LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK
TABIK, HORMAT & COGANKATA PENGAKAP
Perlakuan:
1.Berdiri tegak (sedia).
2.Mengangkat tangan kanan dengan 3 jari ( jari telunjuk,
hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata
kanan.
3.Ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking.
Hormat Pengakap dilakukan apabila:
1.Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan
penghormatan.
2.Menemui pemimpin, penolong pemimpin dan ketua sekawan atau ketua patrol.
3.Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil , hadiah dan sebagainya.
4.Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
5.selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Isyarat Pengakap
Perlakuan:
1.Berdiri tegak (sedia).
2.Menekan jari kelingking tangan kanan dengan
ibu jari.
3.Tapak tangan menghadap ke hadapan dan tiga
jari di tengah lurus ke atas paras bahu.
Isyarat Pengakap dilakukan apabila:
1.Melafazkan Persetiaan pengakap.
2.Dalam istiadat perlantikan.
3.Menggantikan hormat pengakap jika tidak bertopi atau
beruniform lengkap.
Cogankata pengakap kanak-Kanak
“BUAT HABIS BAIK”
Sejarah ringkas pengakap Malaysia
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di
Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal
1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di
Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya
pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang
Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan
Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu
membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964
Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan
(Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-
tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
CERITA HUTAN
LAUNG AGUNG (AMALI)
1. Akela berteriak “ PEK “Semua Pengakap Kanak-Kanak berdiri diam dengan keadaan sedia.
2. Akela berteriak “ PEK!! PEK!! PEK!! dan terus mendepa tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat bulatan kecil (bahu ke
bahu)
3. Sambil berteriak PEK……!!!!! ( 5 harkat) Pengakap Kanak-Kanak berlari mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil
bahu ke bahu.
4. Akela depa tangan, Pengakap Kanak-kanak lantas berpegang tangan membuat bulatan besar mengikut sekawan. Bila bulatan
telah sedia Akela turunkan tangan dan pengakap Kanak-kanak pun turunkan tangan mereka.
5. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu. Pengakap Kanak-kanak mengangkat tumit; Akela rapatkan tangan ke
peha. Pengakap kanak-Kanak mencangkung peha rapat ke hadapan, tangan di sisi kedua-dua bela peha. Lima jari rapat
mencecah ke tanah, kepala pandang depan (mendongak sedikit) dan terus teriak
“ A K E LA ! KITA BUAT HABIS BAIK “Di akhir sebutan “ BAIK “ Pengakap Kanak-kanak lantas bangun berdiri tegak
dalam keadaan sedia.
1. Petugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar “ KAMU BUAT HABIS BAIK “.
2. Pengakap Kanak-kanak lain membalas hormat kepada Akela dan menjawab
“ KAMI BUAT HABIS BAIK “
1. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing) Pengakap Kanak-kanak tidak turunkan tangan mereka
sehingga Akela turunkan tangannya.
2. Istiadat mengibarkan bendera dimulakan.