The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skchemplak, 2022-03-30 08:43:52

7) KERTAS KERJA PERTANDINGAN GAJET

KERTAS KERJA PERTANDINGAN GAJET

PERTANDINGAN
GAJET

UNIT BERUNIFORM

ILIANA BINTI IBRAHIM

1. PENDAHULUAN
Pembinaan gajet merupakan salah satu aktiviti wajib bagi Badan Beruniform

terutamanya semasa perkhemahan. Gajet merupakan binaan atau alat yang dibuat
menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau dikukuhkan
menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.
Tujuan gajet dibina ialah untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan, menyusun dan
memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.

2. RASIONAL
2.1 Menggalakkan ahli unit beruniform berfikiran lebih kreatif dalam menghasilkan
peralatan yang diperlukan.
2.2 Menguji keupayaan ahli unit beruniform dalam mempraktikkan kemahiran ikatan dan
simpulan yang dipelajari.
2.3 Menanam semangat bekerjasama dalam sesebuah kumpulan untuk menyiapkan
gajet dalam tempoh yang singkat.
2.4 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli unit beruniform menyertai
perkhemahan.

3. MATLAMAT
Memberikan pendedahan tentang gajet dan meningkatkan kreativiti ahli unit uniform
dalam membina gajet.

4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kemahiran ahli unit beruniform membina gajet.
4.2 Meningkatkan semangat Kerjasama antara ahli kumpulan.
4.3 Meningkatkan keyakinan ahli unit beruniform menghasilkan gajet.

5.TEMPAT
Bilik darjah Tahun 4, 5 dan 6, Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chemplak

6.TARIKH DAN MASA
Tarikh : 30 Mac 2022
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

7.SASARAN
Semua ahli unit beruniform Tahun 4, 5 dan 6.

8.ORGANISASI : Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)
Penasihat : Cikgu Noor Hayati binti Mahmad Ayob (GPK KOKO)
Pengerusi : Cikgu Abd Aziz bin Daud (GPK PTD)
Naib Pengerusi II : Cikgu Ahmad Suhaimi Bin Ali (GPK HEM)
Naib Pengerusi III : Cikgu Iliana binti Ibrahim
Setiausaha
AJK Pelaksana : : Cikgu Rosalina binti Ramli
Kehakiman : Cikgu Maznie binti Abdul Rahim
: Cikgu Siti Rohani binti Said
Hadiah dan Sijil : Cikgu Sri Husniati binti Mohd Arif
: Cikgu Nur Hafizah binti Shaari

9. SYARAT PERTANDINGAN
a) Pertandingan secara berkumpulan.
b) Setiap kumpulan perlu menggunakan lidi sate atau bahan semulajadi untuk
menghasilkan gajet.
c) Setiap gajet mestilah mempunyai fungsi dalam kehidupan seharian.
d) Setiap kumpulan perlu menghasilkan gajet mengikut masa yang ditetapkan.
(7.30 pagi-8.30 pagi)
e) Membeli gajet yang sedia ada di pasaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

10. PEMARKAHAN

a) Peserta akan diadili dari segi kekemasan ikatan, kekukuhan binaan, kreativiti.

b) Pemarkahan :

Bil Perkara Markah

1 Kekemasan ikatan 30 markah

2 Kekukuhan binaan 30 markah

3 Kreativiti 30 markah

4 Ketepatan masa 10 markah

JUMLAH 100 markah

11. HADIAH DAN SIJIL Perkara Hadiah
Bil Hadiah
Sijil Anugerah Emas
1 Anugerah Emas Sijil Anugerah Perak
Sijil Anugerah Gangsa
2 Anugerah Perak
3 Anugerah Gangsa

12. ANGGARAN KOS Kuantiti Jumlah Sumber
Bil Perkara

1 Anugerah Emas

- Tahun 4 Anggerik RM4.00 x 6 unit RM24.00 Peruntukan
- Tahun 4 Bakawali RM4.00 x 6 unit RM24.00 BKK
- Tahun 5 Anggerik RM4.00 x 6 unit RM24.00
- Tahun 5 Bakawali RM4.00 x 6 unit RM24.00
- Tahun 6 Anggerik RM4.00 x 6 unit RM24.00
- Tahun 6 Bakawali RM4.00 x 6 unit RM24.00

2 Sijil 144 unit

Jumlah RM144

13.SUMBER KEWANGAN
Peruntukan BKK

14. PENUTUP
Program ini adalah diharapkan dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri dan

sifat ingin beridkari murid. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan
berusaha untuk merealisasikannya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ………………………………………..
Iliana binti Ibrahim Noor Hayati binti Mahmad Ayob
Guru Penasihat Pengakap Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK (Felda) Chemplak SK (Felda) Chemplak

Disahkan Oleh,

….……………………
Zulkefli bin Abdullah
Guru Besar
SK (Felda) Chemplak


Click to View FlipBook Version