PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU21032)
SEMESTER 1 SESI 2
2022/2023
JABATAN: JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN
TOPIK: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
NAMA PENSYARAH: PUAN RAZZANA BT MOHD KASIM
KELAS:DTM1A
NAMA NO.PENDAFTARAN
NURLAILA SYAURAH BINTI 02DTM21F2088
NOZAHROLHIZAM
02DTM21F2010
NUR ATIKAH BINTI MAT ALI 02DTM21F2014
NUR ZALIKHA BINTI ISMADI 02DTM21F2022
NUR JULIYANA BINTI JAMSARI 02DTM21F2052
NUR AZIA FITRIAH BINTI MOHD
02DTM21F2026
RAMDHAN 02DTM21F2065
THANUSHA KUNASEELAN 02DTM21F2036
LOOSHINI SUPRAMANIAM
DEEBASINI RAMAN
PENGENALAN
Buat pengetahuan semua pembaca, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah
diperkenalkan pada tahun 1971 Dasar Kebudayaan Kebangsaan didefinisikan
sebagai kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting dalam
proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia mesti dipupuk melalui
usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan
kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat.Malaysia adalah sebuah
negara yang berbilang kaum. Maka, proses pembentukan kebudayaan nasional
mestilah melakukan sebuah perancangan yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan
cara hidup yang harmoni.
Di Malaysia. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini ditubuhkan sebagai garis panduan dalam membentuk,mewujud dan
mengekalkan identiti negara. Penggubalan dasar mestilah mempertimbangkan fakta
perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara. Contohnya seperti negara
sebagai pusat pertemuan,pusat perdagangan dan pusat tamadun. Negara kita
menjadi pusat-pusat tersebut sejak dua ribu tahun lampau.Peranannya adalah
sebagai pusat pertemuan. Ia telah melahirkan beberapa proses seperti
interaksi,pengenalan,penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas.
RASIONAL
Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah
negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu
dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan
kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan
sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah
melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur
yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,
Melanesia dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari
kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan
ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di
Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh
persamaanpersamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu -
Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,
lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian,
kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya
kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
2. Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai.
Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah- ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang
sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah
bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentIngan nasional serta asas-asas moral dan
kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi Negara
.khasnya.
3. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan
memadukan usaha bag mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu
patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah
wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian bear rakyat rantau ini.
PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN AMATLAH PENTING UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH
NEGARA YANG STABIL DAN BERSATU PADU. DENGAN YANG DEMIKIAN USAHA-
USAHA PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA ADALAH
BERTUJUAN UNTUK MENCAPAI TIGA OBJEKTIF PENTING IAITU:
a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
b) Memupuk dan memelihara keperibadiab kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan.
c) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
d) Strategi dan perlaksanaan
Mempunyai pelbagai pakaian tradisional mengikut kaum dan bersatu membentuk
negara yang aman dan bahagia.
OBJEKTIF
Pembangunan kebudayaan kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan Bersatu padu .
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan kebudayaan kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i)Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;
(ii)memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan ;dan
(iii)memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan perlaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut:
(i)pemulihan,pemeliharaan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-
asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama
penyelidikan,pembangunan,Pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii)meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat ,mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-
luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii)mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia .
(iv)memenuhi keperluan sosiobudaya;dan
(v)meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Di samping Kementeriaan kebudayaan kesenian dan warisan ,penglibatan pihak
lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
kementeriaan-kementeriaan dan jabatan-jabatan kerajaan pusat,kerajaan-kerajaan
negeri,badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan.
Peranan kementeriaan kebudayaan kesenian dan warisan dalam pelaksanaan
matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain kementeriaan ini
menguruskan penyelidikan ,pembangunan dan penggalakan,Pendidikan dan
pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan.Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan,persembahan seni oleh Komplek Budaya Negara sebagai pengelola
dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa,Majlis Kebudayaan
Negeri,khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan
kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
Peranan kementeriaan/jabatan ,kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-
badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan bangsa , Justuru itu kami mempunyai
pelbagai tradisi dan perayaan yang pelbagai.
PENUTUP
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi
negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi
garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu
serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian
pelaksaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan
cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan
kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang
melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan
Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Ini adalah sambutan hari raya aidil fitri yang selalunya disambutan
pada bulan syawal bagi kaum melayu.
Ini pula sambutan hari deepavalli yang disambut bagi kaum india
Sambutan ini pula dipanggil sebagai sambutan tahun baru cina
bagi kaum cina yang berada di Malaysia
Dengan menunjukkan kepelbagaian kaum dan budaya yang ada di
Malaysia menunjukkan ia nya bersatu padu dalam mengangkat
hidup yang aman dan damai dari sebarang kerusuhan dan pecah
belah sebagai sesebuah negara.
RUJUKAN
• https://www.kkmm.gov.my/en/awam/faq/65-bahankpkk/dokumen/538-dasar-
kebudayaan-kebangsaan
• Https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04Dasar_Kebudayaan_Kebangsa
an.pdf
• Kkmm.gov.my/en/awam/faq/65-bahankpkk/dokumen/538-dasar-kebudayaan-
kebangsaan.
• https://fourteen123.wordpress.com/rasional
• Buku Rujukan Etika Dan Peradaban
LAMPIRAN