The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kponnei, 2019-02-23 10:10:00

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Bab 3 2019

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

a)
Negara ialah Kerajaan

Kesetiaan rakyat terhadap Raja Negeri bererti kawasan
menentukan sempadan kerajaan.

Raja bertanggungjawab Konsep Kerajaan Raja sebagai
menjamin keselamatan Masyarakat Melayu pemerintah

rakyat Traditional

Raja bertanggungjawab memberi
perlindungan kepada rakyat

b)
Konsep negeri semasa penjajahan Barat

 British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri.
 British menetapkan sempadan kerajaan.
 Konsep kerajaan diganti dengan konsep negeri.
 Pengenalan Malayan Union 1946 adalah untuk membina negara bangsa moden.

Konsep ditentang oleh orang Melayu.
 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 menggabungkan semua negeri

Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 54

Bab 3 2019

c)
Merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan

ketatanegaraan

Bangsa Malaysia ialah masyarakat berbilang kaum

Konsep Berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat
Bangsa terhadap keduniaan
Malaysia
Dibentuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan
Dibentuk melalui pengamalan kebudayaan

kebangsaan.

Dibentuk melalui prinsip rukun negara

Kebebasan beragama
d) PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI EROPAH

Idea Penubuhan Negara bangsa Eropah

Perang Kemerdekaan Revolusi Inggeris 1688 Revolusi Perancis 1789
Amerika 1776

Idea Penting dalam Pembentukan Negara
Bangsa di Eropah

1. hak rakyat
2. Kerajaan berpelembagaan
3. Negara bangsa moden
4. Sempadan rumpun bangsa

▪ Kemunculan idea nasionalisme telah meruntuhkan entiit politik yang berasaskan
keagamaan dan kemunculan idea tentang negara bangsa.

▪ Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria, Rusia , dan Turki
▪ Faktor utama untuk mewujudkan negara bangsa ialah persamaan rumpun bangsa dan

bahasa
▪ Setelah Perang Dunia Pertama tamat, diadakan Persidangan Damai Paris.
▪ Kesepakatan dicapai melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 55

e) Bab 3 2019
Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
Dua prinsip
Deklarasi Empat Belas Prinsip sempadan negara berasaskan
bangsa
Perkara Woodrow
Wilson

f) Empayar Austria-Hurgary dan Turki telah dibahagikan. Muncul tujuh buah negara bangsa
baharu di Eropah iaitu :

Czechoslovakia Latvia Poland

Estonia Lithuania Yugoslavia

Finland

Niccolo Machiavelli Count Camillo Benso di Cavaur
memperkenalkan amalan bertanggung jawab menyatukan
realpolitic dalam buku The Prince negara Itali

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 56

Bab 3 2019

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI ITALI.
Count Camilo Banso di Cavour berusaha menyatukan Itali
menjadi sebuah Negara dengan mengamalkan realpolitik

Realpolitik mewajarkan apa-apa cara seperti tipu helah,
kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai
matlamat politik

Penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki

ITALI Count Camilo Banso di Cavour bekerjasama dengan
Napoleon III iaitu pemerintah Perancis bagi menewaskan
Austria

Melalui pungutan suara Count Camilo Benso di Cavour
memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali

Count Camilo Banso di Cavour menyatukan Rom dan Itali bagi
membentuk Negara bangsa setelah Perancis mengundurkan
tenteranya dari Rom

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI JERMAN

Otto Eduard Von Bismack

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 57

Bab 3 2019

JERMAN Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik serta
politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman pada
1871

Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah,
pemalsuan dokumen provokasi, penipuan dan ugutan untuk
mencetuskan peperangan

Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran
Bismarck untuk menyatukan Jerman

Bismarck menggunakan isi membenci orang asing untuk
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur

Otto Eduard Von Bismarck menjadi Perdana Menteri Jerman
pada tahun 1862

Bismarck telah melancarkan peperangan menentang
Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan Jerman

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.

MADINAH • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah melalui prinsip
Islam

• Nabi Muhammad SAW menyusun perlembagaan terlebih
dahulu sebelum mengasaskan kerajaan

• Piagam Madinah berjaya meyatukan penduduk berbilang
kaum iaitu Yahudi, Kristian dan Arab.

• Menggunakan cara diplomasi musyawarah, dan
pemuafakatan bagi membentuk kerajaan Islam di
Madinah. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah -
amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin
dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 58

Bab 3 2019

Soalan Kbat :

i Ramalkan,jika konsep Realpolitik diamalkan oleh pemimpin pada hari ini? [4 markah]

Jika konsep realpolitik diamalkan, negara akan menjadi huru-hara kerana penentangan
oleh rakyat. Rakyat akan menggunakan pelbagai saluran untuk menjatuhkan kerajaan.
Akan berlaku juga demonstrasi-demonstrasi dalam negara yang bakal menggugat
kestabilan politik dan negara. Aktiviti ekonomi turut terjejas. Keharmonian dan keamanan
yang dinikmati selama ini juga akan tergugat.

PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA.

Rundingan Pakatan Tolak ansur KEMERDEKAAN
Murni

Kebijaksanaan dan Wawasan
Pemimpin Negara

Ciri-ciri Negara Bangsa

negara

perlembagaan Ciri-ciri bangsa
Negara bangsa

kerajaan

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 59

Bab 3 2019
a)

Negara

penduduk sempadan pemerintah

 Negara mempunyai institusi pemerintahan yang tersusun dan bertanggung jawab
membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan kerajaan.

b) Bangsa

BANGSA

Sekumpulan manusia Persamaan dari segi ;

kesenian bahasa
Pengalaman sejarah Adat resam

c) Kerajaan

 Kerajaan ialah institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal
serta melaksanakan dan mentafsir dasar sesebuah negara.

 Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan pemerintahan iaitu :
1. Badan Perundangan
2. Badan Pelaksana
3. Badan Kehakiman

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 60

d) Perlembagaan Bab 3 2019
peraturan tertinggi

Dokumen bertulis atau tidak bertulis

Perlembagaan

Jaminan hak dan perlindungan kepada
rakyat

KESULTANAN MELAYU MELAKA : ASAS PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

❖ Peraturan kenegaraan Kesultanan Melayu Melaka terkandung dalam Sejarah
Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang.

❖ Susun lapis masyarakat Melayu Tradisional.

Sultan/Raja
keluarga dan kerabat diraja
ulama istana/pembesar dan pentadbir

Rakyat biasa yang bebas
Rakyat yang merupakan hamba

a)
Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

Wilayah pengaruh rakyat
kedaulatan Lambing-lambang

Keunggulan undang-undang kerajaan

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 61

Bab 3 2019

❖ Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Susun lapis seperti berikut :
1. Sultan/Raja
2. Pembesar Berempat
3. Pembesar Berlapan
4. Pembesar Enam belas
5. Pembesar Tiga Puluh Dua

WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU Sistem Pembesar Adat istiadat Melayu
Empat Lipatan Undang-undang
Pengaruh
Kesultanan Jurai keturunan sebelah Sistem Pewaris takhta
bapa Bahasa Melayu
Melayu
Melaka ke Gelaran sultan
atas Negeri-

negeri
Melayu

a) UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR.

 Perlembagaan bertulis yang diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar
 Mengandungi fasal tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta.
 Raja hendaklah :

1. Berbangsa Melayu
2. Lelaki
3. Beragama Islam
4. Waris pemerintah Johor
 Raja berhak memilih Menteri Besar
 Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja.
 Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.
 Raja, Menteri dan Jemaah Menteri dilarang menyerahkan negeri kepada
kuasa/kerajaan lain.
 Agama Islam sebagai agama negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor 62
TerbahaCgikigukPeopnnai@dsamkdrtuu_a20:19 | Modul Gemilang Sejarah SPM

Majlis Negeri Jemaah Menteri

Bab 3 2019

i) Sendainya keamanan negara tergugat oleh anasir yang tidak bertanggungjawab,
kemukakan cadangan anda kepada pemimpin negara tindakan yang harus diambil
kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut

(i) Membanteras habis-habisan anasir berkenaan.
(ii) Tindakan tegas perlu diambil kepada individu atau organisasi berkenaan kerana

ia melibatkan masa depan rakyat dan negara ini.
(iii) Penguatkuasaan undang-undang yang tegas tentang isu berkenaan juga perlu

diberikan perhatian oleh pemimpin negara ini, demi memastikan keharmonian
negara terus terpelihara.
(iv) Tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada individu/organisasi yang cuba
memporak perandakan negara Malaysia yang tercinta.

b) SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN 63
Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM

Bab 3 2019

Sultan Muhammad I ( 1801-1836) telah melantik
beberapa orang pembesar untuk membantu
pentadbiran baginda

Sultan Muhammad II ( 1836-1886) telah membentuk
Sistem Jemaah Menteri untuk melicinkan
pentadbiran dan pemerintahan negeri

Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap
badan dianggotai oleh empat orang pembesar

SISTEM JEMAAH Setiap Jemaah menteri mempunyai bidang tugas
MENTERI masing-masing

DI KELANTAN Sultan Muhammad II bertindak menyingkirkan
kerabat diraja yang terlibat dengan pertikaian
merebut kuasa dan menggantikannya dengan
pembesar yang bergelar Nik dan Wan

Lengkapkan : Golongan pembesar membantu mengukuhkan
kewibawaan Sultan Muhammad II dengan
Jawatan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada baginda
Jemaah Penasihat Raja
Bidang Tugas
Jemaah Menteri Istana Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan
rahsia
Jemaah Menteri Keadilan Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi seluruh
dan Kehakiman negeri Kelantan
Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan
Jemaah Menteri Dalam kehakiman
Negeri
Menjaga keamanan negeri
Jemaah Menteri Luar
Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri
Jemaah Menteri
Perbendaharaan Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul

Jemaah Menteri Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri
Peperangan
Jemaah Menteri Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri
Pentadbiran dan
Pengimarahan negeri

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 64

Bab 3 2019

c) UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
(ittiqan-ilmuluk-bi-ta’dil il-suluk)

• Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin pada tahun 1911.

• Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1875.

• Bertujuan menghalang British daripada meluaskan kuasa di Terengganu di
Terengganu dan memantapkan pentadbiran negeri.

• Agama Islam agama negeri.

• Pemerintah Terengganu mestilah Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris
sultan yang memerintah Terengganu.

• Raja berhak memilih Menteri Besar

• Sultan akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

• Anngota Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa
Melayu, rakyat Terengganu dan mengaku taat setia kepada sultan.

Tugas Ahli Mesyuarat Kerajaan

Membantu sultan mentadbir Menjaga kebajikan rakyat
negeri Menjaga keamanan negeri

Menggubal undang-undang
dan peraturan negeri

Menjalin hubungan persahabatan dengan
negeri lain.

i) Apakah kepentingan undang-undang dalam mewujudkan kehidupan yang aman dan
harmoni?
[ 4 markah]
(i) Menjadikan kehidupan masyarakat lebih tersusun
(ii) Menjamin ketenteraman hidup
(iii) Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
(iv) Menjadi pencorak operasi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
(v) Hak rakyat terjamin di sesebuah negara

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 65

Bab 3 2019

(vi) Mewujudkan keamanan sesebuah negara
d) PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN DI NEGERI SEMBILAN

 Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih ,
iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.

 Terdapat 9 buah daerah di Negeri Sembilan, iaitu ;
Seri Menanti, Johol, Rembau, Gunung Pasir, Terachi, Inas, Jelebu, Sungai Ujong dan
Jempol
Terdapat empat luak di Negeri Sembilan, iaitu Jelebu, Ssungai Ujong, Rembau dan
Johol

Sistem Politik di Negeri Sembilan

Y Yang di-Pertuan Besar Pemerintah tertinggi
U Undang memilih Yang di-Pertuan Besar
L Lembaga memilih Undang Ketua Luak
Ketua suku anggota
B Buapak memilih Lembaga
A Anak buah memilih buapak masyarakat

Ketua Perut

Anggota Perut

 Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat bawahan iaitu Anak buah, diikuti
oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan

Besar
 Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi namun baginda tidak

berhak melantik pembesar
 Keputusan Yang Dipertuan Besar hendaklah berdasarkan perundingan dengan

Undang

 Sistem pemerintahan Adat Perpatih tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi
mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringkat

 Sistem pemilihan di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi
 Sistem ini mementingkan ____________________ dan kerjasama antara suku dalam

pemilihan pemimpin

i Sebagai seorang warga negara yang patriotik, cadangkan cara-cara memperkukuhkan
Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 66

Bab 3 2019

pembinaan negara dan bangsa.
[4 markah]

(i) Memastikan aktiviti pembelajaran Sejarah menarik minat golongan kanak-kanak
agar pembinaan negara bangsa Malaysia adakah kukuh.

(ii) Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.
(iii) Membina lebih banyak institusi pendidikan agar generasi baru Malaysia

mendapat pendidikan sempurna
(iv) Pelaksanaan aktiviti di sekolah menjurus kepada pembinaan bangsa Malaysia

yang bersatu padu

Latihan Soalan Struktur/Esei

1 a) Negara

Bangsa Ciri-ciri Kerajaan
Negara dan

Bangsa

Y

b) Ciri-ciri negara dan bangsa mempunyai empat elemen utama. Nyatakan Y

Perlembagaan

c) Apakah yang dimaksudkan dengan negara?

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yanag
berwibawa.
Negara juga mempunyai institusi pemerintah yang tersusundan bertanggung jawab
membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan kerajaan

d) Kerajaan di negara kita terdiri daripada 3 buah badan pemerintah. Badan-badan tersebut
ialah
(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(iii) Badan Kehakiman

E) Badan perundangan di Malaysia diwakili oleh Parlimen

f) Perlembagaan merupakan salah satu ciri penting dalam pembentukan negara dan bangsa.
Perlembagaan bermaksud ;

Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada secara bertulis atau tidak bertulis
yang menjadi rujukan dalam mentadbir negara.

2

Alam bCeikrgau jPaonni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 67
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak

Bab 3 2019

a) Terangkan prinsip demokrasi dalam Adat Perpatih [8 markah]

i) Konsep kedaulatan berada di tangana rakyat
ii) Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat yang paling bawah
iii) Pelantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga , Buapak dan Anak Buah

walaupun Yang di-Pertuan Besar pemerintah tertinggi Negeri Sembilan
iv) Setiap keputusan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan perundingan dengan

Undang
v) Setiap Luak ditadbir oleh Undang
vi) Undang dipilih oleh Lembaga
vii) Undang dipertanggung jawabkan melantik Yang di-Pertuan Besar
viii) Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat
ix) Mereka bertanggung jawab terhadap suku masing-masing
x) Kuasa diagihkan kepada setiap individu mengikut peringkat.

b) Jelaskan peranan Lembaga dan Undang dalam sistem Adat Perpatih. [6 markah]

i) Lembaga ialah ketua suku anggota masyarakat. Di Negeri Sembilan terdapat 12
suku.

ii) Setiap Lembaga bertainggung jawab terhadap suku masing-masing.
iii) Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang
iv) Undang pula ialah ketua Luak
v) Undang dipilih oleh Lembaga
vi) Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang di-Pertuan Besar
vii) Undang ialah perunding setiap keputusan Yang di-Pertuan Besar

c) Jelaskan peranan Yang Dipertuan Besar [6 markah]

i) Yang di-Pertuan Besar ialah pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan
ii) Yang di-Pertuan Besar tidak berhak melantik pembesar
iii) Yang di-Pertuan besar dipilih oleh Undang
iv) Setiap keputusan Yang di-Pertuan Besar adalah perundingan baginda dengan

Undang.
v) Yang di-Pertuan Besar tidak berkuasa mutlak, sebaliknya pengagihan kuasa

berlaku antara Yang di-Pertuan Besar dengan pembesar
vi) Permuafakatan dan kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin

dengan rakyat.
SPM 2016

3 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dikuatkuasakan pada tahun 1895.

a) Apakah undang-undang tubuh ? [1 markah]

i) Satu sistem peraturan sesuatu bangsa
ii) Digubal oleh pemerintah negara sendiri

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 68

Bab 3 2019

iii) Khasnya yang berkaitan dengan perjalanan sistem pemerintahan dan pentadbiran
selain aspek sosial dan ekonomi

iv) Tujuannya agar rakyat boleh hidup, bekerja dan bekerjasama antara satu sama
lain

v) Memelihara keamanan dan keselamatan negara

b) Apakah kandungan undang-undang tubuh tersebut? [2 markah]

i) Keturunan sultan sebagai pewaris takhta
ii) Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
iii) Agama Islam sebagai agama negeri

c) Mengapakah undang-undang tersebut digubal? [3 markah]

i) Membentuk kerajaan bercorak demokrasi
ii) Untuk menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak
iii) Memantapkan sistem pentadbiran
iv) Menghalang rancangan British untuk menguasai negeri Johor

d) Bagaimanakah undang-undang tersebut dapat mencapai matlamat di 4(c) ? [4 markah]

(i) Raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam, lelaki dan pewaris pemerintah
Johor.

(ii) Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang daripada menyerahkan
negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.

(iii) Raja berhak memilih Menteri Besar
(iv) Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi dengan

perkenan raja
(v) Majlis negeri mempunyai kuasa perundangan, manakala Jemaah Menteri

mempunyai kuasa pelaksanaan.

LATIHAN SOALAN OBJEKTIF.

SPM 2017

1. Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad
ke-18.

Tahun Revolusi
1668 Revolusi Inggeris
1789 Revolusi Perancis

Jadual 5

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

A Sistem sosialis tamat
B Ideologi komunis meluas
C kuasa rakyat bawahan terjejas
D negara berasaskan bangsa dibentuk

2. Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad II (1836-1886)

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 69

Bab 3 2019

Jemaah Menteri Pentadbiraan dan
Pengimarahan Negeri

Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ?

A Menguruskan pembangunan
B Menjaga hal ehwal luar
C Mengurus kewangan
D Menjaga keamanan

3. Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.

• Peperangan dengan Denmark -1864
• Peperangan dengan Austria – 1866
• Peperangan dengan Perancis - 1870

Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?

A Serangan balas
B Penyatuan negara
C Penguasaan ekonomi
D Kediktatoran pemerintah

SPM 2016

4. Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara berikut pada abad ke-19?

• Denmark
• Austria
• Perancis

A Menyekat kuasa asing
B Menyatukan negara bangsa
C Menentang fahaman sosialis
D Memulihkan sistem monarki

5. Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa

• Persamaan adat resam
• Persamaan bidang kesenian
•X

Apakah X ?

A Persamaan pandangan dunia
B Persamaan bahasa pertuturan
C Persamaan system kepercayaan
D Persamaan dasar pemerintahan

6. Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama.
Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 70

Bab 3 2019

Deklarasi Empat Belas Perkara Wooddrow Wilson

Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut ?

A Pemulihan system monarki
B Pengharaman amalan realpolitik
C Penyatuan rakyat melalui agama
D Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

7. Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu ?

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah persamaan kandungan kedua-dua undang-undang tubuh tersebut ?

I Kuasa rakyat
II Pewaris takhta
III Tugas Jemaah Menteri
IV Pelantikan Penasihat Kewangan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SPM 2015

8. Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada
tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
T5 ms 67-71

I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. T5 ms 68-69
Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?
Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 71

Bab 3 2019

A Mengekalkan sistem monarki
B Menggunakan kaedah realpolitik
C Mengamalkan prinsip demokrasi
D Menguatkuasakan falsafah legalisme

10. Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow
Wilson. T5 ms 68

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

SPMU 2015

11. Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?
T5 ms 88

I Masalah diselesaikan secara musyawarah
II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan
III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran
IV Ketua dipilih dari peringkat bawah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang
mempunyai persamaan dari segi T5 ms 73

I agama
II bahasa
III adat resam
IV kegiatan ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SPM 2014

13. Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad
ke-19.

• Count Camillo Benso di Cavour
• Otto Eduard von Bismarck

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut? T5 ms 68-69

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 72

Bab 3 2019

A Mengenepikan perbezaan warna kulit
B Menyatukan masyarakat majmuk
C Menggunakan kaedah realpolitik
D Membina empayar yang luas

14 Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866?
T5 ms 69

A Pertukaran wilayah
B Arahan Liga Bangsa
C Kekalahan dalam peperangan
D Kerjasama menewaskan Austria

15 Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri
Sembilan? T5 ms 88

A Memilih Undang
B Menjadi ketua agama
C Menjaga alat kebesaran
D Menggubal dasar negara

SPMU 2014

16. Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan masyarakat yang mengamalkan Adat
Perpatih di Negeri Sembilan. T5 ms 87-88

Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat menjadi penghulu
Bulat penghulu mejadi raja

Mengapakah perkataan bulat dalam kata perbilangan adat di atas diulang-ulang?

A Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak
B Mengekalkan khazanah budaya bangsa
C Menegakkan keadilan dalam kehidupan
D Menegaskan kepentingan permuafakatan

17. Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.

• 1864 – Perang dengan Denmark
• 1866 – Perang dengan Austria
• 1870 – Perang dengan Perancis

Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman? T5 ms 69-70

A Kehilangan wilayah
B Keselamatan terjamin
C Penamatan sistem monarki
D Pembentukan negara bangsa

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 73

Bab 3 2019

SPM 2013
18. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu. T5 m/s 84

Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?

A. Meluaskan wilayah pengaruh
B. Mengekalkan kedaulatan negeri
C. Membentuk kerajaan demokrasi
D. Mengukuhkan hubungan dengan Siam

19. Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu. T5 m/s 81,85

• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?

I. Raja dipilih melalui sistem giliran
II. Cukai tanah dikuatkuasakan
III. Islam sebagai agama rasmi
IV. Raja mesti berbangsa Melayu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

SPM 2012
20. Rajah 1 berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa. T5 ms 73

Ciri Bangsa Persamaan bidang
kesenian
Persamaan bahasa

Rajah 1 X

Apakah X?

A Persamaan falsafah hidup
B Persamaan warna kulit
C Persamaan adat resam
D Persamaan kepercayaan

21. Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 74

Bab 3 2019

Czechoslovakia

Yugoslavia Negara bangsa baru Finland

Poland

Rajah 2
Rajah 2
Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut? T5 ms 68

A Kumpulan etnik
B Sistem demokrasi
C Kedudukan geografi
D Kekayaan hasil bumi

SPM 2011

22. Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu. T5 ms 84 & 86

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Mengapakah undang-undang tersebut digubal?
A. Meningkatkan kecekapan pemerintah
B. Membentuk pentadbiran demokratik
C. Memperkukuhkan sistem pertahanan
D. Mengekalkan kedaulatan negeri

23. Tokoh berikut telah berjaya menyatukan negara masing-masing pada abad ke-19.

A. Count Camillo Bensor di Cavour - Itali
B. Otto Eduard Von Bismarck - Jerman

Bagaimanakah mereka berjaya melakukan penyatuan tersebut? T5 ms69

A. Mewujudkan pakatan strategik
B. Menyekat pengaruh agama
C. Mengamalkan realpolitik
D. Melakssanaakan sistem perundingan

SPM 2010

24. Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 75

Bab 3 2019

Otto Eduard von Bismarck
Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut? T5 ms 69
A. Membebaskan golongan hamba
B. Menyingkirkan golongan kapitalis
C. Menyemai sikap antikuasa asing
D. Menghapuskan pemerintahan diktator
25. Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di
Negeri Sembilan? T5 ms 88
I. Menasihati undang
II. Memimpin suku
III. Mengetuai Perut
IV. Melantik Lembaga
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SPM 2009
26. Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. T5 ms 88

Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak
Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

A. Teokrasi
B. Demokrasi
C. Autokrasi
D. Birokrasi

27. Tokoh berikut mengamalkan konsep Realpolitik serta politik darah dan besi semasa
memerintah Jerman pada abad ke-19. T5 ms 69

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 76

Bab 3 2019

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?

A. Menyatukan negara
B. Melicinkan pentadbiran
C. Menghapuskan sistem beraja
D. Menggubal perlembagaan moden

SPM 2008
28. Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik? T5 ms 68

A. Kestabilan politik terjamin
B. Kejayaan menyatukan Itali
C. Kerjasama dengan negara lain
D. Kemakmuran ekonomi negara

29. Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri
Sembilan. T5 ms 88
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak

Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan
A. Protokol istana
B. Upacara perkahwinan
C. Menyambut kelahiran
D. Pemilihan pemimpin

SPM 2007

• Peperangan dengan Denmark – 1864
• Peperangan dengan Austria – 1866
• Peperangan dengan Perancis – 1870
30. Senarai di atas menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman. T5 ms 69
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

A. Serangan balas
B. Penyatuan negara
C. Penguasaan ekonomi
D. Kediktatoran pemerintah

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 77

Bab 3 2019

Tahap penguasaan saya untuk bab ini : Kekuatan/Kelemahan saya :

__________________________________
__________________________________
__________________________________
__________________________________

Cikgu Ponni@smkrtu_2019 | Modul Gemilang Sejarah SPM 78


Click to View FlipBook Version