The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serojadesa, 2020-11-29 02:38:23

F4 BAB 9 KIMIA INDUSTRI zila khalid =)

F4 BAB 9 KIMIA INDUSTRI zila khalid =)

BAB 9 KIMIA INDUSTRI Sains Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor

9.1 ALOI

ALOI

oAloi merupakan campuran
beberapa jenis logam atau
campuran logam dan bukan
logam mengikut peratusan
yang tertentu.

oTerdapat beberapa jenis
aloi yang biasa digunakan
dalam kehidupan harian
seperti keluli, piuter,
gangsa, loyang dan
duralumin.



KELULI



PIUTER



GANGS



LOYAN
G



DURALUMIN

oUmumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan
mudah terkakis.

o Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda
di sekeliling kita

oMaka, proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan
untuk membaiki sifat logam tulen.

o Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan
berlapis-lapis.

oLapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila
dikenakan daya.

PENGALOIAN

oApabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain
dicampurkan ke dalam logam tulen, atom-atom unsur ini
menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam
tulen. Hal ini demikian kerana atom unsur asing mempunyai
saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan keras
berbanding dengan logam tulen.

PENGALOIAN

KEGUNAAN ALOI
DALAM KEHIDUPAN
HARIAN

oKeluli digunakan dalam
pembinaan bangunan
pencakar langit kerana
sifatnya yang keras dan
tahan kakisan.

oBadan kapal terbang
diperbuat daripada
duralumin yang ringan
dan kuat.

oBeberapa alatan muzik
diperbuat daripada loyang
yang berkilat dan tahan
kakisan.

ALOI
SUPERKONDUKTOR

oTerdapat beberapa jenis unsur logam
dan bukan logam yang menunjukkan
sifat superkonduktor pada suhu yang
rendah dan dicampurkan untuk
membuat aloi superkonduktor.

oSuperkonduktor ialah bahan yang boleh
mengalirkan arus elektrik pada
kecekapan yang tinggi tanpa rintangan.

oSuperkonduktor juga berupaya untuk
menolak medan magnet dan
menyebabkan bahan superkonduktor
terapung apabila diletakkan di atas

ALOI
SUPERKONDUKT
OR

oAloi superkonduktor
digunakan dalam
pembuatan landasan kereta
api berkuasa tinggi supaya
kereta api dapat bergerak
secara terapung dan dapat
mengelakkan geseran antara
landasan dengan badan
kereta api

oHal ini membolehkan kereta
api ini bergerak dengan

oAloi superkonduktor seperti
niobium titanium dan niobium
timah digunakan dalam
pembuatan peralatan mesin
pengimejan resonans
magnetik (MRI) untuk
pengimejan perubatan.

ALOI
SUPERKONDUKTOR

9.2 KACA DAN SERAMIK

oKaca dipercayai mula digunakan sekitar
5000 tahun S.M.

oKaca diperbuat daripada silika.

oSilika ialah sebatian yang mengandungi
silikon dioksida dan wujud secara semula
jadi di dalam pasir.

oSilika tulen dileburkan sekitar 1500°C
sehingga menjadi cecair dan dibentuk
menjadi kaca.

KACA



KACA SILIKA TERLAKUR

KACA SODA KAPUR

KACA BOROSILIKAT

KACA PLUMBUM

SERAMIK oSeramik terdiri daripada bahan
bukan logam yang terbentuk
hasil daripada tindakan haba
pada suhu yang tinggi.

oSeramik diperbuat daripada
tanah liat.

o Komponen utama dalam tanah
liat ialah aluminium silikat.

o Seramik tahan haba dan
tekanan yang tinggi.

oSeramik juga sangat keras,
rapuh, lengai terhadap bahan
kimia dan tidak berkarat.

oSelain itu, seramik juga
merupakan penebat haba dan
elektrik yang baik.

PENGGUNAAN KACA DAN oBerdasarkan ciri-
SERAMIK DALAM ciri kaca dan
seramik yang telah
KEHIDUPAN HARIAN dipelajari, kita telah
ketahui bahawa kaca
dan seramik sesuai
digunakan untuk
menghasilkan
pelbagai jenis
barangan dalam
kehidupan harian
kita.

oHal ini juga telah
dapat memajukan
industri kaca dan
seramik di negara
kita.

APLIKASI KACA

oRadas makmal seperti bikar dan
kelalang kon diperbuat daripada
kaca borosilikat kerana ciri
ketahanannya yang sangat tinggi
terhadap haba dan bahan kimia

oPenutup kaca mentol biasanya
diperbuat daripada kaca soda
kapur kerana cirinya yang tahan
haba dan mudah dibentuk

oPrisma kaca yang diperbuat
daripada kaca plumbum
digunakan untuk mengkaji
penyebaran cahaya kerana
mempunyai indeks biasan yang
tinggi

oTingkap kaca yang lut sinar
membenarkan cahaya masuk ke
dalam rumah

APLIKASI
SERAMIK

oPinggan mangkuk diperbuat
daripada seramik kerana cirinya
yang tahan haba dan tidak
terkakis

oJubin seramik digunakan sebagai
lantai kerana cirinya yang berkilau,
menjadikan lantai kelihatan bersih
dan cantik

oSeramik digunakan dalam
pembuatan gigi palsu kerana ciri
seramik yang keras dan kuat serta
lengai terhadap bahan kimia

oPasu bunga seramik adalah keras

9.3 POLIMER

POLIMER oPolimer ialah
molekul besar
berbentuk rantai
yang terdiri daripada
gabungan unit
molekul kecil.

oUnit-unit molekul
kecil yang
membentuk polimer
ini dikenal sebagai
monomer.

o Polimer dapat
dikelaskan kepada
polimer semula jadi
dan polimer sintetik.





PROSES oPolimer dihasilkan
PEMPOLIMERAN DAN melalui proses
PENYAHPOLIMERAN pempolimeran.

oProses pempolimeran
ialah proses
pencantuman monomer
melalui pembentukan
ikatan kimia untuk
menghasilkan polimer
yang bermolekul besar
berbentuk rantai.

oPenyahpolimeran pula
merujuk proses apabila
molekul polimer
berbentuk rantai
dipisahkan kepada
monomer-monomernya
melalui tindak balas
kimia.

PROSES oPempolimeran yang
PEMPOLIMERAN DAN melibatkan monomer
PENYAHPOLIMERAN jenis yang sama dengan
pemecahan ikatan
ganda dua menjadi
ikatan tunggal dikenal
sebagai pempolimeran
penambahan.

oPolietena ialah salah
satu contoh polimer
yang dihasilkan melalui
proses pempolimeran
penambahan daripada
monomernya, iaitu
etena

GETAH ASLI oSusu getah asli atau
disebut lateks didapati
apabila batang pokok
getah ditoreh.

oSusu getah asli diproses
menjadi getah asli

oPolimer semula jadi ini
banyak menyumbang
kepada peningkatan
ekonomi negara kita.

oAntara ciri getah asli
ialah kenyal, lembut, tidak
tahan haba, penebat
elektrik yang baik serta
tidak telap udara.

TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKS

oDi dalam lateks, terdapat molekul-
molekul getah berbentuk rantai
yang diselaputi oleh satu lapisan
membran protein

oTerdapat cas-cas negatif yang
mengelilingi permukaan luar
membran tersebut

oHal ini menyebabkan molekul getah
menolak antara satu sama lain.

oMaka, lateks kekal wujud sebagai

TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKSoApabila asid ditambah ke dalam

lateks, ion-ion hidrogen yang bercas
positif daripada asid akan
meneutralkan cas negatif pada
permukaan membran protein.

oTanpa cas-cas negatif tersebut,
molekul-molekul getah akan
berlanggar antara satu sama lain.

oHal ini akan menyebabkan membran
protein pecah dan rantai polimer getah
akan keluar dan saling berbelit lalu
membentuk gumpalan pepejal.



TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKS

oJika lateks dibiarkan tanpa ditambah asid,
lama-kelamaan, lateks itu akan menggumpal
juga akibat daripada tindakan bakteria yang
menghasilkan asid dan meneutralkan
membran protein molekul getah.

oApabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion-
ion hidroksida daripada alkali akan
meneutralkan ion hidrogen daripada asid.

oTanpa asid, cas-cas negatif kekal pada
membran protein dan molekul getah tetap
menolak antara satu sama lain dan tidak
berlanggar.

o Maka, molekul getah akan kekal dalam



PEMVULKANAN
GETAH

oSifat semula jadi getah asli yang
lembut dan tidak tahan haba adalah
tidak sesuai jika digunakan untuk
membuat bahan seperti tayar
kenderaan

oOleh sebab suhu di Malaysia
sentiasa panas, sekiranya tayar
diperbuat daripada getah asli, tayar
itu akan menjadi lembik dan
mencair apabila terkena permukaan
jalan raya yang panas.

CHARLES GOODYEAR oBeliau telah
(1800 – 1860) menemui
kaedah
pemvulkanan
getah pada
tahun 1839.

o Beliau
memanaskan
satu campuran
getah asli
dengan 1% -
3% sulfur
mengikut
jisimnya.

PEMVULKANAN

o Proses pemvulkanan boleh
membaiki sifat getah dan
menjadikannya lebih kuat.

oPemvulkanan ialah proses
pemanasan getah bersama
sulfur.

oMelalui proses pemvulkanan,
atom-atom sulfur ditambahkan
ke dalam molekul-molekul
polimer getah asli yang
berbentuk rantai.

oGetah yang diperoleh melalui
proses ini disebut getah



PEMVULKAN oStruktur molekul bagi getah
AN tervulkan dilihat mempunyai ikatan
antara setiap rantai polimer getah,
manakala bagi getah asli tidak.

oHal ini disebabkan oleh atom sulfur
yang ditambah menghasilkan rangkai
silang antara rantai polimer getah.

oOleh sebab itu, apabila daya
dikenakan, rantai polimer getah
tervulkan sukar untuk menggelongsor
dan apabila haba dikenakan, struktur
molekul getah tervulkan sukar
diputuskan

oMaka, getah tervulkan adalah lebih
keras dan mempunyai ketahanan
terhadap haba yang tinggi.



KEGUNAAN
GETAH
TERVULKAN

oTayar kenderaan

oSarung tangan
getah

oTapak kasut

TEKNOLOGI TERKINI BERASASKAN
GETAH
oGetah merupakan salah satu komoditi

utama di Malaysia.

o Industri getah membantu meningkatkan
ekonomi negara.

o Penyelidikan dan pembangunan
terhadap getah yang dijalankan oleh
Lembaga Getah Malaysia perlu diteruskan
supaya industri getah di negara kita
bertambah maju pada masa hadapan.

oBeberapa penemuan baharu telah
dihasilkan menggunakan keistimewaan
getah dalam bidang pembuatan dan


Click to View FlipBook Version