The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurin azhar, 2024-02-25 20:45:11

KANCIL DAN BUAYA

KANCIL DAN BUAYA

KANCIL DAN BUAYA


Buku ini mengisahkan mengenai Sang Kancil yang ingin menyeberangi sebuah sungai untuk mendapatkan makanan. Tetapi Sang Kancil tidak tahu bagaimana harus dia lakukan, sehinggalah Sang Kancil ternampak kehadiran buaya di situ. Sang Kancil telah mendapat idea untuk menyeberangi sungai itu. Bagaimanakah cara untuk Sang Kancil menyeberangai sungai itu ? SINOPSIS CERITA


Pada suatu hari, Sang Kancil keluar berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh disebabkan makanan di kawasan sekitarnya sudah berkurangan, Sang Kancil telah membuat keputusan untuk mencari di kawasan yang lebih jauh.


Sang Kancil terus berjalan sehingga terjumpa dengan sebuah tebing sungai. Sedang Sang Kancil melihat sekeliling, Sang Kancil terlihat kebun buah-buahan yang sedah ranum masak. Tetapi kebun itu berada di seberang sungai dan Sang Kancil perlu menyeberangi sungai itu.


Sang Kancil yang sedang berfikir apakah cara yang boleh dilakukan oleh dirinya agar dapat menyeberangi sungai itu, tiba-tiba terpandang Buaya yang sedang berjemur di tebing sungai. Sang Kancil mendapat idea untuk meminta bantuan buaya.


Sang Kancil menegur buaya dan berkata bahawa dia membawa khabar berita baik daripada Raja Sulaiman. Sang Kancil menyatakan bahawa Raja Sulaiman memerintahkan Sang Kancil untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin membuat kenduri. Buaya sangat teruja bila mendengarnya.


Sang Kancil berkata dia perlu mengira jumlah buaya untuk memberi tahu Raja Sulaiman jumlah buaya yang akan hadir ke majlis nanti. Buaya yang teruja terus setuju untuk membantu Sang Kancil. Buaya terus beratur merentasi sungai hingga ke tebing belah sana.


Sang Kancil terus melompat dan menghitung dengan menyebut “ satu, dua, tiga lekuk, jantan betina aku ketuk” sambil mengetuk kepala buaya sehingga Sang Kancil habis menyeberangi sungai. Sang Kancil melompat bahagia.


Sang Kancil berkata yang buaya telah ditipu bagi bantu dia menyeberang sungai untuk makan buah-buahan. Buaya sangat terkejut dan malu kerana telah ditipu dan digunakan oleh Sang Kancil.


Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu di masa akan datang. Demdam itu kekal hingga sekarang. Sang Kancil terus melompat dengan gembira dan menghilangkan diri dalam kebun buah itu.


Janganlah kita selalu menggunakan orang lain Janganlah kita menyimpan dendam. PENGAJARAN Kita haruslah sentiasa 01 02 membantu orang lain. 03


Saya mendapati buku ini sesuai untuk murid sekolah rendah bagi tahap 2. Ini kerana, ia menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid sekolah rendah. REFLEKSI 1 REFLEKSI 2 Buku ini sesuai untuk murid sekolah rendah kerana mempunyai ilustrasi yang menarik dan sesuai dengan jalan cerita.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version