E-FOLIO
ETIKA DAN PERADABAN
NAMA AHLI KUMPULAN
WAN HANIFF BIN MAKJAM MUHAMAD NUURAIMAN BIN AZMAN AHMAD ILHAM BIN MAIZUDDIN
(06DET21F1079) (06DET21F1076) (06DET21F1111)
PENGENALAN
Semua peradaban dunia mempunyai ciri-ciri peradaban yang tersendiri.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai peradaban yang unik
kerana kemajmukan masyarakatnya. Sejarah silam memainkan peranan
penting dalam pembentukan peradaban di rantau ini. Migrasi yang berlaku
pada zaman awal dengan kedatangan pedagang dan pengembara ke alam
melayu menjadi faktor penting dalam usaha membawa kepelbagaian
peradaban di rantau ini. Walau bagaimanapun, peradaban melayu yang tinggi
menjadi asas kepada pembinaan peradabn majmuk di Malaysia.
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Faktor sejarah ialah asas penting bagi membincangkan kerangka pembinaan negara
Malaysia. Segala-galanya bermula dengan zaman awal yang memperlihatkan Alam
Melayu telah melalui beberapa zaman bermula dengan zaman prasejarah hinggalah
zaman moden. Peredaran zaman ini secara tidak langsung menggambarkan Alam
Melayu membangunkan peradabannya sendiri sebelum datangnya peradaban dari luar.
Namun begitu, kepelbagaian peradabn yang telah terbentuk telah merangka usaha ke
arah pembentukan negara bangsa mengikut acuannya sendiri.
SEJARAH DI ALAM MELAYU
ZAMAN PRASEJARAH ZAMAN PROTO SEJARAH
• ZAMAN PALEOLITIK • KERAJAAN PURBA
• ZAMAN MESOLITIK • LANGKASUKA
• ZAMAN NEOLITIK • KEDAH TUA
• ZAMAN GANGSA • CHIH TU
• TAN TAN
• GANGGA NEGARA
• LO YUEH
SEJARAH
ALAM
MELAYU
ZAMAN PENSEJARAHAN ZAMAN SEJARAH MODERN
• ZAMAN KESULTANAN • PERPADUAN
• ZAMAN PENJAJAHAN – PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
PORTUGIS, BELANDA,
BRITISH DAN JEPUN.
ZAMAN PRASEJARAH
- Sejarah Alam Melayu dimulakan dengan zaman prasejarah yang meliputi zaman
Paleolitik, Zaman mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Gangsa/Logam. Kepentingan
mempelajari alam ini adalah untuk melihat perkembangan masyarakat zaman awal
daripada kehidupan awal daripada kehidupan yang ringkas kepada kehidupan yang
lebih baik dengan wujudnya teknologi ciptaan sendiri. Oleh itu, mereka ialah pengasas
kepada peradaban yang seterusnya.
CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam
• Tempat tinggal – • Tempat tinggal – • Tempat tinggal – • Tempat tinngal –
Batu Kapur Gua Batu Kapur. Gua Batu Kapur. Klang dan Sungai
• Tinggalan – Kota • Tinggalan – Gua • Tinggalan – Gua Lang (Selangor),
Tampan (Perak), Kepah (Kedah), Cha (Kelantan), Sungai Tembeling,
Gua Niah Jenderam Hilir Gua Kecil (Pahang), Raub (Pahang) dan
(Sarawak), (Selangor), Kota Gua Kepah Batu Buruk
Tingkayu (Sabah) Tongkat, Kota (Kedah), Gua (Terengganu)
dan Lembah Gelanggi, Gua Kecil Badak dan Gua
Basoka (Jawa dan Bukit Tampan (Perak)
Selatan) serta Cintamanis Jenderam Hilir
Lembah Sungai (Pahang), Gua Cha (Selangor) Gua
Solo (Berhampiran (Kelantan) dan Gua Madari dan Gua
dengan Sanggiran). Niah (Sarawak). Gomantong
(Sabah).
• Teknologi – • Teknologi – • Teknologi – • Teknologi –
Peralatan batu Pembuatan alat Kemajuan yang Pembuatan
digunakan sebagai tulang, tembikar dan pesat dengan barangan logam
senjata untuk tradisi bercucuk kegiatan pertania, seperti anak panah
memburu, tanam (Kebudayaan menternak binatang mata lembing dan
menumbuk, Hoabinhian). dan membuat mata kail untuk
melicinkan, • Industri ini juga peralatan tembikar aktiviti memburu,
mengetuk serta ditemui di bebrapa serta penggunaan menangkap ikan,
mempertahankan tempat di Vietnam gangsa di Non Nok bercucuk tanam,
diri dari serangan Utara, Thailand, Tha. melombong,
musuh dan binatang Semenanjung memotong serta
liar. Tanah Melayu dan melapah kulit
timur laut sumatera. binatang.
• Zaman logam ini
juga dilambangkan
dengan penemuan
gendang gangsa di
Dong Son, Vietnam.
ZAMAN PROTO SEJARAH
Pada peringkat awal, zaman ini memperlihatkan kewujudan beberapa buah
kerajaan yang disegani seperti Srivijaya, Majapahit, Funan, Champa dan
Angkor. Kerajaan ini mempunyai banyak persamaan iaitu dari segi Bahasa,
budaya dan kepercayaan. Kekuatan pengaruh menyebabkan kerajaan ini
disegani dan Berjaya menarik negara luar untuk mengadakan hubungan
diplomatic dan perdagangan. Seawal abad ke-5M, beberapa buah kerajaan
melayu awal telah wujud di kepulauan melayu seperti Kerajaan Kedah Tua
(Kedah), Kerajaan Chih Tu (Kelantan), Gangga Negara, Kerajaan Beruas
serta Kerajaan Temasik (Singapura). Kewujudan kerajaan ini menandakan
wujudnya peradaban di kepulauan melayu yang mempunyai struktur
pemerintahan, system keagamaan dan adanya jalinan hubungan dengan
negara luar.
ZAMAN PENSEJARAHAN
Zaman pensejarahan negara ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian
utama iaitu zaman kesultanan Melayu dan zaman penjajahan. Zaman
kesultanan melayu memperlihatkan peradaban melayu dengan wujudnya
kesultanan Melayu Melaka, namun tidak bermakna negeri-negeri melayu lain
tidak mempunyai sultan kesultanan ataupun tidak wujud.Kerajaan Melayu
melaka didirikan oleh Parameswara pada awal abad ke-15.Kerajaan melayu
melaka mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan
Sultan MansurSyah (1459-1477). Faktor yang menjadikan melaka sebagai
kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah factor geografi,
ekonomi dan politik serta pentadbiran. Kedatangan pedagang dari seluruh
dunia meninggalkan kesan kepada masyarakat tempatan. Contohnya
perkahwinan campur pedang luar dengan masyarakat tempatan yang
melahirkan masyarakat Baba Nyonya, masyarakat melayu yang berketurunan
arab serta masyarakat india muslim iaitu mamak.
STRUKTUR PENTADBIRAN ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
SULTAN
BENDAHARA TEMENGGUNG SYAHBANDAR PENGHULU LAKSAMANA
BENDAHARI
PUSAT SISTEM UNDANG-
PENYEBARAN PENTADBIRAN/ UNDANG LAUT
PEMERINTAHAN MELAKA DAN
AGAMA
ISLAM KEGEMILANGAN KANUN
KERAJAAN MELAKA
MEMPUNYAI MELAYU
PENTADBIR MELAKA HUBUNGAN
DIPLOMATIK
YANG TEMPAT
BERWIBAWA TUMPUAN DENGAN
PEDAGANG NEGARA LUAR
DARI LUAR
NEGARA
ZAMAN PENJAJAHAN
CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
PORTUGIS BELANDA BRITISH JEPUN
(1511-1641) (1641) (1786-1956) (1942-1945)
• Faktor penjajahan – • Faktor penjajahan – • Menguasai system • Wujud kesedaran
nasionalisme dalam
politik, ekonomi dan politik, ekonomi dan pentadbiran. kalangan penduduk
Melayu.
agama. agama. • Kuasa raja/sultan
• Permusuhan antara
• Negeri terlibat – • Negeri terlibat - dihadkan. orang China dan
India.
Melaka Melaka • Melantik residen.
• Orang China dan
• Menguasai system • Membahagikan India memperkuat
sifat perkauman
politik Melaka dan tanah melayu mereka.
menjadikan kepada NNMB, • Kegiatan ekonomi
tanah melayu
pemerintah sebagai NNMTB dan NNS. lumpuh.
• Membawa masuk
boneka.
• Wujud masyarakat buruh asing (China
serani. dan India).
ZAMAN SEJARAH MODERN
Sejarah modern memperlihatkan siri kehidupan baharu setelah bebas
daripada penjajah yang bermula dengan proses ke arah mencapai
kemerdekaan.
Rundingan Pembentukan Perlembagaan 31 Ogos 1957 mencapai
Kemerdekaan 1956 Persekutuan Tanah Melayu kemerdekaan
1957
Selepas mencapai kemerdekaan, perkara penting dilakukan kerajaan adalah ke arah pembentukan
negara dan bangsa yang merdeka. Usaha menyelesaikan masalah kemiskinan dan ketaksamaan
kaum dalam pelbagai bidang menjadi agenda pertama selepas kemerdekaan yang terangkum dalam
elemen perpaduan.
PERADABAN GLOBALISASI
Pada abad ke-21 memperlihatkan ledakan teknologi maklumat tanpa
sempadan. Globalisasi merujuk proses yang membolehkan sesuatu aktiviti
seperti ekonomi, kebudayaan dan Pendidikan disebarkan serta diperluas di
peringkat antarabangsa dan seluruh dunia dengan adanya system komunikasi
yang moden. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menerusi
internet, computer dan lain-lain telah membantu mempercepat saluran
maklumat kepada setiap lapisan di negara ini. Tanpa disedari, peradaban
globalisasi wujud dalam aspek politik, ekonomi, pemikiran, budaya, ilmu dan
sosial. Ia secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia.
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
Peradaban majmuk bermaksud campuran bebrapa peradaban yang akhirnya
membentuk peradaban yang baharu.Kemasukan bangsa asing dari China,
India, timur tengah melalui perdagangan dan hubungan diplomatic telah
membuka kepada ruang jaringan peradaban yang lebih luas.Era globalisasi
telah merancakkan lagi kemasukan peradaban tanpa sempadan melalui
jaringan digital yang kompleks. Kesemua peradaban luar ini telah masuk dan
sebati dengan peradaban Malaysia yang telah sedia ada sehingga
membentuk Peradaban Acuan Malaysia.
PERADABAN
MELAYU
(ASAS)
PERADABAN PERADABAN
BARAT CHINA
PERADABAN PERADABAN PERADABAN
INDIA ACUAN GLOBAL
MALAYSIA
PERADABAN PERADABAN
BELANDA PORTUGIS
KEMAJUAN MELAHIRKAN PERUBAHAN SOSIAL
Terdapat 3 dimensi dalam usaha melihat perubahan sosial masyrakat,
iaitu;
1. Daripada pertanian sara hidup kepada komerisal industi – Masyarakat
dahulu hanya bergantung pada sector pertanian sara diri secara kecil-
kecilan, iaitu cukup untuk keperluan keluarga. Tidak ada sektor pertanian
berskala besar sejak sebelum mereka sebelum Prakemerdekaan. Oleh itu
setelah kemerdekaan, kerajaan telah memperkenalkan sektor
perindustrian secara besar- besraan bagi mengubah landskap sector
ekonomi negara ke skala yang lebih besar dan mempunyai pasaran
antarabangsa.
2. Daripada miskin kepada kelas menengah – Semua sedia maklum bahawa
selepas kemerdekaan, ramai rakyat negara ini tidak berpendidikan tinggi dan tidak
mampu untuk mengubah kehidupan. Apabila negara semakin maju, ramai rakyat
berpendidikan dan berkemahiran tinggi, sector perindustrian berkembang maju dan
berlakunya pemodenan, maka wujudlah masyarakat kelas menengah.
3. Daripada pendesaan kepada cosmopolitan – Landskap negara sememangnya
banyak berubah. Sebelum merdeka hinggalah pada awal tahun 1980-an, masih
banyak desa dan kampung mundur dan kekurangan kemudahan asas. Namun
begitu, sejak negara membangunkan sector perindustrian dan pembangunan,
beberapa desa di seluruh negeri telah berubah menjadi pekan atau bandar.
TRANSFORMASI SOSIAL MELAHIRKAN
KERENCAMAN SOSIAL
Perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat telah melahirkan
kerencaman sosial seperti yang berikut;
a) Perkongsian nilai sejagat – Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya
Bersama-sama mengamalkan nilai murni yang dikongsi hasil Kerjasama dan
persefahaman bersama. Sebagai contoh, masyarakat saling menolong, bertolak
ansur, memahami dan menerima antara satu sama lain.
b) Persamaan pendapat awam – Masyarakat yang pelbagai sememangnya
mempunyai pemikiran dan budaya yang berbeza. Akan tetapi, transformasi
sosial yang berlaku telah mewujudkan persamaan dalam perkongsian pendapat
kerana ada rasa kekitaan sebagai satu bangsa Malaysia. Seterusnya, idea atau
apa-apa perkara yang baik untuk negara diterima oleh semua lapisan
masyarakat.
C) Batas etnik nipis – Salah satu impak kerencanan sosial yang positif adalah antara
etnik di Malaysia semalin dekat sehingga mereka tidak lagi mengamalkan adat
perkauman yang menebal. Tingkah laku horizontal bukan vertical, hubungan sosial
rentas etnik dan agama telah mengikat etnik di Malaysia sebagai bangsa Malaysia
bersatu padu.
KESAN KERENCAMAN SOSIAL TERHADAP BUDAYA
DAN NILAI POILITIK SERTA ISU DALAM NEGARA
1) Melahirkan budaya politik baharu seperti kebebasan bersuara, berpesatuan serta
pelibatan dalam politik.
2) Isu seperti rasuah, integrity, masalah tadbir urus, pecah Amanah dan tidak jujur.
3) Dari aspek sosial seperti pergaulan bebas, budaya hedonism, kebebasan hidup yang
melampau sehingga melanggar batas kebebasan asasi yang termaktub dalam
perlembagaan.
4) Jenayah, budaya lepak dalam kalangan masyarakat, mengagumi budaya luar sehingga
merendahkan budaya dan adat bangsa sendiri.
5) Masyarakat juga mengamalkan budaya individualistik yang terlampau.
KONSEP NEGARA DAN BANGSA
Malaysia ialah sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Sejarah
perjuangan. Membentuk negara bangsa merupakan usaha yang berterusan
sejak kemerdekaan sehinggalah hari ini. Perjuangan ini agak unik kerana
Malaysia ialah negara berbilang kaum dan semestinyamenjadi cabaran yang
hebat kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa
beridentitikan budaya dan keperluan masyarakat pelbagai. Di samping itu,
menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup
bersatupadu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama,
bahasa,budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa
kepadaperpecahan. Selain itu, suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan,
tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.
PENGERTIAN NEGARA
Konsep negara merujuk satu wilayah tertentu yang dialami oleh sesuatu bangsa
dan mempunyai institusi pemerintah yang tertentu. Selain itu, secara histori,
negara senantiasa berkembang sesuai dengan kondisi masyarakat yang ada
sangat itu. Malaysia pada awalnya dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu
atau Malaya dalam Bahasa Inggeris akhirnya bertukar kepada Persekutuan
Malaysia pada tahun1963. Nama Malaysia kekal hingga kini dengan kemasukan
Sabah dan Sarawak. Bagi merungkai persoalan ini, konsep masyarakat wujud
terlebih dahulu dan seterusnya konsep bangsa.
WILAYA PENDUDU KEDAULAT
H K AN
KONSEP
NEGARA
KERAJA
AN
PENGERTIAN BANGSA
Definisi bangsa ialah sejenis manusia daripada satu asal keturunan contohnya
seperti bangsa Melayu, bangsa Cina dan lain-lain. Bangsa juga bermaksud
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Bangsa biasanya
ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang menetap di satu wilayah yang sama,
mempunyai tamadun tersendiri yang dapat dilihat serta mempunyai budaya,
politik yang tersendiri. Definisi masyarakat pula merujuk sekumpulan orang yang
hidup bersama di suatu tempat dengan cara dan peraturan yang tertentu.
KELOMPOK
MANUSIA
BERDASARKAN
CIRI FIZIKAL
IAITU RAS DAN
KETURURAN
KONSEP
BANGSA
SATU KUMPULAN
KOMUNITI ETNIK
POLITIK BERDASAR
DALAM
WILAYAH KAN CIRI
TERTENTU BUDAYA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
• Pembentukan negara bangsa perlu berasaskan 4 faktor iaitu
kefahaman sejarah yang bersifat inklusif, pelaku dan penerima kesan
sosialisasi dan pendidikan pengaruh kolektif (kawan, keluarga,
organisasi) serta pendedahan media, khususnya media altelnatif yang
menjadi saluran yang boleh mempengaruhi sikap individu secara
negatif.
• Negara kini berhadapan dengan cabaran untuk menerapkan
penghayatan kemerdekaan dalam diri generasi yang maju dari sudut
teknologi maklumat.
• Selain itu, pembentukan negara bangsa dan perpaduan juga sering
dikaitkan dengan etnik dan ras.
• Berdasarkan hal yang berlaku harini ini, lebih banyak platform
perpaduan yang berpaksikan prinsip rukun negara perlu dibentuk.
• Bahasa dan sukan adalah antara faktor perpaduan yang melankaui
aspek agama, bangsa dan politik.
KESAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Membolehkan rakyat Malaysia bangga akan Negara sendiri.
Mewujudkan identiti tersendiri untuk rakyat Malaysia.
Memupuk Perpaduan dalam kalangan rakyat.
Membawa ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.
Mewujudkan suasana kestabilandalam masyarakat. Hal ini penting kerana tidak
akan mewujudkan pertindihan kuasa dankestabilan politik terjamin.
KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM
ACUAN MALAYSIA
Pembentukan negara bangsa Malaysia adalah unik jika dibandingkan dengan
beberapa negara dunia yang lain. Kemajmukan masyarakatnya menjadikan usaha
membentuk negara bangsa yang beracuankan Malaysia bukan suatu perkara yang
mudah. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan
keterlibatan semua kaumdalam agenda pembentukan negara bangsa.
ACUAN DAN BENTUK NEGARA BANGSA
Persoalan tentang acuan dan bentuk negara Malaysia sememangnya terbena melalui sejarah
yang sudah tercipta Dalam hal ini kepelbagaian ialah asas kepada acuan kepada negara
Malaysia yang berpaksikan Melayu dan Islam. Oleh terbentuklah negara Malaysia yang di
dalamnya ialah masyarakat majmuk, tetap mengguna pakai konsep bangsa Malaysia dan
negara Malaysia.
KEWARGANEGARAAN
1) Negara tidak akan wujud tanpa warganegara atau rakyat.
2) Rakyat akan menjadi penghuni kepada sesebuah negara jika mempunyai kewarganegaraan
sesebuah negara.
3) Hadiah yang tidak ternilai daripada pemerintah ialah hak kewarganegaraan yang diberikan
kepada rakyat atau penduduk negara tersebut
4) Ada rakyat yang dibuang kewarganegaraannya dan ada juga yang diusir dari negara sendiri atas
faktor-faktor tertentu.
NARATIF NEGARA BANGSA MALAYSIA
Bermaksud sebuah negara yang berpasakkan anak watan dan masyarakat
kepelbagaian diikat oleh perlembagaan dan amalan demokrasi. Naratif
negara bangsa Malaysia telah mengikat semua kaum di Malaysia kepada
satu amalan dan pandangan yang sama bahawa itulah pegangan yang
menjadi identiti bangsa Malaysia.
NEGARA BANGSA MALAYA – MALAYSIA INTERGRASI
1. Pelaksanaan hegemoni politik suatu masa dahulu mengakui kedudukan anak watan dan
menerima komuniti migran yang diberikan kerakyatan.
2. Hal ini dicerminkan dalam Perlembagaan, iaitu Agama Islam, Melayu, Bahasa Melayu, Raja
dan AKTA 153 kedudukan Melayu dalam negara dijadikan sebagai pasak Perlembagaan.
3. Golongan minoriti lain pula diikat di tapak integrasi dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai, Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan bahasa
perpaduan, tetapi bahasa ibunda lain boleh dipelajari dan AKTA 153, YDPA menjamin
kepentingan minoriti lain.
4. Malaysia dibentuk pada tahun 1963, rakyat Sabah dan Sarawak juga diakui sebagai
bumiputera dan dijadikan sebahagian bangsa Malaysia.
SEKIAN
TERIMA KASIH