The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PORTFOLIO (AUDREYANNA NATALIE MARITIN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by audreyanna05-517, 2021-03-28 00:42:09

PORTFOLIO PSVK3033

PORTFOLIO (AUDREYANNA NATALIE MARITIN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

BUKIT MERTAJAM, 14000 PULAU PINANG
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

AMBILAN JUN 2020

NAMA PELAJAR : AUDREYANNA NATALIE MARITIN
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 2020302340200
KUMPULAN / UNIT
KOD KURSUS : 010307-12-1288
NAMA KURSUS : 2 PISMP PSV ( 1 )
: PSVK3033
NAMA PENSYARAH : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM
TARIKH HANTAR PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
: DR KANNAGI A/P SUBRAMANIAM
: 28 MAC 2021

SAYA AUDREYANNA NATALIE MARITIN DENGAN INI MENGAKU BAHAWA SAYA TELAH MENERIMA MAKLUM BALAS KERJA
KURSUS SAYA DARIPADA PENSYARAH

TANDATANGAN TARIK8H : 28 MAC 2021
______________________

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara
1.0 Pengenalan
2.0 Pengurusan Bilik Seni
3.0 Contoh Susunan Meja Abad Ke-21
4.0 Koleksi Gambar Bilik Seni
5.0 Kajian Pelan Lantai
6.0 Lakaran Pelan Lantai
7.0 Hasil Pelan Lantai Bilik Seni Visual
8.0 Penerangan Pelan Lantai Bilik Seni Visual
9.0 Kesimpulan

1.0 PENGENALAN

PERSEKITARAN
Kanak-kanak berkembang atas dua faktor iaitu baka dan persekitaran di mana pembelajaran kanak-kanak akan
berkembang jika suatu persekitaran itu sihat dan kondusif. Persekitaran dalam konteks ini merujuk kepada
keadaan sekeliling yang mempertimbangkan kedudukan dan susunan serta suasana dalam suatu bilik yang
diduduki murid, khususnya bilik seni visual. Studio seni atau bilik seni ini lazimnya menjadi lokasi pilihan utama
bagi tujuan pengajaran dalam pendidikan seni visual. Kemudahan bilik seni di suatu sekolah kebiasaanya
disediakan oleh kerajaan untuk difaedahkan guru.

BILIK SENI
Bilik Seni merupakan sebuah bilik khas bagi ruang pembelajaran di mana murid berkumpul dan mempelajari
subjek Pendidikan Seni visual, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan
murid. Bilik ini merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah kerana ia sebuah tempat yang
membolehkan proses PdP bagi Pendidikan Seni Visual berlangsung.

2.0 PENGURUSAN
BILIK SENI

PENGURUSAN BILIK SENI
Definisi Pengurusan: Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha ahi-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Pengurusan bilik seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam
penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2002). Bilik seni hendaklah diberikan perhatian oleh guru supaya suatu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan kondusif dapat diwujudkan. Bagi mencapai matlamat tersebut, terdapat beberapa aspek yang
perlu dipertimbangkan. Aspek ini merangkumi pengudaraan, susun atur meja dan kerusi, keselamatan,
keceriaan, karya murid(pameran) dan kebersihan. Penghasilan bilik seni yang kondusif kondusif juga
melibatkan pertimbangan tentang fungsi bilik, saiz bilik, bentuk bilik dan lokasi bilik.

Guru berperanan mewujudkan bilik seni yang standard di mana bilik seni haruslah mempunyai fasiliti yang
menarik, lengkap, dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Bilik seni yang standard dan kondusif
mengandungi perkara-perkara berikut:

- Trapuitik
- Perabot
- Bahan PdP
- Peralatan pendidikan seni visual
- Bahagian pameran
- Singki air
- Stor
- Poster keselamatan
- Papan maklumat
- Pejabat seni

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL,SOSIAL DAN EMOSI
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bilik seni merangkumi
keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
1. Aspek fizikal
Guru memastikan kebersihan bilik seni, susunan perabot yang teratur serta kesesuaian untuk aktiviti yang akan
dijalankan. Guru harus menyediakan sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja murid di samping
membuat pengurusan dengan menarik dan kerap mengemas kini. Guru boleh melakukan perkara berikut:
(i) Menyusun meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Menghiasi suasana dengan gambar, carta, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Memberi keselesaan kepada murid-murid dengan memastikan bilik snei mempunyai ruang yanc cukup untuk

bergerak semasa menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

Susunan perabot yang memudahkan pergerakan pelajar.

2. Aspek Sosial
Suasana sosial merujuk kepada corak interaksi dan perhubungan dalam kalangan. Interaksi amemudahkan murid
menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu
kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek ini mampu
(i) mewujudkan suasana interaksi sesama murid.
(ii) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.

3. Aspek Emosi
Aspek ini merujuk kepada perasaan murid-murid, khususnya terhadap guru mereka. Tingkah laku dipelbagaikan
oleh suasana emosi di mana tingkah laku murid ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Suasana emosi
bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa,
peramah dan bertanggungjawab serta menjalankan tugas dengan adil. Guru boleh mewujudkan suasan positif
dengan:
(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria
(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir.
(iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti

3.0 CONTOH
SUSUNAN MEJA

ABAD KE-21

Pair Herringbone
Meja disusun dalam Meja disusun dalam
bentuk berpasangan. kumpulan bertiga.
Susunan ini lebih
kepada interaksi Circle
antara 2 orang. Meja disusun dalam
bentuk bulatan.
Large Groups
Meja disusun dalam
bentuk kumpulan
yang besar.

U Shape Double U Shape
Meja disusun dalam Terdiri daripada 2
bentuk huruf U. bentuk kumpulan iaitu
kecil dan besar
Group of Four mengikut bentuk U.
Meja disusun dalam
bentuk kumpulan Horseshoe
kecil iaitu empat Meja disusun dalam
orang. bentuk kumpulan
kecil yang berbentuk
ladam kuda.

4.0 KOLEKSI
GAMBAR BILIK
SENI VISUAL

Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

Setiap bilik seni yang dipaparkan mempunyai ciri-ciri bilik seni yang menarik dan kondusif. Contohnya,
susunan meja pada gambar 1,2 dan 3 menitikberatkan aspek sosial (interaksi antara murid).

Contoh 4 Contoh 5 Contoh 6

Bilik seni yang dipaparkan ini juga dilengkapi dengan pameran hasil karya murid, contohnya pada gamabar
4, karya murid ditampal pada dinding.

Contoh 7 Contoh 8 Contoh 9

Bilik seni ini tampak ceria kerana dihiasi dengan karya murid dan hiasan-hiasan yang kreatif.

5.0 KAJIAN PELAN
LANTAI

Koleksi gambar pelan lantai bilik seni sebagai sumber ilham

Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

Contoh 4 Contoh 5

6.0 LAKARAN
PELAN LANTAI

Pelan 1 Pelan 2

Pelan 3 Pelan 4

Pelan 5

7.0 HASIL PELAN
LANTAI BILIK SENI

VISUAL

Pelan 1 Pelan 2

Rak
Buku

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

Pemadam Pemadam
Api Api

Pelan yang dipilih

Pelan 3 Pelan 4

Meja Guru

Tingkap

Pemadam
Api

Pemadam
Api

Pelan 5

Pemadam
Api

8.0 PENERANGAN

PELAN LANTAI
BILIK SENI VISUAL

Rak
Buku

XX XX Berikut merupakan hasil akhir bagi pelan bilik
XX XX Pendidikan Seni Visual yang telah dihasilkan oleh saya.
Pelan ini telah melalui pemurnian dan dipertimbangkan
XX XX dari segala aspek yang merangkumi pengudaraan,
X XX X XX susun atur meja dan kerusi, keselamatan, keceriaan,
karya murid(pameran) serta kebersihan di samping ciri-
XX XX ciri pembelajaran abad ke-21.
XX XX

XX XX
X XX X XX

Pemadam
Api

Pelan 1 dipilih

RRaakk
BBuukkuu

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

Bagi ruangan pertama, ruang ini terdiri daripada rak buku papan pintu, papan kenyataan, meja guru dan sebuah meja. Papan putih
memainkan peranan sebagai bahan PdP yang memudahkan guru menyampaikan pengajaran. Papan kenyataan berfungsi sebagai ruangan
untuk murid merujuk informasi penting seperti peraturan dan bahan buletin. Meja di bahagian hadapan berfungsi sebagai kegunaan pelbagai
seperti mempamerkan karya, meletakkan karya sebagai objek sumber ilham, contohnya semasa guru menjalankan aktiviti melukis melalui
peniruan. Dengan ini, guru dapat meletakkan model tersebut di meja tersebut supaya murid boleh melakukan peniruan. Rak pada bahagian
hadapan memudahkan murid dan guru untuk meyimpan fail atau buku-buku berkaitan seni.

Seterusnya, bahagian depan juga dilengkapi dengan meja murid yang disusun dalam 4 kumpulan di mana kumpulan ini terdiri daripada
7 meja. Susunan ini adalah berdasarkan susunan meja abad ke-21 dalam bilik darjah iaitu Horseshoe(ladam kuda) yang membolehkan murid
bergerak secara berkumpulan. Susunan meja ini juga memudahkan murid untuk berinteraksi, melakukan aktiviti perbincangan dan berkongsi
alat dan bahan seni visual. Susunan ini juga memudahkan pergerakan murid kerana susunan ini menjimatkan ruang. Tingkap kecil pada
bahagian kiri dan bersebelahan dengan pintu, tingkap besar pula diletakkan pada bahagian kanan dan bersebelahan dengan meja guru.
Susunan tingkap yang ini menghasillan pengcahayaan yang baik dalam bilik tersebut.

Bahagian Depan Bahagian Belakang

RRaakk
BBuukkuu

XX XX Pemadam
XX XX Api

XX XX
X XX X XX

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

Karya murid hendaklah dipamerkan dan disusun mengikut jenisnya dan bidangnya seperti unsur seni, menggambar, warna, lukisan
alam semulajadi, seni huruf dan sebagainya. Pada pelan ini saya telah membahagikan sudut pameran karya kepada dua bahagian iaitu sudut
pameran karya 2D dan sudut pameran karya 3D. Bersebelahan dengan tingkap merupakan sudut pameran karya 2D. Pada sudut ini, karya
murid yang berunsurkan lukisan, gambaran serta corak dan rekaan boleh ditampal pada ruangan ini.

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

XX XX
XX XX

XX XX
X XX X XX

Pada ruangan tengah di bahagian kiri, sebuah kabinet bertingkat diletakkan untuk tujuan tempat penyimpanan peralatan dan bahan-
bahan seni. Di sinilah tersimpan peralatan seperti warna, berus, pensel, kertas, gunting, gam dan pelbagai peralatan untuk kegunaan dan
kemudahan murid dalam penghasilan karya.

Pemadam
Api

Bahagian belakang dalam ruangan kelas ini lebih banyak kepada ruang penyimpanan iaitu dilengkapi dengan zon kerja, stor, tingkap,
singki, pameran karya 3D, dan pemadam api. Zon kerja merupakan ruangan bagi murid menjalankan aktiviti penghasilan karya di mana murid
boleh menghasilkan arcaa, batik, cetakan ataupun karya 3D lain yang memerlukan ruangan besar. Ruangan ini berdekatan dengan kabinet
yang memudahkan murid mengambil dan menyimpan alat dan bahan. Kabinet tersebut diletakkan pada bahagian tepi supaya tidak
mengganggu pergerakan murid. Zon kerja juga berdekatan dengan sinki yang memudahkan murid menjaga kebersihan dengan mencuci
tangan. Stor dalam bilik seni merupakan suatu keperluan untuk menyimpan barangan yang berlebihan, barangan yang tajam dan barangan
lain yang kurang digunakan dalam seharian. Stor ini boleh memastikan bilik seni kemas kerana barangan atau peralatan yang berlebihan dapat
disimpan dalam bilik stor, jadi susunan dalam biliks eni lebih teratur dan kemas. Bilik seni yang kondusif juga mempertimbangkan aspek
keselamatan, dalam pelan ini, saya telah melengkapkan bilik ini dengan alat pemadam api.

9.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusan, adalah penting bagi suatu pengurusan bilik seni itu sempurna dan dilakukan
dengan teliti. Hal ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lancar
dan aktif. Pengurusan yang baik akan mewujudkan suasana dan keadaan kondusif dan keadaan kerja
yang menggalakkan. Dalam mencapai matlamat pendidikan seni visual dan juga matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam
menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada
murid. Kekuatan pendidikan seni visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi
iaitu bilik atau studio pendidikan seni visual.

RUJUKAN

Carr, B, C. & Burnham, J, W. (1999). Pembelajaran Berkesan di Sekolah, Penterjemah Annuar Ayub.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran PendidikanSeni Visual,
KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd

Renard, L. (2019). 19 Classroom Seating Arrangements Fit For Your Teaching. Diakses dari
https://www.bookwidgets.com/blog/2019/12/19-classroom-seating-arrangements-fit-for-your-
teaching


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SAVAGE GROW PLUS
Next Book
Kinabalu Restaurant E-Book