The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 KERTAS KERJA SEKOLAH PENYAYANG 21 MAC 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skchemplak, 2022-04-27 02:34:46

01 KERTAS KERJA SEKOLAH PENYAYANG 21 MAC 2022

01 KERTAS KERJA SEKOLAH PENYAYANG 21 MAC 2022

ROZA AMIRA BINTI ROSLI

R

KERTAS KERJA
SEKOLAH PENYAYANG
(SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH)

1.0 Pengenalan

Sekolah penyayang merupakan konsep penting dalam sistem Pendidikan Malaysia.
Konsep ini mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah
penyayang mampu menjana generasi murid yang seimbang dari segi emosi, rohani,
intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Membudayakan amalan
penyayang juga merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan
murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Sekolah penyayang mampu melahirkan
warga sekolah yang mempunyai jati diri dan amalan kepimpinan.

2.0 Matlamat

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dengan ucapan salam semasa anak-
anak murid hadir ke sekolah. Selain itu guru dan murid dapat mengamalkan 5S iaitu
Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Sayang. Murid yang hadir awal akan diberi alat
tulis sebagai galakkan untuk hadir awal ke sekolah.

3.0 Pelaksanaan

Tarikh : 21 Mac 2022
Masa : 7.00 Pagi
Tempat : Pintu Pagar B dan dalam Kawasan sekolah

4.0 Sasaran
Semua murid SK (FELDA) Chemplak

5.0 Objektif

1) Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang dalam kalangan warga

sekolah.

2) Dapat menyambut kehadiran murid ke sekolah dengan meriah dan

sambutan yang mesra agar murid lebih bersemangat untuk belajar.

3) Mewujudkan hubungan mesra diantara pihak sekolah dan murid.

4) Dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang positif.

6.0 KPI Murid berasa gembira dengan sambutan mesra warga
sekolah pada hari pertama persekolahan.
Output
Outcome Murid akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah pada
setiap hari.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah Sumber

1. Cenderamata murid RM2 x 236 Unit Bimbingan
murid RM472.00 Dan Kaunseling

2. Belon dan aksesori sambutan RM7 x 4 peket RM28.00 Unit Bimbingan
Dan Kaunseling

Jumlah Unit Bimbingan
RM500.00 Dan Kaunseling

7. 1 Sumber Kewangan
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK (FELDA) Chemplak

8.0 AHLI JAWATANKUASA Cikgu Zulkefli Bin Abdullah
8.1 Jawatankuasa Induk Guru Besar
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI Cikgu Ahmad Suhaimi Bin Ali
NAIB PENGERUSI II Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI III
SETIAUSAHA Cikgu Abd Aziz bin Daud
Penolong Kanan Pentadbiran

Cikgu Noor Hayati Binti Mahmad Ayob
Penolong Kanan Kokurikulum

Cikgu Roza Amira binti Rosli
Guru Bimbingan Kaunseling

8.2 Jawatankuasa Kerja  Cikgu Roza Amira binti Rosli
Penyelaras  Cikgu Wan Zarinah binti Wan Mohd Amin

Guru Bertugas ( 21 Mac 2022)
 Cikgu Hajah Siti Rohani Binti Said
 Cikgu Suhaibah binti Abdul Wahid
 Cikgu Habibah binti Abu Yusof

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 URUS SETIA
1) Unit Hal Ehwal Murid
2) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2 TENTATIF
1) Menyediakan prop Sambutan di pintu pagar sekolah (pintu B)
2) Menyediakan cenderamata untuk setiap murid yang hadir ke sekolah.

AJK BIDANG TUGAS
Penyelaras 1. Menyediakan prop sambutan “ Selamat Kembali Ke

Guru Bertugas Sekolah” di kawasan pagar ( Pintu B) dan dalam
kawasan pagar sekolah.
2. Menyediakan cenderamata untuk diserahkan kepada
setiap murid yang hadir ke sekolah.
1. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama
sekolah semasa tiba dan pulang.
2. Memastikan semua murid memakai penutup muka.
3. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat
pengimbas suhu badan di hadapan pagar sewaktu tiba ke
sekolah.
4. Mengasingkan murid yang bergejala di dalam bilik isolasi
sehingga ibu/bapa/penjaga dapat membawa mereka
pulang ke rumah.
5. Memastikan murid-murid menjaga penjarakan sosial
ketika bergerak dari pagar sekolah ke kelas.
6. Memastikan murid-murid menjaga penjarakan sosial
Ketika bergerak pulang.

10.0 PENUTUP
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting
untuk mengembalikan semangat murid untuk hadir ke sekolah dalam norma
baharu. Semoga melalui usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap
sosioemosi murid dari sudut yang positif dan mewujudkan suasana kasih sayang
serta kerjasama antara murid - murid khasnya dan seluruh warga sekolah
umumnya.

Disediakan oleh :
___________________
(ROZA AMIRA BINTI ROSLI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK (FELDA) Chemplak, Labis, Johor

Disemak oleh :
_______________________
(AHMAD SUHAIMI BIN ALI )
PK Hal Ehwal Murid
SK (FELDA) Chemplak, Labis, Johor

Disahkan oleh :
_________________________
(ZULKEFLI BIN ABDULLAH)
Guru Besar
SK (FELDA) Chemplak, Labis, Johor


Click to View FlipBook Version