The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serojadesa, 2020-12-14 15:19:34

BUKU TEKS SAINS T5 BHG 1

SAINS T5 BHG 1

Bab 1 Mikroorganisma

CABARAN
MINDA

Apakah superbugs? Bagaimanakah superbugs mungkin dapat dicegah?

Aktiviti 1.6 PAK -21

Membanding beza penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral dalam • KMK
rawatan penyakit berjangkit • Aktiviti perbincangan

Arahan

1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat. Kemudian, banding beza penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral

dalam rawatan penyakit berjangkit seperti yang berikut:
(a) menggunakan antibiotik untuk rawatan jangkitan peparu dan penyakit yang lain
(b) menggunakan antifungal untuk rawatan athlete’s foot dan penyakit yang lain
(c) menggunakan antiviral untuk rawatan kayap dan penyakit yang lain
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda kepada kelas dalam bentuk
persembahan multimedia.

CABARAN
MINDA

Bagaimanakah vaksin dan antiviral bertindak terhadap virus?

Praktis Formatif 1.3

1. Nyatakan lima contoh teknik aseptik untuk mengawal penyebaran patogen.

2. Bagaimanakah teknik aseptik dihubungkaitkan dengan ungkapan ‘mencegah lebih
baik daripada merawat’?

3. (a) Apakah yang dimaksudkan oleh pensterilan?
(b) Bagaimanakah pensterilan dijalankan?
(c) Mengapakah penggunaan autoklaf adalah lebih berkesan untuk mencegah
mikroorganisma berbanding dengan pendidihan air?

4. Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara antiseptik dengan disinfektan.

5. Namakan tiga contoh sinaran mengion yang digunakan dalam teknik aseptik.

6. Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit
yang berikut:
(a) athlete’s foot
(b) pneumonia
(c) kayap

1.3.4 41

42 Rumusan

Mikroorganisma

yang dikelaskan

mengikut ciri seperti Mikroorganisma berfaedah Mikroorganisma berbahaya
(patogen)
Saiz, bentuk, cara digunakan dalam pelbagai
pembiakan, nutrisi, bidang seperti lazimnya dicegah atau dikawal
habitat melalui
• Perubatan
kepada • Pertanian Teknik aseptik
• Perindustrian
Fungi, protozoa, • Bioteknologi seperti
alga, bakteria
dan virus Pensterilan, pendidihan, penggunaan
disinfektan dan antiseptik serta sinaran
pertumbuhan dipengaruhi
oleh faktor dan

Nutrisi, kelembapan, Rawatan penyakit berjangkit
cahaya, suhu dan
nilai pH dengan menggunakan

• Antibiotik
• Antifungal
• Antiviral

Bab 1 Mikroorganisma

Refleksi Kendiri

Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 1.3 Pencegahan dan Rawatan
Penyakit yang Disebabkan oleh
1.1 Dunia Mikroorganisma Mikroorganisma
Berkomunikasi mengenai Menjelaskan ungkapan ‘mencegah
mikroorganisma. lebih baik daripada merawat’
Menjalankan eksperimen bagi penyakit yang disebabkan oleh
menunjukkan kewujudan mikroorganisma.
mikroorganisma. Menerangkan teknik aseptik
Menjalankan eksperimen untuk dalam pengawalan penyebaran
mengkaji faktor yang mempengaruhi mikroorganisma.
pertumbuhan mikroorganisma. Menjalankan eksperimen untuk
mengkaji kesan antibiotik terhadap
1.2 Mikroorganisma Berfaedah pertumbuhan bakteria.
Mewajarkan aplikasi mikroorganisma Berkomunikasi tentang kaedah
berfaedah dalam kehidupan. rawatan penyakit berjangkit.
Menjanakan idea potensi kegunaan
mikroorganisma dalam bioteknologi
dan kelestarian alam sekitar.

Praktis Sumatif 1 Kuiz
http://buku-
Jawab soalan yang berikut: teks.com/
sa5016
1. Rajah 1 menunjukkan keputusan suatu eksperimen yang
dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik yang Pita selofan
berbeza terhadap pertumbuhan bakteria.

Ceper antibiotik

Agar-agar nutrien steril
dan kultur bakteria

A (kepekatan antibiotik tinggi) B (kepekatan antibiotik rendah)

Rajah 1

(a) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimalarkan
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan

(c) Apakah kesan antibiotik berdasarkan eksperimen ini?

43

2. Rajah 2 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R, S dan T.

PQ R

ST

Rajah 2
(a) Kelaskan P, Q, R, S dan T berdasarkan ciri yang berikut:

(i) mempunyai dinding sel dan membran sel
(ii) tidak mempunyai dinding sel dan membran sel

Mikroorganisma

yang

mempunyai dinding sel tidak mempunyai dinding
dan membran sel sel dan membran sel

(b) Namakan kumpulan mikroorganisma yang tidak mempunyai dinding sel dan
membran sel.

(c) (i) Namakan mikroorganisma P.
(ii) Adakah mikroorganisma P merupakan mikroorganisma berfaedah atau
patogen? Terangkan jawapan anda.

44

Bab 1 Mikroorganisma

3. Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap
pertumbuhan bakteria, Bacillus sp..

Suhu: 7°C Suhu: 37°C Suhu: 77°C Keadaan bubur nutrien di dalam tabung uji P, Q
P Q R dan R diperhatikan selepas tiga hari. Keputusan
eksperimen ini direkodkan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Tabung Suhu Keadaan bubur nutrien
uji (°C) selepas tiga hari

5 cm3 bubur nutrien dan P7 Sedikit keruh
1 cm3 kultur bakteria Q 37 Keruh
R 77 Sedikit keruh
Rajah 3

(a) Nyatakan satu pemerhatian pada bubur nutrien yang telah disimpan pada
suhu 37°C selama tiga hari.

(b) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini.

(c) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas

(d) Nyatakan satu inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian dalam
eksperimen ini.

Praktis Pengayaan

4. Dengan menggunakan susunan radas yang ditunjukkan dalam Rajah 4, cadangkan
lima cara yang berlainan untuk mengukur kadar penghasilan gas karbon dioksida
daripada tindakan yis dalam larutan gula pada suhu yang berlainan.

Belon

Picagari

Campuran yis Air Campuran yis dan
dan larutan kapur larutan gula
gula Susunan
Rajah 4 radas Z
Susunan Susunan
radas X radas Y 45

2BAB NUTRISI DAN
TEKNOLOGI
MAKANAN

Apakah konsep yang diterapkan oleh kempen “Pinggan Sihat
Malaysia” yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Apakah kepentingan kitar nitrogen kepada tumbuhan?

Apakah faedah penggunaan baka yang bermutu dalam pertanian?

Tahukah anda akan kewujudan akta atau peraturan yang perlu
dipatuhi dalam proses penyediaan dan penjualan makanan
di Malaysia?

Marilah kita mengkaji

t (J[J TFJNCBOH EBO OJMBJ LBMPSJ
t ,FQFSMVBO OVUSJFO PMFI UVNCVIBO
t ,JUBS OJUSPHFO
t 5FLOPMPHJ QFOHFMVBSBO NBLBOBO
t 5FLOPMPHJ QFNQSPTFTBO NBLBOBO
t .BLBOBO LFTJIBUBO EBO TVQMFNFO LFTJIBUBO

46

Buletin Sains

Pengguna yang bijaksana akan sentiasa Senarai produk diharamkan
http://buku-teks.com/sa5017
menyemak status keselamatan produk makanan
G 66352409
dan suplemen kesihatan. Adakah anda seorang

pengguna yang bijaksana?

Senarai produk yang diharamkan (banned

products) ialah maklumat tambahan yang

disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan

Farmasi, Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai ini bertujuan untuk PBKD DCA KKM
memberikan maklumat

kepada para peniaga, agensi

penguat kuasa serta orang

ramai berkaitan dengan

produk kesihatan, kosmetik

dan produk makanan atau

minuman yang dicemari racun

atau bahan kimia terlarang.

Contoh label dan kod QR bagi suplemen kesihatan yang
diluluskan oleh KKM

Kata Kunci r Kitar nitrogen
r Peraturan Makanan 1985
r Gizi seimbang r Teknologi pengeluaran
r Keperluan kalori
r Pinggan Sihat Malaysia makanan
r Kalori makanan r Teknologi pemprosesan
r Akta Makanan 1983
r Kalorimeter bom makanan
r Corak pemakanan r Status halal
r Makronutrien r Prosedur Pensijilan Halal
r Mikronutrien
Malaysia

47

2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori

Ingatkah anda tentang gizi seimbang yang
telah anda pelajari semasa di Tingkatan 2?

Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi
semua kelas makanan yang diperlukan oleh
badan seseorang dalam kuantiti yang betul.

Adakah hidangan nasi lemak ini merupakan suatu
contoh gizi seimbang? Berikan sebabnya.

Aktiviti 2.1

PAK -21

Mengumpulkan maklumat tentang gizi seimbang, faktor yang mempengaruhi • KMK
keperluan kalori dan jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang individu • Aktiviti perbincangan

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat tentang perkara yang berikut:

(a) gizi seimbang dan Pinggan Sihat
(b) faktor yang mempengaruhi keperluan kalori
(c) keperluan tenaga bagi individu yang berlainan
3. Bincangkan maklumat yang telah dicari.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda kepada kelas dengan menggunakan
persembahan multimedia.

Malnutrisi

Kekurangan atau berlebihan mana-mana kelas makanan menyebabkan malnutrisi.
Beberapa contoh masalah kesihatan akibat malnutrisi adalah seperti Gambar foto 2.1.
Namakan punca yang menyebabkan setiap masalah kesihatan tersebut.

(a) Goiter (b) Skurvi

(c) Marasmus (d) Kwasyiorkor (e) Riket

Gambar foto 2.1 Beberapa contoh masalah kesihatan yang disebabkan oleh malnutrisi
48 2.1.1

Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Konsep Pinggan Sihat Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah memperkenalkan konsep Pinggan Sihat
Malaysia seperti Rajah 2.1.

Isi separuh pinggan
dengan buah dan sayur.

Isi suku pinggan Isi suku pinggan
dengan nasi atau dengan ikan atau
sumber karbohidrat sumber protein
yang lain. yang lain.

Rajah 2.1 Konsep Pinggan Sihat Malaysia

Aplikasi Konsep Pinggan
Sihat Malaysia dalam
Kehidupan Harian

Aplikasi konsep Pinggan Sihat
Malaysia dapat diperhatikan
dalam kehidupan harian
seperti Rajah 2.2.

• Makan 3 hidangan utama yang
• sMdLiiheabaakitnahtdnkaaar1lana–mwpe2asmksetanhukeamkarinayakannangmjsaiikkhaaantpaenrlu

berbijirin
• Kurangkan makanan bergoreng

• dMdaianrkubamnerasmhaanlketbaaninhankeyraanpg dimasak

#SukuSukuSeparuh

Rajah 2.2 Contoh Pinggan Sihat Malaysia

2.1.1 49


















































































Click to View FlipBook Version