PELANCARAN
PROGRAM
TRANSFORMASI
KONDUSIF
ROZA AMIRA BINTI ROSLI
1. PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21, murid perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu,
perubahan perlu bermula dari pengurusan kelas dan persekitaran sekolah yang kondusif.
Program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif di sekitar
sekolah SK (FELDA) Chemplak yang bercirikan abad 21 dengan bimbingan berterusan
daripada pentadbir dan PPD serta sokongan daripada PIBK dan PIBG. Oleh itu, setiap
warga sekolah akan menceriakan bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik Guru Besar, bilik GPK,
Pejabat, Kantin dan persekitaran sekolah untuk meningkatkan tahap keceriaan disamping
bertujuan untuk membangkitkan motivasi warga sekolah.
2.MATLAMAT
2.1. Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermaklumat, bersih
dan ceria.
2.2 Mengembangkan budaya inovasi dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah.
2.3 Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya lebih efektif dan
kondusif bagi meningkatkan keberkesanan PdPc di sekolah.
2.4. Meningkatkan motivasi dalam kalangan warga sekolah.
2.5 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah dalam kalangan warga guru,
PIBG, ibu bapa dan murid.
3.OBJEKTIF
3.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang ceria dan indah.
3.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti
dalam menjalankan tugas.
3.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.
4.TEMPAT
Bilik darjah, bilik-bilik khas dan sekitar Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chemplak
5.TARIKH DAN MASA
Januari – Disember (Sepanjang tahun)
6.SASARAN
Semua bilik darjah, bilik-bilik khas, pejabat, kantin dan persekitaran sekolah.
7.ORGANISASI
Penasihat : Cikgu Zulkefli bin Abdullah (Guru Besar)
Pengerusi : Cikgu Ahmad Suhaimi Bin Ali (GPK HEM)
N. Pengerusi : Cikgu Abd Aziz bin Daud (GPK Pentadbiran)
N. Pengerusi II : Cikgu Noor Hayati Binti Mahmad Ayob (GPK KK)
AJK : Cikgu Wan Zarinah binti Wan Mohd Amin (SU HEM)
: Cikgu Roza Amira bt Rosli (GBK)
8. RINGKASAN PROGRAM
Pelaksanaan Transformasi kondusif ini meliputi 2 aspek utama iaitu mewujudkan kelas -
kelas serta bilik-bilik khas yang kondusif dan ceria serta memperkasakan sudut-sudut yang
berunsurkan abad ke 21 sekitar kawasan sekolah. Aktiviti gotong-royong mengecat dan
menceriakan bilik darjah, bilik-bilik khas, kantin dan persekitaran sekolah akan
dilaksanakan. Penarafan bilik-bilik tersebut akan dibuat setiap minggu dan gred yang
diperolehi akan diumumkan kepada warga sekolah.
9.PENILAIAN PROGRAM
9.1 Laporan Bilik Darjah Kondusif Mingguan
9.2 Rekod Kehadiran dan penglibatan PIBK
10. ANGGARAN KOS Kuantiti Jumlah Sumber
Bil Perkara
1. Banner 1 RM30.00 Peruntukan
RM30.00 Kerajaan / PIBG
Jumlah
Peruntukan
Kerajaan / PIBG
11.SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Kerajaan / PIBG
12. PENUTUP
Program Transformasi Kondusif ini diharapkan dapat membantu menceriakan
kawasan sekolah. Semoga dengan program ini dapat melahirkan persekitaran yang
kondusif di sekitar Sekolah (FELDA) Chemplak serta memberi motivasi kepada murid-
murid untuk belajar, Sesungguhnya kejayaan program Transformasi Kondusif ini
bergantung kepada sikap dan komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat.
Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………… ………………………………………..
Roza Amira binti Rosli Ahmad Suhaimi Bin Ali
Setiausaha Program Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Transformasi Kondusif SK (FELDA) Chemplak
Disahkan Oleh,
….……………………
Zulkefli bin Abdullah
Guru Besar
SK (FELDA) Chemplak