INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER II ) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104 DISEDIAKAN OLEH : NAMA MUHAMMAD AFIQ HUZAIMI BIN ABD KAMAL ANGKA GILIRAN 2022192310121 NO. KAD PENGENALAN 040809-01-0833 KUMPULAN B6 KOD DAN NAMA KURSUS BMMB11044– KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH DR. WAN NORLIDZA BT WAN MOHD ZAIN TARIKH HANTAR 2 MAC 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
KANDUNGAN MUKA SURAT.....… 1.0 PENGENALAN 1 2.0 PANTUN 1 2.1 DEFINISI DAN KONSEP PANTUN 2.2 FUNGSI PANTUN 2.3 PANTUN BERTEMAKAN PENDIDIKAN 2.4 PEMIKIRAN TERHADAP PANTUN 3.0 SYAIR 4 3.1 DEFINISI DAN KONSEP SYAIR 3.2 FUNGSI SYAIR 3.3 SYAIR YANG BERTEMAKAN PENGALAMAN HIDUP 3.4 PEMIKIRAN TERHADAP SYAIR 4.0 GURINDAM 7 4.1 DEFINISI DAN KONSEP GURINDAM 4.2 FUNGSI GURINDAM 4.3 GURINDAM BERTEMAKAN ILMU 4.4 PEMIKIRAN TERHADAP GURINDAM 5.0 RUJUKAN 10
1 1.0 PENGENALAN Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik dan mempunyai nilai estetika. Puisi tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pengajar agama dan ilmu, pembina sahsiah diri, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan. Menurut Mohd Rosli Saludin (2000), beliau menyatakan bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam puisi tradisional Melayu seperti syair, seloka, pantun, gurindam, peribahasa, talibun, nazam, kit’ah, rubai, masnawi, zikir dan selawat, ghazal, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, dabus dan hadrah. Puisi Melayu tradisional juga merupakan tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap, berasaskan mantra, jumlaj perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan perbezaan rima dan ritma antara baris. Puisi juga digunakan sebagai hiburan, pengajaran dan alat komunikasi umum. 2.0 PANTUN 2.1 DEFINISI DAN KONSEP PANTUN Pantun didefinisikan sebagai puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman dahulu lagi. Pantun juga terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima seperti a, b, a, b, dengan beberapa variasi dan pengecualian. Setiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu pembayang dan maksud. Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Pantun juga merupakan karya seni bahasa Melayu tulen. 2.2 FUNGSI PANTUN Pantun biasa digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. Pantun juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Pantun juga boleh digunakan sebagai alat hiburan dan bahan jenaka seperti gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam
2 permainan. Selain itu juga, pantun merupakan alat pendidikan dalam bentuk menyindir, kiasan atau berterus terang. 2.3 PANTUN BERTEMAKAN PENDIDIKAN Kenari terbang mencari panduan, Terbang ke langit di pagi hari, Guru-guru penuh pengabdian, Menyemai ilmu di hati sanubari, Merpati hinggap di atas cendana, Sambil menunggu musim menuai, Jangan malas jangan terlena, Agar impian dapat dicapai. Cerah mentari bersinar di luar, Membuka jendela di depan rumah, Jangan pernah berhenti belajar, Pendidikan dibawa masa depan cerah. Nenek termenung di ruang tamu, Menghitung masa dimamah usia Haruslah terus menuntut ilmu, Sebagai bekal di masa tua.
3 Tupai melompat mencari gaharu, Gaharu tinggi di tengah hutan, Anak baik hormati guru, Agar jadi insan budiman. 2.4 PEMIKIRAN TERHADAP PANTUN Berdasarkan pantun yang telah saya hasilkan, rangkap pertama yang dihasilkan menceritakan tentang peranan guru yang sentiasa berkorban dan berusaha mencurahkan ilmu dan pengajaran dalam diri murid-murid. Guru-guru juga perlu iklas dan mengabdikan diri dalam memberi tunjuk ajar dan pendidikan kepada murid- murid. Rangkap kedua pula menceritakan bahawa setiap orang hendaklah rajin dan jangan malas dalam mencari ilmu atau pendidikan. Hal ini kerana pendidikan penting untuk memberi kecemerlangan dalam hidup kita di masa hadapan. Pendidikan juga hendaklah dicari dan janganlah leka hingga terlena supaya tidak hanyut di masa hadapan. Rangkap ketiga dan keempat menceritakan bahawa setiap orang jangan pernah berhenti mencari pendidikan. Kita juga jangan pernah berhenti belajar walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan susah payah dalam pelajaran. Oleh itu, kita dapat menjamin masa depan yang cerah dan tidak menyesal di usia tua. Rangkap terakhir pula menerangkan bahawa di dalam pendidikan, kita hendaklah menghormati guru kerana guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam dunia pendidikan. Hal ini dapat menjadikan kita seseorang yang budiman dah bersahsiah dalam kehidupan seharian.
4 3.0 SYAIR 3.1 DEFINISI DAN KONSEP SYAIR Syair bermaksud sejenis puisi yang berlagu yang berasal dari Parsi dan telah di bawa ken Nusantara semasa kedatangan Islam. Syair telah berinovasi mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Menurut A. Teeuw, syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi telah ditukar namanya. Syair juga merupakan satu jenis puisi lama dan juga dikatakan bahawa perkataan syair berasal dari Bahasa Arab Syu’ur yang bermaksud perasaan. Syair dalam kesusasteraan Melayu merujuk maksud puisi secara umum. Akan tetapi, perkembangan syair tersebut mengalami perubahan sehingga menjadi khusus kepada masyarakat Melayu. Antara penyair yang berperanan besar ialah Hamzah Fansuri dengan karya-karya syairnya. Syair juga membawa makna yang berhubung dengan kiasan, ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga sejarah atau dongeng. Syair merupakan puisi terikat yang terdiri daripada empat baris dan mempunyai sedikit persamaan dengan pantun. Perbezaannya ialah, empat baris pantun merupakan dua baris sampiran dan dua baris isi yang berdiri sendiri. Kebiasaanya, jumlah suku kata di antara 8 hingga 12 suku kata dalam satu baris. Rima juga tetap seperti a,a,a,a dan a,b,a,b. Ada juga tiga baris dengan rima akhir a,b,b dan dua baris dengan rima a,b. 3.2 FUNGSI SYAIR Syair dalam pandangan tokoh Melayu berfungsi sebagai media untuk mengajarkan dan memperkenalkan nilai-nilai moral dan budaya kepada masyarakat. Dalam syair, terdapat banyak pesan-pesan moral yang disampaikan melalui cerita-cerita dan kisah-kisah yang diangkat dalam syair tersebut. Selain berfungsi sebagai media untuk mengajarkan nilai-nilai moral, syair juga berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat. Syair dianggap sebagai salah satu bentuk seni yang dapat menghiburkan hati masyarakat melalui lirik-liriknya yang indah mahupun melalui cerita-cerita yang disampaikan dalam syair tersebut.
5 Tambahan pula, syair berfungsi sebagai media untuk memuji dan mengagungkan Tuhan. Dalam syair, terdapat banyak ungkapan-ungkapan yang menunjukkan kebesaran dan keagungan Tuhan, sehingga masyarakat dapat memperoleh inspirasi dan motivasi untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Selain itu, syair juga berfungsi sebagai media untuk melestarikan bahasa dan budaya Melayu. Dalam syair, terdapat banyak kata-kata dan ungkapan yang hanya ditemukan dalam bahasa Melayu, sehingga masyarakat dapat memperoleh pemahaman dan pengalaman tentang bahasa dan budaya Melayu. 3.3 SYAIR BERTEMAKAN PENGALAMAN HIDUP Di dalam hidupku yang penuh warna, Ku temukan kesulitan dan juga duka, Namun tak henti meraih cita, Lewati rintangan jiwa dan raga. Sebak hatiku hadapi cobaan, Namun tak henti meniti jalan, Ku terus belajar dari kekurangan, Hingga berjaya di masa hadapan. Pelajari ilmu dari pengalaman, Renungi makna setiap halaman, Ku bangun sendriri dari kegagalan, Hadapi hidup penuh rintangan.
6 Satu pengalaman luka hatiku, Kesedihan merobek dalam jantungku Mendaki rintangan yang berliku-liku, Hingga meraih kebahagiaan hidupku. Jangan menyerah teruslah berjuang, Agar duka hilang di jiwa, Gunakan masa manfaat peluang, Biar hidup terus di jamin bahagia. 3.4 PEMIKIRAN TERHADAP SYAIR Berdasarkan syair yang telah dihasilkan, ia menceritakan tentang pengalaman hidup saya sendiri. Syair tersebut menceritakan bahawa di dalam hidup saya, walapun di lihat ceria dan tiada masalah namun di sebaliknya mempunyai kesulitan dan cabaran yang pernah ditempuhi di masa lalu. Selain itu juga, saya masih sebak dan sedih mengingati dugaan yang pernah di alami. Namun, saya tidak pernah berhenti berusaha dan sentiasa belajar daripada kegagalan dan kekurangan untuk berjaya di masa hadapan. Saya juga sering mempelajari berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui. Saya juga masih mengingati sejarah hitam yang pernah menghancurkan hati saya dan orang di sekeliling saya. Tetapi, saya cuba menghadapi setiap rintangan tersebut untuk meraih kebahagiaan dalam hidup. Oleh itu, saya cuba menasihati di dalam syair ini bahawa kita jangan menyerah dan terus berjuang untuk mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan di masa hadapan. Saya juga ingin menasihati bahawa kita semua hendaklah menggunakan masa sebaik mungkin dan manfaatkan peluang yang ada.
7 4.0 GURINDAM 4.1 DEFINISI DAN KONSEP GURINDAM Menurut Suroso (1999), gurindam ialah satu bentuk kesusasteraan Melayu Tradisional yang berbentuk puisi tradisional. Gurindam juga merupakan salah satu bentuk puisi yang berasal dari India Selatan. Md Ali Bachik (2003) menyatakan bahawa gurindam merupakan sebuah wacana yang mempunyai kalimat yang berirama dan berunsur nasihat serta mempunyai bentuk seperti bidalan. Gurindam tidak mempunyai bentuk atau rima yang tertentu atau tetap. Gurindam juga tidak mudah diketahui seperti puisi tradisional lain iaitu pantun atau syair. Gurindam juga mempunyai bahasa yang khusus walaupun bentuknya tidak tertentu atau tetap. Kebiasaanya, bahasa gurindam padat, bernas dan isinya lebih menekankan nasihat, mora;, pengajaran atau kebenaran (Sutan Takdir Alisjahbana, 1971). 4.2 FUNGSI GURINDAM Menurut Za’ba (1962), gurindam ialah puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Gurindam juga bertujuan sebagai hiburan dengan penggunaan fikiran yang bernas dan bahasa yang indah untuk dinyanyikan. Menurut Za’ba (1057) pula, gurindam merupakan sejenis puisi meleret yang tidak teratur, berangkap dan tiada ketetapan sukatan dan timbangan. Hal ini kerana gurindam mempunyai isi dan oenggunaan bahasa yang padat, bernas dan cenderung kepada riang dan sukacita sebagai jenaka, nyanyian, gurau senda, kelakar dan sindiran yang menggelikan hati. 4.3 GURINDAM BERTEMAKAN ILMU Jika hidup ingin selamat, Kita perlu punyai matlamat,
8 Usaha gigih sedaya upaya, Jika kita ingin berjaya, Tuntutlah ilmu tanpalah jemu, Jika hendak menjadi insan berilmu. Jika kita terlena dan tertelap, Takut hidup menjadi malap. Jika hidup berputus asa, Risau impian tidak di rasa. 4.4 PEMIKIRAN TERHADAP GURINDAM Berdasarkan hasil gurindam yang saya cipta, rangkap pertama menerangkan bahawa kita sebagai manusia perlu mempunyai matlamat dalam kehidupan agar setiap tindakan mempunyai rancangan yang betul dan selamat. Rangkap kedua pula, ia menceritakan bahawa kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat menjamin masa depan yang cerah bagi setiap orang. Rangkap ketiga gurindam yang saya hasilkan menceritakan bahawa kita hendaklah menuntut ilmu tanpa merasa jemu. Hal ini demikian keran ilmu merupakan pelita kehidupan. Ilmu juga menjadikan kita insan yang berguna kerana ilmu membezakan taraf hidup seseorang. Rangkap keempat gurindam menerangkan bahawa dalam kehidupan seseorang janganlah mensia-siakan masa tidak mencari ilmu. Sebaliknya kita
9 hendaklah sentiasa dahagakan ilmu. Hal ini dapat mengelakkan kita dari masa depan yang malap dan menyesal di kemudian hari. Rangkap kelima pula menceritakan kehidupan seseorang jangan pernah berputus asa. Jika kita sering berputus asa sekarang kemungkinan impian kita menjadi samar dan tidak dicapai.
10 5.0 RUJUKAN Abdul Halim Ali. (2004). Di sekitar puisi Melayu Moden. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim Md. Ali Bachik. (2003). Khazanah puisi klasik Melayu. ILADAM dan PERZIM Melaka Mohd Rosli Saludin. (2007). Teromba: Kajian Tema, Nilai dan Estetika. Bangi: Penerbit Irwat Suroso. (1999). Ikhtisar seni sastra. Solo: Tiga serangkai. Indonesia Sutan Takdir Alisjahbana. (1971). Puisi lama (kumpulan dan komentar tentang puisi Indonesia kelasik). Dian Rakyat. Jakarta Zainal Abidin Ahmad (za’ba). (1957). Pelita bahasa Melayu penggal 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1962). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur