KERTAS KERJA PILIHANRAYA FELCHEMP
PEMILIHAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS 2022/2023
SK (FELDA ) CHEMPLAK
1. PENDAHULUAN
Pengawas sekolah, terutamanya Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah.
Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan
peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Pilihanraya Pemilihan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah
merupakan satu program penting dalam organisasi lembaga pengawas sekolah.
Pilihanraya ini akan menjadi satu motivasi serta penggalak bagi pemimpin
organisasi ini bekerjasama dan memberikan khidmat bakti kepada organisasi
secara khusus dan sekolah amnya kerana mereka dilantik berdasar pemilihan
seluruh warga SK (FELDA) Chemplak.
2. MATLAMAT
Melahirkan pemimpin yang berwibawa dari kalangan murid-murid supaya
mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan Pengawas Sekolah di sekolah
sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati, serta
berupaya membantu sekolah melahirkan generasi murid yang cemerlang dan
berketrampilan.
3. OBJEKTIF
1.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Ketua dan
Penolongnya supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
1.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan
tugas dengan baik.
1.3 Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang
terpilih.
1
1.4 Memperkenalkan sistem demokrasi secara pilihanraya kepada murid-
murid SK (FELDA) Chemplak.
4. MASA : 21 April 2022 (Khamis)
Tarikh : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Masa : Dewan Sri Muafakat, SK (FELDA) Chemplak
Tempat
5. SASARAN
- Murid Tahun 2 hingga 6 (196 orang)
- Guru dan AKP (33 orang)
6. ANGGARAN PERBELANJAAN RM
Bil Perkara 30.00
50.00
1 Kertas A4 Warna 80.00
2 Alatan kempen
Jumlah
7. PENGURUSAN KERJA SEBELUM PILIHANRAYA
MASA/TARIKH AKTIVITI
8.4.2022 Makluman pencarian calon ketua dan penolong
ketua pengawas semasa perhimpunan
10.4.2022 Hari Penamaan calon
11-20.4.2022 Pembentangan Manipesto dan tempoh berkempen
21.4.2022 Hari Mengundi Pilihanraya Felchemp 2022/2023
8.Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa Induk
2
Pengerusi : Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Cikgu Ahmad Suhaimi bin Ali (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Abdul Aziz Bin Daud (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Noor Hayati binti Mahmad Ayob (GPK KK)
Setiausaha : Cikgu W.Zarinah Bt Wan Mohd Amin
Jawatankuasa Kerja
Penyelaras : Cikgu W.Zarinah Bt Wan Mohd Amin
Ketua Tempat Mengundi : Cikgu Haji Noorazman b Yaacob
Kerani Mengundi : Cikgu Hajah Maznie binti Abdul Rahim
Alatan ( Dibantu oleh 4 orang murid)
: Cikgu Suhana binti Abd Latif
Kertas Undi
Kempen Cikgu Izaidah Bt Amiril
: Cikgu Iliana binti Ibrahim
Dokumentasi, Brosur : Cikgu Sri Husniati Bt Md Arif
Dan buku program
Cikgu Mohd Hafiz Bin Ramli
Pelaberan
Pendaftaran : Cikgu Rosalina binti Ramli
En.Mohamad Saifuladli bin Latif
Penyediaan Tempat
: Cikgu Shariza Bt Sape’e
Kawalan murid : Cikgu Roza Amira Bt Rosli
Cikgu Noranizam Bt Azali
: Cikgu Ahmad Waqiuddin Wazin bin Abu Bakar
Pekerja Swasta
: semua guru mata pelajaran
9.Tentatif Program
9.30 : Proses pengundian bermula
(Murid-murid dipanggil ke tempat mengundi mengikut kelas)
11.00 : Tempat undi ditutup untuk proses pengiraan undi
11.30 : Pengumuman calon yang terpilih
3
10.. Penilaian
Penilaian berdasarkan peratus undi. Undi murid - 50% dan undi guru dan AKP
- 50%. Calon yang mendapat peratus undi terbanyak akan dilantik sebagai Ketua
dan Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2022/2023.
10. Penutup
Di harapkan dengan adanya program Pilihanraya Pemilihan Ketua dan
Penolong Ketua Pengawas Sekolah ini, murid-murid sekolah ini akan dapat
memahami dan mengalami sendiri proses memilih calon yang bertanding seperti
pilihanraya yang sebenarnya. Diharap juga murid yang terpilih dapat menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka untuk membantu menaikkan nama sekolah.
Adalah juga diharapkan mereka menjadi contoh kepada murid lain dalam bidang
akademik.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(W.ZARINAH BT W.MOHD AMIN) (AHMAD SUHAIMI BIN ALI)
Setiausaha HEM, GPK Hal Ehwal Murid,
SK (FELDA) Chemplak SK (FELDA) Chemplak
Disahkan oleh:
(ZULKEFLI BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK (FELDA) Chemplak
4