebahagian dari promosi kesihatan bagi aktiviti warga emas, - Kempen - Hari Warga Emas • Pegawai Pergigian Daerah • Penyelaras Negeri / Daerah • Pegawai Pergigian Yang Menjaga
32 11.3 BUKU REKOD DAN BORANG BERKAITAN 11.3.1 Buku Daftar Warga Emas (PKWE 101 Pind. 1/2013) b) Buku Daftar Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Menjadi asas untuk penyediaan laporan berkala PKWE 201 Warga Emas Akan didaftarkan sekali sahaja dlm buku daftar PKWE 101 / bila berumur 60 thn Buku daftar PKWE 101, diserahkan kepada negeri-negeri untuk cetakan contoh Buku Daftar PKWE 101 terdapat dlm Buku Panduan Sistem Maklumat ( HMIS) Kesihatan Keluarga m/s 131. Tahun 2014, PKWE 101 Pind. 1/2013 dicetak dan diedar oleh KKM
33 11.3.2 Borang Senarai Semak Status Kesihatan Warga Emas Oleh Jururawat Masyarakat Di Klinik Desa/ Semasa Lawatan Rumah ( SSSKWE/JM/KD/LR 1/2019 )
34
35 11.3.3 The Zarith Burden Interview
36 11.3.4 Penilaian Ringkas Pemakanan Mini (MNA-SF)
37 11.3.5 Laporan Laporan Bulanan Pesakit Baru Warga Emas : PG214 Pind. 1/2023
38 Sekalung Budi………. 1. DR. SUHAILA BINTI ABDUL SHUKOR KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UD56 2. DR. ZURAINI BINTI AHMAD PAKAR PERUBATAN KELUARGA UD54 3. DR. SABRINA JULIA MOHD JEFFRY KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN UG54 4. DR. KHALSOM SAMSUDIN PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM (PRAWARTA) 5. DR. MOHD AFIQ BIN MASTUKI PEGAWAI PERUBATAN UD54 6. DR. SHUHAIZA ELIANA BINTI SAMSUDIN PEGAWAI PERUBATAN UD54 7. DR. SAIZAWATI BINTI SAION PEGAWAI PERUBATAN UD54 8. DR. NOR NAZIHAH BINTI MOHD HASSIM PEGAWAI PERUBATAN UD54 9. DR. ABD HADI BIN NAJIB PEGAWAI PERUBATAN UD54 10. DR. ZURINA OTHMAN PEGAWAI PERUBATAN UD54 11. DR. NURUL HAYATI BT ABU HASSAN PEGAWAI PERUBATAN UD54 12. DR. NUR LIYANA BINTI MD RADUWAN PEGAWAI PERUBATAN UD54 13. NOOR RATNA NAHARUDDIN PEG FARMASI UF 54 14. DR. MADIHAH BINTI MUKHTAR PEGAWAI PERUBATAN UD52 15. DR. ZUL HAKIM BIN MD KASSIM PEGAWAI PERUBATAN UD48 16. NIK ROZILAN BT YA'ACOB PENYELIA JURURAWAT NEGERI U44 17. NOR KHALILAH BINTI HASSAN PEGAWAI DIETETIK U44 18. NOOR FADZILAH SHAM BINTI KAMISAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN FISIOTERAPI U41 19. MAZLENA BINTI MOKHTAR PENYELIA JURURAWAT U36 20. SITI SUHAILA BINTI MOHD RADZI PENYELIA JURURAWAT U36 21. MUHAMMAD SHAFEI BIN RAHMAN JPCK U32 22. MOHD FAZLEE BIN SAROM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32 23. ANIZAH BINTI ADNAN KETUA JURURAWAT U32 24. NURRUL LAILA BINTI MOHD SETH KETUA JURURAWAT U32