The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

03 KERTAS KERJA SMART RELIEF 31 MAC 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skchemplak, 2022-04-25 11:31:22

03 KERTAS KERJA SMART RELIEF 31 MAC 2022

03 KERTAS KERJA SMART RELIEF 31 MAC 2022

KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM ‘SMART RELIEF’
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) CHEMPLAK

85300 LABIS
JOHOR

1. Pendahuluan

Program ’Smart Relief’ ialah satu program yang dirangka untuk membuat penambahbaikan dari
segi keberkesanan kualiti pengajaran dan pembelajaran PdPC murid di sekolah berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran PdPC semasa guru mata pelajaran tidak hadir ke sekolah.

2. Rasional

Menjadi keutamaan pihak sekolah bagi memastikan setiap masa murid di sekolah diisi dengan
pengajaran dan pembelajaran PdPC yang bermakna dan berkualiti. Namun, seringkali guru
dipanggil bertugas di luar sekolah seperti diminta menghadiri mesyuarat dan taklimat berkaitan
tugas guru.

Justeru, ketiadaan guru di sekolah akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran PdPC
tergendala. Murid tidak mendapat ilmu yang sepatutnya pada waktu itu.

Program Smart Relief dirangka bagi mengatasi masalah tersebut. Guru mata pelajaran akan
menyediakan set soalan yang komprehensif dan dalam masa yang sama pentaksiran bilik darjah
tetap boleh dilaksanakan.. Maka, pengajaran dan pembelajaran PdPC murid tidak akan
tergendala kerana guru ganti akan menggunakan modul Smart Relief semasa ketiadaan guru
matapelajaran.

3. Objektif Projek

Objektif projek ini dijalankan ialah:
a) mengatasi masalah keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran PdPC terutama apabila
guru tidak bertugas di sekolah.
b) menghasilkan satu modul yang sesuai digunakan oleh guru ganti semasa ketiadaan guru di
sekolah.

4. Tarikh Projek

Projek akan dilaksanakan sepanjang tahun manakala tarikh yang dicadangkan untuk
pelancaran program ’Smart Relief’ ini ialah:pada 31 Mac 2022

5. Tempat Projek

Pelancaran secara maya di Makmal Komputer SK (Felda) Chemplak.

6. Organisasi Projek

Jawatankuasa Induk Projek Pembangunan Bilik Pengurusan Sukan

Pengerusi : Cg Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Cg Abd Aziz bin Daud (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Cg Ahmad Suhaimi bin Ali ( PK HEM )
Naib Pengerusi 2 : Cg Noor Hayati binti Mahmad Ayob (PK Kokurikulum )
Setiausaha : Cg Sri Husniati Binti Mohd Arif (Penyelaras TS25)
AJK : Semua guru kelas
: Semua Ketua Panitia
: Semua guru mata pelajaran

7. Sumber Kewangan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG

8. Anggaran Perbelanjaan PERKARA HARGA JUMLAH
KUANTITI SEUNIT
RM 50.00 RM 50.00
1 Bunting Smart Relief RM 15.00 RM 150.00
10 “Storage box” RM 4.70 RM1109.20
236 Fotostat modul ( 94 mukasurat) RM2.00 RM220.00
110 String Tie Clear Folder (10 kelas x 11
RM 1529.20
mata pelajaran)
JUMLAH

9. Garis waktu pelaksanaan program ”SMART RELIEF”

Tarikh Aktiviti Tindakan
27 Mac 2022 Penyerahan modul : ”Hardcopy” dan
”softcopy” oleh semua guru mata pelajaran Semua guru mata pelajaran
28 Mac 2022 kepada PK PTD dan Cikgu Sri Husniati PK Pentadbiran
Semakan dan penyusunan modul Cg. Sri Husniati binti Mahd
28 Mac 2022 Arif
30 Mac 2022 Cetakan modul
31 Mac 2022 PK Pentadbiran
Pelancaran Program ”SMART RELIEF” En. Mohd Saifoladli bin Lateh
Cg. Sri Husniati binti Mohd
”SMART RELIEF” bermula Arif

Cg. Sri Husniati binti Mohd
Arif
En. Mohd Saifoladli bin Lateh

PK Pentadbiran
Cg. Sri Husniati binti Mohd
Arif

PK Pentadbiran
Semua guru

10. Penutup

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid. Ia sekaligus
dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran murid di sekolah. Kemenjadian murid dari segi
akademik diharap dapat dipertingkatkan dengan pelaksanaan program ini.

Disediakan oleh Disemak oleh,

________________________ __________________________
(SRI HUSNIATI BINTI MOHD ARIF) (ABD AZIZ BIN DAUD)
Penyelaras ’Smart Relief’ Penolong Kanan Pentadbiran
SK (FELDA) Chemplak SK (FELDA) Chemplak

Disahkan oleh

________________________
(ZULKEFLI BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK (FELDA) Chemplak


Click to View FlipBook Version