The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

05 KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN 10 APRIL 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skchemplak, 2022-04-26 02:41:18

05 KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN 10 APRIL 2022

05 KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN 10 APRIL 2022

1 PENDAHULUAN

Kajian Tindakan merupakan suatu program Pembudayaan Penyelidikan masyarakat
untuk sesuatu isu yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada kelompok komuniti.

Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah
peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan
terbaik di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem
pendidikan. Usaha yang boleh diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran
dan pembelajaran mereka dengan menjalankan kajian tindakan. Kementerian telah
menetapkan setiap jabatan menjalankan kajian tindakan namun terdapat cabaran untuk
guru –guru menjalankan kajian tindakan secara efektif. PIPP 2006 - 2010 pula telah
menekankan mengenai latihan perguruan yang menekankan mengenai penyelidikan dan
pembangunan agar menjadikan budaya penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik
guru. Dalam PIPP menekankan setiap guru perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti
amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Oleh itu kaedah yang diwajibkan
adalah keperluan kajian tindakan dijalankan.

Pada tahun ini, SK (Felda) Chemplak merancang mengadakan Pertandingan
Pertandingan Kajian Tindakan peringkat sekolah bagi mengiktiraf kebolehan serta
keupayaan guru-guru membuat kajian berkaitan kes-kes yang berlaku di sekitar dan
berkisar hal-hal Pengajaran dan Pembelajaran.

2 MATLAMAT

2.1 Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian tindakan dan meningkatkan
penghasilan penulisan kajian tindakan oleh warga pendidik di sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1 Mengiktiraf keupayaan dan kematangan guru-guru membuat kajian isu-isu
berkaitan persekitaran pembelajaran.

3.2 Menerapkan budaya kajian dalam kalangan guru.

3.3 Menggalakkan guru-guru berkongsi pengalaman dan ilmu untuk mengatasi
sesuatu isu.

3.4 Mempamerkan kreativiti dan kebolehan guru-guru menangani sesuatu masalah
dalam bidang akademik/kurikulum dan pengurusan supaya dapat dikongsikan
bersama sekolah-sekolah lain.

4 TEMPAT
SK (Felda) Chemplak

5 TARIKH DAN MASA
10 April 2022 – (Pelancaran 1 Guru 1 Kajian Tindakan)

6 SASARAN
Semua Guru SK (Felda) Chemplak

7 ORGANISASI

Pengerusi : Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)

Timb. Pengerusi : Cikgu Abd Aziz bin Daud (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Ahmad Suhaimi bin Ali (PK Hem)

Naib Pengerusi 2 : Cikgu Noor Hayati binti Mahmadayob (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Cikgu Mohd Hafiz bin Ramli

AJK : Cikgu Hanisah binti Yaakob (KP Bahasa Melayu)

: Cikgu Ruzaini binti Abdul Rashid (KP Bahasa Inggeris)

: Cikgu Rosalina binti Ramli (KP Matematik)

: Cikgu Wan Zarinah binti Wan Mohd Amin (KP P.Islam)

: Cikgu Hjh. Maznie binti Abdul Rahim (KP Bahasa Arab)

: Cikgu Roza Amira binti Rosli (KP PJPK)

: Cikgu Suhana binti Ab Latif (Prasekolah)

: Cikgu Iliana binti Ibrahim (Pendidikan Khas)

8 RINGKASAN PROGRAM

Pertandingan kajian tindakan ini diberi nama “1 Guru 1 Kajian Tindakan”.
Pelaksanaan pertandingan kajian tindakan ini terhadap isu-isu pembelajaran dan
pemudahcaraan / pengurusan untuk guru-guru SK (Felda) Chemplak. Guru-guru
perlu menyediakan satu kajian tindakan terhadap permasalahan yang dihadapi
dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan / pengurusan di sekolah.

9 PENILAIAN PROGRAM

9.1 Penyelidikan kajian tindakan yang dihasilkan setiap tahun membantu peningkatan
kemenjadian murid dan peningkatan profesionalisme guru-guru yang
menghasilkan penyelidikan sebagai amalan terbaik setiap tahun.

9.2 Guru lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah,
daerah, negeri , kebangsaan atau antarabangsa hasil kajian tindakan yang
dijalankan dan seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan
inovasi setiap tahun.

10 ANGGARAN KOS Kuantiti Jumlah Sumber
Bil Perkara RM30.00 PIBG
1 Banting 1
RM200.00 PIBG
2 Hadiah Pertama RM100.00
Kedua RM50.00
Jumlah Ketiga
RM380.00

11 SUMBER KEWANGAN
PIBG SK (FELDA) CHEMPLAK

12 PENUTUP

Semoga pertandingan kajian tindakan “1 Guru 1 Kajian Tindakan” ini dapat
membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan penyelidikan sehingga menjadi
budaya kerja untuk peningkatan profesionalisme guru.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………….
Mohd Hafiz bin Ramli Abd Aziz bin Daud
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Kajian Tindakan SK (Felda) Chemplak

Disahkan oleh,

………………………
Zulkefli bin Abdullah
Guru Besar
SK (Felda) Chemplak


Click to View FlipBook Version