PENGAKAP KEMBARA HUTAN NAMA: NUR AMALINA BINTI NOR AZMAN KELAS: PT2S2-2 OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN SEKAWAN: ENGGANG MPU3431a Unit Beruniform Pengakap I BUKULOG
NAMA: NUR AMALINA BINTI NOR AZMAN KELAS: PT2S2-2 OPSYEN: PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN SEKAWAN: SEKAWAN ENGGANG BIODATA DIRI
Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubung kait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap. Berikut yang mana Penyatuan Pengakap Berpaut:- 1. Definisi Pengakap Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. 2. Matlamat berpengakap Matlamat pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. 3. Prinsip berpengakap Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :- · Kepercayaan Kepada Tuhan · Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara · Perkhidmatan kepada Diri Sendiri 4. Cara berpengakap Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri melalui: * Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakap * Belajar sambil membuat * Mempunyai kumpulan kecil (seperti Sistem Berparol) * Skim Latihan Kemajuan (seperti menyusun rancangan untuk Pengakap Muda-Remaja) PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
LAMBANG & MAKSUD LOGO PERTUBUHAN ANTARABANGSA
LAMBANG & MAKSUD LOGO PERTUBUHAN PENGAKAP MALAYSIA
COGAN KATA PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK – Buat Sehabis Baik PENGAKAP MUDA – Selalu Sedia PENGAKAP REMAJA – Pandangan Luas PENGAKAP KELANA – Berkhidmat PENGAKAP BUDIKA – Berkhidmat Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit-unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut :-
• Mula diperkenalkan sejak pendaftrannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap. • Rupa bentuknya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia & lambang Persekutuan. • Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. • Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. • Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan PasukanPasukan Persekutuan. • Bendera ini dikibarkan setiap hari mula jam 08:00 sehingga 18:30 mengikut tatacara dan istiadat tertentu. BENDERA RASMI PERTUBUHAN
BENDERA RASMI PERTUBUHAN Lambang Pengakap Malaysia a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud “Persetiaan Pengakap” iaitu:-” taat kepada Tuhan,Raja dan Negara” , “Menolong orang setiap masa” , “menurut undang-undang Pengakap”. b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”. e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit pengakap. kuning – “Pengakap Kanak-Kanak” , hijau “Pengakap Muda” , merah “Pengakap Remaja” g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Lambang Pengakap Dunia a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ‘ persaudaraan Pengakap seluruh dunia.’ b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap. c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap. d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia. f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.
LAGU RASMI PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
PERSETIAAN / IKRAR PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1 Dipercayai 2 Taat 4 Bersaudara 3 Berguna 5 Berbudi 6 Kasihkan Binatang 8 Tabah Hati 7 Menurut Perintah Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan 10 9 Berjimat
Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan mejadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan. VISI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) MISI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat.
SEJARAH PENUBUHAN PENUBUHAN
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adikberadik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak. BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguhsungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN MALAYSIA
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negaranegara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap. RINGKAS : Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budakbudak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN MALAYSIA
1910 F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-kanak di Singapura pada tahun 1910. Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang(Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah kematian beliau. 1915 H.R.Cheesman telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iaitu di Pinang Free School 1922 Pergerakan Pengakap bermula di Kedah. 1927 pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisbsy, dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang. SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN MALAYSIA
1928 Pergerakan ini bermula pengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakardi Johor. 1926 Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. 1927 Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI PENUBUHAN ANTARABANGSA
STRUKTUR ORGANISASI PENUBUHAN MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI IPG (KUMPULAN DALAM LATIHAN 15) PENAUNG/PENSYARAH UNIT BERUNIFORM PENGAKAP SETIA USAHA BENDAHARI PENGERUSI NAIB PENGERUSI En. Muhammad Jun bin Basaruddin Muhammad Nur Muhaimin bin Jailani Nurul Fatien Nasuha binti Mohd Fadhlin Abuzhar Aiman bin Sulaiman Muhammad Hafidzin Fahmi bin Jailani
KAEDAH PENDAFTARAN AHLI YURAN KEAHLIAN RM 7 -Pengakap Lebah -Pengakap Kanak-kanak -Pengakap Muda -Pengakap Remaja RM 10 -Pengakap Kelana -Pemimpin -Pesuruhjaya -Ahli biasa Kumpulan baru
BORANG PENDAFTARAN AHLI
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Bersedia menimba pengalaman melalui kaedah belajar sambil membuat (learning by doing) 1 Memikirkan latihan menyeluruh untuk ahli pasukan 2 Mempunyai kemahiran mengajar 3 Mempercayai bahawa ahli Pengakap mampu belajar 4 Berkebolehan untuk memimpin ahli pasukan secara adil dan saksama 5 Boleh bertutur dengan menggunakan bahasa yang lembut 6 Berkebolehan merancang aktiviti untuk pasukan 7 Berkebolehan melaksanakan rancangan aktiviti untuk pasukan 8
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN LELAKI
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PEREMPUAN
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
KEPENTINGAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS TUJUAN menyelamatkan nyawa mencegah kecederaan berlanjutan mengalakkan pemulihan memudahkan rawatan lanjut ANDUH kain segi tiga KEGUNAAN mengampu bahagian cedera menahan darah membalut bahagian cedera/patah 3 JENIS ANDUH anduh besar / lebar anduh leher dan lengan anduh segi tiga. PRINSIP memberi pertolongan kepada yang lebih teruk dahulu keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar jangan sesekali menanggalkan pakaian mangsa, hanya sekadar melonggarkan bagi tujuan pernafasan memberi pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital bertindak dengan cepat dan tenang dapatkan bantuan orang lain yang berhampiran
JENIS BALUTAN ANDUH PEMBALUT CINCIN- -digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. - Diperbuat daripada pembalut tirus. - Digunakan untuk menutup luka. ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN BALUTAN KEPALA
RAWATAN LUKA KECIL -Alirkan air pada luka dan keringkandengan kain bersih. -Bersihkan kelilingan luka dengankapas atau kain bersih yangdibasahkan dengan air dan sabunatau antiseptik. -Balut dengan kain bersih atau pembalut RAWATAN GIGITAN Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya. Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut. Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar. Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster. Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan. RAWATAN MELECUR Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas. Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit. Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit. Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya. Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera. Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan. Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka
RAWATAN PITAM Pitam ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah ke otak yang sementara. Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala. Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan. Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih. RAWATAN PATAH -Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu. -Berikan rawatan di tempat kejadian. Elakkan pergerakan yang tidakperlu. Jangan gerakan bahagianyang patah. -Rawat dan hentikan pendarahanluka jika ada. -Jangan tekan pada luka sekiranyaada tulang terkeluar. - Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dansebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah. -Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera. - Dapatkan rawatan lanjut RAWATAN KERACUNAN Racun ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kerosakan jika memasuki ke dalam tubuh. Racun boleh ditelan, disedut, disuntik atau diserap melalui kulit. Hubungi Khidmat Maklumat Racun (Tel: 04-6570099) dan beritahu mereka jenis racun, jumlah dan bila racun berkenaan diambil. Jika mangsa tidak bernafas, berikannya bantuan pernafasan dengan melakukan mampatan dada. Resusitasi (teknik A.B.C) perlu dilakukan sekiranya mangsa masih bernafas, tetapi denyutan jantungnya telah berhenti. Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas, baringkannya mengiring dalam kedudukan pemulihan. Untuk racun yang disedut, alihkan mangsa dari bahaya ke kawasan yang berudara segar. Untuk racun yang diserap, basuh semua sisa-sisa kimia yang tertinggal pada kulit. Untuk racun yang ditelan, jangan cuba mencetuskan muntah kerana ini mungkin membahayakan lagi keadaan pesakit.
BANTUAN PERNAFASAN
SIMPULAN
FUNGSI SIMPULAN SIMPULAN BALAK -mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah -menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong. SIMPULAN BUNGA GETI menyambung dua utas tali yang tidak sama besar menyambung dua tali yang licin. SIMPUL MANUK untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
FUNGSI SIMPULAN SIMPUL TINDIH KASIH -menyelamatkan sesorang dengan memasukkan tajul ke sekeliling badan -mengikat binatang (pada leher) kerana ia tidak terjerut BUKU SILA -menyambung dua utas tali yang besar -mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas -senang dibuka SIMPUL BELIT untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang pokok dan sebagainya.
IKATAN
IKATAN SERONG membuat jamabatan, menara IKATAN SERAYA membuat jambatan, menara FUNGSI IKATAN
IKATAN LILIT KACANG -mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuatlantai untuk sesuatu gajet/binaan
GAJET
FUNGSI GAJET APA ITU GAJET DALAM AKTIVITI PERKHEMAHAN? -binaan yang dibuat menggunakan bahanbahan sekitar perkhemahan dan dicantumkan / dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. GAJET DAPUR CARA BUAT melakar, mengira & mengumpul buluh yang diperlukan mulakan dengan simpul manuk dan ikatan seraya untuk menyantumkan buluh. gunakan ikatan lilit kacang untuk membuat tempat letak barang. matikan ikatan dengan simpul manuk IKATAN DIGUNAKAN simpul manuk ikatan silang gunting ikatan seraya ikatan lilit kacang simpul balak
GAJET MEJA MAKAN GAJET TEMPAT LETAK BARANG PELBAGAI CARA BUAT melakar, mengira & mengumpul buluh yang diperlukan mulakan dengan simpul manuk dan ikatan seraya untuk menyantumkan buluh. gunakan ikatan lilit kacang untuk membuat tempat letak barang. matikan ikatan dengan simpul manuk IKATAN DIGUNAKAN simpul manuk ikatan silang gunting ikatan seraya ikatan lilit kacang simpul balak CARA BUAT melakar, mengira & mengumpul buluh yang diperlukan mulakan dengan simpul manuk dan ikatan seraya untuk menyantumkan buluh. gunakan ikatan lilit kacang untuk membuat tempat letak barang. matikan ikatan dengan simpul manuk IKATAN DIGUNAKAN simpul manuk ikatan silang gunting ikatan seraya ikatan lilit kacang simpul balak
GAJET TEMPAT LETAK KASUT GAJET TIANG BENDERA CARA BUAT melakar, mengira & mengumpul buluh yang diperlukan mulakan dengan simpul manuk dan ikatan seraya untuk menyantumkan buluh. gunakan ikatan lilit kacang untuk membuat tempat letak barang. matikan ikatan dengan simpul manuk IKATAN DIGUNAKAN simpul manuk ikatan silang gunting ikatan seraya ikatan lilit kacang simpul balak CARA BUAT melakar, mengira & mengumpul buluh yang diperlukan ikat 3 batang buluh sama saiz dengan ikatan silang tungku mulakan dengan simpul manuk dan ikatan seraya untuk menyantumkan buluh. matikan ikatan dengan simpul manuk IKATAN DIGUNAKAN simpul manuk ikatan silang gunting ikatan seraya ikatan lilit kacang simpul balak ikatan silang tungku
PIONEERING FUNGSI PIONEERING MEMBERI INFORMASI, ILMU BARU & MENGASAH KETERAMPILAN PESERTA DALAM MEMBUAT SEBUAH MODEL SUATU OBJEK SEDERHANA YANG NANTINYA DAPAT DIAPLIKASIKAN DIKEHIDUPAN PADA SAAT & SESUDAH KEGIATAN KEPRAMUKAAN
CONTOH PINTU GERBANG MENARA KAWALAN JAMBATAN
IKATAN YANG DIGUNAKAN PINTU GERBANG MENARA KAWALAN JAMBATAN IKATAN SERONG membuat jamabatan, menara IKATAN SERAYA membuat jambatan, menara BUKU SILA -menyambung dua utas tali yang besar -mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas -senang dibuka SIMPUL MANUK untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. SIMPULAN BALAK -mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah -menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong. SIMPULAN BUNGA GETI menyambung dua utas tali yang tidak sama besar menyambung dua tali yang licin.
ASAS KAWAD KAKI
ASAS KAWAD KAKI TUJUAN & KEPENTINGAN KAWAD KAKI untuk membentuk sesorang supaya bermegah dengan tertib cergas dan taat setia (terima arahan dan menjalankan arahan tersebut) membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dala pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu. BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI STATIK 1. Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3. Rehatkan diri….. 4. Scout…. 5. Luruskan barisan, 6. Scout, 7. Buka barisan, Gerak… 8. Ke kanan lurus, 9. Pandang depan…., 10. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 11. Menghadap kehadapan, kiri Sing…, 12. Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 13. Menghadap kehadapan, kanan Sing…, 14. Menghadap kebelakang, belakang sing…, 15. Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 16. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 17. Tutup barisan, Gerak…, 18. Keluar……….Baris.