BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK NOR SAFWAH BINTI JAHILI PISMP BM SK 4
KANDUNGAN PENGENALAN Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Pengakroniman 01 02 PEMBENTUKAN KATA 03 ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 04 PENUTUP 05 RUJUKAN
01 PENGENALAN Nik Safiah Karim et al. (1996), berpendapat bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa dalam tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Morfologi juga adalah satu kajian berkaitan dengan pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan, pemajmukan dan penggandaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2021). Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, perkataan morfologi lahir daripada perkataan morphology yang berasal dari perkataan latin iaitu morphe yang bermaksud bentuk. Secara umumnya, setiap struktur yang ada terbina dari unsur-unsur yang kecil. Begitu juga dengan struktur bahasa. Terdapat empat proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. Seterusnya, pembentukan kata dalam bahasa Melayu ini amat berkait rapat dengan isu kesalahan kata dari sudut morfologi pada masa kini seperti kesalahan dalam media cetak dan elektronik.
02 PEMBENTUKAN KATA Proses Pembentukan Kata 2.2 Pemajmukan 2.4 Pengakroniman 2.3 Penggandaan 2.1 Pengimbuhan Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran Imbuhan Apitan Imbuhan Sisipan Reach out to business colleagues and consumer demographics important for the company 's business continuity. Gabungan beberapa huruf rangkai kata Gabungan suku kata dengan huruf awal perkataan Gabungan suku kata degan suku kata beberapa perkataan Gabungan suku kata dengan perkataan penuh Gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak
Imbuhan Contoh Imbuhan Kata Dasar Kata Terbitan Awalan ber, men, di, ter, ke, pe main, cari, diam, nyanyi bermain, mencari, terdiam, penyanyi Akhiran -an, -man, -wan kirim, bungkus, makan, laut kiriman, bungkusan, makanan, lautan Apitan ke-...-an, pen-...-an, per-...-an berani, percaya, indah, selesa keberanian, kepercayaan, keindahan, keselesaan Sisipan -el-, -em-, -er-, -in-. tapak, kuning telapak, kemuning 2.1 Pengimbuhan Proses pengimbuhan merupakan proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan satu kata yang dikenali sebgaai kata terbitan. Terdapat 4 bentuk imbuhan yang digabungkan dengan kata dasar iaitu imbuhan awalan (Imbuhan yang berada di hadapan kata akar), akhiran (Imbuhan yang terletak di akhir kata akar), apitan (Imbuhan yang mengapit kata akar) dan sisipan (Imbuhan yang tersisip di tengah perkataan).
Jenis Kata Majmuk Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas nasi minyak, bom tangan, jalan raya Istilah Khusus pita suara, urus setia, cari gali Kiasan kaki bangku, berat tangan, curi tulang Mantap antarabangsa, tanggungjawab, warganegara Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 2.2 Pemajmukan
Jenis Kata Ganda Kata Dasar Kata Ganda Penggandaan Penuh buku, meja, amalan buku-buku, meja-meja, amalan-amalan Penggandaan Separa laki, rambut, siku lelaki, rerambut, sesiku Penggandaan Berentak sayur, kuih, gunung sayur-mayur, kuih-muih, gunung-ganang 2.3 Penggandaan Penggandaan ialah kata dasar yang digandakan atau diulang sebutannya. Terdapat 3 jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh (Menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar berimbuhan/tanpa imbuhan tanpa sebarang peruabahan terhadap kata dasar), Penggandaan separa (Menggandakan sebahagian daripada kata dasar) dan penggandaan berentak (Menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar dalam penggandaan ditambah dengan perkataan yang lain bunyinya).
Jenis Pengakroniman Contoh Gabungan beberapa huruf rangkai kata IPGM: Institut Pendidikan Guru Malaysia, ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia, ADUN: Ahli Dewan undangan Negeri Gabungan suku kata dengan huruf awal perkataan Bernama: Berita Harian Malaysia, Perhilitan: Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Intim: Institut Tadbiran Islam Negara Gabungan suku kata degan suku kata beberapa perkataan tadika: taman didikan kanak-kanak, kugiran: kumpulan gitar rancak, pulihara: pulih dan pelihara Gabungan suku kata dengan perkataan penuh Jentolak: jentera tolak, Purata: pukul rata, Hartanah: harta tanah Gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas Kementah: Kementerian Pertahanan, Mastera: Majlis Sasatera Asia tenggara, SUARAM: Suara Rakyat Malaysia Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. 2.4 Penggakroniman
Isu keslahan kata yang banyak dikenal pasti pada masa kini ialah isu kesalahan kata dari segi tatabahasa. Kesalahan-kesalahan ini dapat ditinjau dari segi kesalahan ejaan, kesalahan makna, kesalahan dari segi imbuhan dan banyak lagi. Namun dalam aspek ini hanya akan menekankan kesalahan ejaan dan imbuhan serta kesalahan pengguanaan kata yang banyak berlaku dalam kalanggan masyarakat sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik. ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 03
Salah Pembetulan Percitakan Percetakan ISU KESALAHAN EJAAN DALAM SUMBER MEDIA CETAK Justifikasi - Kesalahan ejaan yang dapat dikesan pada papan tanda kedai ini ialah 'Percitakan'. Pembetulan bagi kesalahan tersebut ialah menggunakan huruf 'e' bagi menggantikan huruf 'i' dalam perkataan iaitu percetakan.
Salah Pembetulan orang-orang orang jadi menjadi KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DALAM SUMBER MEDIA ELEKTRONIK Justifikasi - Kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat yang diambil dari Twitter di atas ialah penggunaan kata ganda dan imbuhan yang salah pada perkataan 'orang-orang' dan 'jadi'. Ayat dengan penggunaan kata yang betul ialah ' Janganlah sesekali merendahkan orang yang baru bak berubah menjadi baik.
04 RUMUSAN Nahtijahnya, dapat disimpulkan bahawa proses pembentukan kata terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaaan dan pengakroniman. Pengetahuan tentang proses pembentukan kata dapat dilihat penting apabia munculnya isu-isu atau kesalahan-kesalahan yang berkaitan dnegan pembentukan kata. Sebagai contohnya, kesalahan dari aspek tatabahasa termasuklah kesalahan ejaan mahupun kesalahan penggunaan imbuhan pada kata. Oleh itu, pengetahuan tentang proses pembentukan kata ini amatlah penting bagi mengelakkan dan mengurangkan kesalahan dalam penggunaan kata sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik.
05 RUJUKAN Abdullah Hassan. (2004). The Morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman. (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Sarjana Enterprise. Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Dewan Bahasa dan Pustaka. Baryadi, I. P. (2022). Morfologi dalam Ilmu Bahasa. Sanata Dharma University Press. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian, Terima Kasih Disediakan oleh: Nor Safwah binti Jahili (BM SK 4)